Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Sunday, September 8, 2019

Assalamualaikum.

Setahun lebih x nulis.
Nikmat nulis kena tarik,
Mungkin sbb dosa.

Ni nyo mari nok nulis plok..
InsyaAllah nok nulis selagi buleh..
Untuk muhasabah diri..

Tak dop ore baco pun xpo..
Sebab nulis ni terapi..
Bagi ambo la.

Ok bai
Telaga mas
9 Sept 2019
9.15 am

#nok kopi hok nulis kat fb sini.

Alhamdulillah, 17 Februari 2019, jam 10.30 malam,
Telah lahir seorang mujahid kecil untuk ibu dan abi,
InsyaAllah mujahid kecil diberi nama Ahmad Luth Bin Mohd Nazimi.
Semoga mujahid kecil kami menjadi anak yang soleh,
Yang mendoakan kedua ibu abinya di dunia dan akhirat.

Niat ingin merasai sakit bersalin telah tercapai,
Allahurabbi itulah yang ma rasai saat melahirkan kita dulu,
Diuji pula Ahmad Luth terpaksa ditinggalkan di hospital,
Ibu balik tanpa Ahmad Luth di sisi,
Merasai bagaimana berjauhan dengan si anak,
Itulah rasanya penyebab ibu2 murung dan meroyan.

Alhamdulillah setelah 2 hari nikmat Allah luas,
Allah bagi peluang pada ibu untuk duduk dengan Ahmad Luth,
Memulakan tugas ibu menjaga Ahmad Luth keseorangan,
Tanpa ada pengalaman ibu mulakan dengan bantuan Allah sentiasa,
Dengan kekuatan Allah izinkan abi berteman di luar wad,
Allahurabbi Ahmad Luth sihat kembali dan 22 Feb 2019,
Ahmad Luth dibenarkan pulang.

Sedikit kisah ibu yang tidak berpengetahuan,
Kadang memikirkan mungkin beginilah juga kisah ibu semasa kecil,
Dengan jagaan tokma dan pokwo membesarkan ibu hingga kini,
Itulah nikmat yang diberikan Tuhan yang perlu Ahmad Luth ingat2kan,
Dan kisah kita wahai Ahmad Luth,
Masih lagi panjang dan jauh perjalanan,
Semoga kita sentiasa bergantung kepada Tuhan.

#Terima kasih kepada kaum keluarga, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga yang mendoakan Ahmad Luth agar cepat sihat dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Aminn.
#harike7

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak