Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Sunday, March 17, 2013
Bismillahirrahmanirrahim...

Perasaan. Apa-apa yang berkaitan dengan emosi akan melibatkan perasaan. Perasaan akan terbit apabila emosi terganggu. Samada emosi yang positif ataupun negatif. Yang paling hampir dengan emosi adalah mar'ah, iaitu perempuan.

Mar'ah. Apabila dicuit hatinya, terus sahaja tersentuh. Jika terlalu keras, menangis lah ia. Jika terlalu sopan, tergodalah ia. Adakalanya, tidak diketahui apakah makna tangisan kerana tiba-tiba ianya hadir. Tetapi yang beriman tetap memahami, bahawa ianya sentuhan lembut dari Tuhan. 

Ar-rijal. Apabila dibentak, akan tetap berkeras. Teguh pendirian, tidak tergoyang walau digoyang. Akan tetapi perasaannya tetap halus bila ianya berhadapan dengan Tuhan. Menangisnya dia di malam kelam, tanda cinta semanis impian bertemu Tuhan. Itulah nikmat perasaan yang paling tertinggi seluruh alam.

Anugerah Tuhan mengenai perasaan kepada hamba-Nya tidak disia-siakan. Baik mar'ah mahupun ar-rijal tetap sama kegunaannya. Cuma kadang-kadang, sering terbuai dengan dunia yang penuh mainan. Perasaan simpati tidak digunakan sebaiknya. Perasaan cinta digodam dengan nafsu. Perasaan amarah dibiarkan bermaharajalela. Dengki. Ujub. Kena pada diri.

Jadi takut mengenangkan semua perasaan yang disalahguna. Tidak bersyukurkah kita dengan kurniaan itu? Layakkah kita mempermainkan perasaan itu? Padahal ianya sangat bermakna apabila dijadikan teman setia. Walaupun berat kata-kata nista. Tetap teguh disebalik cinta. Perasaan cinta kepada-Nya.

Gunakanlah perasaan sedihmu untuk mengucapkan rasa syukur kerana masih diberi ujian saat diri kealpaan. Gunakanlah perasaaan marahmu saat musuh membolak-balikkan nilai agamamu ketika kita kelalaian. Gunakalah perasaan cintamu untuk terus menyuburkan rasa kasih Tuhan. 

Diri ini perasan, perasaan hanya akan kembali benar bila ianya bersampingan dengan Tuhan. Kerana itu, aku menyerumu untuk kembali bersama dalam menghayati erti perasaan. Usah kau salah gunakan ia dengan menyangka hatimu dihiris tusukan bisa-bisa kata-kata dia. Tetapi kembalikan setiap perasaan yang kau miliki dengan bersangka baik kepada Tuhan.

Kerana aku yakin dengan Hadis Kursi yang Utusan Terakhir sampaikan, "bahawa Allah mengikuti sangkaan hamba-hambaNya." Allahurabbi. Ampunkan kami Tuhan. Jadikan perasaan kami sentiasa murni dengan bersangka baik kepada-Mu Tuhan.

..Sangka baik dengan Allah deh..
9.27 p.m
17 Mac 2013
5 Jamadil Awwal 1434H
Ayer Keroh.
:')

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak