Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Thursday, March 10, 2011
Bismilillahirrahmanirrahim..
Salamun 'alaik.
Aku nak catat semula apa yang telah abi sampaikan. Semoga ia bermanfaat untuk seluruh alam. Yang mana sempat aku catat, aku post kat sini. Kalo aku ade tersalah catat, tolong betulkan.

  • Mula2, abi bercerita tentang Zaid Bin Harithah yang ditusuk dengan 50 susukan pedang, lembing dan anak panah.
  • Pengajarannya, ijtihad : bersungguh-sungguh. Hingga rasa susah payah dalam perjuangan. 
  • Sabar, cekal, istiqamah, hidup mati hanya untuk Islam.
  • Akan dapat tarbiyyah melalui kesedihan, ketakutan, kebimbangan, tawar hati, hilang pertimbangan dan segala jenis gambaran perasaan.
  • Orang di medan perjuangan mesti luka.
  • Pentingnya sistem tu, mesti ada dakwah, tarbiyyah, pertempuran antara haq dan batil. (Pertempuran ni bermula masa penciptaan Nabi Adam A.s)
  • Kitalah yang menetapkan kita di line mana. Pertempuran tu mesti berlaku walau di mana kita berada.
  • Kita mesti serius dalam perjuangan.
  • Benda ni bukan main-main. Ini serius. Ajak manusia dalam perjuangan, bermatian dalam perjuangan.
  • Supaya terus istiqamah, berasaskan firmanNya. " Fastaqim kama umirta"
  • Berdukacita, perintang dalam perjuangan.
  • Kena, disiplinkan diri didik jiwa supaya berlaku ketaatan.
  • Kalau tak beramal, macam mana nak rasa nikmat keimanan.
  • Kalau tak paksa nafsu beribadah, kita takkan rajin wat ibadah.
  • Nak dapat ikhlas macam mana kalau tak beramal?
  • Dalam keadaan nak ubah diri, kita kena paksa diri buat apa yang nak diubah.
  • Para sahabat, sangat-sangat bersungguh dalam menghafaz, bermati-matian untuk Islam.
  • Proses penyebaran iman sangat penting.
  • Dalam surah Al-Hujurat, ada arahan-arahan untuk orang-orang yang beriman. Supaya tidak melebihi Allah dan Rasulullah.
  • Letak Allah dan RAsulullah tempat yang tertinggi.
  • Iman menjadi pasak dalam hidup kita.
  • Suka atau tidak, nafsu senang ke tak, IMAN mesti didahulukan.
  • Kita mesti bawa orang yang dah Islam kepada iman, kemudian kepada jihad.
  • Jihad sebagai tanda ada iman dalam hati manusia.
  • Tak cukup dengan hanya sopan santun, jaga solat, mesti bawa kepada jihad.
  • Dan berjuang itu mulia di sisi Allah.
  • Kemulian orang dulu, para sahabat adalah sebab mereka berjuang.
  • Kita sukar patuh pada arahan sebab iman tak kuasa diri.
  • Jiwa tak tenang bila nafsu ada dalam diri.
  • Allah suruh Nabi s.a.w didik orang jadi beriman bagi yang baru Islam.
  • Kisah perang Badar, mulanya nak sabotaj je geng2 musyrikin tu. Tapi Allah izin berperang. Tapi sebab iman dalam hati, sahabat-sahabat ni sambut seruan tu.
  • Alhamdulillah menang, tapi Allah uji lagi dengan ghanimah. Walaupun iman, tawakkal kuat dan menang dalam perang. Allah tetap uji. Betapa Allah nak mensucikan hati orang-orang beriman. Allah uji dengan kes-kes tersebut. 
  • Benda ujian ni perkara biasa, tapi jangan sampai kronik.
  • Kalo ada, balik kepada Allah dan Rasul s.a.w
  • 1- Beriman, 2-Istiqamah, 3- Tak berganjak.
  • Lepas tu, Allah didik mereka dengan cara lain pula. Allah tarik perhatian iman mereka supaya lebih halus dalam menerima didikan dari Allah.
  • Iaitu dengan turunnya ayat Allah, " Bila sebut nama Allah, bergetar hati-hati mereka."
  • Kena jadi strong, jangan jadi lemah, jangan cepat mengalah, jangan mengalah dengan nafsu.
  • Allah didik lagi kita bila Dia berfirman dalam surah Al-Hujurat supaya jangan angkat suara tinggi dengan Nabi s.a.w. Maksunya kena beradab dengan pemimpin.
  • Walaupun kita berbilang-bilang, tapi kita masih lagi Melayu. 
  • Sikap melayu seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Iaitu sikap mementing diri sendiri, tidak bermuafakat dalam sesuatu perbincangan, berpegang pada pendapat masing-masing sahaja. Pentingkan diri daripada Islam, walaupun dah bawa Islam tapi masih lagi nak pentingkan diri sendiri, untuk kumpulan sendiri. 
  • Kalau nak Islam bangkit, kena buang perangai melayu. Tanam Islam dalam diri, bukan berbangga dengan melayu tapi berbangga dengan ISlam. 

Menangis untuk Allah.


~ So, sayangkan melayu atau sayangkan Islam? 

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak