Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Saturday, November 26, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Semua orang akan bercerita tentang tahun baru pada hari ini. Saya pun nak ucaplah juga, selamat tahun baru. Dah niat belum? Niat jap. ~_~ Dah, semoga dipermudahkan semua urusan untuk tahun ni. InsyaAllah. Nak bagi soalan ni, sape leh jawab tinggalkan jawapan ea? Hadiah tu, insyaAllah berbaloi-baloi iaitu ilmu. Soalannya macam soalan tadika, tapi jawapan kome pasti tepat. Pesanan awal, untuk mengelakkan ketidakadilan, jangan cari kat google ea. Nak tahu gak, adakah anda memang tahu atau anda masih ragu.

Soalannya,

Bilakah bulan Nabi s.a.w mula berhijrah?

Soalan dibuka sekarang! :)

Sambil-sambil layan otak cari jawapan, kat bawah ni ada satu puisi (kononnya) yang terjumpa dalam buku baru tadi, sesaje nak kongsi.

Apa yang kau tahu?
Senyum ^_^v
Senyum =)
Senyum :(

Hati berat bila membenci,
Membenci tidak = tak suka,
Kenapa tak suka?
Kerana ikhlasnya tiada,
Oh,
Tiada ikhlas ke mana?
Ke tempat yang tersembunyi di dalam hati.

Ikhlas!
Keluar kau dari sana!!!
Paksa ikhlas keluar.

Jangan mudah mengalah!
Kenapa nak mengalah?
Kerana apa nak mengalah?
Hah!
Mengalah?

Sudah-sudah,
Kamu hanya tahu menyoal.

Sediakan jawapannya.

Jawapannya cuma satu,
Ikhlas!

Dan di mana ikhlas itu?

Persoalan lagi, huh!

Oh ikhlas,

Senangnya kamu,
Paksa senyum,
Paksa terima walaupun sakit,

Gila.

Kalau dah paksa,
Bukan dinamakan ikhlas.

Kalau tak paksa,
Ikhlas datang ke?

Ikhlas adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah s.w.t.

Perlu ke paksa untuk melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t.

Sebelum sesuatu yang baik dan berat itu dilakukan,
Pastinya ada yang bukan diniatkan kerana Allah,

Oleh itu,
Paksalah diniatkan kerana Allah,

Sebab ikhlas akan datang,
Setelah pemaksaan tersebut.

   

~ Bersama-samalah, niatkan di awal tahun ini agar kita dijadikan Allah salah seorang daripada hamba-hambaNya yang bertaqwa.
~ sURAH aL-IKHLaS
~ Cintailah Ilahi.
Sunday, November 13, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Saya suka perkataan BAIK. Saya suka pada keBAIKkan. Saya suka pada orang BAIK. Saya sangat berminat untuk jadi BAIK. Ada apa dengan BAIK? Hanya 4 huruf yang bercantum menjadi satu perkataan BAIK dapat memberi kebahagiaan pada semua orang. Sesiapa yang tidak menyukai perkara BAIK adalah seseorang yang pelik lagi tidak bersyukur.

Adakah saya salah dalam memberi kenyataan terakhir pada perenggan di atas? Fikir-fikirkan. Kenapa la saya ni suka sangat dengan baik? Rasa macam nak jadi orang baik, tapi tak mampu. Hanya berharap pada usaha yang berterusan dan berdoa semoga kebaikkan sentiasa bersama kita. Susah sangat ke nak dapatkan kebaikkan ni? Hanya orang yang diuji dengan kejahatan yang dapat menjawabnya.

Apalah yang ada pada baik. Pada saya, bila melakukan kebaikkan segala masalah hilang. Tidaklah pula diketahui apa yang orang kebanyakkan rasa bila mereka melakukan kebaikkan. Apa-apa je bila berlaku kebaikkan, akan memudahkan segala cara. Tak percaya? Acu cubo try test sediri. Paling best bila berada di puncak kejahatan. Masa tu kalau kita buat kebaikkan, berganda-ganda keberkatan dari Allah.

Ada satu ayat cinta Allah yang sangat best. Allah cerita pasal kebaikkan. Saya lupa surah apa. Nanti saya letak kalau jumpa. Allah cakap, bersama dengan kebaikkan itu ada rahmat. Ya Allah, setiap kebaikkan yang kita lakukan ada kasih sayang Allah sebenarnya. Rasa sangat benda tu. Tak tahu nak kongsi macam mana. Hebatkan Allah.

Sebelum-sebelum ni saya ada tercari-cari dalil pasal setiap kejadian pasti ada hikmah. Tapi tak terjumpa. Tapi Allah ganti apa yang saya cari selama ni dengan ayat tu. Ayat tu buat saya terfikir, setiap kejadian ada hikmahkan? Pastukan, ayat tu kata bersama dengan kebaikkan tu ada rahmat. Jadinya, apa yang saya dapat setiap kejadian tu ada hikmah dan hikmah tu adalah datang dari rahmat Allah. Maha Suci Allah.

Comelkan. Sweet sangat dengan peringatan yang Allah bagi pada kita. Kalaulah semua orang faham sebagaimana saya faham, bestnya hidup ni. Kasih sayang Allah ada di mana-mana. Tak kira apa yang berlaku tu dalam keadaan musibah ataupun nikmat ada rahmat Allah. Allah Maha Hebat. Hebat sangat. Tak ternilai. Dan semestinya yang pasal kebaikkan tadi tu, ada kaitan juga dengan kasih sayang Allah. 

Buatlah baik, cintailah kebaikkan. Allah. JAdikanlah aku dan seluruh orang Islam tergolong dalam kebaikkan dan sentiasa dengan kebaikkan. Dari kebaikkanlah datangnya ketenangan. Allahurabbi. Segala kejahatan akan terbatal tatkala kebaikkan itu ada. Nah, cantikkan kebaikkan. 
BAik Itu CAntik.
~ Cintailah kebaikkan.

~ Cintailah Ilahi. 
Bismillahirrahmanirrahim..


X berkesempatan utk wat ayat sendiri,


Oleh itu saya ingin kongsikan ayat Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Copy skit,



“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.” [Ustaz Pahrol]


~ Cintailah Ilahi.
Friday, November 4, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Teringat kata-kata Tok Guru Nik Aziz di wall FB beliau,



‎"Saya sering memikirkan peringatan-peringatan untuk disebut kepada rakyat jelata dan dilaksanakan di Kelantan. Kadang-kadang sedar tengah malam jika terlintas sesuatu terus ambil pen dan tulis. Idea ini umpama hujan yang turun, sewaktu ia turun kita perlu terus tadah jika ingin menggunakannya. Jika kita gagal menadah, ia akan kering begitu sahaja sekalipun ia turun dengan lebat. Jika menadah hujan dengan tempayan dan bekasnya, maka menadah idea ialah dengan menulis..."

Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar.

Berkesinambungan dengan blog kak Sufi yang meng'link'kan saya di fb beliau, tetiba saya terfikir apa je yang ada di blog saya? Cuba bayangkan sahabat kak Sufi baca post kak Sufi dan ter'klik' link ke blog saya, bila dah sampai ke sini. Macam tak de apa-apa je. Hanya tulisan-tulisan biasa yang tak mampu menolong mereka menambah pengetahuan. Kecewakah mereka. Maafkan saya bagi semua yang singgah secara ter'klik'. Apa-apa pun, terima kasih kak Sufi. 

Bila dikaitkan apa yang Tok Guru cakap dengan semua ni, semestinya perkaitannya adalah perihal penulisan. Betapa tinggi nilai penulisan dan idea. Tok Guru tersedar tengah malam lantas menulis kerana idea yang datang mencurah-curah. Dikatakan lagi, jika tidak ditadahnya, maka idea akan hilang. Nah, tinggi bukan nilai idea? 

Sesuatu yang berharga akan susah untuk didapati. Jadi, beginilah hal penulisan. Setiap bait ayat yang tertulis pada hari ini tidak akan sama dengan penulisan yang akan datang atau sebelumnya walaupun mempunyai maksud yang sama. Untunglah bagi sesiapa yang sentiasa menulis dan mengeluarkan idea-idea mereka melalui penulisan. 

Tapi bagaimana pula dengan penulisan saya? (Nak juga kaitkan) Tulisan yang tak seberapa. Hanya pandangan yang memang hadir tatkala rasa ingin menulis. Isinya kebanyakkan berkaitan dengan hati dan perasaan. Dan apa-apa yang terjadi disekeliling yang ingin saya ambil pengajaran, saya akan nukilkan di sini. Bolehlah dikatakan blog ini adalah blog peribadi penulis. Jadi apalah nilai penulisan saya.

Berbalik kepada kata-kata Tok Guru, idea umpama air hujan. Jika ingin menggunakannya, kita akan menadahnya. Jika kita tidak menadahnya, maka ia akan kering. Saya terkesan sebenarnya dengan kata-kata ni. Betullah, apa yang kita tulis sebelum-sebelum ni adalah peringatan untuk kita pada masa hadapan. 

Yeah, penulisan adalah satu peringatan. Pada saya itulah yang dimaksudkan Tok Guru 'jika ingin menggunakannya'. Kadang-kadangkan, bila kita baca semula penulisan kita. Kita akan dapat apa yang kita nak dari penulisan tu. Oo, sebenarnya begini-begini. Itulah peringatan, peringatan dari Allah.

Oleh itu, tidak apalah blog ini blog peribadi ke apa ke. Yang penting inilah penulisan saya. Setakat ni je yang mampu saya tulis. Tidak boleh lebih-lebih, kerana ilmu saya hanya setakat ini. Oleh itu, bagi yang kecewa dengan penulisan saya, tidak mengapa. Carilah penulisan lain yang lebih afdhal. Contohnya Al-Quran yang kita cintai. 
Allah punya kerja.
Apa-apa pun, untuk menulis ni niat kena betul. Jangan jadikan niat utama menulis adalah nak orang baca tulisan kita. Pastikan niat UTAMA kita untuk menulis adalah ingin mencari keredhaan Allah. Sebabnya dengan redha Allah lah yang mengizinkan orang membacanya. Kita tak minta semua tu, tetapi sebab Allah yang meredhakan bahawa tulisan yang di tulis kita atau si polan bin si polan akan dibaca oleh si polan bin si polan ini. 

Perlu diingatkan sekali lagi, apa-apa yang kita buat, kita fikir dan kita tulis semuanya dari Allah. Jadinya, apalah sangat harga kita menulis. Sebabnya kita ni pengantara je. Dan yang pastinya semua tu kerja Allah.  Samada penulisan kita ni sampai ke tak pada orang, Allah punya kerja. Kalau Allah tak izinkan makna penulisan tu sampai kepada pembaca, sekalipun kita menggunakan ayat bombastik, penulisan kita tetap tidak akan sampai. Wallahua'lam.


"Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentang(mu) - akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)." [29:48]
   


~ Nilai penulisan hanya pada Allah.
~ Penulisan yang sampai kepada pembaca yang membawa kita mengingati Allah adalah penulisan yang diberkati.
~ Cintailah Ilahi. 

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak