Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, October 25, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah. Hari ini 26 Oktober 2013. Kalau ikut kalendar UTeM, hari ni konvokesyen untuk pelajar kemasukan 2009. Sapo? Saing kawe la. Saya masuk UTeM 24 Jun 2009. Rupanya 4 tahun sudah berlalu. Segala suka, duka, lara, cinta, benci, dendam, kesso' hati tersimpan kukuh di ingatan. Walaupun ingatan saya tak berapa sehat sangat.

Kalau nak dikenang satu persatu kejadian kehidupan yang mencipta sejarah di UTeM meme x la kan. Mano dok ingat so so. Mugo otok ore tuo tu gak. Tapi nok oyaknyer, di mana-mana pun kita berada hikmah Allah sentiasa ada. Tak kira masa, tempat dan tarikh. Antara tempat yang banyak bagi sokongan ataupun hikmah dalam persinggahan duniawi ni adalah kat UTeM.

Kat sini la segala perencah kehidupan mencukupkan rasa perjalanan menuju mati. Kadang ada naik, kadang ada turun. Ya lah. Manusia tiada yang sempurna. Samada kita nak ambil pengajaran atau tidak bergantung kepada hubungan kita dengan Allah. Walau banyak peringatan yang Allah bagi pada seseorang tu, tetapi disebabkan hubungannya dengan Allah kurang, maka, dia tetap x nampak peringatan tersebut.

Aiyyo. Jauh p. Sebenarnya saya nak cerita, pasal konvo saya ni ha. Awal masuk UTeM dulu, teringin gak nak konvo. Pakai baju konvo, naik pentas Dewan Besar, amik gambar kenangan. Fuuhh. Terbayang-bayang perancangan untuk konVo dengan jayanya. Hinggalah saat ini. Saya dikurniakan rasa yang hambar untuk konvo. Allahurabbi. Pasti ada hikmahnya dari Allah.

Bermula dengan ke'gege'an ataupun kesibukan mereka mempersiapkan diri untuk konvo. Saya jadi tiada rasa untuk konvo. Mungkin ke'bizi'an hidup seharian sebagai penjaga taska wal cikgu 2 hari dalam seminggu menjadi saya tiada rasa. Mungkin juga disebabkan ketidakdapatan kehadiran Ma dan Abah pada hari kejadian. Dan segalanya tersimpul rapi dalam takdir Ilahi.

Dalam dok sibuk-sibuk persiapan untuk konvo, telefon Ma. Ma kata nak datang, ok. Tapi pelbagai dalih yang bertandang di fikiran. Kebetulan masa tu dok ingat yuran konvo RM300. Alasan pertama, kalau konvo kena bayar RM300, ikutkan gaji sebulan tolok makan, sewa rumah, bil api air dan minum, meme abih utk konvo la gitu gak. Kompom x cukup nak hidup.

Telepon Ma lagi, oyak dalih yang pertama. Ma abah oyak, tak pe la kak. Abah bayar RM150, guna duit kak RM150. Allahurabbi. Tak sanggup nok nyusohkan Abah. Cakap kat Abah, x pe la Bah. Kak guna duit sendiri jah. Bersungguh benar ibu dan bapa dalam membahagiakan anak-anak. Tapi anak-anak???? Ni nok ngepek ni nih. Sabar-sabar.

Ok, tetiba datang pula alasan dan 'rintangan' seterusnya dan seterusnya dalam menghadapi 'ujian' konvo ni. Tambang, tempat dan sebagainya. Dan untuk akhirnya, tersingkaplah dalil yang benar lagi kukuh. Ma oyak, Abah tok leh jale jauh, pasti demam. Apa lagi, daku terus katakan pada mereka. Ma, Abah tak soh mari la. Kito x po. Dalam hati berbolak balik menyatakan kesedihan dan kegembiraan bercampuran. 

Sedih sebenarnya Ma dan Abah tak datang tengok kita konvo. Sebab kita konvo pun sebab nak banggakan mereka. Kalau mereka tak datang, untuk apa kita konvo? Untuk kebanggaan diri sendiri? Tiada apa yang nak dibanggakan dengan diri kerana diri penuh dengan dosa. Untuk penghargaan pada diri setelah 4 tahun berpenat lelah menghabiskan pengajian? Penghargaan apa sekiranya diri tidak sempurna menjalankan tanggungjawab pelajar. Nah, amek kau! Dushh.

Baiklah Ma, baiklah Abah. Kak betul-betul x kesah kalau Ma dan Abah x datang. Kalau kedatangan Abah memberi keletihan buat abah. Membuatkan Abah sakit. Kau sanggup? Tidak. Ma? Ma meme tok kesah sokmo, asal anok bahagio. Kembali kepada suasana konvo. Sahabat semua bergembira dapat kembali ke Melaka. Rindu kata mereka. Membuatkan hati aku berbalik untuk sama-sama meraikan mereka.

Tanya pada kawan sedarjah, boleh ke kau datang pada hari konvo aku? Hanya untuk menggantikan ketidakhadiran Ma dan Abah. Oo Jeng. Dia boleh datang. Nak naik pentas atau tidak naik pentas? Memikirkan seharian di dalam dewan tanpa berbuat apa-apa dan hanya dalam beberapa minit naik ke pentas untuk mengambil transkrip yang kosong. Telefon Ma lagi.

Guano ni Ma, kalu kak naik.. jadi gano? Ma oyak, ma lebih suka kalau Kak tak naik pentas. Sebabnya, itu semua hanya duniawi. Naik ataupun tidak, tetap dapat sijil. Titik. Ok, aku dah dapat jawapan sebenarnya. Segala bolak balik hati telah Allah tetapkan. Hanya satu pilihan. Dan pilihan yang aku inginkan adalah keredhaan Allah s.w.t semata. Mentaati ibu bapa. Yang cuba aku usaha untuk mentaati mereka, walau diriku x sempurna menjalankan tugas sebagai anak. Ampunkanlah aku Ya Allah.

Selamat berkonvokesyen semua, saya yakin konvo kalian adalah untuk mak dan ayah kalian. Dan pastinya ada redha mereka bersama. Bila mereka redha, redha Allah akan dapat. InsyaAllah. Betulkan niat masing-masing deh. Nak naik pentas, dalam majlis yang bergemerlapan. Penuh dengan kebanggaan duniawi. Pasti akan ada hasutan musuh dari azali. 

~Cuma satu pesan Abah, amek gambar deh. Bereh bah. No hal. ^_^v
~Cintailah Allah, redha Allah bersama dengan redha kedua ibubapa.  

..Daddy wal Mammy..


8.24 a.m
26 Oktober 2013
21 Dzhul Hijjah 1434H
Ayer Keroh 
Melaka.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak