Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts
Tuesday, December 3, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Hilang deritaku melihat wajah kalian,
Panjangnya angan2ku melihat kalian bernikah,
Pertemuan yang tak disangka ini memanjangkan tali ukhwah,
Teguran keras kuberi pada yang sudi,
Ada yang tidak mampu kutegur dengan alasan menjaga hati,
Walhal itulah kemunafikanku yang ku sembunyikan,
Jangan kalian ukur daku dengan pakaianku,
Jangan kalian melihat diriku dengan senyumanku,
jangan, jangan, jangan,
Kerana aku tidak punya empati,
Kerana aku tidak mampu beri kasih,
Kerana aku tdak upaya membahagi sayang utk kalian,
kerana hanya Tuhan yang tahu,
betapa aku hina dina di sisiNya,
4 tahun bersama membina cinta,
Ada kala diri membuat kalian tersinggung,
Ada masa diri membuat kalian pedih ulu hati,
Maaf teman maafkan teman,
Aku tidak mampu menemanmu di syurga,
Barangkali hanya neraka menantiku di sana,
Atas ketidak amanahan diri dengan kalian,
Dalam menjaga tali persaudaraan,
Sesuci cinta bunga taman2 syurga,
mengharapkan pengampunan dari kalian,
atas keterlanjuran diri,
dalam menyimpan segala keegoan diri,
menyatakan yang benar,
menyembunyikan yang batil,
Terhembus nafas lega,
berjaya menyampaikan apa yang terbuku di hati,
setelah sekian lama kita bersaudara,
hanya tunggu kemaafan kalian,
Jika tiada kata maaf dari kalian,
Pasti Allah melihat post ini,
Tanda aku benar inginkan kemaafan,
Tinggal hanya penyerahan segala kudarat pada Yang Maha Esa,
Kerana diri tak ada daya melainkan kekuatan yang diberi Allah yang Maha Kuasa.


..pasti kurindu kalian..


12.30 a.m
30 Muharam 1435H
4 Disember 2013
Blok J
Ayer keroh
Melaka.
Tuesday, December 4, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Lagu yg bermakna.

Kau Yang Satu

Tajuk/Lirik Lagu: Kau Yang Satu
Penyanyi: Wow


Tanpa Mu aku la yang rindu
Tanpa diri-Mu hilanglah manjaku
Kasih Mu adalah naluriku
Cinta-Mu hanya di hatiku

Izinkan aku selami hati-Mu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada Kau Yang Satu
Diriku hanyalah untuk-Mu

Engkaulah Yang Satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku pada-Mu
Sayangku hanya Kau Yang Satu
Kasih dah rinduku milik-Mu
Friday, May 18, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..



TAHUKAH ENGKAU, DIMANA IA BERSEMAYAM?

Tahukah engkau dimana ia bersemayam?

Dialah saudaramu..ke mana ia melangkah?

Sanggupkah matamu memandangnya?

Sedang matanya tak sanggup menatapmu?

Saudaramu hidup laksana sejarah

Berjalan beriringan mengikut langkahmu

Tanpa bahasa yang dapat menyapa

Bercucur air mata jika bersua

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu

Engkau bermurah hati tanpa pamrih

Memupus duka nestapa yang ia derita

Engkau memikul beban berat tanggungannya

Ketika letih pilu merasuk kedua bahunya

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu

Engkau selimutkan tirai di sekujur tubuhnya

Ketika syaitan datang memperdayanya

Engkau tersenyum bangga dengan ramuan buah akhindit

Engkau bahagia pula dengan kesuburan

Ladang dunia saudaramu

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu




From : Virus-virus Ukhwah
~ Rahmat Allah bersama ukhwah.
~ Cintailah Allah.


Friday, December 30, 2011


Buat teman yang dikejauhan,
Aku bukanlah sang sasterawan,
Yang bisa menyusun ayat,
Menjulang semangat,
Buat kau kuat.

Tapi aku cuma mahukan,
Kau sentiasa kuat,
Walau apa jua badai,
Yang menggoncang iman,

Buat teman yang dikejauhan,
Kau jangan gusar,
Dengan segala kepayahan,
Yang kau alami sekarang,

Dan akan datang.
Segala yang berlaku,
Pasti ada yang tersembunyi,
Disebaliknya hikmah,
Yang berpanjangan.

Buat teman yang dikejauhan,
Kita tidak tahu,
Musibah apa yang sedang terjadi,
Tapi kita tahu,
Yang menjadikannya,
Adalah Allah.

Kita cuma perlu yakin,
Dengan semangat keimanan,
Yang dikurniakanNya,
Kita harus sabar.

Buat teman yang dikejauhan,
Jangan sekali kau lemah,
Jangan sesekali kau gundah,
Sabarlah,
Allah suruh kita sabar.

Buat teman yang dikejauhan,
Ingat lagi janji Allah?
Allah tolong kita,
Sebab kita gerakkan agamaNya.

Yakin ye teman,
Usah gelisah,
Usah gentar,
Allah ada di sisi.

~ Cintaku buatmu teman..~
~ Ingat lagi tak hadis Nabi s.a.w, pasal cinta saudaranya? :)
~ Cintailah Ilahi.
Monday, December 26, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam,
Segala kerja semuanya tidak bermakna.
Segalanya menjadi tidak kena.

Yang baik nampak samar.
Yang buruk jelas diminda.

Tercari-cari kenapa.
Adakah ini petanda?
Adakah ini petaka?
Kiamat sudah tiba?

Hati yang baik.
Mula berbicara.
Kau sebenarnya.

Kurang beramal.
Banyak mainnya.
Kau buat aku kelam.
Yang putih jadi hitam.

Begitukah ceritanya?
Lantas apa yang harus ku buat?

Kau punya Tuhan yang baik.
Tuhan kau sentiasa ada.
Kembalilah padaNya.

Apakah ini suatu rahmat?
Seringkali terleka,
Seringkali juga diingatkan.

Setiap kali diingatkan.
Bersyukurlah.
Bersujudlah.












" (yaitu) orang-orang yang takut (azab) Tuhan-Nya, sekalipun tidak melihat-Nya, dan mereka merasa takut akan (tibanya) hari Kiamat."
Surah Al-Abiyya' [21:49]

~ Cintailah Ilahi.

Tuesday, December 6, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.

Allah,
Hadirlah sentiasa di hati ini,
Ku seru namaMu untuk Kau sentiasa di sisi,

Allah,
Andai beberapa ketika ku terlupakanMu,
Kau ingatkanlah aku kembali,
Kembali mengingatiMu.

Allah,
HadirMu di kala ku keterlupaan,
Menterjemahkan keHebatanMu,
Hebat dalam mengingati hambaMu.

Allah,
Aku hanya mampu bermadah,
Usaha dan dayaku adalah dariMu,
Ingatkan aku padaMu sentiasa,
Semoga aku dapat menatapMu di sana.

Allah,
Terima kasih atas kehadiranMu,
Setiap saat kuharapkanMu,
Aku sangat memerlukanMu.

Allah 
~ Siapalah aku di sisiMu.
~ Cintailah Ilahi.
Saturday, November 26, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Semua orang akan bercerita tentang tahun baru pada hari ini. Saya pun nak ucaplah juga, selamat tahun baru. Dah niat belum? Niat jap. ~_~ Dah, semoga dipermudahkan semua urusan untuk tahun ni. InsyaAllah. Nak bagi soalan ni, sape leh jawab tinggalkan jawapan ea? Hadiah tu, insyaAllah berbaloi-baloi iaitu ilmu. Soalannya macam soalan tadika, tapi jawapan kome pasti tepat. Pesanan awal, untuk mengelakkan ketidakadilan, jangan cari kat google ea. Nak tahu gak, adakah anda memang tahu atau anda masih ragu.

Soalannya,

Bilakah bulan Nabi s.a.w mula berhijrah?

Soalan dibuka sekarang! :)

Sambil-sambil layan otak cari jawapan, kat bawah ni ada satu puisi (kononnya) yang terjumpa dalam buku baru tadi, sesaje nak kongsi.

Apa yang kau tahu?
Senyum ^_^v
Senyum =)
Senyum :(

Hati berat bila membenci,
Membenci tidak = tak suka,
Kenapa tak suka?
Kerana ikhlasnya tiada,
Oh,
Tiada ikhlas ke mana?
Ke tempat yang tersembunyi di dalam hati.

Ikhlas!
Keluar kau dari sana!!!
Paksa ikhlas keluar.

Jangan mudah mengalah!
Kenapa nak mengalah?
Kerana apa nak mengalah?
Hah!
Mengalah?

Sudah-sudah,
Kamu hanya tahu menyoal.

Sediakan jawapannya.

Jawapannya cuma satu,
Ikhlas!

Dan di mana ikhlas itu?

Persoalan lagi, huh!

Oh ikhlas,

Senangnya kamu,
Paksa senyum,
Paksa terima walaupun sakit,

Gila.

Kalau dah paksa,
Bukan dinamakan ikhlas.

Kalau tak paksa,
Ikhlas datang ke?

Ikhlas adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah s.w.t.

Perlu ke paksa untuk melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t.

Sebelum sesuatu yang baik dan berat itu dilakukan,
Pastinya ada yang bukan diniatkan kerana Allah,

Oleh itu,
Paksalah diniatkan kerana Allah,

Sebab ikhlas akan datang,
Setelah pemaksaan tersebut.

   

~ Bersama-samalah, niatkan di awal tahun ini agar kita dijadikan Allah salah seorang daripada hamba-hambaNya yang bertaqwa.
~ sURAH aL-IKHLaS
~ Cintailah Ilahi.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak