Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, March 16, 2012
Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam mencari erti sebuah keikhlasan, kita sering tersungkur. Kita merasakan diri sudah ikhlas dalam memberi, bercakap, bertugas. Rupa-rupanya tidak. Kalimah ikhlas amat sukar untuk kita merasainya. Bukan calang-calang orang yang berjaya bersifat dengannya.
Sekadar bercakap, 'aku ikhlas memberinya padamu', 'aku benar-benar ikhlas dalam hubungan ini', 'aku sayang kamu seikhlas hati', 'aku ikhlas buat kerja ni', semua itu hanyalah percakapan. Retorik.
Saya bercerita mengenai ikhlas, orang kata 'siapa kau untuk bercerita tentang ikhlas?'. Sememangnya itulah persis orang yang tidak ikhlas. Selalu mempertikai apa yang orang lain buat. Selalu mengungkit apa yang telah dibuat. Mengungkit-ungkit sebolehnya dalam mencari perhatian orang.
Dalam hal ini, saya cuba untuk memahami ikhlas. Mengimbau kembali kata-kata ustaz yang mengajar tentang ikhlas, pesan-pesan sahabat yang mengingatkan tentang ikhlas, dapat saya nyatakan bahawa ikhlas itu melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T. semata-mata.
Definisi ikhlas hanyalah ayat yang pendek, tetapi bagi merealisasikan amatlah memerlukan  proses pentarbiyyah yang panjang. Mana mungkin orang yang tidak diajar tentang ikhlas boleh menjiwai sifat tersebut. Dan proses didikan tersebut bukanlah hanya dengan menyatakan definisinya, kerana di setiap perkara ada ujiannya. Bagi membolehkan kita mendapatkan ijazah ikhlas. Haruslah kita meluluskannya. 
Saya sering berpesan pada diri, sesuatu ujian itu adalah indikator untuk kita menampakkan bahawa kita lulus atau tidak dengan ujian tersebut. Begitu juga dengan ikhlas, kita diuji untuk tidak mengungkit tetapi datangnya sifat inginkan perhatian orang terus meleburkan sifat ikhlas. Bermakna ujian ikhlas pada kali itu, gagal.
Kembali kepada keikhlasan. Ingin saya kongsikan di sini, ikhlas sebenarnya boleh dirasai oleh orang-orang sekeliling kita. Jika seseorang itu ikhlas maka perbuatannya, percakapannya dapat diterima orang. Orang mudah untuk mengikut dan memahami percakapannya. Orang akan merasai izzah bila bersama dengannya.
Si ikhlas sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia. Segala urusan dengannya terasa sangat mudah. Semua kerja yang dilakukan bersama seolah-olah senang sahaja. Sesekali teruji, si ikhlas hanya tersenyum. Hubungannya yang rapat dengan Allah menjadikan si ikhlas begitu. Allah sentiasa di hati.
Begitulah qanaahnya si ikhlas. Melakukan semuanya kerana Allah S.W.T. semata-mata. Yang tidak pernah marasai ikhlas, berusahalah merasainya. Yang sedang berjuang untuk menjadi mukhlisin, teruskan perjuangan. Yang sememangnya sentiasa ikhlas, andalah yang bertuah. 

..try lah..

Surah Al-Ikhlas [1-4]

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


~Ikhlaskanlah dirimu. 
~Semoga menjadi yang terbaik di sisi-sisi-Nya. 
~Cintailah Allah.



0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak