Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Sunday, June 16, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah daku bernyawa walaupun dengan selesema. Haa. Hari ni nak menulis pasai solat sikit. Dah lama tajuk ni dok main kat kepala. Dok dang nok naip. Mud positif xdop. Hehe. Hari ni tetiba ye mari. Kena bersyukurlah. Oleh itu, saya pun nak cerita la.

Saya teringat masa dok belajar kat Darul Anuar dulu, saya dok asrama. Budak-budak asrama ni wajib pergi dengar kuliah maghrib tiap-tiap hari Khamis. Bukan jauh pun. Sebelah asrama je. Masa tu form 2 kalo x silap. Yang bagi kuliahnya adalah orang yang disayangi insyaAllah di langit dan di bumi. Tok Guru Nik Abdul Aziz. Maklumlah, masjid dia.

Nak ceritanya, hari tu Tok Guru bawa tajuk bab solat. Ni la antara isi kuliah yang saya ingat hingga sekarang. Dan Tok Guru selalu je dok ingatkan pasal solat ni kat kuliah-kuliah beliau. Macam biasalah, kalo Tok Guru yang bagi pengisian insyaAllah masuk ke jiwa. (bagi orang2 yg nak pengisian je kut). Kalau jenih hati batu, mungkin tidak. huk3.

Tok Guru royak, solat kita ni boleh jadi lompang. Perumpamaan Tok Guru, solat ni macam nasi putih ja. Lauk tak dak. Perumpamaan saya lak, solat ni macam kain sehelai. Ada carik skit2, carik sana carik sini. Maklumlah, dalam solat kita. Macam-macam boleh datang. Kadang-kadang, baju tak sidai lagi pun boleh datang dalam solat. Kalau kita solat masa barang hilang, barang tu akan dijumpai dalam solat. Huhu. Bahana solat tak khusyuk. 

Bahaya kot solat tak khusuk ni. Kalau solat sorang lagi la. Salat sorang dapat 1 markah. Abih, kalau solat tu carik sana sini. Macam mana nak dapat penuh 1 markah tuh?? Adoyai, memang tak la kan. Memang tak dapat apa kalau solat. Kadang-kadang, sebab tak dapat apa tu lah..boleh jadi..perangai kita pun ntah apa-apa. Bahaya der.

Kan Allah dah gtau dalam Al-Quran, solat ni boleh mencegah diri dari kejahatan dan kemungkaran. Kalau kita solat, tapi kita masih melakukan maksiat maknanya solat kita tak dapat apa-apa la tuh. Jangan nak marah Allah lak, kalau perangai diri tak elok. Tengok semula solat tu, carik ke tak? Khusyuk ke tak!!

Aishh!! Pah tu, gano ni boh?? Susah kot nak khusyuk dalam solat. :'(

 Haa..tu la.. kecik-kecik tak nak g ngaji kuliah. Ceramah agama malas sekali. Alih2, solat pun kosong! Camno nak bawa p akhirat nih. Ingatkan dah boleh bawa bekal solat. Rupa-rupanya, sepanjang dok solat tuh..tak dapat apo pun. Apo pun xboleh. +.+'

Eh, tersalah marah plok. Gini2, oleh sebab solat kita carik. Kita kena jahit semula betul? Macam mana nak jahit yang carik tuh? Haa. Macam ni. Tok Guru royak, kalau makan nasi putih jah x sedap. Jadinya, kita kena tambah makanan kita dengan lauk. Lauk tu la yang dapat tampung solat kita yang carik tadi. Lauk tu lah yang bagi makanan kita lazat. 

Lauk tu adalah solat sunat. Solat sunat sebelum dan selepas solat fadhu. Itulah satu-satunya cara yang boleh menampung solat kita yang lompang. Cuba bayangkan, kita makan nasi putih + lauk ayam + kuah tom yam + air carrot susu. Perghhh.. Jeliro sekali. Neleh air liuq. Macam tu la juga dengan solat kita. Solat fardhu + solat sunat nawafil + solat sunat taubat + solat sunat hajat + wudhuk yang sempurna. Perghhhh!!! Penuh molek pahala buleh. 

Gitulah solat yang carik. Kita jahit dengan solat sunat. Mudah-mudahan Allah terima solat kita. Pahala lain belum tentu boleh jadi bekal ke akhirat. Buat pahala pun jarang-jarang sekali. Dok harap ka pahala solat je lah. Tu pun kalau tak carik. Kalau carik?? Nak bawa bekal apa nanti? Allah.

..lauk jeliro, ore kapung..
~ Al-Ankabut ayat 45 (solat cegah perbuatan keji dan mungkar)
~ Cintailah Allah.

7.02 p.m
16 June 2013
7 Sya'ban 1434H
Ayer Keroh
Melaka.

1 comments:

guo muse said...

xdok gmbr ibu jari..LIKE

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak