Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Thursday, August 11, 2011

Bismillahirahmanirrahim.

Sahabat, hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa. Bermakna lagi 27 hari tiggal berbaki. Dalam menelurusi hari-hari dalam ramadhan yang telah berlalu, kita seharusnya bersyukur kerana masih berpeluang untuk menghayatinya pada tahun 1432 Hijrah ini. Jika dibandingkan dengan hamba-hamba Allah di luar sana, ada yang pergi menghadap-Nya sebelum sempat Ramadhan tahun ini menyapa dalam masa beberapa bulan selepas Ramadhan tahun lalu pergi. Beruntungkan kita?

Sahabat, sudahkah kamu memasang niat pada hari pertama Ramadhan tahun ini? Niat untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Masih belum terlambat untuk berniat memohon kepada Rabbul ‘Alamin agar diberi taufiq dan hidayah-Nya dalam bulan Ramadhan kali ini. Sesungguhnya beruntunglah mereka-mereka yang dikurniakan anugerah itu.

Sahabat, jika kita merenung kembali masa lalu kita. Mengingati detik-detik yang berlalu tanpa apa-apa amalan yang kita lalukan untuk menampung jumlah dosa yang semakin bertambah sehari demi sehari selepas Ramadhan lalu berakhir. Apakah mungkin dapat menebusnya kembali untuk kesilapan lalu. Renungkanlah dosa itu untuk dihitung, berapakah yang masih berbaki untuk ditebus dengan air mata penyesalan pada bulan mulia ini. Renungkanlah.

Sahabat, merintihlah dengan nama Tuhan-Mu dengan penuh kehinaan mengharapkan pengampunan dari Allah yang Maha Pengampun segala dosa. Merayulah kepada Tuhan-Mu agar diberi keampunan-Nya untukmu yang hanya seorang hamba yang hina. Ampunkanlah aku ya Allah, ampunkanlah aku ya Allah.

~ Cintailah Ilahi.
~ Bersambung...
                                                                                                   3 ogos 2011 6.12 A.M

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni 9 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 9 ogos 2011. Bermakna sudah masuk hari kesembilan kita berpuasa. Maka 9 hari jugalah segala dosa-dosa lalu bermain-main di kepala. Tidak terhitung hanya dengan jari, malah dikira dengan jari kaki pun masih tidak dapat menampung dosa-dosa yang kita lakukan pada 11 bulan yang lalu selepas bulan pengampunan tahun 1431 H berlalu.

Sahabat, masih terbayangkah saat-saat terjadinya peristiwa-peristiwa yang memalukan yakni kejadian-kejadian dosa yang kita lakukan itu? Ataukah masih tidak terasa apa-apa kerana yang terbayang hanya saat gembira yang berlegar-legar di kotak pemikiran? Nauzubillah. Mohon dijauhkan. Cuba anda bayangkan saat anda menjadi seorang yang sangat pemarah pada ketika itu.

Marah kerana orang yang dihadapan anda mengatakan sesuatu perkara yang anda tidak suka mendengarnya. Ataupun marah kerana barang anda dicuri. Ataupun marah kerana ada orang yang menggangu mood study anda. Bayangkan. Bayangkan. Mustahil sepanjang 11 bulan yang lalu anda tidak pernah memarahi sesiapa walaupun hanya sekadar lintasan dalam hati. Bayangkan.

Cuba ingat lagi saat itu, apa yang bermain di kepala ketika itu? Sumpah seranah. Caci maki. Benci membenci. Berharap agar tidak akan berjumpa dengan orang yang anda marah. Tertanya-tanya kenapa anda mesti berhadapan dengan orang seperti itu. Mendoakan agar si dia mendapat pembalasan di dunia dan akhirat. MasyaAllah. Anda pernah terlibat dengan situasi tersebut?

Jika anda pernah terlibat, bermakna anda adalah insan normal yang dikurniakan nafsu amarah. Bersyukurlah. Tetapi bagaimana cara anda menghadapi situasi yang sudah berlaku itu? Adakah anda menggunakan kurniaan Allah itu dengan cara yang betul? Jika anda menghadapinya dengan istighfar dan taubat, maka beruntunglah anda.

Tetapi jika hingga ke saat ini anda masih tidak dapat melupakan peristiwa itu, malah amarah itu bertukar menjadi dendam. Nahas anda. Anda kini berada dalam zon bahaya. Zon yang bakal menghampirkan anda dengan neraka. Mohon dijauhkan. Walaupun demikian, anda masih lagi beruntung. Masih lagi menjadi kesayangan Allah, jika anda menghargai Ramadhan ini.

Masih lagi berbaki 21 hari untuk membaiki segala jalan yang anda telah lalui. Maafkanlah kesalahan insan itu. Jadilah anda orang yang memaafkan kerana Allah sangat menyukai sifat tersebut. Jika anda berjaya berbuat demikian pada hari ini, tahniah saya ucapkan. Anda telah berjaya melalui ujian amarah. Ujian yang julung-julung kali diadakan oleh Allah. Hanya untuk hambaNya.

Pasti anda kini sedang merasai kemanisan kemenangan keberjayaan anda dalam menghadapi ujian tersebut. Tanda orang yang berjaya dalam ujian adalah anda redha dengan apa yang terjadi walaupn diri anda malu dengan kejadian tersebut. Ingatlah, kita bukan siapa-siapa di kalangan manusia. Kita hanyalah manusia biasa di sisi manusia lain dan hamba yang hina di sisi Allah s.w.t.

~ Cintailah Ilahi.
~ Bersambung...                                                                                 9 Ogos 2011 9.59 AM



Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak