Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Saturday, September 28, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Apa la sakit di hati. Kenapa perlu sakit hati? Sapa yang rasa sakit hati maknanya hatinya belum sehat. Hatinya berpenyakit. Biasanya orang yang sakit hati ini, menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan apa yang dialami. Mungkin merasakan dia lebih layak, mungkin juga dia mahukan penghargaan orang. 

Dan apa pula rasional merasakan dia lebih layak? Mungkin dia memandang rendah pada orang yang mendapat itu. Mengenai penghargaan, mungkin dia orang yang merasakan tinggi diri dan dia harus mendapatkan penghargaan.

Nah, di situ kita nampak penyakit hatinya. Memandang rendah dan tinggi diri. Ada juga orang tidak merasakan demikian tapi sakit hatinya kerana dizalimi. Orang yang rendah hati, walaupun dizalimi tetap akan tenang kerana dia percaya yang mengujinya adalah Allah. Sakit hati yang datang akan ditepis sekuat hati lantas mengembalikan kezaliman yang menimpa kepada Allah untuk membalasnya.

Ok, kita kembali pada yang tersakiti. Adapun mereka yang punyai hati sakit ini yakni yang ada rasa penyakit hati, hendaklah merenung kembali pada apa-apa yang pernah dia buat sebelum ini. Contohnya jika dia rasa sakit hati kerana orang bercakap kasar dengannya, maka dia harus ingat kembali adakah dia pernah berkasar dengan orang lain?

Contoh lain, jika dia rasa sakit hati kerana seolah-olah dia tidak dihormati maka haruslah dia imbau kembali pernahkah dia tidak menghormati orang lain? Jika ada, maka dia hendaklah beristighfar kepada Allah atas dosa-dosanya yang lalu dan memaafkan orang yang menyakiti hatinya. Mungkin apa yang berlaku adalah ingatan dari Allah atas kesalahan-kesalahannya yang lalu. 

Bersyukurlah pada Allah kerana mengurniakan sakit hati. Kerana dari situ kita tahu Allah masih sayangkan kita lantas ingatkan kita atas apa yang berlaku. Ingat sahabat, bersyukur menambahkan nikmat. Syukur di atas sakit yang diberi menghasilkan kita kembali sihat hatinya. Amin. Wallahualam.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". [14:7]


~ Cinta Allah
~ Bersyukur tambah nikmat
~ Sakit hati bersyukurlah.. 

9.11 am
24 dzul kaedah 1434H
29 Sept 2013
Ayer Keroh
Blok J
Thursday, September 19, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Bicara ini kembali kerana sentiasa ingin kembali.. Apa dulu engkau bagaimana? Aku dulu, kini dan selamanya adalah hamba Tuhan. Aku ingin kembali ke sisi Tuhan. Saat terasa berjauhan, aku berlari-lari mendekatkan. Takut diri tersasar jauh dari jalan kembali. Tetapi sebagai hamba Tuhan, kerap kali ujian datang. Datang bertujuan. Untuk memudahkan jalan kembali. Sabarlah. Saat didatangkan halangan, pasti ada cara melangkau halangan. Sabarlah. Kerana tempat kembali itu manis hanya dengan kesabaran.

11.41 pm
10 sept 2013
5 zulkaedah 1434h
ayer keroh
Bismillahirrahmanirrahim..

Cinta Allah, siapa pernah mengharapkannya? Siapa pernah mengharapkan pasti mengalami pelbagai kisah. Ada kisah yang gembira dan ada kisah yang sedih. Gembira bila saat Allah kurniakan nikmat merasai cinta. Sedih bila Allah tarik nikmat cinta. Kisahnya tidak akan sama, tapi kesannya tetap sama. Kesannya hanya orang yang melalui merasai dan orang sekelilingnya menjadi perasa nikmat cinta.

Betapa cinta Allah tu sangat tinggi. Bila nak dapat merasai cinta seperti Rabi'ah wali Allah tak tahu bila. Mampu ke kita dapat? Tapi kalau Allah izin, pasti boleh. InsyaAllah. Cuma kita la, mahu ke tidak nak dapat cinta Allah? Jangan dok fikir, 'aku ni siapa la..nak dapat cinta Allah jauh sekali..selalu bermaksiat..'. tak nak fikir macam tu, Allah kan dah gtau. Siapa yang harapkan pertemuan dengan Tuhan, saat tu akan datang. Kita jangan putus asa. Walaupun kita hanya bertudung bidang 45'.

Cinta Allah, siapa tak pernah terfikir untuk dapatkannya pasti rugi. Allahurabbi. Pernah terfikir apa rasa orang yang tidak tahu hujung dunia ada akhirat. Tetiba Allah bagi rasa. Rasa macam hidup hari-harian hanya rutin biasa. Jiwa kosong. Pandang orang dengan pandangan kosong. Buat kerja macam selalu tapi tiada perasaan. Solat sekadar menunaikan kewajiban. Berdoa pun malas. Banyak benda lagha yang dibuat tapi perasaan tiada. Hubungan dengan orang semua x kena. Hasad, dengki semua muncul. Siksanya jiwa saat tu. Tapi takdirnya, Allah bagi rasa. 

Alhamdulillah, Allah masih buka pintu hati ni untuk kembali semula pada Dia. Tak nak dah terfikir benda macam tu. Siksanya. Macam orang gila. Hidup tapi tiada nilai. Bezanya, orang gila Allah bagi pahala. Tapi 'orang gila yang x rasa adanya akhirat' tiada pahala. Nak lawan sikap2 buruk mcm dengki, hasad semua tu susahnya. Saat nak gagahkan diri nak kembali, minta doa banyak2. Tu je senjata. Bila Allah dah bagi kembali rasa bertuhan. Alhamdulillah. Serius, xnak fikir benda bukan2 dah. 

Bila dah kembali, seolah-olah tersedar dari mimpi buruk. Baru tahu nak start istiqamah tu susah. Tapi Allah tetap tolong. Dia tahu kita nak kembali, Allah bagi jalan dan jalan. Hadir-Nya sentiasa di sisi. Bila kita tak kuat nak buat, Allah bagi ingatan apa yang terjadi dulu. Serta merta bingkas. Allahurabbi. Hebatnya Allah. Kembalinya kasih sayang Allah, kembali juga mawaddah orang sekeliling. Dunia yang dulunya suram, kembali bersinar dengan cahaya Allah. 

Saat berjauhan dengan Allah, banyakkanlah berdoa dan menyebut nama Allah. InsyaAllah. Allah akan datang. Kadang-kadang kita tidak terbayang Allah akan datang saat tu juga. Saat dia datang, hanya orang yang merasai kedatangan-Nya akan rasa. Rasa tak nak berpisah. Nak cerita kat sini susah. Mintalah, Allah bagi rasa kasih sayang-Nya. Cinta-Nya melangit luas. Kasih sayang-Nya sebesar alam malah lebih lagi. Bila hubungan dengan Allah ok, insyaAllah hubungan dengan manusia pun ok. Bagi sesiapa yang ada masalah hati saat ni, saat ni juga minta pada Allah terus. Minta Allah pulihkan kembali hati. Wallahua'lam.

~ Cintailah Allah.
~ Allah akan datang kepadamu, anda kami meminta. 

1.13 a.m
15 Dzul kAedah 1434H
20 Sept 2013
Ayer Keroh
Melaka.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak