Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, August 19, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Allah, satu lagi peluang hidup diberikan pada kita. Alhamdulillah. Ingat! Jangan lupa untuk bersyukur kerana masih lagi diberi nafas saat ini. Apa cerita adik kakok. Lama sudah tidak bersua. Bukan sengaja meninggalkan, tetapi halangan datang menerpa. Hakikat seorang manusia bergelar hamba. Apa daya kita, jika Tuhan tidak mengizinkan. Ianya bukan alasan, demikianlah kekuatan Tuhan. Baru muqadimah. 
Nak kecek pasal apa yang kau kata, kau bakal diuji. 

Sungguh, pernah terjadi pada saya. Baru je cakap, tetiba ianya berlaku. Biasanya perkara yang kita seru. Sekadar contoh hiasan. Saya menyampaikan pada seseorang agar bersabar dengan ketentuan Allah. Lantas, Allah 'test' saya dengan perkara kesabaran. Bukan perlu bersabar sebesar gunung, hanya perlu bersabar atas kehilangan sesuatu. Tapi, ianya tetap 'test' dari Allah. Samada apa yang kita cakapkan adakah kita lakukan. 

Begitu juga dengan status di 'fb', ayat barangkali berbunga keinsafan. Tetapi serta merta di 'test' dengan perkara yang dipostkan. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal. Tetapi Allah sudah mengetahui jawapan disetiap ujian. Sengaja Dia memberi peluang melalui 'test' untuk kita lebih selari dengan apa yang diucapkan.

Apa yang berjaya? Bilamana apa yang diucapkan terlaksana dengan perbuatan. Apa yang gagal? Bilamana ucapan itu sekadar di mulut bicara tetapi tidak berbekas di jiwa. Hanya yang berbicara tahu apa adanya di jiwa. Jika dia menggunakan peluang 'test' untuk dijadikan batu loncatan kenaikkan iman, dia bijak orangnya. Jika dia membiarkan peluang 'test' dengan mengusutkan iman, dia kurang ikhlasnya. 

Ada juga yang menggunakan alasan berikut untuk berputus asa, "Adalah lebih baik aku tidak berkata/post jika aku tidak mengamalkannya". Sudah jelas di situ bahawa dia tidak berusaha. Mungkin ayat "Apalah daya kita sebagai hamba" digunakan untuk mereka yang di 'test', tidak sesuai jika dia mahu berjaya. Usahalah. Kita kenal diri kita lebih sedikit dari orang lain maka jangan berputus asa untuk terus berusaha. 

Kembali kepada apa yang kau katakan pasti di 'test', saya sekadar membuka jalan untuk kita sama-sama berfikir mana lebih baik antara "Jika berbicara, tidak diamalkan dan di 'test'.." atau "Jika tidak berbicara, tidak diamalkan dan tidak di 'test..."? Jawapannya saya tinggalkan pada kalian.

Sebagai penutup, apa yang kita bicara pasti di 'test' membuka peluang pada kita untuk memilih beramal atau tidak. Menggunakan peluang yang ada lebih baik daripada tidak diberi peluang. Sekurang-kurangnya jika kita berbicara, pasti kita terfikir atau teringat apa yang kita bicarakan lantas memberi ruang pada kita untuk memilih. Berbicaralah kerana Nabi Allah pernah bersabda, "Ballighu 'anni walau aayah". Wallahua'alam.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [Al-Ankabut : ayat 2] (29:2)


..memuji, memohon, membesarkan Allah..


~ Bicara demi Tuhan.
~ Cintailah Allah.

12:56 am
13 Syawal 1434H
20 Ogos 2013
Ayer Keroh
Melaka.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak