Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Tuesday, December 3, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Hilang deritaku melihat wajah kalian,
Panjangnya angan2ku melihat kalian bernikah,
Pertemuan yang tak disangka ini memanjangkan tali ukhwah,
Teguran keras kuberi pada yang sudi,
Ada yang tidak mampu kutegur dengan alasan menjaga hati,
Walhal itulah kemunafikanku yang ku sembunyikan,
Jangan kalian ukur daku dengan pakaianku,
Jangan kalian melihat diriku dengan senyumanku,
jangan, jangan, jangan,
Kerana aku tidak punya empati,
Kerana aku tidak mampu beri kasih,
Kerana aku tdak upaya membahagi sayang utk kalian,
kerana hanya Tuhan yang tahu,
betapa aku hina dina di sisiNya,
4 tahun bersama membina cinta,
Ada kala diri membuat kalian tersinggung,
Ada masa diri membuat kalian pedih ulu hati,
Maaf teman maafkan teman,
Aku tidak mampu menemanmu di syurga,
Barangkali hanya neraka menantiku di sana,
Atas ketidak amanahan diri dengan kalian,
Dalam menjaga tali persaudaraan,
Sesuci cinta bunga taman2 syurga,
mengharapkan pengampunan dari kalian,
atas keterlanjuran diri,
dalam menyimpan segala keegoan diri,
menyatakan yang benar,
menyembunyikan yang batil,
Terhembus nafas lega,
berjaya menyampaikan apa yang terbuku di hati,
setelah sekian lama kita bersaudara,
hanya tunggu kemaafan kalian,
Jika tiada kata maaf dari kalian,
Pasti Allah melihat post ini,
Tanda aku benar inginkan kemaafan,
Tinggal hanya penyerahan segala kudarat pada Yang Maha Esa,
Kerana diri tak ada daya melainkan kekuatan yang diberi Allah yang Maha Kuasa.


..pasti kurindu kalian..


12.30 a.m
30 Muharam 1435H
4 Disember 2013
Blok J
Ayer keroh
Melaka.
Monday, December 2, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Cerita balik kampung. Alahai blog, maaf lah x gunakan kau dgn baik. Hanya mampu bercerita. Nak kongsi ilmu, ilmu tak dok. Harap cerita ini boleh bagi sumbangan. Pada diri aku sendiri. (sesi muhasabah kat blog, blog jadi mangsa keadaan)

Cerita kali ni pasal nak balik kapung. 4 tahun setengah dah kat Melaka. Bukan tak sayang kat Melaka, tapi asal usul kat kampung. Patut la ore zaman dulu dok oyak, belut pulang ke lumpur. Kalau sayang, tinggal-tinggalkan. Kalau benci, dekat-dekatkan. (macam x pernah dgr plok)

4 tahun setengah dok Melaka, gapo mung buat? Jujurnya, aku x buat gapo pun. Ngoya jah lebih. Hinanya diri. Kalau orang lain, 4 tahun setengah tu dah boleh buat dan dapat macam2. Tapi aku? Habuk pun tarak. Ya Allah, malunya. Ni baru musafir kat Malaysia, kalau musafir kat negara luar? Meme wat perabih tiket kapal jah la. Allah. 

Tapi dalam dok ngoya tuh, Allah tetap bagi apa yang aku perlu. Banyak. Banyak sangat2. Allah bagi aku ilmu, Allah bagi aku saing2, Allah bagi aku didikan, Allah bagi aku kasih sayang dan banyak lagi. Hingga kadang-kadang, dengan anugerah yang Allah bagi tu buat aku rasa tak nak balik kapung. Nak dok je kat Melaka ni. Walaupun kat sini, ramai orang biru. Tapi disebabkan berkat dan rahmat majlis ilmu, rasa tu ada.

Tapi apakan daya. Ada tugas yang lebih perlu untuk aku di kampung. Ma dah umur 55 tahun, abah dah umur 61 tahun. Seingat aku, sepanjang hidup ni berapa tahun je aku bersama mereka sepanjang masa. Dari lahir 1988, hingga darjah 6 tahun 2000. 12 tahun bersama dengan Ma dan Abah. Itu pun dari zaman sekolah dan zaman sekolah rendah. Apa je sumbangan aku pada mereka. Sumbangan menyakiti hati mereka mungkin? Allah. 

Mula tahun 2001, Abah hantar aku ke sekolah asrama. Hinggalah SPM 2006, aku dok asrama. Ingat tahun 2007, setengah tahun dok rumah. Tapi masih tak mampu bagi sumbangan pada Ma dan Abah. Dapat pula tawaran matrik 2 tahun kat negeri orang, Negeri Sembilan, 2007-2009. Hanya jumpa mereka saat balik kampung yang hanya paling lama 4 minggu dok rumah. Apa je yang aku buat untuk mereka sepanjang 4 minggu tu? 

Tahun 2009, dapat tawaran masuk U kat Melaka. Duduk la di Melaka dengan kadar masa balik cuti shj hingga saat ni, Dis 2013, tak balik2 lagi. Tambah tolak, 13 tahun hidup tanpa buat apa2 kat Ma dan Abah. Kalau la, Allah ambil nyawa sekarang ni. Bila malaikat tanya, apa sumbangan kau kat Ma dan Abah. Tak tahu nak jawab apa. Mungkin, 'Aku tidak tahuuuuu...', dushh.. kena lempang dengan malaikat!.

Orang kata, kita belajar pun kita bagi sumbangan kat ibubapa. Belajar pandai2, dapat kerja elok2, dapat gaji bagi mereka. Betul tu. Mereka pasti akan gembira. Tapi di mana dirimu saat duit gaji masuk ke dalam akaun mak ayahmu? Saat mereka sakit, ada kau suapkan makanan untuk mereka? Saat mereka sedih, ada kau di sisi mereka sebagaimana mereka ada di sisimu saat kau menangis ketika kecilmu?

Kau mungkin bersama mereka sokmo. Tapi aku, 12 tahun bersama tapi hanya bagi kesusahan pada Ma dan Abah. 13 tahun berjauhan, tanpa bagi masa bersama dengan mereka. Aku tahu, alangkah gembiranya mereka saat anak-anak ada bersama. Aku nampak di wajah mereka ketika aku pulang seketika. Aku dengar dari suara mereka di hujung panggilan telefon saat aku kembali bermusafir, mereka mendambakan anak-anak ada bersama. Maafkan aku Ma, Maafkan aku Abah.

InsyaAllah, Disember ini aku akan balik dan akan ada bersama mereka sentiasa. Doakan aku. 

..doa..


1.11 a.m
29 Muharam 1435H
3 Disember 2013
Blok J
Ayer Keroh
Malacca

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak