Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, January 13, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Rasa nak cerita pasal orang-orang sekeliling jer hari nie. Walaupun esok ada exam lagi.. Kejap je ya Allah deh. Pernah kan kita rasa bahagia? Antara bahagia yang kita rasa tu kadang-kadang berlaku disebabkan orang-orang sekeliling. Yang dekat dengan kita. Kenapa yer? Sebab Allah yang mengizinkan. :)

Saya punyai teman yang ramai. Macam-macam fe'el ada. Yang nak diceritakan kat sini, mengenai 5 orang sahaja. Yang 5 orang ni la yang mengajar saya macam mana nak jadi baik. Sebabnya, hari-hari saya dapat pengajaran dari mereka. [Yang lain-lain tu pun ada kisah mereka tersendiri. Banyak bagi pengajaran sepanjang hidup bersama mereka.]

Kalau berkesempatan, kami akan berkumpul selepas solat maghrib. Setiap hari ada yang akan jadi pentazkirah. Seorang akan jadi panglipur lara, dan 5 orang akan mendengar. Bila si panglipur lara bercerita, kami akan mendengar untuk mendapat pengajaran darinya.

Kadang-kadang sepanjang panglipur lara bercerita, ada je yang tukang menambah perisa bagi setiap cerita. Membuatkan kami semua gelak. Yang selalu buat kami gelak adalah Atiqah dan Umairah. Dari setiap cerita atau tazkirah yang disampaikan, ada je cerita tambahan atau soalan dari mereka.

Yang lain pun sama, Datin Qi, Dik Joule dan Leha si Maru. Ya Allah, macam-macam peringatan yang mereka tambah. Contohnya apakah pengajaran yang dapat pada hari ini? Apakah perkara bahagia yang kita dapat pada hari ini? Setiap orang kena gitau, kena kongsi. Dari situ kami dapat pengajaran yang pelbagai. :)

Bila dah azan isyak, kami akan buat khulasoh. [Kadang-kadang sambung lagi lepas azan] Setiap orang kena cakap. Walaupun satu ayat. Tadi pun sama. Yang jadi pentazkirah hari ni Umairah. Memang gelak je la kerja kami hari ni. Tambah-tambah lagi, ada jiran rumah sebelah datang. Una, Wan, Nana, Tengku, dan Ezana mzp. Lagi haru. :)

Sahabat lain juga tak mungkin di lupakan. Nak sebut nama sorang-sorang, ramai. Takut-takut ada yang tertinggal. Terutama sekali sahabat yang sama-sama terbuat kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang  hidup kat Melaka ni. Dan yang pernah hadir dalam hidup saya. Walaupun sekali je jumpa seumur hidup, ataupun yang hanya bersahabat di alam maya. [Yang terasa tu ler.. :) ] 

Mereka la yang mewarnai hidup saya semenjak saya dikurniakan sahabat oleh Allah khususnya yang tinggal di J4* ni. Walaupun kadang-kadang saya ni menyusahkan hidup mereka, tetapi mereka tak pernah merungut. Padahal, saya rasa saya banyak buat mereka bersedih. Saya banyak buat hal. Mereka tetap bersama saya. Terima kasih ye.

Satu lagi, saya juga jarang ucap terima kasih pada mereka. Jarang ucap kata maaf pada mereka. Jarang ucap kata sayang pada mereka. Walaupun mereka jarang dengar semua tu dari saya, saya harap Allah dengar dan menyampaikan pada mereka. 

Kamu tahu tak siapa yang datangkan mereka dalam hidup saya kat sini? Semestinya kamu tahu. Iaitu Allah. Allah yang menghantar mereka kepada saya. Bila-bila masa Allah akan ambil mereka. Dan saya tak kisah kalau Allah ambil mereka. [Sebab tak mungkin saya bersama mereka sepanjang hidup saya] Bila saya dah tak tinggal kat Melaka lagi. Bila saya tiada lagi di dunia. 

Siapa saya untuk menghalang Allah dari ambil mereka dari saya. Allah dah bagi saya nikmat yang banyak sepanjang bersama mereka. Tak terbalas nikmat Allah yang hebat ni. Mereka yang menjadi asbab saya macam ni pada hari ini. Yang pasti mereka kini sudah berada dalam hati saya. Itulah tanda nikmat Allah yang tak ternilai. Terima kasih Allah.

..Saing dunia akhirat..


“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” [Al-Hujuraat ayat 10] 



~ Cintailah sahabat-sahabat kita.

~ Cintailah Ilahi.


4 comments:

NSM said...

Alhamdulillah,indahnya ukhuwwah islamiyah ini...

mira orcid said...

wah, alhamdulillah bestnya berukhuwwah. it is a nice story. tacing pun ada kisah ni, kak.. ^_^

Cheah Cintailah Ilahi said...

NSM : Alhamdulillah..kita dipilih untuk merasai nikmat ini.. T_T

Mira Orcid : kisah benar semata-mata.. Allahurrabi..

SuFi Haraki said...

berukhuwwah krn Allah,memang indah & nikmat: Entry Terbaru : Geng Jubah

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak