Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Thursday, April 25, 2013
Bismillahirahmanirahim..

Terhasil dari post sahabat BN.. 

Algebra Al-Khawarizmi, sori..kcheah semakkan post Hafiz.. Lastlah deh..xser doh komen sini.. hihi. Bagus usaha Hafiz. Teruskan mencari, ni pendapat kcheah sendiri + dgn maklumat yg dpt dr kecik..

Tolak BN sbb :
1. BN x care pun pasal Islam, kalau dia care.. peluang 55 tahun dulu lagi BN dah laksanakan hukum Islam. Kalau dia care, dah lama Islam menjulang. Kalau memerintah cara Islam, cnfrm xde maksiat, xde sgt orang2 jahat, negara pun rasa selamat sentiasa. Minta kaji bagaimana cara Islam memerintah. Piagam Madinah. Untuk pengetahuan Hafiz, di Kelantan.. segala peruntukan kerajaan yg sepatutnya diberi kpd setiap negeri di bawah kerajaan pusat, di sekat. Kat Kelantan, semua perbelanjaan guna duit sendiri. Kalau dalam hal pelaksanaan Islam di Kelantan pun sama, kerajaan pusat bertindak mengawal gerak geri Kelantan. Lebih kurang mcm anak tiri la. Hal royalti pun sama. Kalau x percaya minta rujuk kerajaan kelantan sendiri. Tanya direct pd Tok Guru pun xpe.

2. Kalau betul2 ikut demokrasi, tv1,2,3, bh, utsn, dll tu tidak akan promote BN je. Telus. Sepatutnya, mana2 negara demokrasi.. medialah akan  mainkan peranan sewajarnya dengan memberi ruang dan peluang kepada mana2 pihak yang ingin bersuara. Bukan hnya beri peluang pd sebelah pihak je. Diorg pilih kasih, siap buat cerita tak betul. Lain maksud yg di cakap, lain tafsir yg disampaikan. Kalau Hafiz percaya bulat2 pada media prokerajaan.. Yg tu kcheah jamin, Hafiz salah dalam hal ini. Minta Hafiz cari maklumat dari pelbagai sumber. Tu belum masuk bab kemasukan hiburan melampau dalam tv. Kalau Hafiz perasan, kat tv sekarang makin teruk.. Adegan dalam bilik disiarkan jelas2, dalam drama pun sama, dalam movie pun sama, dalam berita pun skrg, bukan main lagii.. Kalau ikut Islam betul2, mmg Islam larang la kan.. Kalau betul kerajaan sekarang, sayangkan ummat Nabi Muhammad.. diorang tidak akan benarkan walaupun sesaat perkara2 sebegitu ditayangkan. Diorang ada kuasa untuk menyekat kemasukan hiburan melampau dlm negara. Bukan memanjakan anak bangsa dengn hiburan seperti sekarang. Ini sebenarnya menjahanamkan bangsa sendiri. Rasanya depan mata sendiri kita boleh melihat, remaja tidak dapat bezakan antara adab, larangan dlm beragama, dan adat sopan bangsa melayu. Jgn salahkan individu terbabit. Kalau tiada larangan drpd yg berkuasa, siapa lg? Nak harapkan mak ayah? x cukup.. Pemimpin yg akan dipertanggungjawabkan kt akhirat kelak. 

3. Hafiz kena fahami dan pelajari makna sekular. Kalau Hafiz betul2 faham erti sekular, Hafiz tidak akan berada dlm situasi ini. Kebanyakkan rakyat dah faham maksud sekular sekarang ni. Faham dan tahu dr sejarah pemerintahan Islam di Madinah, kemudian berpindah di Andalus, apa yg berlaku zaman kegelapan eropah, tahu asal usul sekular, kemudian kenapa berlakunya kajatuhan Khilafah Uthmaniayah. Semua ni Hafiz wajib hadam.

4. Hafiz dilihat terlalu takut akan kejatuhan bangsa. Sedangkan bangsa melayu mmg tgh down sekarang ni. Tiada adab, tiada akhlak, x kira la dia bn ke pr. Semuanya hasil pemerintahan 55 tahun dhulu. yg baru sedar tu xpe lah. yg xsedar2? sape yg nak sedarkan? Apa guna ada penguasa andai akhlak rakyat tidak didik dengn betul. Jauh dr agama. Hafiz takut kerajaan tidak akan bg rezeki pada Hafiz. Sedangkan itu mmg tangungjawab kerajaan membahagi hasil mahsul negera kepada rakyat, bukan kepada golongan atasan shj. Kalau ikutkan kekayaan Malaysia, bukan rm500 je yg diberi pd rakyat tapi beribu. Kemudahan yg banyak dan sebgainya. Nampak macam menbangunkan? Kalau betul2 jujur dalam berkuasa, dah lama kita jadi rakyat yg bertamadun. Tahukan makna tamadun? Hafiz nampaknya, terlalu sayangkan negara drpd tergadai oleh cina sbb Hafiz telah dimomokkan oleh kerajaan bhw cina akan naik. Padahal Hafiz tahu majoriti di Malaysia adalah Melayu dan Islam. Dan kuasa terletak ditangan rakyat. Nk takut lg Melayu tergadai?  kenapa tidak takut Islam tercemar? hina mulia org Islam adalah pada Islam, bukan pada bangsanya.

5. Dalam hal kerjasama dgn dap. kita tahu dap orang cina. dan kita tak tahu adakah mereka ada udang disebalik mee? tetapi pernah ke Hafiz terfikir, apa yg mereka boleh buat kalau sekelilingnya org Melayu dan Islam. Mereka minoriti. Apa2 perkara yg mrk nak laksanakan, mrk harus minta izin pd majoriti. Adakah Hafiz rasa, yg minoriti akan menindas yg majoriti? x mustahilkan? Tetapi satu perkara yg Hafiz perlu tahu, kerjasama dalam pakatan. Kerjasama bertulis. Bukan janji kosong. Mana2 pihak yang melanggar kerjasama bertulis tadi, mrk akan di kenakan tindakan. Tahukan apa yg akan berlaku kepada yang melanggar janji? Nahas!!

6. Modal bn sekrang ni, banyak bermain sentimen keagamaan. Isu kalimah Allah, jelas umum tahu yg membenarkan kalimat Allah dalam bible adalah dato' seri sendiri. Kerjaaan pusat sendiri. Kenapa menunding jari pada pas? Isu Non-muslim masuk masjid. Kalau betul2 belajar dan faham ilmu feqah. tidak mungkin persoalan ini timbul. Dan isu lain2. Sebelum dalam pakatan, org cina ternyata tidak tahu menahu apa yg dia cakap mengenai Islam. Mengenai hudud. Tetapi sekarang, orang cina lebih tahu hudud berbanding melayu. Kerana apa? Kerana peluang bersoal jawab, penerangan yg diberikan mengenai Islam ada dalam PAS. Ada dalam pakatan. Kalau dalam umno, kita sedia maklum..hingga sekarang mca, cua soi lek.. terang2 hina hudud. Hina Islam. Kerana apa? kerana dalam bn tidak ada penerangan mengenai Islam.

7. Kcheah yakin dgn PAS sebab apa tau? Sebab dasar PAS selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Kalau PAS x laksanakan dasar ini, kcheah tidak akan berada dalam PAS. Tok guru Nik Aziz sendiri cakap, "kalau umno laksanakan dasar Al-Quran dan As-Sunah, kita tidak akan lawan umno, malah haram bg kita lawan umno". Kalau ikut sejarah, PAs pernah berada dalam umno dgn tujuan nak laksanakan dan nk bawa Islam. tapi apa yg berlaku, PAS ditendang keluar dr BN. itu salah satu sbb PAS tidak bersama dengan bn. Kalau sekarang pun, PAS ajak laksanakan dasar Islam. tapi umno/bn tetap menolak. Malah memperlekehkan hukum Islam. mcm mana PAS dan bn nak bersatu? ingat deh. HAQ dan BATIL, tidak akan bersatu selama2nya. dan apa yg menyakinkan kcheah mengenai pr ni, adalah juga ianya merupakan hasil syura (musyawarah) antara ulama' ulama'. Ulama' kot, kalau kita yg xde ilmu ni menolak keputusan ulama', sape lagi kita nk ikut? Diorg belajar bukan sethun, dua.. bukan satu, dua cabang ilmu je. Fiqh, tauhid, hadis, tafsir al-Quran, Bhs Arab, ilmu dunia, ilmu akhirat semua dalam kepala. kita yg belajar sikit ni, xyakin dgn ulama'? lebih yakin dgn sistem taghut?

8. setakat ni lah diskusi kita utk post ini. kalau org lain nak sambung, sambung lah. tapi Hafiz kena ingat, perkara yg kita nampak, x semestinya betul. perkara yg kita x nampak x semestinya salah. carilah kebenaran walaupun pahit, tahu apa itu batil supaya kita tidak digunakan sewenang2nya. perjuangan itu pahit, sbb syurga itu manis. yg benar akn naik, yg batil akan lenyap. jangan lupa mohon petunjuk Allah, kerana itu yang paling terbaik. Allah bersama dengan org yg sabar dan org yg mencari kebaikan.. peace yo. ^^,

..hasil dari sini..

JUjurlah dalam mencari kebenaran. :)

12.35 pm
15 Jamadil Akhir 1434H
26 April 2013
Ayer Keroh.
Wednesday, April 24, 2013
Bismillahirrahmanirrahim.

Musim PRU13. Cemas. Mungkihkan akan berlaku pertukaran dari yang batil kepada yang haq? Hanya Allah yang akan menentukan. 

Apa yang menarik, kali ini kita boleh berkempen guna fesbuk. Kalau dulu, fesbuk xde. Susah nak sampaikan maklumat. Yang ada, tb. Tb ni, dari dulu hingga loni xleh dipercayai. X bebas. Jumud sangat Tb3 and sekutunya ni. Cerita dan promote dari sebelah pihak je. Cerita pasal adil. Tapi diorang x amik part pun pasal adil. Nak kata x belajar demokrasi, diorang p sekolah. x de akai kot.

Untungla, Allah bagi pinjam fesbuk untuk kita kempen dengan adil. Kat fesbuk, diorang xleh nak halang. Jadinya loni, yang x de fesbuk dan internet je lah yang bermasalah. Kalau yang ada internet tapi masih x nampak kebenaran, meme jeng la. Yang tu sah2 hati batu. Susah terima pendapat orang. Gelap, x nampak terang. 

Alhamdulillah, Allah izinkan sy faham erti kebenaran. Erti Islam. Erti demokrasi. Erti Fiqh Maqasiq. Bersyukur sgt. Sy xleh bayang, kalo sy jadi orang sebelah sana. Mesti hitam hati saya kn? Sbb xleh terima cara Islam. Pernah terfikir, kalau sy orang sebelah sana? Nauzubillahi min zalik.Dasyat kot. Lawan hukum Allah.

Sayang sangat pada mereka yang x nampak kebenaran. Cakap pom pang pom pang. Nak negara baik. Tapi  dok sokong juga pemimpin yang corrupt. Orang dok maklum pasai kebenaran, x mo dengaq. Nak dengar yang puok dio oyak jah. Kita ni, kalo benar apa yang diorang cakap. Kita x kesah. Masalahnya, semua yang diorang cakap x jamin Islam langsung. 

Diorang tau isu kalimah Allah, kita dah jelas dengan jelas. Tapi x tau la diorang ni jenih cari kebenaran ke x. Rasanya kalau yang jenis belajaq tu xde masalah kot. Kompom dapat faham kalau cari kebenaran. Ha satu lagi. Time cari kebenaran tu, kalau cari dari orang yang sama jak memang x lepas la kan. Aishh. Cara nak cari ilmu pun nak kena ajaq jugak ka? 

Isu kerjasama dengan non-Muslim. Takut sangat dengan non. Tapi, dalam bab hak Allah..x takut pula dia. Dan isu2 lain yang diorang takut dan pertikaikan. Ni kes x cari kebenaran la, sebab tu x nampak. Kalau cari, dah lama nampak. Iskh. Membebel untuk mereka ni x abih. Degil sangat. =.='

Apa2 pun. Sy lebih suka kaitkan pilihan raya ni dengan Islam. Sebabnya, sangat berkaitan. Ok, macam ni. Kita nak kebenarankan?  Kebenaran ada dalam Islam je. ISlam tu suci. xleh pertikai dah. Orang yang dalam Islam ni, dipanggil juga orang yang dapat hidayah Allah. Hidayah Allah tu luas. Jadinya, sape yang berjaya dapat kebenaran maka dia dapat hidayah Allah. Dapat Islam.

Jadinya, senang cite la. Sapa yang dah isytihar dirinya PAS insyaAllah setakat saat ini, boleh saya katakan dia dah dapat hidayah Allah. Allah. Bukan senang nak dapat hidayah Allah ni. Kena cari dulu. Benda berharga mana boleh bagi senang2 gitu je. Kena cari dan usaha dulu. 

Yakin la dengan PAS. Dalam PAS ada ulamak. Ulamak yang dunia i'tiraf. Dalam umno pun ada yang dii'tiraf dunia. Contoh macam Dr.Mahathir. Ok, tengok lah. Dia di i'tiraf sebab apa? Sebab dia pernah jadi Perdana Menteri je. Kalau dia x jadi PM, sapa nak sebut nama dia? Tapi kalau Ulama', sapa2 yang faham Islam akan sayang Ulama'. Ulama' orang yang tinggi ilmu. Yang banyak ilmu. Pewaris Nabi. X percaya pada ulama', sama macam x percaya apa yang Rasulullah bawa. X percaya pada Allah. 

Allah. Besar perancangan kita untuk kembalikan Islam di dunia ni. Tapi, besar lagi Perancangan Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Ingatlah, yang jahat akan di balas. Yang Batil akan hancur, yang Haq akan datang. Takbir!!! Allahuakbar!!!!

Maha Suci Engkau Ya Allah.
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima kebenaran dari-Mu ya Allah.

..Ini Kalilah..
9.13 am
14 Jamadil Akhir 1434H.
25 April 2013.
Ayer keroh.
Melaka.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak