Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Saturday, October 29, 2011
Bismillahirrahmannirrahim,

Cuba mengambil masa yang singkat untuk menulis akan hal ini. Manusia dan kata-kata. Tak boleh dipisahkan. Bercakap untuk berseronok, bercakap untuk menyampaikan isi hati, dan yang paling penting bercakap untuk menegakkan kebenaran. Hari ni nak sentuh sikit je pasal ni, lama terpendam dalam hati. 

Macam semua pernah dengar, 'Lidah lebih tajam dari mata pedang', (lebih kurang la) dan boleh membunuh jiwa orang yang mendengarnya. Menyebabkan jiwa orang mati walaupun masih bernyawa. Gara-gara lidah, ada yang bahagia, ada yang berduka dan ada yang jadi gila.

Ada apa dengan kata-kata? Disebalik kata-kata tersimpan seribu makna. Hanya dengan satu ayat, orang boleh mentafsirkan ayat tersebut dengan pelbagai maksud. Dan hanya orang yang berilmu yang dapat mentafsirkan makna sebenar dari kata-kata yang keluar. 

Kata-kata juga ada kaitan dengan hati. Kata-kata yang menggambarkan isi hati. Melihat kepada jenis percakapan orang cukup untuk kita mentafsirkan orang itu bagaimana. Samada dengan nada yang lembut, tegas, gurauan, perli dan keras. 

Orang yang sensistif tidak dapat menerima kata-kata yang kasar. Orang yang keras, berasa tidak selesa denagn kata-kata yang lembut. Hanya orang yang berjiwa kental yang dapat menelan semua jenis kata-kata. Yakni, orang yang sentiasa berlapang dada dan bersangka baik.

Perlu diingat, kita perlu merai setiap baris kata yang terucap. Sesiapa yang tidak boleh terima dengan kata-kata yang tidak menjiwai dirinya menandakan dia masih belum merai kata-kata kawannya. Yang berasakan hanya dirinya sahaja yang betul dan sebagainya.

Tidak dapat dinafikan bahawa, manusia punyai pandangan yang berbeza-beza. Dan pandangan tersebutlah yang membentuk setiap jawapan yang khusus untuk setiap permasalahan. Bezanya adakah cara penyampaian itu betul atau sebaliknya.

Untuk akhirnya, berhati-hatilah dengan kata-kata anda. Gunakan cara yang sesuai untuk berdepan dengan orang yang berlainan. Terimalah setiap kata-kata dengan memikirkan apa yang cuba disampaikan oleh pemberi ucapan.

kecek molek2 gak..
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.[An-Nahl : 125]

~ Kecek yang baik2 sahaja.
~ Cintailah Ilahi.


3 comments:

nukilan_putih said...

^^..

Sufiana Mohamed said...
This comment has been removed by the author.
Sufiana Mohamed said...

berlapang dadalah klu ada orng kata huoh ke kita...byk2 sabar..hu: Sekitar Hari Raya I'dil Adha

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak