Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Saturday, May 12, 2018

Wahai pendudduk bumi,
Orang sekeliling kita terdiri dari pelbagai kefahaman mengenai Islam,
Ada yang faham Islam itu yang lembut-lembut shj,
Ada yang faham Islam itu yang tegas-tegas shj,
Ada yang faham Islam itu ada lembut ada tegasnya,

Maka wahai penduduk bumi,
Berakhlaklah kita sebagaimana akhlak Rasulullah s.a.w,
Supaya akhlak kita menjadi saham utk kita,
Apabila penduduk bumi ini mencontohi akhlak kita,
Di mana tempat Rasulullah berlembut..lembutlah kita,
Di mana tempat Rasulullah bertegas..tegaslah kita,

Jangan jadi lalang..yang lembut tiada ketegasannya,
Jangan jadi batang durian..yang keras bila panah petir patahlah ia.
Jadilah seperti akhlak Rasulullah s.a.w..

Hidup kita hanya perlu jadi penduduk bumi yang mengakui adanya penduduk langit tanpa melihat apa adanya di langit.
Sebagaimana kisah israk mikraj..
Walaupun sy. Abu bakar tidak nampak apa yang diperkatakan Rasulullah,
Tetap ia membenarkan apa yang Rasulullah khabarkan.

Jangan kita sombong dengan ilmu yang kita ada,
Jangan kita ego dengan kemampuan para ulamak,
Jangan kita rendahkan kedudukan Islam di mata dunia.

#berakhlaklah sebagaimana akhlak Rasulullah s.a.w..

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak