Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, November 27, 2017

Wanita,
Jika kau berada dalam kalangan ajnabi,

Lenggokmu tidak sempurna,
Andai baju mu tidak longgar.

Rambutmu tidak rahsia,
Andai tudungmu tidak ada,

Kakimu tidak tersembunyi,
Andai stokinmu tidak tebal,

Tanganmu bukan belian,
Andai stonganmu tidak panjang.

Wanita,
Jika kau berada dalam kalangan ajnabi,

Tetapi kau ingkar arahan bertutup,
Ketahuilah engkau penderhaka Tuhan,

Aku berbicara bukan kerana aku benci,
Tetapi aku berkata supaya tersentap ke hati.

Wanita,
Jika kau berada dalam kalangan ajnabi,

Tetapi engkau bertutup litup,
Engkau adalah wanita mulia,

Kerana engkau tundukkan egomu,
Di hadapan arahan Tuhanmu yang Agung.

Wanita,
Jika kau berada dalam kalangan ajnabi,

Tetapi engkau menjaga maruahmu,
Maka engkaulah wanita terindah,

Menjadi idaman pemuda syurga,
Supaya berganding berjalan bersama,

Sewaktu melangkah di pintu syurga,
Sebagai isteri paling bahagia.

Saturday, November 11, 2017


Pengajaran hidup hari ni,
(Karangan skit utk spm, dan puisi 'Kata Putus')

Kata putus boleh memutuskan,
Kata putus untuk menghubungkan,
Kata putus juga boleh mengecewakan.

Tanpa kata putus,
Kawan kita kecewa,
Tanpa kata putus,
Keluarga kita sengsara.

Nampak 'simple',
Tapi boleh memutuskan persaudaraan,
Terlihat dua patah je,
Tapi tiadanya boleh menimbulkan permusuhan.

~~~~~

Ada kisah disebalik kata putus. (Ketetapan)

Orang yang tidak diberi kata putus akan tersiksa, umpamanya gantung tidak bertali.

Bila kita hidup dan berjanji dengan seseorang, kita tetapkn perjanjian dan jangan sesekali mungkiri janji.

Jika ingin mengubah apa yang dijanjikan, sediaknlah kata putus yang sebenarnya sebagaimana kita buat kata putus utk berjanji sekian-sekian.

Orang yang tidak diberikan kata putus akan sentiasa memikirkan apa yang akan terjadi dan apa yang bakal diputuskan.

Sedang orang yang sepatutnya memberi kata putus, hidup bersenang lenang tanpa memikirkan bahawa ianya telah membuka jalan orang yang tidak diberi kata putus ke arah kesusahan.

Ingatlah hidup kita bukan sendirian, ada orang sekeliling kita yang perlu kata putus. Jika bukan sekarang masa untuk memberi kata putus, nyatakan sahaja bila ianya akan diputuskan.

Yang pasti, adakan kata putus supaya orang lain tidak berkesusahan.

#sekian karangan hari ini, semoga ada kebaikan. Dapat A+ tak ni?

11.11.17
Telaga Mas
Safar 1439

Monday, November 6, 2017

Apa yang kita nak daripada dunia ini?
Nak semua orang macam kita?
Hidup bahagia tanpa bencana?

Apa yang kita nak daripada dunia ini?
Nak semua orang macam kita?
Hidup penuh nikmat tanpa dosa?

Apa yang kita nak daripada dunia ini?
Nak semua orang mcm kita?
Hidup lengkap sempurna tanpa cacat cela?

Nak hidup di dunia tanpa cacat cela,
Hanya dapat dalam mimpi sahaja,
Bercakap pandai boleh sahaja,
Macam dunia kau yang punya.

Kita hidup dunia sementara,
Bukan hidup untuk sempurna,
Yang mana kekurangan orang,
Mohon tutup sepenuh mata,
Supaya terbuka mata hatinya.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak