Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Wednesday, February 27, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Hidup lagi saya hari ni. Kalau meninggal malam tadi, hari ni mungkin sedang dikapankan. Biasanya orang akan sedar nikmat hidup bila dah meninggal. Begitu juga dengan nikmat-nikmat lain. Terutamanya nikmat kesihatan. Allahurabbi.

Sejak akhir-akhir ini, saya diberitakan dengan banyak berita tentang kesihatan. Semuanya melibatkan orang-orang terdekat dan disayangi. Berita-berita itu saya dapati dalam waktu yang sangat dekat antara satu sama lain. Semuanya mengejutkan saya. 

Maklumlah sahabat, orang yang kita lihat sihat hari ini tiba-tiba esoknya dikhabarkan sakit. Dan sakitnya bukan sebarang sakit. Sakit yang semua orang ingin dijauhi Allah. Kanser. Dua, tiga berita yang dikhabarkan semuanya mengenai kanser. 

Kau lihat sahabat, mereka diuji sedimikan rupa. Tapi masih lagi tersenyum dan ketawa. Jika kita yang didapati mempunyai penyakit demikian (Nauzubillah), tanya balik pada diri. Apakah kita mampu kuat seperti mereka? Kalau saya, air mata akan dikeringkan kerana tidak cukup untuk dikeluarkan lagi. 

Tapi sahabat-sabahat kena ingat, ingat pesan Allah. Allah hanya uji hamba-Nya yang mampu dan kuat. Allahurabbi. (Mungkin saya bukanlah sekuat mereka). Ya Allah, kurniakan kami dan kedua ibubapa kami kesihatan yang baik dan kekal. 

Ayuh, kita lihat pada diri. Adakah kita sudah mendoakan agar dikurniakan kesihatan yang baik? Ya, sudah. Tetapi kenapa Allah masih lagi ingin menguji. Kerana, Allah sayang kita. Kerana Allah tahu, kita akan lebih dekat dengan Allah saat kita diberikan ujian-ujian dari-Nya.


Ya Allah, 
daku memohon pada-Mu, 
saat Kau anugerahkan kami ujian, 
Engkau kuatkanlah kami. 

Ampunilah kami.

Redhailah kami.



..Nikmat..
12.26 p.m
28hb Feb 2013
17 Rabiul A'khir 1434H
Ayer Keroh.

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak