Masa itu Cinta
Allah
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Surah Ali Imran, ayat :31
Blogger templates
Blogger news
Followers
^_^
-
DOA PENAWAR KESEDIHAN DAN KEBIMBANGAN7 years ago
-
One Step Closer8 years ago
-
testing9 years ago
-
B.E.R.K.A.T10 years ago
-
Menangis air mata darah sekalipun....11 years ago
-
-
^_^
-
Paket Umroh Padang Murah Dan Berkualitas5 years ago
-
Ahmad Luth Bin Mohd Nazimi5 years ago
-
DOA PENAWAR KESEDIHAN DAN KEBIMBANGAN7 years ago
-
The Broken Promise8 years ago
-
-
One Step Closer8 years ago
-
Allah Meneguhkan Orang Yang Beriman8 years ago
-
sirna.9 years ago
-
Sabar9 years ago
-
Memborong di Air Hitam9 years ago
-
-
Kerana cinta itu di dalam hati9 years ago
-
-
ToLd StOrY10 years ago
-
-
Aku Sayang Kau CeCoNeT10 years ago
-
-
B.E.R.K.A.T10 years ago
-
Para Pencinta Sejati11 years ago
-
Hujah 3 : Menyingkap Topeng Syiah11 years ago
-
entri yang tak bertajuk.11 years ago
-
-
#FastabiqulKhairat11 years ago
-
INILAH MAKNA BAHAGIA...11 years ago
-
Kisah Ummu Sulaim ( Rumaysa )12 years ago
-
Manusia dan Air….12 years ago
-
Membakar Jambatan12 years ago
-
sambungn mkn mlm PSM..12 years ago
-
~~dussssttttt~~~~12 years ago
-
Hampa!!12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anak 1 (1)
- cinTA (30)
- Cinta Allah (7)
- dakwah? (1)
- diam (1)
- Doa (2)
- Dosa (2)
- hati (1)
- HiDUp (37)
- HiDUp deN (10)
- ilmu (2)
- Islam (2)
- Jual beli halal (3)
- Kecantikan (9)
- kesihatan (6)
- kiamat (1)
- Mati (2)
- muqaddimah (1)
- PeiNgataN (30)
- pergi jalan la (1)
- PeriNgataN (2)
- PerkongsiaN (11)
- puisi (7)
- Raja (1)
- Sahabat (1)
- Selamat (1)
- Selamat Hari Raya (1)
- Siasah (7)
- syukur (1)
- taQwa (2)
- Tragedi (2)
Blogroll
Tuesday, March 22, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan Salam kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w yang dicintai.
Hidup sebagai orang yang sibuk, sangat-sangat menguji keimanan. Masa sibuklah, dugaan datang. Masa sibuklah ujian bertemu. Masa sibuklah hilangnya kewarasan. Tetapi alhamdulillah, dengan kesibukan itu Allah ajar bagaimana menjadi mukmin yang baik.
Bagaimana sayangnya Allah pada kita?
Pertamanya Dia memberikan kita masalah hati. Dia berikan masalah ini kerana kita tidak sedar kita telah jauh dengan Allah. Contohnya adalah tetiba kita rasa kita suka seseorang. Astaghfirullahal a'zhim. Suka kat orang adalah salah satu contoh masalah hati. Walaupun ianya kelihatan masalah kecil sahaja, tetapi sebenarnya ia adalah masalah besar. Kerana apa? Kerana di mana Allah di hati kita ketika kita suka kepada seseorang tersebut? Dan beruntunglah bagi sesiapa yang menyedari akan hal ini, dan mereka cepat-cepat kembali kepada Allah atas teguran yang diberikan itu.
Seterusnya, masalah hati mengenai keikhlasan kita. Di mana, kita tiba-tiba mempertikai kenapa sesuatu itu terjadi? Kenapa kita yang diberi tugas ini? Kenapa bukan orang lain? Kenapa selalu kita yang buat kerja ni? Kenapa mesti kita? Kenapa dan kenapa. Padahal, orang lain juga diberi taklifan dan kerja yang banyak. Tetapi kenapa kita pertikaikan? Malah kerja orang lain lagi bertimbun dari kerja kita. Kita rasakan kerja yang diberikan kepada kita telah menggugat kehidupan kita seharian. Kononnya kita juga inginkan kerehatan seperti orang lain. Kononnya kita ingin tumpukan perhatian kepada sesuatu perkara. Kononnya kerja kita lagi banyak dari kerja orang lain.
Jika kita kembali kepada persoalan pokok. Untuk apa kita didunia ini? Merujuk kepada surah Az-Zariyat ayat 56;
Nah, jelas sudah tujuan kehidupan ini. Secara terang Allah menyatakan demikian. Jadi, mengapa kita selalu sahaja mempertikai akan tugas kita? Tugas mengabdikan diri kepada Allah yang satu. Apa-apa taklifan yang diberi merupakan satu batu loncatan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita menolak bermakna kita menolak peluang yang telah diberikan kepada kita untuk lebih dekat dengan Allah. Tetapi perlu diingatkan, jika kita rasa tidak mampu kerana mempunyai tanggungjawab lain, maka jujurlah. Jujurlah dengan mereka yang memberi taklifan, semoga kita tidak menjadi beban kepada mereka. Takut juga makin jauh dengan Allah jika salah percaturan.
Dua permasalahan yang berbeza, tapi keduanya sama-sama kembali kepada Allah. Permasalahan pertama, andai dibiarkan berlarutan tanpa kembali kepada Allah akan membawa padah yang besar kepada hati. Begitu juga dengan permasalahan kedua, jika keikhlasan tidak dihadirkan dengan setiap tugasan yang diberikan banyaklah persoalan yang menggangu gugat jiwa yang lemah itu. Jika dapat ditangani alhamdulillah, tetapi jika dibiarkan sahaja masalah itu, jiwa yang merana. Merana kerana degil untuk menerima teguran Allah. Malas untuk kembali kepadaNya. Jadi, ubat kemalasan itu cuma satu. Iaitu hanya sebuah keikhlasan.
Untuk menjadi orang yang ikhlas, bukan perkara mudah. Pernah kita dengar bahawa ikhlas itu seolah-olah seekor semut hitam, yang berjalan di atas batu hitam, di malam yang kelam. Susah dan tidak mungkin nampak dengan mata kasar tanpa lampu suluh. Oleh itu, bagaimana kita boleh menjadi orang yang ikhlas jika ianya sesusah itu? Usah kita timbulkan persoalan lagi kerana jawapannya tetap sama. Boleh. Boleh seandainya apa yang kita lakukan itu adalah semata-mata hanya untuk Allah tanpa mempertikaikannya lagi. Jika pertikaian-pertikaian itu hadir, cepat-cepatlah kita membetulkan niat kita kembali. Sengaja dengan ini, aku berbuat begini-begini hanya untukMu ya Allah. Hanya untukMu.
Maka dapatlah disimpulkan di sini, seandainya kesibukkan diri dengan tugas-tugas yang telah ditaklifkan itu membuatkan kita jauh dengan Allah, sebenarnya kitalah yang silap. Carilah kembali titik kesilapan itu dan perbetulkan. Jangan biarkan kesibukkan itu membuatkan kita jauh dari Allah. Dan terima kasih kepada Allah kerana membuatkan kita terfikir untuk bertanyakan soalan-soalan yang demikian. Kerana Dia menunjukkan kepada kita bahawa kita belum ikhlas dalam kehidupan. Dan sebenarnya hal ini berlaku adalah kerana Allah menegur kita dengan persoalan-persoalan tersebut. Dengan itu kita mendapat jawapan bahawa Allah masih lagi sayang kita. Allah memberikan kita sedikit masalah, untuk kita selesaikan masalah yang lebih besar. Lihatlah, betapa Allah sayang kita.
Jika kita kembali kepada persoalan pokok. Untuk apa kita didunia ini? Merujuk kepada surah Az-Zariyat ayat 56;
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Wallahua'lam.
~ Ikhlaskan hatimu dengan kehidupan ini. =)
~" Kedua syurga itu, kelihatan hijau tua warnanya " (55:64)
~" Kedua syurga itu, kelihatan hijau tua warnanya " (55:64)
Labels:
PeiNgataN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Like3
UStaZ-uSTaz
-
Jin Turkiye dan Krisis Pandangan Alam Kita (Sebagai Muslim) - Baginya, perkara-perkara ghaib ini tidak relevan dalam kehidupan sehariannya kerana tidak pernah bertembung dengan situasi yang memerlukan beliau membuat p...14 hours ago
-
Nigerian workers strike over cost of living crisis - [ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]1 year ago
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 - 万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 新华社郑州8月17日电(记者双瑞)记者从河南省高级人民法院获悉,自2020年9月1日起,河南将...4 years ago
-
Peringatan buat para isteri - Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata belia...14 years ago
-
Popular Posts
-
Bismillahrahmanirrahim, walau ia sepahit peria, Kalau tak sabar, tak dapat JUMPA DIA. ~Sabar untuk esok. ~Sabar walaupun tak layak...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Melihat pada tajuk post ni, macam menakutkan je. Tapi betul-betul nak tahu kan? Nak jadi hamba Allah yang baik...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Tanggal 8 Oktober 2011, seorang budak kecik yang comel macam Anna Altafunnisa telah datang ke rumah saya. Datan...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Bila Allah tak nak bagi saya tulis, masa tu idea yang ada terus hilang. Tapi bila Allah izinkan saya menulis, ap...
-
Bismillahirahamanirrahim. Salamun 'alaik. Lamo x nulih, istimewo hok nih. Hanyo hok pehe ja, buleh pehe. Tok rajin lagi nulih ko kelate ...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.w. Tadi, ada seorang adik aku, dia mi...
-
Bismillahirahmanirrahim.. Dah beberapa kali buka bahagian 'edit post ni', tapi hari ni baru sempat mengarang. InsyaAllah akan cuba ...
-
Assalamualaikum. Setahun lebih x nulis. Nikmat nulis kena tarik, Mungkin sbb dosa. Ni nyo mari nok nulis plok.. InsyaAllah nok nulis se...
-
Bismillahirahmanirrahim.. Cerita dalam cerita akan dikongsi di sini, semoga ianya menjadi pengajaran dan teladan buat kita semua. (...
-
Bismilllahirrahmanirrahim.. "Ya Allah, kami mohon peliharaan-Mu dan kami mohon mempertaruhkan agama kami dan diri sendiri dan ...
4 comments:
assalamualaikum kak cheah,
nak mintak izin share artikel nie ek... :)
Waa'laikumussalam w.b.t
sila2 dik.. ^_^v
sy pun nk share..tq
Tafaddhal.. ^^,
Post a Comment