Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Thursday, June 30, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Bila Allah tak nak bagi saya tulis, masa tu idea yang ada terus hilang. Tapi bila Allah izinkan saya menulis, apa yang harus saya tulis? Apa-apa yang bakal saya tulis ini adalah dengan izin Allah. Sudah lama saya tidak bercerita tentang cinta. Cinta yang membuatkan semua orang bahagia. Semalam, status Ukhti Saidah Nafisa di FB bercerita tentang cinta. Status Ukhti Saidah Nafisa ini kembali mengingatkan saya tentang cinta.

Hanya dengan cinta, manusia hidup dengan ceria. Ceria yang menyebabkan semua yang disekeliling kita bahagia. Termasuklah manusia, tumbuhan, haiwan  dan sebagainya. Kenapa kuasa cinta begitu mengasyikkan dan membuatkan manusia lupa pada kesakitan dan kesusahan? Kerana cinta adalah segala-galanya. Cintalah yang membuatkan kita lupa pada kepayahan. Cintalah yang menghilangkan segala kezaliman.

Bagaimana pula apabila seseorang mengatakan, cintalah penyebab kepada kemusnahan, kebencian, keresahan dan sebagainya? Saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Contoh paling mudah (cinta manusia) adalah apabila seseorang telah menolak lamaran cinta seseorang. Apakah yang menyebabkan seseorang yang ditolak lamaran itu terasa terluka? Adakah kerana perasaan cinta yang ditolak itu yang menyebabkan si dia terluka?

Tidak. Tidak sama sekali. Bukan perasaan cinta yang menyebabkan dia terluka, tetapi yang sebenarnya adalah perasaan tidak redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Mana mungkin orang yang redha dengan ketentuan Allah itu terasa terluka. Semestinya orang yang redha ini hatinya tenang sentiasa percaya dan yakin dengan janji Allah bahawa masih ada peluang untuk mencintai yang lebih baik dari yang dicintai sebelumnya. 

Orang kata, bercakap memang senang. Ya, saya setuju. Tetapi apalah daya kita untuk terasa terluka sedangkan Allah sentiasa ada di sisi kita, memberikan kekuatan dan sokongan. Masih lagi terasa terluka? Nah, terbuktilah anda tidak mempunyai cinta di dalam hati. Tetapi yang ada di hati anda adalah nafsu semata- mata. Nafsu akan terluka apabila tidak dituruti katanya. Tetapi tidak dengan cinta.

Bagaimana kita melihat apabila seseorang yang ditolak lamaran itu mempunyai rasa cinta, dia akan meredhai ketentuan Allah itu kerana dia mencintai seseorang itu kerana Allah. Lantas dia tidak akan cuba untuk membunuh diri, dia tidak akan sesekali mempunyai penyakit murung, dia tidak akan membenci pada yang menolaknya kerana dia punyai rasa cinta itu.

Terbukti bukan? Ternyata kuasa cinta itu yang menjadikan dunia ini aman. Alangkah bagusnya jika kerajaan itu mempunyai rasa cinta, cinta akan rakyatnya, mendengar luahan hati rakyatnya. Alangkah bahagia jika semua perompak mempunyai rasa cinta, si perompak tidak akan merompak kerana cinta akan mangsanya. Alangkah indahnya jika saya, awak, kamu, mereka punyai rasa cinta kerana kita tidak akan saling menyakiti kerana saling mencintai.

Yang paling penting, cinta itu kerana Allah. Kerana cinta pada Allah. Cinta Allah yang membuatkan manusia cinta. Cinta Allah yang membuatkan manusia tenang, ceria, bahagia, gembira dan yang sama waktu dengannya. Mencintai Allah tidak akan kecewa. Mencintai Allah tidak akan sedih. Mencintai Allah tidak akan derita. Mencintai Allah tidak akan marah. Mencintai Allah menyebabkan kita sabar, kuat dan ikhlas.  Mencintai Allah menyebabkan syurga terbuka luas untuk kita.

~ Alangkah nikmatnya jika dapat merasai cinta Allah.
~ 'Ya Allah, kurniakan kami taufiq hidayah-Mu untuk kami saling mencintai-MU'
~ Cintailah Ilahi. Cintailah aku ya Allah. 

Tuesday, June 28, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..



UsaHa - YAkiN = GAgaL
yAkiN - UsahA = GagaL
UsAha + YakIn = keJAyaAn..


~ Chaiyyok2!!
~ Doa!
~ Cintailah Ilahi.
Monday, June 20, 2011
Bismillahirahmanirrahim..


Hidup ini sebagai pejuang.




Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..

Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..

Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..

Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..

Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..

Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..

Dan kini ku akur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..

Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..

Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..

~ Hakikat hidup.
                                                                                  20 june 2011 6.36 p.m

Thursday, June 16, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..
Kecewa sangat! Ayat ganaz skit, kecewa giler! Ayat sopan skit, Allahuakbar, kecewanya. Sesiapa yang pernah rasa kecewa baru leh cakap macam mana rupa kecewa. Kecewa dengan cinta, putus di tengah jalan. Apa yang dibuat, semua rasa tak kena. Sakit dalaman, hanya Allah yang tahu. Orang lain tak nampak. Hanya diri yang merasa. Kecewa bila apa yang kita mahu, tak dapat.Tuttt!!

Kecewa lagi bila, orang perkatakan tentang yang tidak benar mengenai kita. Lebih sakit bila apa yang mereka perkatakan disusuli dengan kata-kata nista. Sakit orang yang merasa tidak sama bagi sakit orang yang membaca ataupun orang yang mendengar. Sakit sangat. Dan, bila kita merasai sendiri kekecewaan itu. Nah, rasakan sendiri apa yang sahabat lain rasa bila mereka kecewa.

Dan semalam, saya merasainya. Kecewa bila test JPJ kandas. Bukit dan jalan raya. Bila test bukit dan kereta mengundur ke belakang. Hilang segala perasaan. Kecewa berjaya berada di tangga teratas. Nak menangis, air mata kering. Hanya mampu tersenyum untuk menghilangkan segala gundah. Ya, senyum adalah penawar yang paling mujarab. Walaupun dalam hati, hanya Allah yang tahu.

Di jalan raya, fokus hilang entah ke mana. Segala yang dipelajari, gagal menghadirkan diri dalam kepala. Semua itu menyebabkan saya kandas lagi! Tahniah! Yang ajaibnya, kecewanya hilang. Seyum, senyum, senyum. Mungkin ini dinamakan 'alah bisa tegal biasa'. Pertama kali kandas, yang kedua dah tak rasa apa. Inilah penangan kecewa itu. 

 Hikmahnya, monolog yang panjang berlangsung. 
"Owh, inilah yang dikatakan kecewa. Beginilah rasa kecewa. Kekecewaan saya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat. Sahabat dihina dan dicaci. Sahabat, ada yang hatinya terputus. Dll."
"Oh Allah, terima kasih kerana memberikan rasa kecewa."

Pengajarannya, kita tak perlu melayan rasa kecewa kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita. Kecewa adalah satu ujian untuk hambaNya supaya lebih kuat dan teguh. Kecewalah yang menjadikan kita kebal dengan ujian. Tetapi untuk jadi kuat dan kebal ini bukanlah sesuatu yang mudah. Yang paling penting dan memudahkan kita jadi kebal adalah redha. Redha dengan segala ketentuanNya. 

Nak rasa redha macam mana? Redha nilah menjadikan kita positif. Apabila kita positif, maknanya kita redha. Apabila kita redha, maknanya kita positif. Orang positif tak pernah mengeluh. Orang positif tak takut dengan gagal. Orang positif, apabila tidak menyukai sesuatu mereka diam. Diam mereka bukan diam membenci. Tetapi diam mereka, mencari di mana hikmah Allah. Untuk menjadikan dia redha dengan ujian. Dan semestinya menjadikan dia POSITIF.  


 Firman Allah SWT: 
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."
[Al-Imran : 139]

....
~ Cari hikmah.
~ Redha dengan ujian.
~ BE POSITIVE!! ^_^v
                                                                                        Khamis 16/6/2011 6:49 P.M.
Sunday, June 12, 2011
Bismilallahirrahamnirrahim..

Kali ni, nak cuba cerita yang pendek-pendek jer. Nak bercerita tentang dia. Dia yang sangat cuba menjadi orang baik. Tetapi, macam biasa. Untuk jadi orang baik bukanlah sesuatu yang senang bagi sesiapa jer. Hatta orang yang banyak ilmu sekalipun. Dan, dia ini adalah salah seorang yang cuba menjadi baik. 


Halangan yang dihadapi seperti orang dewasa biasa. Mujahadah yang tinggi sangat diperlukan olehnya. Adilnya Allah, memberi sesuatu ujian berbentuk sesuatu yang memerlukan mujahadah yang tinggi mengikut kemampuan hambaNya. Ternyata menjadi pilihan kepada hambaNya, samada mahu menghadapi atau mengabaikan kemampuan tersebut. 

Yakni, bilamana seseorang itu menghargai kemampuannya bermujahadah. Maka, segala macam perkara yang dihadapinya ditempuhi dengan bersungguh-sungguh. Manakala, bilamana seseorang itu tidak menghargai kemampuan yang telah diberi oleh Allah itu. Maka, segala macam rasa malas, lemah, lemau, lalai, leka, ralit, akan hadir dalam dirinya. Sangat-sangat menzalimi diri dan tidak bersyukur dengan pemberian Allah. 

Segalanya dikatakan tidak mampu. Hanya tahu mengeluh, tanpa membuat sesuatu tindakan. Hatta, sekadar ingin minum air atau makan nasi masih mengharapkan orang untuk menyuapnya. Dan, si dia itu tidak mahu kelemahan itu berlaku. Sedaya upaya, dia cuba berusaha bermujahadah. 

Kerana dia tahu, Allah tidak akan menyukai orang-orang yang tidak bersyukur. Kerana dia tahu, Allah pasti murka kepadanya jika dia berbuat demikian. Kerana dia tahu, jalan ke syurga mahupun ke neraka. Maka, dia pilih berusaha bermujahadah walaupun hakikatnya jalan mujahadah itu perit. 

~ Semata-mata mahu mendapatkan keredhaan Allah.
~ Allah pasti menolong dia.
~ Ya Allah, bantulah dia dan kami semua.

Chaiyyok adikku!!
"Adik, nak jadi lelaki soleh tak?"

"Nak, tapi susah akhi.."

"Susah ke?" 

"Adik tahu tak, dengan menangis je adik boleh jadi lelaki soleh.."

"Dengan marah pun, adik boleh jadi lelaki soleh.." (Senyum)

~~~~

Lelaki soleh,
Bicaranya hanya kerana Allah.

Lelaki soleh,
Marahnya hanya kerana Allah.

Lelaki soleh,
Gelak tawanya hanya kerana Allah.

Lelaki soleh tidak akan sesekali mempertikai apa yang berlaku,
Walaupun yang dihadapi sepahit hempedu.

Lelaki soleh tidak akan sesekali mempamerkan kekecewaan,
Walaupun yang dialaminya itu suatu 'kesakitan' yang dahsyat.

Lelaki soleh hanya tahu berwajah tenang,
Di saat diri dihimpit kezaliman.

Lelaki soleh hanya tahu tersenyum,
Di saat diri dianiaya manusia.

Kesukaran yang datang,
Diucapnya sabar.

Kepayahan yang datang,
Dilaluinya dengan redha.

Ketika didatangkan ujian,
Dilafaznya syukur.

Ketika dirinya tidak lagi mampu bertahan,
Dihadirkan dalam hatinya Tuhan.

Setiap saat,
Penemannya Allah.

Setiap detik,
Yang dirindunya Allah.

Setiap waktu,
Hanya untuk Allah.

Yang dicari,
Hanya CINTA ALLAH.

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan"[al-Nahl : 97].


Saturday, June 4, 2011
"Adik, nak jadi wanita solehah tak?"

"Nak, tapi susah kak.."

"Susah ke?" (Senyum)
"Adik tahu tak, dengan menangis je adik boleh jadi wanita solehah.."
"Dengan marah pun, adik boleh jadi wanita solehah.." (Senyum)

~~~~

Wanita solehah,
Menangisnya hanya kerana Allah.
Wanita solehah,
Marahnya hanya kerana Allah.
Wanita solehah,
Gelak tawanya hanya kerana Allah.

Wanita solehah tidak akan sesekali mempertikai apa yang berlaku,
Walaupun yang dihadapi sepahit hempedu.

Wanita solehah tidak akan sesekali mempamerkan kekecewaan,
Walaupun yang dialaminya itu suatu 'kesakitan' yang dahsyat.

Wanita solehah hanya tahu berwajah tenang,
Di saat diri dihimpit kezaliman.

Wanita solehah hanya tahu tersenyum,
Di saat diri dianiaya manusia.

Kesukaran yang datang,
Diucapnya sabar.

Kepayahan yang datang,
Dilaluinya dengan redha.

Ketika didatangkan ujian,
Dilafaznya syukur.

Ketika dirinya tidak lagi mampu bertahan,
Dihadirkan dalam hatinya Tuhan.

Setiap saat,
Penemannya Allah.

Setiap detik,
Yang dirindunya Allah.

Setiap waktu,
Hanya untuk Allah.

Yang dicari,
Hanya CINTA ALLAH.

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan"[al-Nahl : 97].

Idaman kalbu
~ Cintailah Ilahi

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak