Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, April 1, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan pujian untuk Rasulullah s.a.w. Menunggu saat bila boleh menulis. Susah juga jadi penulis blog ni yer. Kadang-kadang, bila terfikir akan sesuatu idea tetiba ada kerja lain yang perlu diutamakan. Dan idea tersebut, tebang entah ke mana. Bak kata satu pepatah arab yang telah dicampurkan melayu-arab oleh ustaz-ustazku masa sekolah dulu, "al -ilmu, fa in lam tan takap, fa tarabangan." Hehe. Tahu maksudnya apa? Maksudnya secara gila-gila juga, ilmu tu kalau kita  tak tangkap, maka ia akan terbang. Pengajaran tu penting. Jadinya, kepada sesiapa yang ada ilmu tolonglah pegang betul-betul dan amalkan. Kalau tak, ilmu tu akan hilang. Sebelum idea sendiri aku datang, macam biasa aku nak salin dulu ilmu yang aku dapat masa hari tu. Ilmu tarbiyyah dari ustaz wak. Kalau ada point-point tertinggal atau terkurang tu, maaf yer. 

  • Tanda-tanda orang bersyukur. 
- Dia memelihara dirinya untuk sentiasa mentaati Allah.
- Mencaturkan setiap saat nafas-nafasnya menjadi orang yang bersyukur.
- Tidak  melaksanakan maksiat.

  • Mengingati Allah, perlu dicatur.
  • Orang mati je boleh masuk syurga sebab, kalau tiada hidup tiadalah matinya.
  • Kepentingan menjaga aspek tarbiyyah? 
  • Jawapannya penting.
  • Minta hidayah tu wajib ke? 
  • Wajib, dalilnya Allah ajar kita minta hidayah. Dalam surah al-Fatihah. " Tunjukkan kami, jalan yang lurus"
  • Titik tarbiyyah : akal, roh, hati dan nafsu. 
  • Akal, settlekan dulu dengan ilmu fardhu ain, kifayah, fikrah (yang membezakan kita).
  • Orang yang bijak adalah orang yang mengira-mengira akan dirinya.
  • Kerajaan Islam jatuh selepas kerapuhan sistem terbiyyah.
  • Tarbiyyah ruhiyyah yang membezakan kita dengan hal-hal lain.
  • Ilmu hati, cabang kepada ilmu fardhu ain.
  • Tarbiyyah nafsu, mujahadah. Kurang makan, kurang tidur, kurang cakap. Ulama' yang cakap.
  • Zikrullah ada 6 :-
- Solat
- Baca Quran ( baca dengan tujuan untuk faham dan amalkan)
- Tallafuz (dengan melafazkan)

  • Yang 3 lagi, lain kali.
  • Orang yang berkehendak kepada hidayah adalah 'orang gila'.
  • Settlekan dulu aspek-aspek hidayah.
  • Susun semula dengan belajar ilmu fardhu ain, baca quran, ilmu feqah, ilmu tauhid, ilmu tasawwuf.
  • Tarbiyyah siasah (rukun 20)
  • Jihad adalah pemisah antara iman dan munafiq, Islam dan kufur.
  • Contohnya Badar Kubra.
  • Orang munafiq tidak akan sampai tahap jalan jihad.
  • Sebabnya, orang berjihad yakin akan pertemuan dengan Allah.
  • Cerita tentang Mus'ab Bin Umair, yang tanggannya dipotong semata-mata kerana kalimah Muhammad Rasulullah.
  • Timbulkan semangat jihad dengan fikirkan Nabi.
  • Kena selesaikan bab sirah Nabi dan kisah sahabat-sahabat Nabi s.a.w
  • Jihad : kita mati macam mana.
  • Kita ditarbiyyah untuk mati.
  • Surah At-Taubah : 111
  • Surah Al-Baqarah 154,155
  • Apabila kita merasa ujian, kita akan berkehendakkan Allah.
  • Merasai kesengsaraan
  • Suraf as-Soff : 11
  • Tanya pada diri, apa yang telah kita beri untuk Islam?
  • Pernahkan kita rasa susah /menangis dalam perjuangan?
  • Di akhir nanti, siapa yang akan terus istiqamah?
  • Orang yang berjihad pada jalan Allah, sudah tahu matinya bagaimana.
  • Tahu perjuangan Rasullah.
  • Tolong rasakan perasaan tu!
  • Jangan takut mati.
  • Surah Muhammad (sistem tarbiyyah)
  • Orang yang aman, apabila dia digoncang, dia tetap berasa tenang.
  • Sakinah dari Allah hanya untuk orang yang berjihad.
  • Orang yang berjuang, orang yang dapat petunjuk.
  • Perbetulkan sistem.
  • Kena improve, selesaikan hal-hal keyakinan.
  • Mencaturkan jadual kehidupan kita, Total Quality Management.
  • Kalau ada masalah peribadi, kita ada 'keluarga'.
  • Pesan murabbi, " Mesti hidup dengan orang yang ada tarbiyyah".
Wallahua'lam.


~ Hiduplah dengan orang tarbiyyah.
~ "Tabiyyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah"



Hanya keindahan dunia



2 comments:

admin said...

gPasha ni: ayat las skali 2 cam familiar(",)

Fasihah Cintailah Ilahi said...

Familiar..?
As syeikh Mustafa Masyhur oyak.
Atau jupo man lagi..? =)

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak