Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, April 4, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,
Semangat betul, aku nak cerita bab ni. Masa dalam kelas lagi terbayang-bayangkan ayat-ayat yang akan ku karang. Maklum lah, bila dah excited ni kan. Bila dah dapat ilmu baru ni, mesti la nak kongsikan. Karang tak criterkan, lupa lak. Ayat-ayat dalam post kali ni mungkin tak dapat nak diskemakan. Maaf la yer. Ok la, meh nak cite. Tadi sebenarnyer ada kelas Heat Transfer. En.Yuhazri yang ajar. Kali ini, kuliahnya cukup membakar semangatku untuk terus belajar. Walaupun ini merupakan tajuk terakhir untuk sem ini. Tajuk yang sinonim dengan peristiwa di Jepun. Radiasi.


Cukup-cukup tertarik untuk aku kongsi dengan kalian. Menurut En.Yuhazri, Setelah berlakunya gempa bumi kat Jepun hari tu, masalah kebocoran loji nuklear telah menyebabkan radiasi berlaku. Tenaga nuklear yang di jana dengan baik sebelum ni, bocor akibat dari kuasa Allah. Nah, tengok la. siapa yang lebih berkuasa. Subhanallah. Ok, cerita En.Yuhazri lagi, uranium ni akan terurai dengan adanya platinum. Apabila kedua-dua unsur ni di satukan, penguraian atom akan berlaku dan terus berlaku. Sehinggalah, rod uranium tu habis digunakan. Dan, kita tidak tahu sebanyak mana lagi uranium tu akan habis. 

 Cuba bayangkan, atom-atom uranium yang banyak tu terurai dan terurai. Tak tahu bila akan habis. Jadinya, apa kan terjadi pada dunia sebenarnya? Dah la, tempat tu bocor. Walaupun kerajaan Jepun dah tampung kebocoran dengan konkrit, radiasi tu tetap berlaku. Benda halus, tengok dengan mata pun tak nampak. Ada gak, usaha mereka lagi iaitu tampung kebocoran tu dengan benda lain dan ok la dapat mengurangkan sedikit jer radiasi tu. Tapi, jaminan radiasi tu untuk tak berlaku adalah kosong. Dan sehingga kini, radiasi tu terus tersebar ke sekitar Jepun dan sekarang ni dah sampai ke Filipina.

Yang bestnyer lagi, radiasi tu kan tersebar ke udara. Udara tu pun naik ke atas, membentuk awan. Dan, bila dah cukup gemuk, awan pun hujan. Dan benda tu tersebar lagi ke tempat-tempat lain, jadi, mustahil tak benda tu sampai ke Malaysia? Tak mustahilkan. Hmm. Hanya yang pakar pasal ni je yang tahu bahawa udara kita dah tak berapa nak selamat dah. Tapi, kenapa yer keluar kat berita yang semuanya masih terkawal? Adakah mereka-mereka yang mengawal media tu dapat mengawal udara, awan dan hujan tadi? Fikir-fikirkanlah. Iskh3. Dasyatkan. Kononnya sayangkan rakyat, dan tak nak rakyatnye risau la kan. Nanti kalau risau, semua pindah ke Barat. Kat sini siapa nak tinggal? Mereka dan kuncu-kuncunya. Untuk kaut harta yang tinggal. Kih3.

En. Yuhazri cakap lagi, sebenarnya apa sahaja yang ada kat dunia ni menghasilkan radiasi masing-masing. Hatta, manusia sekali pun. Apatah lagi, haiwan, tumbuhan, bangunan, kereta, rumah dan semuanya. Yang paling syok sekali pasal kita ni, pelajar-pelajar yang terpelajar membahayakan diri sendiri. Terpelajar tetapi membahayakan diri sendiri. (baru tersedar sebenarnya, walaupun masa kat matrik Miss Chong dah ingatkan. Tapi rupa-rupanya baru sekarang faham, penat jer Miss tu promote jangan makan guna polisterin, kih3) Yang kita dok makan guna polisterin tu, maklum la bila dah lapau, beli tapau je la. 

*Agah, tak nak makan kat kedai. Maklum la nak cepat balik umah. Jap, apa kaitannya yang aku dok bebel panjang-panjang ni dengan radiasi? Kan, aku dah gtau tadi. Semua benda ada radiasi. Salah satu, polisterin tu la antara yang terbahaya. Kita memang tak nampak benda tu. Kito dok makan sedap jer, ikan keli bakor. Pada masa yang sama, kita pun telan juga atom-atom yang terradiasi dari polisterin tu. Dan kesannya bukan sekarang, kalau nak wat experiment pun tunggu masa umur 60 tahun. Sapa nak tanggung, makan la tapau lagi kalo tak nak masak sendiri. 

Nak sambung sikit je lagi pasal kesan radiasi yang kat Jepun tu. Bila dah terkena radiasi ni, memang kita tak nampak sekarang sebab yang terkesannya adalah DNA kita. Kalau terkena sedikit, sedikit la DNA tu akan berubah. Kalau terkena banyak, banyakla yang akan berubah. Akibatnya bukan kita, tetapi anak cucu kita nanti. Akibat dari perubahan DNA ni, comfirm2 kromoson akan berubah. Bila dah kromosom tu berubah, anak-anak la yang jadi mangsa, mungkin akan cacat. Cacat yang pelbagai. Mungkin akan jadi tak de tangan, mungkin akan ada kaki jer. Dan, mungkinkah ada kepala jer? Nauzubillahi min zalik. Mohon di jauhkan dari kita semua. Tapi tu la ilmu yang aku dapat siang hari tadi. (ada gak yang aku tambah dengan ilmu masa matrik dulu).

Semangat aku belajar, semangat bila memikirkan masa depan. Apa-apa pun, hanya Allah yang tahu perancanganNya. Wahai Allah yang Maha Hebat. Hanya sedikit ilmuMu ku tahu. Engkau maha mengetahui. Ya Allah, panjangkalah usia kami untuk terus berjuang menegakkan kebenaran. Ingatan untuk aku dan semua, wallahua'lam.

 al-Baqarah 2: 195,




195. Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. Asbabun nuzul


Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa ayat ini (S. 2: 195) turun berkenaan dengan hukum nafkah.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bersumber dari Hudzaifah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan peristiwa sebagai berikut: Ketika Islam telah berjaya dan berlimpah pengikutnya, kaum Anshar berbisik kepada sesamanya: "Harta kita telah habis, dan Allah telah menjayakan Islam. Bagaimana sekiranya kita membangun dan memperbaiki ekonomi kembali?" Maka turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 195) sebagai teguran kepada mereka, jangan menjerumuskan diri pada "tahlukah" (meninggalkan kewajiban fi sabilillah dan berusaha menumpuk-numpuk harta)
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Hakim dan yang lainnya yang bersumber dari Abi Ayub al-Anshari. Menurut Tirmidzi hadits ini shahih.)

Menurut riwayat lain, tersebutlah seseorang yang menganggap bahwa Allah tidak akan mengampuni dosa yang pernah dilakukannya. Maka turunlah "Wala tulqui biaidikum ilat-tahlukah."
(Diriwayatkan oleh at-Thabarani dengan sanad yang shahih dan kuat, yang bersumber dari Jabir an-Nu'man bin Basyir. Hadits ini diperkuat oleh al-Hakim yang bersumber dari al-Barra.) 



~ Tambahan skit mengenai radiasi link kat sini.
~ Jangan binasakan diri anda.

* Agah = berlagak.

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak