Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, October 30, 2017

Assalamualaikum w.b..t

Alhamdulillah 26 ocktober 2017, sy konvo upsi.

Teringat zaman degree dulu, 27 oktober 2013, sepatutnya konvo tapi x naik pentas sbb x de feel pun konvo degree.

Mungkin sebab minat kot, dah last2 sem baru set kt mind yang aku nk jd guru. Oleh sebab itu, aku konvo degree kejuruteraan pembuatan, tp aku x de feel untuk konvo.

Bila dah dapat apa yang aku minat, maka konvolah aku dengan naik pentas.

Cuma nak merai saing sekeliling, untuk bawa family g jejalan. Itu je.

Sebab bila aku dok dalam dewan, aku cuba tanya pada diri, mcm mana konvo? Ok ke? Dan diriku jawab. Ok la. Tapi masih dalam smthg yg x terasa kepentingannya.

However, ketidakpentingan konvo bagiku terhapus bila boleh bawa ma jalan-jalan ke luar negeri. Alhamdulillah. Allah izin aku pergi konvo dengan ma, yuu (mak sedara), izzudin (sepupu) merangkap driver dan abe yg tetibaa menyibuk nak pergi. 😅

Selepas balik konvo, nampak gambar2 konvo yang kawan2 post kt fb, menjadikan aku tambah 'point' utk konvo. Ye la. Dalam dewan tak rasa apa sbb sekadar naik pentas dan terima fail konvo. Bila kita tengok dalam-dalam makna konvo yang sebenar yakni boleh habiskan pengajian dalam masa yang ditetapkan, maka dapatlah merasa 'apa itu konvo' yang merai orang yang baru habis belajar.

Semua ni masuk dalam penghargaan kendiri yang boleh meningkatkan motivasi diri menjadi orang yang lebih baik. Maka tidak sia-sialah segala perjalanan konvo yang aku lalui.

Yang pasti Rancangan Allah Paling Terbaik. Kalo ikutkn manusia ku ini, memng tak melihat sgt kpd yg tersurat itu. Alhamdulillah Allah buka pintu hati untuk ke konvo kali ini. Alhamdulillah.

Utk akhirnya, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam hidup ini sepanjang pengajian di upsi samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan pada kalian.

La haula wala quwwata illa billah..

26 oktober 2017
Konvo upsi ke 19
Aku konvo wei

Wednesday, October 11, 2017

Untungnya kita jadi hamba Allah,
Kalau ada masalah apa-apa je terus rujuk Allah,
'Ya Allah! Aku ada masalah ni..tolong aku selesaikan masalahku.'
Kalau ada rasa gembira sikit-sikit pun boleh terus berterima kasih pada Allah,
'Ya Allah! Hari ni aku gembira sangat..terima kasih yer!'
Kalau ada sakit penyakit boleh minta tolong sembuhkan,
'Ya Allah! Sembuhkan aku dari penyakit ini',
Kalau ada sakit hati atau kecewa dengan manusia boleh maklum pada Allah,
'Ya Allah! Aku sakit hati dengan dia..mohon Engkau hapuskan sakit hatiku Ya Allah.
Kalau ada pilihan yang perlu dipilih..terus minta Allah tunjukkan yang mana yang Dia redha.
'Ya Allah! Kalau ia baik utkku maka bagilah aku pilih yang Engkau redha',
Kalau ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan..mohon pada Allah agar ia terlaksana.
'Ya Allah! Permudahkan urusan ku...!

#apa sahaja yang kita buat atau terdetik utk buat..pastikan rujuk Allah. InsyaAllah, ianya akan dicatat kebaikan padanya. Cukup bagi kita Allah shj. Tiada yang lain selain Allah.

7.08 pg
12 oktober 2017
Khamis
Muharam 1439h

Tuesday, October 3, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Bila tengok kes mcm2 kes budak sekolah loni, takut terasa.
Yang minat nak jadi cikgu tergendala sekejap.
Takut tak mampu untuk mendidik mereka.
Allahu.

Dengar cerita kawan, baca berita di laman sosial.
Anak2 murid sangat kurang di ajar.
Bakpo sampai jadi gitu?

9.8.17 dapat temuduga YIK,
Dalam menunggu result temuduga,
Walaupun di hati minat mengajar tetapi cerita bakar tahfiz,
Membantut harapan utk menjadi guru,
Kiranya biarlah aku kerja sendiri shaja.

Namun 2.10.17 dapat panggilan YiK,
3.10.17 (hari ni) kena lapor diri,
Perasaan aku percampur habis,
Dengar taklimat Yik,
3 perkara utama kena apply,
U.M.I (Ubbudiyyah, Masu'liyah, Itqan),
Niat kerana Allah,
Bertanggungjawab melaksanakan tugas,
Bersungguh dalam beramal.

La budda..tidak dapat tidak,
Perasaan bercampur dicantas ke tepi,
Masuk jumpa anak2,
Mohon dpat buat yang terbaik utk mereka,
Dengan tanggungjawab ini aku cuba,
Kalau bukan kita siapa?

Moga Allah redha.

11.29 pm
3 oktober 2017
Muhamram 1439

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak