Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, December 28, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Serius, saya bukan insan penyayang. Nikmat sayang telah dikeluarkan dari jiwa saya. Kalau orang sakit, saya tak rasa sakit. Kalau orang sedih, saya tak sedih. Yang saya tahu, dia sakit bukan saya. Dia sedih bukan saya. Baguskan? Dunia ini telah menjadi milik saya seorang. Orang sekitar saya punya masalah. Bukan masalah saya. Kenapa saya nak susah-susahkan diri berasa sakit dan sedih atas masalah orang lain? Ada aku kesah?

Tapi saya nak orang sayang saya. Saya nak perhatian orang. Saya nak orang ingat saya.

Itulah manusia, inginkan hak orang tapi hak diri pada manusia tidak pula kita penuhi. Sangat mementingkan diri sediri. Dunia sudah dikotori dengan sikap sebegitu, akibat dari agama yang semakin ditinggalkan. Aku adalah aku. Kau adalah kau. Ketika seorang kawan menegur diri, ‘aku nasihatkan kau agar tutup aurat, aurat wajib ditutup.’ Lantas kita menjawab dengan bongkak, ‘kau tak perlu nasihatkan aku, kubur lain-lain’. Ingatlah, ayat ini hanya boleh diungkapkan di dunia.

Saya terfikir. Jikalau sudah tidak ada lagi kasih sayang di dunia ini, sudah pasti bumi ini akan merana. Merana dengan sikap manusia yang bongkak. Saling membenci. Saling menyalahkan. Saling bertengkar. Tiada lagi kata maaf. Tiada lagi kata sayang. Yang ada hanya kata-kata kesat. Caci maki perkara biasa. Sumpah seranah sudah pasti.  

Tapi Allah tidak akan benarkan semua itu berlaku sehinggalah Allah menetapkan ianya berlaku. Kasih sayang Allah masih sampai kepada manusia. Dengan sebab kasih sayang Allah itulah, kita masih lagi boleh menegur kawan-kawan kita. Kita masih lagi boleh bergurau dengan kawan-kawan kita. Tiada yang boleh menghalang kasih sayang itu menjalar kerana ianya datang dari Allah yang Maha Kuasa.

Segala puji bagi Allah. Yang masih menyuburkan kasih dan sayang di kalangan kami. Saat sahabat menegur kesalahan kita, kita menerima dengan terbuka. Saat kita mengenalpasti kelemahan sahabat, kita bersabar dengan sepenuhnya. Kerana apa kita boleh bersabar dan tersenyum? Kerana kasih sayang Allah. Allah yang melahirkan kasih sayang itu dalam hati. Bersyukur, kita bukan orang yang pendendam. Besyukur, kita bukan orang yang pemarah.

“Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.” [Al-Balad:17]

..kesah la..
Ampunilah kami Ya Allah.
Cintailah Allah.

15 Safar 1434H
28 Dec 2012
6.49 p.m
Ayer keroh

Monday, December 17, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Moga Allah mengampunkan kita semua. Baru-baru ini pergi kursus penulisan Islami. Penceramahnya Ust Pahrol Mohd Juoi. Penulis buku terkenal. Ustaz cakap, kalau nak menulis jangan tunggu waktu lapang. Tetapi lapangkan waktu untuk menulis. Jadinya, untuk mengelakkan pembaziran ilmu yang saya dah dapat, di sini saya nak bagi kesimpulan apa yang sempat saya catat hari tu. Maaf atas segala kekurangan.

Menulis ini kena menulis dengan hati. Baru sampai kat orang. Kalau pembaca membaca tulisan ini, dan tidak berasa apa-apa maksudnya saya sedang menulis tanpa hati. (Sebenarnya tengah mencuba kaedah lapangkan waktu untuk menulis-x tahu apa jadi ni ha..) Sambung semula. Jadinya, ilmu yang nak disampaikan umpama air yang mengalir, yakni orang yang nak terima ilmu tu kena rendah diri sebab air mengalir dari atas ke bawah. Adapun air mengalir ke atas, yang tu kena guna pam. Si penyampai ilmu kena berusaha lebih sikit untuk sampaikan kepada orang yang bongkak. 

Bab menulis ni, tak perlu ada guru sebab bila murid bersedia, guru akan tiba. Contohnya, kita niat 'aku nak belajar ni', tetiba dapat ilmu walaupun di depan kita tu tak berniat nak mengajar. Orang berilmu ni akan rasa tak berilmu. Jadinya, sesiapa yang rasa sangat berilmu sekarang ni..sori la..anda tak berilmu pun. (Pedas3) Orang yang menulis ni dia penulis rasmi kepada masyarakat. Dan orang yang sentiasa nak belajar.

Untuk menulis ni, kena betulkan niat dulu boh. Niat nak beramal dengan apa yang nak disampaikan. Merujuk kepada kata-kata Salman Al-Farisi, orang gelap hati ni ada 3 tanda :-
1- Dia dapat ilmu, tapi dia tak dapat amal.
2- Dia duduk bersama dengan orang soleh, tapi dia tidak dapat menteladaninya.
3- Apabila diberi peluang beramal, dia tak rasa ikhlas.

Ok, semua boleh check diri masing-masing.. check.. check.. check..

Sambungnya lagi, 2 punca gelap hati adalah :-
1- Hati yang kotor
2- Niat yang tak tulus

Check lagi boh, check lagi..

Ok next..

Orang tanya, macam mana nak belajar menulis ek?? Jawapannya 'menulislah'. Titik.

Kita ni, ada dua jenis peperangan. 
1- Peperangan senjata
2- Peperangan pemikiran (Ghazwatul fikr)

Peperangan dengan set2 jahat nuh, yahudi, musyrik. Diorang dah advance dah daris segi perang fikr. Sebabnya kalau kita lihat hari ni, orang dah tak ramai yang suka membaca. (Terasa x? ) Ok, sekarang ni kita  dalam zaman jahiliyah kedua. Jahiliyyah yang pertama masa zaman Rasululllah s.a.w (sila selawat untuk dapat mata ganjaran 1:10) dulu2. Imam Malik cakap, 'Kita tak dapat tangani jahiliyyah yang kedua ni melainkan dengan menangani jahiliyyah yang pertama'.

Jahiliyyah pertama ada 3 jenis :-
1- Politik
2- Sosial
3- Ekonomi.

Jahiliyyah yang kedua pun ada semua jenis2 jahiliyyah yang pertama. Cuma lain dari segi teknologi. Dunia ni sediakan jalan bagi orang yang ada tujuan je. Sapa yang tak de tujuan hidup tu, sekali lagi... sori la... meme gelap la jale mu. Setiap penulis ni, kena ada jiwa daie dan jiwa perjuangan. Mengikut firasat saya, siapa yang ada maklamat tu dia akan berjuang. 

Ok, nak tanya...ayat yang pertama diwahyukan oleh Allah pasal apa? Pasal 'Iqra'kan. Yakni 'Baca'. Bolehlah kita katakan ianya adalah budaya ilmu. Jadinya orang yang nak sampaikan ilmu ni dipanggil pendakwah. Siapa pendakwah? Kita la. Aih, kenapa kita lak? Kan Allah dah maklum awal2 dalam Al-Quran dalam surah Al-Nahlu ayat 125, ce check... Nabi Allah pun pesan, 'Ballighu anni walau aayah'. Sampaikan walau satu ayat. So, sesape yang tak rasa dia ni pendakwah, cepat-cepat la muhasabah diri ye. Besaunya la tanggunjawab kita ni ek..

Allahurrabi..

Setakat ni dulu deh, nanti sambung lagi..omputih oyak.. 

To Be Continued...

Wallahua'lam.


Redhailah kami.
Cintailah kami.
Ampunilah kami.

8.07 a.m
5 Safar 1434H
18 Dec 2012
Ayer Keroh, Melaka.
Tuesday, December 4, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Lagu yg bermakna.

Kau Yang Satu

Tajuk/Lirik Lagu: Kau Yang Satu
Penyanyi: Wow


Tanpa Mu aku la yang rindu
Tanpa diri-Mu hilanglah manjaku
Kasih Mu adalah naluriku
Cinta-Mu hanya di hatiku

Izinkan aku selami hati-Mu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada Kau Yang Satu
Diriku hanyalah untuk-Mu

Engkaulah Yang Satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku pada-Mu
Sayangku hanya Kau Yang Satu
Kasih dah rinduku milik-Mu
Bismillahirrahmanirrahim..

Serius. Aku rindu untuk menulis. Tapi, waktu untuk menulis tidakku susun dalam planner. Pagi ini sekadar ingin mencuba nasib ingin menulis apa-apa yang akan terlintas di fikiran. 


Ya Allah, tiada post untuk bulan November? Parah diriku kerana tiada dakwah penulisan yang di buat. Asif. Apakah kesibukan yang menghalang? Tidak. Tetapi Allah yang tidak mengizinkan. Kenapa Allah tak mengizinkan? Muhasabah diri. 

Apa yang ada dibulan November? 

Kisah Palestin.
Kisah Mesir.
Kisah Muktamar.
Kisah Boikot.
Kisah awal tahun Hijrah 1434.
Kisah cinta.
Kisah sahabat.
Kisah kerja sekolah.
Kisah kerja dakwah.

Bulan hijrah. Tidakkah engkau mengambil pengajaran?

Diharap diri ini mengambil bahagian dengan menyimpan pengajaran-pengajaran hidup dari kisah-kisah tersebut.

Allah,
Ku harap hanya cinta-Mu.
Ampunilah kami.

1.43 a.m.
5 Disember 2012
21 Muharam 1434H.
Ayer Keroh.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak