Masa itu Cinta
Allah
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Surah Ali Imran, ayat :31
Blogger templates
Blogger news
Followers
^_^
-
DOA PENAWAR KESEDIHAN DAN KEBIMBANGAN7 years ago
-
One Step Closer8 years ago
-
testing9 years ago
-
B.E.R.K.A.T10 years ago
-
Menangis air mata darah sekalipun....11 years ago
-
-
^_^
-
Paket Umroh Padang Murah Dan Berkualitas5 years ago
-
Ahmad Luth Bin Mohd Nazimi5 years ago
-
DOA PENAWAR KESEDIHAN DAN KEBIMBANGAN7 years ago
-
The Broken Promise8 years ago
-
-
One Step Closer8 years ago
-
Allah Meneguhkan Orang Yang Beriman8 years ago
-
sirna.9 years ago
-
Sabar9 years ago
-
Memborong di Air Hitam9 years ago
-
-
Kerana cinta itu di dalam hati9 years ago
-
-
ToLd StOrY10 years ago
-
-
Aku Sayang Kau CeCoNeT10 years ago
-
-
B.E.R.K.A.T10 years ago
-
Para Pencinta Sejati11 years ago
-
Hujah 3 : Menyingkap Topeng Syiah11 years ago
-
entri yang tak bertajuk.11 years ago
-
-
#FastabiqulKhairat11 years ago
-
INILAH MAKNA BAHAGIA...11 years ago
-
Kisah Ummu Sulaim ( Rumaysa )12 years ago
-
Manusia dan Air….12 years ago
-
Membakar Jambatan12 years ago
-
sambungn mkn mlm PSM..12 years ago
-
~~dussssttttt~~~~12 years ago
-
Hampa!!12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anak 1 (1)
- cinTA (30)
- Cinta Allah (7)
- dakwah? (1)
- diam (1)
- Doa (2)
- Dosa (2)
- hati (1)
- HiDUp (37)
- HiDUp deN (10)
- ilmu (2)
- Islam (2)
- Jual beli halal (3)
- Kecantikan (9)
- kesihatan (6)
- kiamat (1)
- Mati (2)
- muqaddimah (1)
- PeiNgataN (30)
- pergi jalan la (1)
- PeriNgataN (2)
- PerkongsiaN (11)
- puisi (7)
- Raja (1)
- Sahabat (1)
- Selamat (1)
- Selamat Hari Raya (1)
- Siasah (7)
- syukur (1)
- taQwa (2)
- Tragedi (2)
Blogroll
Tuesday, March 22, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan Salam kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w yang dicintai.
Hidup sebagai orang yang sibuk, sangat-sangat menguji keimanan. Masa sibuklah, dugaan datang. Masa sibuklah ujian bertemu. Masa sibuklah hilangnya kewarasan. Tetapi alhamdulillah, dengan kesibukan itu Allah ajar bagaimana menjadi mukmin yang baik.
Bagaimana sayangnya Allah pada kita?
Pertamanya Dia memberikan kita masalah hati. Dia berikan masalah ini kerana kita tidak sedar kita telah jauh dengan Allah. Contohnya adalah tetiba kita rasa kita suka seseorang. Astaghfirullahal a'zhim. Suka kat orang adalah salah satu contoh masalah hati. Walaupun ianya kelihatan masalah kecil sahaja, tetapi sebenarnya ia adalah masalah besar. Kerana apa? Kerana di mana Allah di hati kita ketika kita suka kepada seseorang tersebut? Dan beruntunglah bagi sesiapa yang menyedari akan hal ini, dan mereka cepat-cepat kembali kepada Allah atas teguran yang diberikan itu.
Seterusnya, masalah hati mengenai keikhlasan kita. Di mana, kita tiba-tiba mempertikai kenapa sesuatu itu terjadi? Kenapa kita yang diberi tugas ini? Kenapa bukan orang lain? Kenapa selalu kita yang buat kerja ni? Kenapa mesti kita? Kenapa dan kenapa. Padahal, orang lain juga diberi taklifan dan kerja yang banyak. Tetapi kenapa kita pertikaikan? Malah kerja orang lain lagi bertimbun dari kerja kita. Kita rasakan kerja yang diberikan kepada kita telah menggugat kehidupan kita seharian. Kononnya kita juga inginkan kerehatan seperti orang lain. Kononnya kita ingin tumpukan perhatian kepada sesuatu perkara. Kononnya kerja kita lagi banyak dari kerja orang lain.
Jika kita kembali kepada persoalan pokok. Untuk apa kita didunia ini? Merujuk kepada surah Az-Zariyat ayat 56;
Nah, jelas sudah tujuan kehidupan ini. Secara terang Allah menyatakan demikian. Jadi, mengapa kita selalu sahaja mempertikai akan tugas kita? Tugas mengabdikan diri kepada Allah yang satu. Apa-apa taklifan yang diberi merupakan satu batu loncatan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita menolak bermakna kita menolak peluang yang telah diberikan kepada kita untuk lebih dekat dengan Allah. Tetapi perlu diingatkan, jika kita rasa tidak mampu kerana mempunyai tanggungjawab lain, maka jujurlah. Jujurlah dengan mereka yang memberi taklifan, semoga kita tidak menjadi beban kepada mereka. Takut juga makin jauh dengan Allah jika salah percaturan.
Dua permasalahan yang berbeza, tapi keduanya sama-sama kembali kepada Allah. Permasalahan pertama, andai dibiarkan berlarutan tanpa kembali kepada Allah akan membawa padah yang besar kepada hati. Begitu juga dengan permasalahan kedua, jika keikhlasan tidak dihadirkan dengan setiap tugasan yang diberikan banyaklah persoalan yang menggangu gugat jiwa yang lemah itu. Jika dapat ditangani alhamdulillah, tetapi jika dibiarkan sahaja masalah itu, jiwa yang merana. Merana kerana degil untuk menerima teguran Allah. Malas untuk kembali kepadaNya. Jadi, ubat kemalasan itu cuma satu. Iaitu hanya sebuah keikhlasan.
Untuk menjadi orang yang ikhlas, bukan perkara mudah. Pernah kita dengar bahawa ikhlas itu seolah-olah seekor semut hitam, yang berjalan di atas batu hitam, di malam yang kelam. Susah dan tidak mungkin nampak dengan mata kasar tanpa lampu suluh. Oleh itu, bagaimana kita boleh menjadi orang yang ikhlas jika ianya sesusah itu? Usah kita timbulkan persoalan lagi kerana jawapannya tetap sama. Boleh. Boleh seandainya apa yang kita lakukan itu adalah semata-mata hanya untuk Allah tanpa mempertikaikannya lagi. Jika pertikaian-pertikaian itu hadir, cepat-cepatlah kita membetulkan niat kita kembali. Sengaja dengan ini, aku berbuat begini-begini hanya untukMu ya Allah. Hanya untukMu.
Maka dapatlah disimpulkan di sini, seandainya kesibukkan diri dengan tugas-tugas yang telah ditaklifkan itu membuatkan kita jauh dengan Allah, sebenarnya kitalah yang silap. Carilah kembali titik kesilapan itu dan perbetulkan. Jangan biarkan kesibukkan itu membuatkan kita jauh dari Allah. Dan terima kasih kepada Allah kerana membuatkan kita terfikir untuk bertanyakan soalan-soalan yang demikian. Kerana Dia menunjukkan kepada kita bahawa kita belum ikhlas dalam kehidupan. Dan sebenarnya hal ini berlaku adalah kerana Allah menegur kita dengan persoalan-persoalan tersebut. Dengan itu kita mendapat jawapan bahawa Allah masih lagi sayang kita. Allah memberikan kita sedikit masalah, untuk kita selesaikan masalah yang lebih besar. Lihatlah, betapa Allah sayang kita.
Jika kita kembali kepada persoalan pokok. Untuk apa kita didunia ini? Merujuk kepada surah Az-Zariyat ayat 56;
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Wallahua'lam.
~ Ikhlaskan hatimu dengan kehidupan ini. =)
~" Kedua syurga itu, kelihatan hijau tua warnanya " (55:64)
~" Kedua syurga itu, kelihatan hijau tua warnanya " (55:64)
Labels:
PeiNgataN
|
4
comments
Monday, March 14, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.
Bila Allah, tiada di hati
Yang difikirkan cuma dunia
Bila Allah tiada di hati
Yang dibuat hanya dosa
Bila Allah tiada di hati
Yang dibicarakan cuma sia-sia
Bila Allah tiada di hati
Yang buruk tampak indah
Bila Allah tiada di hati
Yang indah nampak buruk
Dunia
Assigment
Meeting
Makan
Tidur
Dosa
Hati
Mata
Telinga
Bicara
Mengutuk
Mengeji
Mengumpat
Berdusta
Tapi,
Bila Allah ada di hati
Hal dunia difikirkan untuk Allah
Bila Allah ada di hati
Apa yang dibuat dikhuatiri dosanya
Bila Allah ada di hati
Apa yang dibicarakan mengundang orang mengingati Allah
Bila Allah ada di hati
Yang indah dijadikan pujian untuk Allah
Bila Allah ada di hati
Yang buruk dijadikan peringatan dari Allah
Dunia, dosa, bicaranya
Semuanya kembali kepada Allah
Terpulang pada si pemilih
Terpulang pada si pemilih
Samada memilih syurga atau neraka
~ Peingatan buat diri yang terleka..
Labels:
PeiNgataN
|
0
comments
Thursday, March 10, 2011
Bismilillahirrahmanirrahim..
Salamun 'alaik.
Aku nak catat semula apa yang telah abi sampaikan. Semoga ia bermanfaat untuk seluruh alam. Yang mana sempat aku catat, aku post kat sini. Kalo aku ade tersalah catat, tolong betulkan.
~ So, sayangkan melayu atau sayangkan Islam?
Salamun 'alaik.
Aku nak catat semula apa yang telah abi sampaikan. Semoga ia bermanfaat untuk seluruh alam. Yang mana sempat aku catat, aku post kat sini. Kalo aku ade tersalah catat, tolong betulkan.
- Mula2, abi bercerita tentang Zaid Bin Harithah yang ditusuk dengan 50 susukan pedang, lembing dan anak panah.
- Pengajarannya, ijtihad : bersungguh-sungguh. Hingga rasa susah payah dalam perjuangan.
- Sabar, cekal, istiqamah, hidup mati hanya untuk Islam.
- Akan dapat tarbiyyah melalui kesedihan, ketakutan, kebimbangan, tawar hati, hilang pertimbangan dan segala jenis gambaran perasaan.
- Orang di medan perjuangan mesti luka.
- Pentingnya sistem tu, mesti ada dakwah, tarbiyyah, pertempuran antara haq dan batil. (Pertempuran ni bermula masa penciptaan Nabi Adam A.s)
- Kitalah yang menetapkan kita di line mana. Pertempuran tu mesti berlaku walau di mana kita berada.
- Kita mesti serius dalam perjuangan.
- Benda ni bukan main-main. Ini serius. Ajak manusia dalam perjuangan, bermatian dalam perjuangan.
- Supaya terus istiqamah, berasaskan firmanNya. " Fastaqim kama umirta"
- Berdukacita, perintang dalam perjuangan.
- Kena, disiplinkan diri didik jiwa supaya berlaku ketaatan.
- Kalau tak beramal, macam mana nak rasa nikmat keimanan.
- Kalau tak paksa nafsu beribadah, kita takkan rajin wat ibadah.
- Nak dapat ikhlas macam mana kalau tak beramal?
- Dalam keadaan nak ubah diri, kita kena paksa diri buat apa yang nak diubah.
- Para sahabat, sangat-sangat bersungguh dalam menghafaz, bermati-matian untuk Islam.
- Proses penyebaran iman sangat penting.
- Dalam surah Al-Hujurat, ada arahan-arahan untuk orang-orang yang beriman. Supaya tidak melebihi Allah dan Rasulullah.
- Letak Allah dan RAsulullah tempat yang tertinggi.
- Iman menjadi pasak dalam hidup kita.
- Suka atau tidak, nafsu senang ke tak, IMAN mesti didahulukan.
- Kita mesti bawa orang yang dah Islam kepada iman, kemudian kepada jihad.
- Jihad sebagai tanda ada iman dalam hati manusia.
- Tak cukup dengan hanya sopan santun, jaga solat, mesti bawa kepada jihad.
- Dan berjuang itu mulia di sisi Allah.
- Kemulian orang dulu, para sahabat adalah sebab mereka berjuang.
- Kita sukar patuh pada arahan sebab iman tak kuasa diri.
- Jiwa tak tenang bila nafsu ada dalam diri.
- Allah suruh Nabi s.a.w didik orang jadi beriman bagi yang baru Islam.
- Kisah perang Badar, mulanya nak sabotaj je geng2 musyrikin tu. Tapi Allah izin berperang. Tapi sebab iman dalam hati, sahabat-sahabat ni sambut seruan tu.
- Alhamdulillah menang, tapi Allah uji lagi dengan ghanimah. Walaupun iman, tawakkal kuat dan menang dalam perang. Allah tetap uji. Betapa Allah nak mensucikan hati orang-orang beriman. Allah uji dengan kes-kes tersebut.
- Benda ujian ni perkara biasa, tapi jangan sampai kronik.
- Kalo ada, balik kepada Allah dan Rasul s.a.w
- 1- Beriman, 2-Istiqamah, 3- Tak berganjak.
- Lepas tu, Allah didik mereka dengan cara lain pula. Allah tarik perhatian iman mereka supaya lebih halus dalam menerima didikan dari Allah.
- Iaitu dengan turunnya ayat Allah, " Bila sebut nama Allah, bergetar hati-hati mereka."
- Kena jadi strong, jangan jadi lemah, jangan cepat mengalah, jangan mengalah dengan nafsu.
- Allah didik lagi kita bila Dia berfirman dalam surah Al-Hujurat supaya jangan angkat suara tinggi dengan Nabi s.a.w. Maksunya kena beradab dengan pemimpin.
- Walaupun kita berbilang-bilang, tapi kita masih lagi Melayu.
- Sikap melayu seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Iaitu sikap mementing diri sendiri, tidak bermuafakat dalam sesuatu perbincangan, berpegang pada pendapat masing-masing sahaja. Pentingkan diri daripada Islam, walaupun dah bawa Islam tapi masih lagi nak pentingkan diri sendiri, untuk kumpulan sendiri.
- Kalau nak Islam bangkit, kena buang perangai melayu. Tanam Islam dalam diri, bukan berbangga dengan melayu tapi berbangga dengan ISlam.
Menangis untuk Allah. |
~ So, sayangkan melayu atau sayangkan Islam?
Labels:
PeiNgataN
|
0
comments
Saturday, March 5, 2011
Bismillahirahamanirrahim.
Salamun 'alaik.
Lamo x nulih, istimewo hok nih. Hanyo hok pehe ja, buleh pehe. Tok rajin lagi nulih ko kelate nih. Nok try lagumano. Jadi gapo kalu bahaso kelate kito guno dale blog. Jom. Tajuk sedak doh tuh. Jjiwo molek. Jadi mikkir plok, blog aku nih blog jjiwo ko? Jange saloh pehe plok. Jjiwo, jjiwo jugok. Tapi tengok la ko sapo nok jjiwo pom. Tibo2, teringak ko atiko hok baco maring. Hok Ime bui. Ustak Pahrol oyak, gappo hok kito nulis loni nih, ake jjadi saksi kat pade mahsya kekgi. Jadinyo, pade2 la kalu nok nulih pom. Kironyo, skit je lah nok nulih ari ni nyo. Mugo aku curi maso kijo skit nih, isi maso rehat meta.
Ok, bereh dok? Bereh jah, mugo aku bajet denge compomnyo, hok baco blog aku, Ime sore jah. Ore serawok tapi panda kecek kelate. Compiuh aku. Tak po lah, hok tu tuh. Jadinyo tajuk kito pado hari ni iyolah, cinto de air mato. Cinto? Buleh ko kito nok cinto manusio? Mano buleh. Hare! Saing aku oyak doso gewe. Ganaz lalu jawape dio gak. Acu tengok smula, mok pok kito u manusio. Abe kito tu manusio. Adik kito tu manusio. Bakpo tok lehnyo? Buleh jah nok cinto-cinto ni. Pah, kalu gitu gak buleh la gewe deh? Mugo gewe pom, manusio jugok. Yolo doh. Sapo aja? Sete la tuh. Gewe ni manusio jugok, tapi jenih gapo? Walaupom dio manusio tapi gewe nih buke hok jenih ikut syariat. So, ado ko nabi ajar gewe? Takdok. Pah kalu xdok, bakpo nok gewe? Doh suko. Oo. Kalu suko gak jadi buleh la? Ni pun sete aja jugok. Buleh jah nok ikut sete aja tuh. Tapi tok soh mippi syurgo la.
Kalu kecek bab gewe gak tok jjadi kijo laluh set2 nih. Bo2. Sebenarnyo sakni, nok kecek pasal cinto. Cinto paling utamo cinto pado Allah. Pahtu Rasulullah s.a.w. De seteruhnyo. Panda-panda la pehe sdiri. Jadinyo, kalu tibo-tibo ado tersuko kat ore tuh. Nok wat gano? Kalu buke maso lagi gak, saba la. Kalu maso dio gak, nikoh la cepak. Tu je la syariat suruh, buke payoh pom. Kalu tok saba jugok? Kalu tok saba jugok gak, wat malu jah la jadi manusio ni. Allah bui kurnio ime ni nok suruh kito saba. Buke bui free-free. Ado bahagie dio. So je lah, hok peting. Yakin denge Allah. Abih crito. Tu la cinto Allah. Nok oyak bui. Kalu cinto Allah, gapo kito nok buleh dapat. Sekali lagi di ule, hok paling peting sekali iyolah yakin denge Allah. Cinto Dio.
Dapak la kesimpulenyo, antara cinto de air mato tu. Keno letok sebab Allah jelah. Jange tiok sajo. Jange cinto sajo. Jadinyo, berutung la sapo-sapo hok ado cinto dale hati dio. Berutung la sapo-sapo hok tiok sebab manusio, dio tukar niat dio, tiok sebab Allah. Berutung la. berutung la. Berutung la. Ingat smula dale suroh Yassin ado crito pasa kaki, tange, jadi saksi kat akhirat kekgi. Jadi ke saksi-saksi mung tu buleh ngadu ko Allah sebab-sebab kebaike mung. Sebab cinto ko Allah.
~ Gitu la skit sebanyok, bahaso kelate hok indah ini. Sapo xpehe tanyo. Jange wak kepahame sdiri.
~ Wallahua'lam.
Labels:
cinTA
|
8
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Like3
UStaZ-uSTaz
-
Jin Turkiye dan Krisis Pandangan Alam Kita (Sebagai Muslim) - Baginya, perkara-perkara ghaib ini tidak relevan dalam kehidupan sehariannya kerana tidak pernah bertembung dengan situasi yang memerlukan beliau membuat p...9 hours ago
-
Nigerian workers strike over cost of living crisis - [ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]1 year ago
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 - 万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 新华社郑州8月17日电(记者双瑞)记者从河南省高级人民法院获悉,自2020年9月1日起,河南将...4 years ago
-
Peringatan buat para isteri - Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata belia...14 years ago
-
Popular Posts
-
Bismillahrahmanirrahim, walau ia sepahit peria, Kalau tak sabar, tak dapat JUMPA DIA. ~Sabar untuk esok. ~Sabar walaupun tak layak...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Melihat pada tajuk post ni, macam menakutkan je. Tapi betul-betul nak tahu kan? Nak jadi hamba Allah yang baik...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Tanggal 8 Oktober 2011, seorang budak kecik yang comel macam Anna Altafunnisa telah datang ke rumah saya. Datan...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Bila Allah tak nak bagi saya tulis, masa tu idea yang ada terus hilang. Tapi bila Allah izinkan saya menulis, ap...
-
Bismillahirahamanirrahim. Salamun 'alaik. Lamo x nulih, istimewo hok nih. Hanyo hok pehe ja, buleh pehe. Tok rajin lagi nulih ko kelate ...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.w. Tadi, ada seorang adik aku, dia mi...
-
Bismillahirahmanirrahim.. Dah beberapa kali buka bahagian 'edit post ni', tapi hari ni baru sempat mengarang. InsyaAllah akan cuba ...
-
Assalamualaikum. Setahun lebih x nulis. Nikmat nulis kena tarik, Mungkin sbb dosa. Ni nyo mari nok nulis plok.. InsyaAllah nok nulis se...
-
Bismillahirahmanirrahim.. Cerita dalam cerita akan dikongsi di sini, semoga ianya menjadi pengajaran dan teladan buat kita semua. (...
-
Bismilllahirrahmanirrahim.. "Ya Allah, kami mohon peliharaan-Mu dan kami mohon mempertaruhkan agama kami dan diri sendiri dan ...