Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Tuesday, June 20, 2017

Assalamualaikum w,b,t

2 tahun lepas, aku ada bela hampir berbelas ekor ayam hutan. Selepas diram oleh maknya, aku amik bela dalam kotak letak dalam rumah. Maka membesarlah mereka dengan sihat dan gebu. Cuma masa remaja, ada seekor dua yang meninggal sbb pendek umur.

Ayam-ayam aku ni tersangat la manja. Kalo ikutkan perangan sebenar ayam hutan, mereka ni liar. X boleh tengok org, nampak org mendekat dari jauh lagi dah lari. Tapi sangat berbeza dengan ayam-aayam aku ni. Mungkin sebab dah terbiasa dengan manusia sejak kecil, maka diorg sangat2 jinak.

Bila dah besar sikit, aku letak kat reban. Tapi kalo lepaskan je dari reban, diorang akan masuk dalam rumah cari nasi macam kecil2 dulu. Kenangaan diorang dalam rumah memang banyak. Hingga la diorang besar umur setahun dah, tetap masuk dalam rumah cari makanan. Padahal dh boleh bertelur. 😁

Disebabkan mereka ni sangat2 manja, aku dan family selalu puji diorang. Manja, baik, terbaik. Maklum la dah terlalu sayang. Hinggakan parent aku minta nak sembelih, aku tak bagi sebab tak sanggup. Bela dari keci, belai macam kucing tetiba nak sembelih. Ko rasa? 😅

Namun, satu ketika tu..masa diorg pun tiba. (Rumah aku tepi bendang sawah, masa tu pesawah menyembur racun untuk elak serangan rumput kat padi yang nak membesar). Macam biasa ayam2 aku pergi cari makan kais pagi makan pagi, tapi... 😢

Diorang meningal satu persatu. Akibat pergi cari makan kat sawah beracun. Menyesal sebab tak masukan diorang dalam reban. Tapi nasi sudah jadi bubur. Dari 10 ekor, tggal 2 ekor. Sedih woo. Bangun pagi2 intai diorang, diorang tak de. 😞

Dari 2 ekor, sekarang dah tggal 1 ekor. Yg tu meninggal sebab lain. Alhamdulillh masih tinggal sekor. Dan bila aku fikir2 balik, apasal Allah amik diorang dgn cara tu? Tanpa sempat aku makan diorang. Boleh jadi sebab puji-pujian.

2, 3 menjak ni aku terbaca satu artikel usttaz mana ntah, artikel (pujian pada babyi) tu cakap setiap pujian kita ni terhadap sesuatu benda haruslah disertai dengan pujian kepada Allah. Kalo tak, pujian tu akan jadi penyakit.

Aku pun teringat akan ayam2 aku, aku selalu puji diorang manja, baik, terbaik..tapi aku lupa sebut nama Allah. Maka dengan sebab itu aku simpulkan kenapa ayam aku mati tanpa sempat aku makan diorg. 😣😣😣

Oleh itu wahai kawan2, tolong la puji disertakan dengan nama Allah. Sebab yang mencipta sesuatu itu Allah, maka makhluk yang kita puji itu harus dipuji Pencipta makhluk itu. Allahuakbar.

26 Ramadhan 2017
21 June 1438
Rabu
7.33am

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak