Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, April 22, 2011
Bismillahirrahmanirrahim. Hati ingin menulis. Tapi masa mencemburui aku. Tapi kali ini, aku tetap akan menulis, melepaskan segala yang terbuku di hati. Hanya ingin berkongsi cerita, dan dengan ini, aku 'mengembil kesempatan' terhadap waktu ini. Walau aku tahu, dia sedang cemburu. Kih3. Minta maaf ye masa. Dan, apakah cerita di sebalik muqadimah ini?  Sebenarnya aku nak ingatkan diri aku jer, diri aku sebagai manusia. Manusia yang sering alpa. Dan manusia macam aku ni amat memerlukan peringatan demi peringatan. Walaupun tiada orang nak ingatkan kita, kitalah yang kena ingatkan kita dan juga orang lain yang lupa mengingatkan kita. Berbelit-belit ayat. Sabor jer la.

Kadang-kadang kita lupa kita ni hanyalah  manusia.

 ''Awat hang cakap macam tu? Cek tak paham lah..''

"Meh sini nak bagi faham.."

"Pertamanya, pastinya hang tahu yang kita ni hamba Allah kan?"

"Iya-iyala..dong"

"Bila dah jadi hamba Allah ni, apa yang hang buat hari-hari? Apa aktiviti seharian hang?"

"Aduh, soalan budak tadika hang bagi aku? Ngeh3. Mestila, aku makan, aku tidur, aku belajar..ntah apa-apa la hang ni...ishk3"

"Ya, aku pun tahu semua tu..aku pun buat..tapi, apa aktiviti yang hang buat untuk dekat dengan Allah?"

"Ooo..macam tu, hang ni. Gtau la awal2. Kalo bab tu mestila aku solat. Aduyai hang ni wat saspen jer. Tapi sebenarnya hang macam nak gtau sesuatu jer, cuba cerita skit.."

"Hang solat rawatib tak?"

"Ops..hehe, awat ni? Mestila tak."

"Hang puasa sunat tak?"

"Alala, mana boleh gtau. Abih la pahala aku. Ngeh3. Sebenarnya time rajin jer" (Senyum)

"Hang qiam tak?"

"Haha..hang ni tanya aku macam aku wali lak. Oi pak cik, orang-orang je la wat benda tu semua, aku bukan baik pun..ngeh3"

"Ok, bukan ke hang kata hang nak tolong tegakkan Islam kan?"

"Eh, itu wajib"

-

-

-

Mengaku wajib berjuang tapi...(mohon dijauhkan dari sifat ini)

~~~~~~~~

Sebenarnya terkesan bila kita cuba fikir kembali, apa bekalan kita untuk menjadi kuat untuk tegakkan Islam dan melawan musuh Allah. Di samping itu juga, apa bekalan kita untuk top up segala keburukan demi keburukkan yang kita lakukan hari-harian? Nothing. Kita tahu yang kita tak buat apa-apa, tapi kita mengaku kita nak perjuangkan ISLAM. Wahai saudaraku, jom kita islahkan diri kita. Biasakan dengan yang tak biasa. Paksa dirimu menjadi yang terbaik di sisi Allah. 

Biasakan dengan,
1- Baca Al-Quran 1 juzuk 1 hari. Pastikan khatam dalam 1 bulan. Kalau tak mampu, pastikan   habis 100 ayat sehari. 100 jer. 
2- Puasa 3 hari sebulan @ puasa isnin dan khamis setiap minggu. (latihan mujahadah)
3- Solat sunat rawatib. (Boleh tampung kekurangan masa solat wajib)
4- Istighfar 100 kali sehari (setiap kali istghfar, 1 titik hitam di hati terhapus = clorox hati)
5- Qiamullail=Tahjud+Taubat+Hajat+Witir dan lain2, (boleh jadi peneman kita masa dalam kubur)
6- Mathurat (doa Nabi s.a.w)

Kat sini tulis 6 jer. Kalau dah istiqamah, tambah lagi yang lain-lain. Jangan mengaku seorang pejuang kalau tak cuba berusaha. Tinggalkan yang lagha. Cubalah sahabat-sahabat. Hapuskan rasa malas. Moga diredhai Allah sentiasa. Wallahua'lam.

~ MALU pada Allah.
~ TAKUT azab Allah.
~ HARAP redha Allah.

Mujahadah Cendawan

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak