Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, September 26, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Semoga selamat dunia akhirat.
Pernah ketinggalan solat tahjud?
Terfikir x kenapa boleh tertinggal?

Solat tahjud ataupun solat2 malam (qiamullail) yang lain ni mempunyai kelebihan yang banyak. Nilainya yang suci menjadikan qiamullail lebih indah. Menghadirkan diri menghadap Tuhan ketika yang lain sedang tidur bukan perkara yang mudah. Hanya yang berusaha yang pasti akan mendapatkannya.

Namun, sebagai manusia yang tak terlepas dari berdosa adakalanya tertinggal qiamullail tanpa sengaja. Antara sebab-sebab qiamullail boleh tertinggal adalah kerana dekatnya kita dengan dosa. Sebagai contoh, sewaktu kita di siang hari..kita terbuat dosa dan lupa untuk beristighfar dengan ikhlas. Maka Allah akan menggugurkan kelayakkan untuknya bangun di malam hari.

Jika kita ingin melihat bagaimana Allah menilai kita, lihatlah di pengakhiran malam. Adakah kita bangun atau tidak untuk bersujud kepada-Nya?

Ada ketika hari yang dilalui baik2 sahaja. Namun, malamnya tidak terbangun juga. Semaklah hubungan kita dengan ibu bapa. Adakah pernah tidak menjawab panggilannya? Halus cara Allah menghukum kita yang tidak menghargai ibu bapa dengan tidak membangunkan kita untuk bersujud kepada-Nya.

Perhatikanlah gerak geri kita seharian dan berhati-hatilah. Semoga kita dijauhkan dari dosa tanpa sengaja dan memudahkan kita untuk bangun di malam hari. Kerana andai hari ini kita tidak terbangun dan tiba-tiba kita mati, maka rugilah kehidupan kita seluruhnya.

Allahurrabbi.

6.35 a.m
Tanjung Malim
27 Sept 2016
25 Zulhijjah 1437 H.

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak