Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Wednesday, January 30, 2013


Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah di dalam hadith qudsi:

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:

“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. 

Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.


Monday, January 28, 2013
Bismillahirrahmanirrahim...

Di suatu petang yang hening di tepi pantai yang damai. Dua orang sahabat baik berjalan-jalan di persisiran. Setelah itu, mereka duduk di tunggul kelapa tua. Raut wajah Minah, menggusarkan fikiran Ayu. Renungan Minah ke laut seolah-olah ingin membelah laut biru itu. Teringat perdebatannya dengan Minah semalam. Minah bermati-matian mempertahankan hujjahnya. Bagi Ayu, Minah sangat tulus orangnya. Ayu kenal Minah sejak mereka masih kecil. Untuk memecahkan hening petang, Ayu cuba untuk mengembalikan Minah ke alam realiti.

"Mung dak mboh dakwoh orang, Minoh?", tanya Ayu perlahan.

"Malah ah, malang ambe kabo doh kang, kat mung. Ambe dok tahu nok kabo bende. Ambe ni dok reti mane. Ngaji pung dok abih lagi. Ambe bukang orang baik ngat pung. Kalu ambe dakwah orang, kekgi orang tu plok sesat. Ambe dak mboh care. Biar la ambe gini. Ambe belaja sorang-sorang cukup r." kabo Minah kat Ayu.

"Mane boleh gitu Minoh, Nabi pesang doh kang suruh dakwoh. Mung kabo je kat orang mende2 hok mung tahu. Tak kang la selame mung hidup 20 tahun ni, mu dok tahun mende.", kabo Ayu.

"Mung nok suruh aku kabo mende, masalahnya aku dop tahu menda", tungkas Minah.

"Ok2, gini. Mung tahu mende pasal kebersihang hok Nabi kabo?", tanya Ayu.

"Bersih? Yang aku tahu, Nabi kabo pasal bersih dengang imang tu la", jawab Ayu.

"Cube mung kabo kat aku semule", pancing Minah.

 "Wat mende kabo kat mung, mung tahu doh kang. Gile mung nih" marah Minah.

"Cube ar dulu..", pujuk Ayu.

"Eh, malah aku layang mung. Gile. Tapi sebab mung kawang aku, aku cube gok ar." jawab Minah malas melayan Ayu.

"Ayu, kebersihang sebahagian daripada imang", sambung Minah lagi sambil buat muka seposeng.

"Haa....kang mung doh dakwoh tu." ujar Ayu.

"Dakwoh mende mung ni. Aku kabo, hok mung suruh kabo jer." tentang Minoh.

"Minoh, mung tahu dok. Mende2 hok mung kabo tu la sebenarnya dakwoh. Mung tahu kang, dakwoh tu maksudnya seru, ajok, atau kabo ke orang. Tadi mung kabo kat aku pasal kebersihang. Itulah namanye dakwoh. Mung kabo mende hok mung tahu. Kire dakwoh ar tu. Mung tak yah kire ar mung jahat ke baik ke, yang peting mung kabo. Kalu kire se se dose mung gok, sapa bile2 pung kite dok dakwoh mende2." terang Ayu dengan panjang lebar sambil senyum.

Minah merenung laut di hadapannya dengan renungan yang dalam. Sedalam Laut China Selatan. Apa yang disampaikan oleh Ayu, bermain-main di kepalanya saat itu. Sungguh mudah untuk berdakwah. Aku hanya perlu sampaikan apa yang aku tahu, monolog Minah. 


Nabi S.a.w bersabda,
"Ballighu anni walau ayah"

Yang bermaksud, 
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"

mencari damai

Bukan senang untuk mencari alasan untuk berdakwah.
Kerana dakwah itu mudah.

Cintailah Allah.

11.39 a.m
17 rabiul awaal 1434H
29 Jan 2013
Ayer Keroh.



Bismillahirahmanirrahim..

'Leya, kenapa panaskan air yang memang dah masak? Membazir tau tak!'

'Som, kenapa tak lipat sejadah tu? Lepas guna, tolong la lipat!'

'Kinah, lepas makan tolong la kemas. Dah besar macam ni pun, tak reti-reti nak kemas?'

'Nikky, macam ni ke budak sekolah? Rumah bersepah. Sakit mata memandang tau tak!'

Senyum. 

Mengenang kembali zaman dulu, kembali buat saya senyum. Kalau tak membebel, tak sah. Itulah saya. Tapi saya membebel hanya dalam hati. Kerana saya tahu, bila saya membebel di mulut pasti mereka akan sakit hati dan telinga. Sebab saya pernah tegur mereka. Semuanya masih tak mengerti. Saya tak pasti apa yang mereka rasakan? 

Apa yang mereka rasa kalau memanaskan air yang dah masak? 

Apa yang mereka rasa kalau tak lipat sejadah selepas guna?

Apa yang mereka rasa, bila tengok rumah bersepah? Pinggan mangkuk bertimbun?

Nasib baik, budak sekolah.

Masa tu, apa yang saya buat? Bersangka baik. Mak diorang tak ajar kot kat umah. Tak pun, sebenarnya mereka bagi peluang kat saya untuk tambah pahala. Berterima kasih la pada mereka. Senyum.

Untungnya bila kita bersangka baik. Hati kita tenang. Kerja kita senang. Masa kita lapang. Hikmah tu. Ni, pengajaran dari budak sekolah, baru nak kenal dunia. Saya yang dah tua ni, hanya mampu senyum dalam kepahitan. 

Generasi sekarang semakin hilang adabnya. Semakin kurang rasa tanggungjawabnya. Semakin tiada kebersihannya. Gara-gara jauh dari sunnah Rasulullah s.a.w. Ya Rasulullah s.a.w, maafkan aku ummatmu ini. 

Jom, Husnu Zhon ^^,

Mencintai Rasulullah s.a.w.
Mengamalkan sunnah baginda s.a.w.
Cintailah Allah 

7.31 a.m
17 Rabiul awwal 1434H
29 Januari 2013
Ayer Keroh


Tuesday, January 22, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Saya ada hati. Hati ni, saya pinjam je. Saya pinjam untuk buat sokongan dan penguat kepada saya saat saya lemah. Bila ianya adalah pinjaman, saya kena jaga hati yang dipinjam ini betul-betul. Sebab nanti, bila saya nak pulangkan hati ini pada Pemiliknya, saya mestilah pulangkan dalam keadaan yang baik dan bersih. Hati yang saya ada ni sudah hampir memasuki era suku abad ianya bersama saya. (Kalau ikut tahun masihi). Hati ini, firtahnya baik.

Dari saat pertama saya milikinya, saya tak pandai gunakannya. Tapi hati ni sentiasa menentukan baik buruk hidup saya. Ajaibkan? Saya tak gunakan ia, tapi ia berguna pada saya. Hebat hati ni. Yang pasti Pemiliknya juga mesti jauh lagi hebat. Kau tahu teman, masa kecil dulu saya langsung tidak pandai menilai yang baik dan buruk. Berbekalkan sedikit ilmu yang mak ayah saya ajar dan ditambah dengan ilmu yang guru-guru saya ajar, saya tahu apa itu baik dan buruk. Tetapi yang menghalakan saya ke arah kebaikan adalah hati.

Kalau saya tiada hati (tak ikut kata hati), pasti saya tidak akan memilih jalan ini. Jalan yang saya lalui sekarang. Dulu-dulu, saya memang tidak pandai menggunakan hati. Semuanya saya menurut kehendak hati. Tapi kawan, saya pernah menzalimi hati saya. Dulu, saya tidak tahu hati ini hanya pinjaman. Kadang-kadang saya tidak ikut apa yang hati halakan. Saya ikut nafsu. Contoh bab makan. Saya suka makan banyak. 

Kadang-kadang makan sampai 3 kali tambah. Serius. Orang tak percaya saya makan banyak. Sebab saya kecil molek je. Bila saya ikut nafsu, saya akan kenyang. Semua kerja, saya jadi malas nak buat. Malas nak membaca. Malas nak kemas. Malas nak pergi sekolah. Tapi itu semua sebab saya ikut nafsu. Bila dah lama sikit hidup, saya mula dengar cakap hati. Hati kata, tak boleh makan banyak. Nanti malas. 

Ada sesetengah orang, tak dapat apa yang saya dapat. Oleh itu, ramailah kat dunia ni orang yang jenis tak nak solat, tak nak belajar, dan tak nak mengaji. Dia tak nak ikut hati yang baik. Hati ini kalau kita tak jaga dia, ia akan bagi kesan pada diri. Ya lah. Hati yang baik, pastu kita paksa dia ikut nafsu. Lama-lama dia pun jadi keras. Bila jadi keras, susah nak patah balik. Susah nak kenalkan hati pada Peminjamnya. 

Analoginya, kita pinjam barang kawan dalam keadaan baik. Kita pulangkan barang tu dalam keadaan rosak. Agak-agak, si peminjam tu marah tak? Marahkan. Jadinya, jangan sampai hati kita jadi keras. Sebab masa kita dapat dulu, hati kita lembut. Kita kena pulangkan hati kita dalam keadaan lembut juga. 

Mengenai hati saya, sehingga ke hari ini saya masih lagi berusaha jaga hati. Kalau dulu hati keras, sekarang saya cuba lembutkan. Hati saya pernah keras, kejamkan saya. Tidak menjaga pinjaman dengan baik. Tapi Allah baik. Allah bagi peluang kepada saya untuk lembutkan hati. Kalau tidak diizinkan-Nya, saya bukan saya yang hari ini.

Saya nak hati saya lembut. Saya nak pulangkan hati saya kepada Pemiliknya dalam keadaan lembut. Sebagaimana keadaan masa saya dipinjamkan hati ini. Hidup kita dah tak lama. Bila-bila masa kita akan dipanggil bertemu dengan Pemilik hati. Jika masa kita dijemput tu dalam keadaan hati kita keras, kita akan dimarah. Bila pemilik hati kita marah, naya kita. Saya tak nak kena marah.

Saya yakin, Dia tak kan marah kalau kita jaga hati ini dengan betul. Kita usaha jaga pun, Dia kira ok dah. Kena usaha sehingga jadi lembut. Doakan saya agar dapat bertemu dengan pemilik hati ini. Terima kasih wahai Pemilik hati kerana sudi, sedarkan saya untuk jaga pinjaman ini dengan sebaik-baiknya. Andai ada perkara yang mencacatkan hati ini, ampunilah saya. 

Hati kamu pun sama. Hati yang diberi pinjam. Minta tolong jaga hati kamu dengan baik ye. Kita sama-sama jaga hati. Orang yang jaga hatinya, akan dipertemukan nanti walaupun kita tak kenal antara satu sama lain. Tapi, siapa pemilik hati ini? Daripada siapa saya pinjam hati ini? Kamu pinjam dari siapa? Hati ini milik Allah. Dari Allah kita pinjam hati ini.

Hati ini milik-Mu, Ya Allah.
Engkau kurniakan hati, Engkau juga tempat kembalinya hati.
Eratkan hati ini dengan hati orang-orang yang Kau cintai Ya Allah.
Agar aku juga dapat jadi pencinta-Mu, Ya Allah.

Cintailah Allah
Cintailah Pemilik hati.
Pulangkan hati ini sebagaimana ianya dipinjamkan.

..Cinta Hati Saya..

9.58 a.m.
11 Rabiulawwal 1434H
23 Januari 2013
Ayer Keroh

Saturday, January 5, 2013
Bismillahirrahmanirrahim

Melihat pada tajuk-tajuk berita di media, saya hanya mampu senyum. Bertanyalah si hati, kenapa manusia begitu buta dalam menilai sesuatu. Isu 'Amanat Hadi' dimainkan. Seolah-olah tiada isu ummah yang lain yang berlaku di Malaysia. Difikiranku mereka terlalu tamak dengan habuan dunia. Bagi mereka, dunia inilah satu-satunya tempat untuk mereka mencari makan. Untuk mereka penuhi perut mereka dengan najis-najis bodekan. Bodekan hanya untuk kerajaan. 

Seperti umum sedia maklum, situasi politik ataupun pentadbiran negara Malaysia tidaklah berpandukan ajaran Rasulullah, tetapi lebih kepada ajaran Barat. Penjajah telah berjaya mewariskan pemimpin Malaysia (1957-2013) yang mempunyai akal keduniaan. Hanya memikirkan kepentingan peribadi, dan kaum melayu. Mereka seolah-olah lupa atau tidak peduli dengan apa yang bakal mereka lalui di negara abadi nanti. Mengenai  isu 'Amanat Hadi', saya kehilangan kata-kata apabila melihat kerakusan mereka menjatuhkan agama Islam. 

Media dan penguasa saling bekerjasama. Demi untuk kepuasan nafsu serakah yang menggila. Tidak lupa juga kepada kumpulan-kumpulan munafikin, yang mengaku belia yang memperjuangkan Islam tetapi merobek Islam secara zahir dan terang. Allahurabbi, seperti apakah dunia hari ini? Dunia ini sudah sampai umurkah? Hati saya sakit. Sakit dengan permainan duniawi. Cukuplah wahai penguasa yang zalim. 

Tidakku tahu di mana silapnya didikan ayah dan ibumu wahai penguasa yang zalim. Sehingga melahirkan anak yang sanggup menggadaikan maruah agama demi kepentingan duniawi. Maruah Islam tercalar dengan kemunafikan penguasa Malaysia. Agama Islam tidak lagi dipandang tinggi. Yang ditinggikan mereka adalah 'Melayu'. Sedangkan semua tahu, 'al-Islamu ya'lu wala yu'la alaih'. Islam adalah agama yang tertinggi dan tiada yang tinggi selainnya. Allahurabbi, ampunilah kami.

Antara kekejaman yang berlaku di depan mata kita pada hari ini ialah, permintaan TGHH untuk memberi penjelasan mengenai ucapan beliau yang telah disalahertikan oleh media pro kerajaan tidak diendahkan. Malah dipekakkan telinga, dibutakan mata yang celik. Lebih hina lagi, apabila mereka menghentam TGHH, membelasah TGHH, dengan menjelirkan lidah-lidah ucapan mereka yang busuk di dalam saluran tv kepunyaan mereka. Sedangkan permintaan TGHH dipandang sepi. 

Adilkan mereka ini wahai dunia? Adilkah? 

Semoga Allah memberi Taufiq dan Hidayah-Nya kepada kita semua. 

..TGHH..


Allahurabbi. Ampunilah kami.
Cintailah Allah.

5.15.p.m
23 Safar 1434H
5 Jan 2012
Ayer Keroh

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak