Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, December 28, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Serius, saya bukan insan penyayang. Nikmat sayang telah dikeluarkan dari jiwa saya. Kalau orang sakit, saya tak rasa sakit. Kalau orang sedih, saya tak sedih. Yang saya tahu, dia sakit bukan saya. Dia sedih bukan saya. Baguskan? Dunia ini telah menjadi milik saya seorang. Orang sekitar saya punya masalah. Bukan masalah saya. Kenapa saya nak susah-susahkan diri berasa sakit dan sedih atas masalah orang lain? Ada aku kesah?

Tapi saya nak orang sayang saya. Saya nak perhatian orang. Saya nak orang ingat saya.

Itulah manusia, inginkan hak orang tapi hak diri pada manusia tidak pula kita penuhi. Sangat mementingkan diri sediri. Dunia sudah dikotori dengan sikap sebegitu, akibat dari agama yang semakin ditinggalkan. Aku adalah aku. Kau adalah kau. Ketika seorang kawan menegur diri, ‘aku nasihatkan kau agar tutup aurat, aurat wajib ditutup.’ Lantas kita menjawab dengan bongkak, ‘kau tak perlu nasihatkan aku, kubur lain-lain’. Ingatlah, ayat ini hanya boleh diungkapkan di dunia.

Saya terfikir. Jikalau sudah tidak ada lagi kasih sayang di dunia ini, sudah pasti bumi ini akan merana. Merana dengan sikap manusia yang bongkak. Saling membenci. Saling menyalahkan. Saling bertengkar. Tiada lagi kata maaf. Tiada lagi kata sayang. Yang ada hanya kata-kata kesat. Caci maki perkara biasa. Sumpah seranah sudah pasti.  

Tapi Allah tidak akan benarkan semua itu berlaku sehinggalah Allah menetapkan ianya berlaku. Kasih sayang Allah masih sampai kepada manusia. Dengan sebab kasih sayang Allah itulah, kita masih lagi boleh menegur kawan-kawan kita. Kita masih lagi boleh bergurau dengan kawan-kawan kita. Tiada yang boleh menghalang kasih sayang itu menjalar kerana ianya datang dari Allah yang Maha Kuasa.

Segala puji bagi Allah. Yang masih menyuburkan kasih dan sayang di kalangan kami. Saat sahabat menegur kesalahan kita, kita menerima dengan terbuka. Saat kita mengenalpasti kelemahan sahabat, kita bersabar dengan sepenuhnya. Kerana apa kita boleh bersabar dan tersenyum? Kerana kasih sayang Allah. Allah yang melahirkan kasih sayang itu dalam hati. Bersyukur, kita bukan orang yang pendendam. Besyukur, kita bukan orang yang pemarah.

“Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.” [Al-Balad:17]

..kesah la..
Ampunilah kami Ya Allah.
Cintailah Allah.

15 Safar 1434H
28 Dec 2012
6.49 p.m
Ayer keroh

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak