Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, October 10, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Tanggal 8 Oktober 2011, seorang budak kecik yang comel macam Anna Altafunnisa telah datang ke rumah saya. Datangnya membawa seribu harapan, ingin berjumpa dengan saya yang telah lama kehilangannya. Tak de lah, kitorang bercadang nak wat liqa' dengan permata-permata baru di tempat lama kami. Tempat yang banyak mengajar erti hidup, erti kasih sayang sahabat, erti ukhwah kerana Allah dan lain2. 

Si budak kecik ni turun dari JB semata-mata untuk liqa' ini. Hebatkan. Maklumlah, hanya masa ni je kami mampu berbuat demikian. Masa depan belum tentu. Dan si kecik ni pun datanglah ke rumah saya, bermalam 1 malam. Pastinya, sayalah orang yang berbahagia pada hari itu. Segala yang tercatat pada hari itu adalah antara kenangan akan diingati. 'Riadah' (maklumlah berjalan p carik lauk utk masak), masak sama2, makan ramai2 dll.

Nak disimpulkan sebenarnya, sepanjang perjalanan hidup selama 2 hari bersama dengan si kecik ni. Kami banyak muhasabah diri. Imbau kenangan yang boleh dijadikan pengajaran. Antara yang paling penting yang disampaikan oleh beliau ialah AQIDAH TU PENTING! Dan saya mengakuinya. Satu perkara yang terkesan dari muhasabah diri tersebut adalah KEBERKATAN hidup. 

Bercerita tentang keberkatan ni, bila kita melihat kepada kehidupan kita seharian. Adakah selari dengan kehendak Allah s.w.t. Jika selari, maknanya hidup kita berkat. Kalau belum lagi, cuba2 cari jalan untuk mendapatkannya. Kerana, bila kita dah tak dapat keberkatan dari Allah. Kita yang rugi. Rugi di dunia dan akhirat. 


Apa yang saya nampak, keberkatan tu Allah tak akan bagi kalau kita tak jaga hidup kita ni elok-elok. Contohnya bermula dari kita buka mata, kita buat perkara-perkara yang sia-sia sehinggalah kita tutup mata pada malamnya. Kita langsung tak beri peringtan pada orang, kita langsung abaikan hal di sekeliling kita. Hanya buat hal sendiri. Solat sendiri, buat kerja sendiri, tak fikir pun orang lain, rumah pun kita abaikan. 


Apa yang kita buat tu langsung tidak memberi manfaat pada orang lain. Dan pada diri sendiri juga. Terukkan. Apa yang di buat hanyalah mengikut hawa nafsu semata-mata. Nafsu kata tak perlu la tolong dia tu, pandai-pandai la dia buat sendiri. Kita pun ikut. Nafsu kata cuba ko tengok video awek cun kat FB tu, kita pun tengok. Nafsu kata, tak perlu la solat sunat nawafil, banyak assignment nak kena hantar. Ada exam lagi. Kita pun tak wat yang sunat.


Nampakkan apa yang saya nampak? Kehidupan kita ni macam tak de apa2. Bangun tidur, makan, lepak jap, mandi, FB, study, malam tu tidur semula. Tak pernah nak fikir, umat Islam yang buat maksiat kat luar sana. Kalau tengok gambar orang buang bayi pun, sekadar tengok je. Oh kesiannya, jahat la mak budak ni wat macam tu. Bla, bla, bla. Lepas tu, kita masih wat benda sama. Esok pun macam tu.

Agak-agaknya, kalau Allah tak bagi kita ujian macam yang orang luar sana rasa, macam tu lah kita selamanya. Ulang benda sama. Tu kalo tak insaf la. Masyarakat kita dah makin jauh dengan Allah. Kita wat dono je. Kita yang tahu sikit-sikit tentang Allah ni pun macam tu. Memang hidup tak berkatlah. 



Hidup jadi malas nak fikir masalah ummat, hidup hanya nak tahu seronok je, hidup kalau tak rasa seronok hari-hari macam jadi masalah lak. Di situlah keberkatan hidup tu hilang. Ingat tak masa kecil-kecl dulu, kita baik sangat. Tapi bila dah besar, kitalah orang yang selalu leka. Sebab tulah, sebab hidup tak berkat.


Masa kecil dulu, awal-awal masuk sekolah. Semua arahan kita ikut je, selalu buat baik. Selalu tolong kawan. Sebab tu hidup berkat. Bila Allah bagi ilmu, tapi kita abaikan ilmu Allah. Langsung kita tak kongsi ilmu kita untuk tegakkan kebenaran. Macam mana nak berkat hidup ni? Buat baik pun susah. Masalah hati tak pernah settle. Sah, hidup kita tak berkat. 


Jadi, macam mana nak berkat hidup ni? Kalau nak berkat, perbanyakkanlah buat baik. Buat apa yang boleh bagi manfaat pada semua orang. Walaupun hal yang kecil, contohnya senyum. Buatlah apa-apa yang orang lain pun boleh rasa, hasil dari kita. Terutamanya, bagi peringatan pada orang. InsyaAllah, dipermudahkan segala rasa. 


Bila ujian diberi, kita tahu ujian tu dari Allah. Hadap je dan bersyukurlah sebab diberi ujian. Sedih, pilu, dengki, hasad, gelisah semua tu tak akan wujud dalam istilah hidup kita sebab keberkatan tu ada. Hal yang berat bagi orang lain, akan menjadi senang bagi kita. Sebab apa? Sebab hidup kita BERKAT. Wallahua'lam.



~ Buat perkara-perkara yang bermanfaat deh..

~Ya Allah, berkatilah hidupkun sahabat2ku, kelurgaku ini.
~ Bagilah peringtan, nescaya peringatan tu akan balik pada kita.. Sweet kan? ^_^

                   

~ Cintailah Ilahi. 

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak