Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Tuesday, March 22, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan Salam kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w yang dicintai.
Hidup sebagai orang yang sibuk, sangat-sangat menguji keimanan. Masa sibuklah, dugaan datang. Masa sibuklah ujian bertemu. Masa sibuklah hilangnya kewarasan. Tetapi alhamdulillah, dengan kesibukan itu Allah ajar bagaimana menjadi mukmin yang baik. 

Bagaimana sayangnya Allah pada kita? 
Pertamanya Dia memberikan kita masalah hati. Dia berikan masalah ini kerana kita tidak sedar kita telah jauh dengan Allah.  Contohnya adalah tetiba kita rasa kita suka seseorang. Astaghfirullahal a'zhim. Suka kat orang adalah salah satu contoh masalah hati. Walaupun ianya kelihatan masalah kecil sahaja, tetapi sebenarnya ia adalah masalah besar. Kerana apa? Kerana di mana Allah di hati kita ketika kita suka kepada seseorang tersebut? Dan beruntunglah bagi sesiapa yang menyedari akan hal ini, dan mereka cepat-cepat kembali kepada Allah atas teguran yang diberikan itu.

Seterusnya, masalah hati mengenai keikhlasan kita. Di mana, kita tiba-tiba mempertikai kenapa sesuatu itu terjadi? Kenapa kita yang diberi tugas ini? Kenapa bukan orang lain? Kenapa selalu kita yang buat kerja ni? Kenapa mesti kita? Kenapa dan kenapa. Padahal, orang lain juga diberi taklifan dan kerja yang banyak. Tetapi kenapa kita pertikaikan?   Malah kerja orang lain lagi bertimbun dari kerja kita. Kita rasakan kerja yang diberikan kepada kita telah menggugat kehidupan kita seharian. Kononnya kita juga inginkan kerehatan seperti orang lain. Kononnya kita ingin tumpukan perhatian kepada sesuatu perkara. Kononnya kerja kita lagi banyak dari kerja orang lain. 


Jika kita kembali kepada persoalan pokok. Untuk apa kita didunia ini? Merujuk kepada surah Az-Zariyat ayat 56;




                            وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
           Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.


Nah, jelas sudah tujuan kehidupan ini. Secara terang Allah menyatakan demikian. Jadi, mengapa kita selalu sahaja mempertikai akan tugas kita? Tugas mengabdikan diri kepada Allah yang satu. Apa-apa taklifan yang diberi merupakan satu batu loncatan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita menolak bermakna kita menolak peluang yang telah diberikan kepada kita untuk lebih dekat dengan Allah. Tetapi perlu diingatkan, jika kita rasa tidak mampu kerana mempunyai tanggungjawab lain, maka jujurlah. Jujurlah dengan mereka yang memberi taklifan, semoga kita tidak menjadi beban kepada mereka. Takut juga makin jauh dengan Allah jika salah percaturan.


Dua permasalahan yang berbeza, tapi keduanya sama-sama kembali kepada Allah. Permasalahan pertama, andai dibiarkan berlarutan tanpa kembali kepada Allah akan membawa padah yang besar kepada hati. Begitu juga dengan permasalahan kedua, jika keikhlasan tidak dihadirkan dengan setiap tugasan yang diberikan banyaklah persoalan yang menggangu gugat jiwa yang lemah itu. Jika dapat ditangani alhamdulillah, tetapi jika dibiarkan sahaja masalah itu, jiwa yang merana. Merana kerana degil untuk menerima teguran Allah. Malas untuk kembali kepadaNya. Jadi, ubat kemalasan itu cuma satu. Iaitu hanya sebuah keikhlasan. 


Untuk menjadi orang yang ikhlas, bukan perkara mudah. Pernah kita dengar bahawa ikhlas itu seolah-olah seekor semut hitam, yang berjalan di atas batu hitam, di malam yang kelam. Susah dan tidak mungkin nampak dengan mata kasar tanpa lampu suluh. Oleh itu, bagaimana kita boleh menjadi orang yang ikhlas jika ianya sesusah itu? Usah kita timbulkan persoalan lagi kerana jawapannya tetap sama. Boleh. Boleh seandainya apa yang kita lakukan itu adalah semata-mata hanya untuk Allah tanpa mempertikaikannya lagi. Jika pertikaian-pertikaian itu hadir, cepat-cepatlah kita membetulkan niat kita kembali. Sengaja dengan ini, aku berbuat begini-begini hanya untukMu ya Allah. Hanya untukMu.


Maka dapatlah disimpulkan di sini, seandainya kesibukkan diri dengan tugas-tugas yang telah ditaklifkan itu membuatkan kita jauh dengan Allah, sebenarnya kitalah yang silap. Carilah kembali titik kesilapan itu dan perbetulkan. Jangan biarkan kesibukkan itu membuatkan kita jauh dari Allah. Dan terima kasih kepada Allah kerana membuatkan kita terfikir untuk bertanyakan soalan-soalan yang demikian. Kerana Dia menunjukkan kepada kita bahawa kita belum ikhlas dalam kehidupan. Dan sebenarnya hal ini berlaku adalah kerana Allah menegur kita dengan persoalan-persoalan tersebut. Dengan itu kita mendapat jawapan bahawa Allah masih lagi sayang kita. Allah memberikan kita sedikit masalah, untuk kita selesaikan masalah yang lebih besar. Lihatlah, betapa Allah sayang kita. 
Wallahua'lam.

~ Ikhlaskan hatimu dengan kehidupan ini. =)
~" Kedua syurga itu, kelihatan hijau tua warnanya " (55:64)
Monday, March 14, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.

Bila Allah, tiada di hati
Yang difikirkan cuma dunia
Bila Allah tiada di hati
Yang dibuat hanya dosa
Bila Allah tiada di hati
Yang dibicarakan cuma sia-sia
Bila Allah tiada di hati
Yang buruk tampak indah
Bila Allah tiada di hati
Yang indah nampak buruk

Dunia
Assigment
Meeting
Makan
Tidur

Dosa
Hati
Mata
Telinga

Bicara
Mengutuk
Mengeji
Mengumpat
Berdusta

Tapi,

Bila Allah ada di hati
Hal dunia difikirkan untuk Allah
Bila Allah ada di hati
Apa yang dibuat dikhuatiri dosanya
Bila Allah ada di hati
Apa yang dibicarakan mengundang orang mengingati Allah
Bila Allah ada di hati
Yang indah dijadikan pujian untuk Allah
Bila Allah ada di hati
Yang buruk dijadikan peringatan dari Allah

Dunia, dosa, bicaranya
Semuanya kembali kepada Allah
Terpulang pada si pemilih
Samada memilih syurga atau neraka

~ Peingatan buat diri yang terleka..

Thursday, March 10, 2011
Bismilillahirrahmanirrahim..
Salamun 'alaik.
Aku nak catat semula apa yang telah abi sampaikan. Semoga ia bermanfaat untuk seluruh alam. Yang mana sempat aku catat, aku post kat sini. Kalo aku ade tersalah catat, tolong betulkan.

  • Mula2, abi bercerita tentang Zaid Bin Harithah yang ditusuk dengan 50 susukan pedang, lembing dan anak panah.
  • Pengajarannya, ijtihad : bersungguh-sungguh. Hingga rasa susah payah dalam perjuangan. 
  • Sabar, cekal, istiqamah, hidup mati hanya untuk Islam.
  • Akan dapat tarbiyyah melalui kesedihan, ketakutan, kebimbangan, tawar hati, hilang pertimbangan dan segala jenis gambaran perasaan.
  • Orang di medan perjuangan mesti luka.
  • Pentingnya sistem tu, mesti ada dakwah, tarbiyyah, pertempuran antara haq dan batil. (Pertempuran ni bermula masa penciptaan Nabi Adam A.s)
  • Kitalah yang menetapkan kita di line mana. Pertempuran tu mesti berlaku walau di mana kita berada.
  • Kita mesti serius dalam perjuangan.
  • Benda ni bukan main-main. Ini serius. Ajak manusia dalam perjuangan, bermatian dalam perjuangan.
  • Supaya terus istiqamah, berasaskan firmanNya. " Fastaqim kama umirta"
  • Berdukacita, perintang dalam perjuangan.
  • Kena, disiplinkan diri didik jiwa supaya berlaku ketaatan.
  • Kalau tak beramal, macam mana nak rasa nikmat keimanan.
  • Kalau tak paksa nafsu beribadah, kita takkan rajin wat ibadah.
  • Nak dapat ikhlas macam mana kalau tak beramal?
  • Dalam keadaan nak ubah diri, kita kena paksa diri buat apa yang nak diubah.
  • Para sahabat, sangat-sangat bersungguh dalam menghafaz, bermati-matian untuk Islam.
  • Proses penyebaran iman sangat penting.
  • Dalam surah Al-Hujurat, ada arahan-arahan untuk orang-orang yang beriman. Supaya tidak melebihi Allah dan Rasulullah.
  • Letak Allah dan RAsulullah tempat yang tertinggi.
  • Iman menjadi pasak dalam hidup kita.
  • Suka atau tidak, nafsu senang ke tak, IMAN mesti didahulukan.
  • Kita mesti bawa orang yang dah Islam kepada iman, kemudian kepada jihad.
  • Jihad sebagai tanda ada iman dalam hati manusia.
  • Tak cukup dengan hanya sopan santun, jaga solat, mesti bawa kepada jihad.
  • Dan berjuang itu mulia di sisi Allah.
  • Kemulian orang dulu, para sahabat adalah sebab mereka berjuang.
  • Kita sukar patuh pada arahan sebab iman tak kuasa diri.
  • Jiwa tak tenang bila nafsu ada dalam diri.
  • Allah suruh Nabi s.a.w didik orang jadi beriman bagi yang baru Islam.
  • Kisah perang Badar, mulanya nak sabotaj je geng2 musyrikin tu. Tapi Allah izin berperang. Tapi sebab iman dalam hati, sahabat-sahabat ni sambut seruan tu.
  • Alhamdulillah menang, tapi Allah uji lagi dengan ghanimah. Walaupun iman, tawakkal kuat dan menang dalam perang. Allah tetap uji. Betapa Allah nak mensucikan hati orang-orang beriman. Allah uji dengan kes-kes tersebut. 
  • Benda ujian ni perkara biasa, tapi jangan sampai kronik.
  • Kalo ada, balik kepada Allah dan Rasul s.a.w
  • 1- Beriman, 2-Istiqamah, 3- Tak berganjak.
  • Lepas tu, Allah didik mereka dengan cara lain pula. Allah tarik perhatian iman mereka supaya lebih halus dalam menerima didikan dari Allah.
  • Iaitu dengan turunnya ayat Allah, " Bila sebut nama Allah, bergetar hati-hati mereka."
  • Kena jadi strong, jangan jadi lemah, jangan cepat mengalah, jangan mengalah dengan nafsu.
  • Allah didik lagi kita bila Dia berfirman dalam surah Al-Hujurat supaya jangan angkat suara tinggi dengan Nabi s.a.w. Maksunya kena beradab dengan pemimpin.
  • Walaupun kita berbilang-bilang, tapi kita masih lagi Melayu. 
  • Sikap melayu seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Iaitu sikap mementing diri sendiri, tidak bermuafakat dalam sesuatu perbincangan, berpegang pada pendapat masing-masing sahaja. Pentingkan diri daripada Islam, walaupun dah bawa Islam tapi masih lagi nak pentingkan diri sendiri, untuk kumpulan sendiri. 
  • Kalau nak Islam bangkit, kena buang perangai melayu. Tanam Islam dalam diri, bukan berbangga dengan melayu tapi berbangga dengan ISlam. 

Menangis untuk Allah.


~ So, sayangkan melayu atau sayangkan Islam? 

Saturday, March 5, 2011
Bismillahirahamanirrahim.
Salamun 'alaik.
Lamo x nulih, istimewo hok nih. Hanyo hok pehe ja, buleh pehe. Tok rajin lagi nulih ko kelate nih. Nok try lagumano. Jadi gapo kalu bahaso kelate kito guno dale blog. Jom. Tajuk sedak doh tuh. Jjiwo molek. Jadi mikkir plok, blog aku nih blog jjiwo ko? Jange saloh pehe plok. Jjiwo, jjiwo jugok. Tapi tengok la ko sapo nok jjiwo pom. Tibo2, teringak ko atiko hok baco maring. Hok Ime bui. Ustak Pahrol oyak, gappo hok kito nulis loni nih, ake jjadi saksi kat pade mahsya kekgi. Jadinyo, pade2 la kalu nok nulih pom. Kironyo, skit je lah nok nulih ari ni nyo. Mugo aku curi maso kijo skit nih, isi maso rehat meta.

Ok, bereh dok? Bereh jah, mugo aku bajet denge compomnyo, hok baco blog aku, Ime sore jah. Ore serawok tapi panda kecek kelate. Compiuh aku. Tak po lah, hok tu tuh. Jadinyo tajuk kito pado hari ni iyolah, cinto de air mato. Cinto? Buleh ko kito nok cinto manusio? Mano buleh. Hare! Saing aku oyak doso gewe. Ganaz lalu jawape dio gak. Acu tengok smula, mok pok kito u manusio. Abe kito tu manusio. Adik kito tu manusio. Bakpo tok lehnyo? Buleh jah nok cinto-cinto ni. Pah, kalu gitu gak buleh la gewe deh? Mugo gewe pom, manusio jugok.   Yolo doh. Sapo aja? Sete la tuh. Gewe ni manusio jugok, tapi jenih gapo? Walaupom dio manusio tapi gewe nih buke hok jenih ikut syariat. So, ado ko nabi ajar gewe? Takdok. Pah kalu xdok, bakpo nok gewe? Doh suko. Oo. Kalu suko gak jadi buleh la? Ni pun sete aja jugok. Buleh jah nok ikut sete aja tuh. Tapi tok soh mippi syurgo la. 

Kalu kecek bab gewe gak tok jjadi kijo laluh set2 nih. Bo2. Sebenarnyo sakni, nok kecek pasal cinto. Cinto paling utamo cinto pado Allah. Pahtu Rasulullah s.a.w. De seteruhnyo. Panda-panda la pehe sdiri. Jadinyo, kalu tibo-tibo ado tersuko kat ore tuh. Nok wat gano? Kalu buke maso lagi gak, saba la. Kalu maso dio gak, nikoh la cepak. Tu je la syariat suruh, buke payoh pom. Kalu tok saba jugok? Kalu tok saba jugok gak, wat malu jah la jadi manusio ni. Allah bui kurnio ime ni nok suruh kito saba. Buke bui free-free. Ado bahagie dio. So je lah, hok peting. Yakin denge Allah. Abih crito. Tu la cinto Allah. Nok oyak bui. Kalu cinto Allah, gapo kito nok buleh dapat. Sekali lagi di ule, hok paling peting sekali iyolah yakin denge Allah. Cinto Dio. 


Ok, kalu bab air mato ni plok ado sakuk sikit ngn cinto. Padaha blom ni oyak doh pasa air mato dok? Tak polah, nok oyak sekali lagi. Air mato ni, kalu buke sebab takut ko Allah. Tak dok nilai sikit habuk pom. Contoh dio, air mato tubik sebab gapo hok kito nok tok leh. Pahtu meccok plok. Jjadinyo, xdok gapo air mato tu tubik. Sio-sio. Banding plok denge air mato tubik sebab gapo hok kito nok tok leh. Tapi sebab redho denge  gapo hok Allah ttetu. Mako, air mato tu sangak la bernila. Sebabnyo, tok guru oyak. Air mato kito tu walaupom stitik luruh sebab takuk ko Allah, ake ditimbe jugok denge mize. De, berat dio tok soh crito la. Berat llajok. So, loninyo pilihlah. Samado, nk tiok sebab nok Allah, atau nok tiok sebab manusio. Jange bazzir ke air mato demo. Tiok sebab cinto Allah.

Dapak la kesimpulenyo, antara cinto de air mato tu. Keno letok sebab Allah jelah. Jange tiok sajo. Jange cinto sajo. Jadinyo, berutung la sapo-sapo hok ado cinto dale hati dio. Berutung la sapo-sapo hok tiok sebab manusio, dio tukar niat dio, tiok sebab Allah. Berutung la. berutung la. Berutung la. Ingat smula dale suroh Yassin ado crito pasa kaki, tange, jadi saksi kat akhirat kekgi. Jadi ke saksi-saksi mung tu buleh ngadu ko Allah sebab-sebab kebaike mung. Sebab cinto ko Allah. 

~ Gitu la skit sebanyok, bahaso kelate hok indah ini. Sapo xpehe tanyo. Jange wak kepahame sdiri. 
~ Wallahua'lam.


Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak