Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, April 2, 2018

Assalamualaikum w.b,t

Seruan untuk yang mampu bernikah!

Alhamdulillah 'I dah nikoh..' 16 Mac 2018, pukul 9.30 malam at Masjid Telaga Mas.

Terima kasih Allah kerana kurniakan aku jodoh di dunia lagi. (Ado orang jodoh di akhirat..like abe pie 😭 - Al : Fatihah untuk abe pie )

So, gini ruponya bila dah jumpa jodoh. Allahu. Nikmat syurga yang dipinjamkan di dunia. Segala puji bagi Allah yang menciptakan makhluk berpasang - pasangan. Alhamdulillah.

Post ini akan panjang, siapa sudi..sudilah bacakan ia. Sebagai hiburan dunia sementara. Untuk bekalan di akhirat sana.

Aku mencari jodoh seusia 25 tahun. Perjalanan mencari jodoh bermacam-macam ragam. Pernah berlapang dada, andai tiada jodoh di dunia. Namun, aku mencari bagi memenuhi sunnah Rasulullah SAW. Lalu aku bangkit mencari dan terus mencari jodohku. Sehinggalah...

Tahun 2017, selepas balik dari mengisi minyak di stesen petronas Tanjung Malim..terdetik di hati semasa di atas motor keluar dari stesen minyak..

'Tak dok sapo ko, berkenan kt aku...?'

Selang sehari, malam itu..ma wasap aku.. 'kak..ado ore ni, nok ko?'

Bermula dari situ, pencarian diteruskan dengan menunggu kata dari Tuhan.

Dan dia. Aku tidak pernah mengenalinya. Hanya mendapat maklumat sedikit sebanyak dari ma dengan syarat2 yang aku tetapkan, disamping doa dan petunjuk dari Allah. Kini dia adalah jodohku.

Tidak pernah berbicara sepanjang tempoh sebelum bernikah melainkan dengan perbualan penting di wasap dan fb.

Tempoh itu adalah ujian. Dan dia sabar menghadapinya. Lalu bertambah keyakinanku akan dialah jodohku dengan petunjuk dari Tuhan. Allahurabbi. Terima kasih kerana bersabar denganku.

Jodohku jodoh tawakkal. Kerana aku berserah sepenuhnya kepada Allah tanpa berkenal-kenalan dengannya. Usahaku hanya dengan memerhati caranya, bagaimana dia bersabar denganku.

Menurut orang berpengalaman, berkenalan sebelum bernikah tidak akan menampakkan dirinya yang sebenar. Lalu, aku menurut pengalaman orang untuk tidak berkenalan denganya sebelum bernikah.

Dan ternyata perkenalan selepas nikah itu manis. Hasil dari kesabaran itu manis. Dan segalanya manis tanpa dosa mainan hati kerana hati berbunga selepas nikah itu pahala. Allahurabbi.

Terima kasih Ya Allah kerana jauhkan aku dari bunga-bunga cinta sebelum nikah. Terima kasih Ya Allah kerana jauhkan kami dari kemurkaan-Mu. Allahurabbi.

Makanya bernikahlah jika sekiranya kalian mampu wahai pemuda-pemudi Islam. Usahalah mencari jodohmu dan jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan. Di sebalik pencarian ternyata ada perjumpaan.

Sabar dan usaha dan doa dan tawakkal kepada Tuhan.

Aku hanya menyampaikan sedikit pengalaman hampir 3 minggu bernikah dan bercinta. Dan sekiranya kalian merasainya, pasti kalian juga seperti kami. Manusia yang bernikah yang menyeru orang lain bernikah.

#Hikmah Allah itu luas. Suruhan bernikah dari-Nya adalah terbaik dari Allah. Nikkoh lah. Sambutlah seruan Allah ini. Alhamdulillah.

Di bawah syiling putih,
2 April 2018,
16 Rejab 1439H.
11.50 p.m.
(Selepas berkecek dengan suami) 😊

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak