Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Saturday, May 26, 2018

Assalamualaikum w.b.t

Kita ni kalu fikirkan nikmat Allah,
Tak g mano hidup ni,
Rasa nk sujud syukur sokmo,
Betapa x padan dengan hidup kita kalu main kot lain.

Kalu fikir nikmat Allah lagi,
Banjir dunia sekiranya air mata terima kasih menitis,
Betapa nikmat Allah tersangatlah luas dan banyak tak terkira.

Namun jarang-jarang kita rasa syukur,
Sebab terlalu sibuk dengan nikmat Allah itu,
Sedangkan setiap gerak kerja kita adalah nikmat dari-Nya.

Lagu mana cara nak bersyukur sokmo?
Caranya buatlah yang Allah suruh,
Tinggallah yang Allah larang.

#mudah-mudahan Allah tambahkan lagi nikmat. (Siap mitok Allah tambah nikmat lagi..Allahu) Dan dijauhkan dari azab yang pedih.

Thursday, May 17, 2018

Susah cakap dengan orang 'bijak',
Kita bincang pasal A dia sebut pasal B,
Kita cerita pasal janji dia cakap pasal Melayu,
Kita soal bab kefahaman dia pusing bab kepimpinan.

Makanya dunia ini dia yang punya,
Bila nafsu ada dalam diri,
Mata tidak lagi memerhati,
Hanya ikut buta tuli,
Memperbodohkan diri sendiri,
Tanpa ikut jalan Ilahi.

Saturday, May 12, 2018

Wahai pendudduk bumi,
Orang sekeliling kita terdiri dari pelbagai kefahaman mengenai Islam,
Ada yang faham Islam itu yang lembut-lembut shj,
Ada yang faham Islam itu yang tegas-tegas shj,
Ada yang faham Islam itu ada lembut ada tegasnya,

Maka wahai penduduk bumi,
Berakhlaklah kita sebagaimana akhlak Rasulullah s.a.w,
Supaya akhlak kita menjadi saham utk kita,
Apabila penduduk bumi ini mencontohi akhlak kita,
Di mana tempat Rasulullah berlembut..lembutlah kita,
Di mana tempat Rasulullah bertegas..tegaslah kita,

Jangan jadi lalang..yang lembut tiada ketegasannya,
Jangan jadi batang durian..yang keras bila panah petir patahlah ia.
Jadilah seperti akhlak Rasulullah s.a.w..

Hidup kita hanya perlu jadi penduduk bumi yang mengakui adanya penduduk langit tanpa melihat apa adanya di langit.
Sebagaimana kisah israk mikraj..
Walaupun sy. Abu bakar tidak nampak apa yang diperkatakan Rasulullah,
Tetap ia membenarkan apa yang Rasulullah khabarkan.

Jangan kita sombong dengan ilmu yang kita ada,
Jangan kita ego dengan kemampuan para ulamak,
Jangan kita rendahkan kedudukan Islam di mata dunia.

#berakhlaklah sebagaimana akhlak Rasulullah s.a.w..

Monday, April 2, 2018

Assalamualaikum w.b,t

Seruan untuk yang mampu bernikah!

Alhamdulillah 'I dah nikoh..' 16 Mac 2018, pukul 9.30 malam at Masjid Telaga Mas.

Terima kasih Allah kerana kurniakan aku jodoh di dunia lagi. (Ado orang jodoh di akhirat..like abe pie 😭 - Al : Fatihah untuk abe pie )

So, gini ruponya bila dah jumpa jodoh. Allahu. Nikmat syurga yang dipinjamkan di dunia. Segala puji bagi Allah yang menciptakan makhluk berpasang - pasangan. Alhamdulillah.

Post ini akan panjang, siapa sudi..sudilah bacakan ia. Sebagai hiburan dunia sementara. Untuk bekalan di akhirat sana.

Aku mencari jodoh seusia 25 tahun. Perjalanan mencari jodoh bermacam-macam ragam. Pernah berlapang dada, andai tiada jodoh di dunia. Namun, aku mencari bagi memenuhi sunnah Rasulullah SAW. Lalu aku bangkit mencari dan terus mencari jodohku. Sehinggalah...

Tahun 2017, selepas balik dari mengisi minyak di stesen petronas Tanjung Malim..terdetik di hati semasa di atas motor keluar dari stesen minyak..

'Tak dok sapo ko, berkenan kt aku...?'

Selang sehari, malam itu..ma wasap aku.. 'kak..ado ore ni, nok ko?'

Bermula dari situ, pencarian diteruskan dengan menunggu kata dari Tuhan.

Dan dia. Aku tidak pernah mengenalinya. Hanya mendapat maklumat sedikit sebanyak dari ma dengan syarat2 yang aku tetapkan, disamping doa dan petunjuk dari Allah. Kini dia adalah jodohku.

Tidak pernah berbicara sepanjang tempoh sebelum bernikah melainkan dengan perbualan penting di wasap dan fb.

Tempoh itu adalah ujian. Dan dia sabar menghadapinya. Lalu bertambah keyakinanku akan dialah jodohku dengan petunjuk dari Tuhan. Allahurabbi. Terima kasih kerana bersabar denganku.

Jodohku jodoh tawakkal. Kerana aku berserah sepenuhnya kepada Allah tanpa berkenal-kenalan dengannya. Usahaku hanya dengan memerhati caranya, bagaimana dia bersabar denganku.

Menurut orang berpengalaman, berkenalan sebelum bernikah tidak akan menampakkan dirinya yang sebenar. Lalu, aku menurut pengalaman orang untuk tidak berkenalan denganya sebelum bernikah.

Dan ternyata perkenalan selepas nikah itu manis. Hasil dari kesabaran itu manis. Dan segalanya manis tanpa dosa mainan hati kerana hati berbunga selepas nikah itu pahala. Allahurabbi.

Terima kasih Ya Allah kerana jauhkan aku dari bunga-bunga cinta sebelum nikah. Terima kasih Ya Allah kerana jauhkan kami dari kemurkaan-Mu. Allahurabbi.

Makanya bernikahlah jika sekiranya kalian mampu wahai pemuda-pemudi Islam. Usahalah mencari jodohmu dan jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan. Di sebalik pencarian ternyata ada perjumpaan.

Sabar dan usaha dan doa dan tawakkal kepada Tuhan.

Aku hanya menyampaikan sedikit pengalaman hampir 3 minggu bernikah dan bercinta. Dan sekiranya kalian merasainya, pasti kalian juga seperti kami. Manusia yang bernikah yang menyeru orang lain bernikah.

#Hikmah Allah itu luas. Suruhan bernikah dari-Nya adalah terbaik dari Allah. Nikkoh lah. Sambutlah seruan Allah ini. Alhamdulillah.

Di bawah syiling putih,
2 April 2018,
16 Rejab 1439H.
11.50 p.m.
(Selepas berkecek dengan suami) 😊

Tuesday, March 6, 2018

Hakikatnya ore kapung kito ni pandai kecek belako,
Hok tak dengar dikir jadi nk dengar dikir,
Hok dok hujung kapung pun nok komen jugok walhal dio x dengar pun,
Hok loyar kecek cara loyar,
Hok tak kenal bala musibah tu gapo pun nk kecek pasal balo,
Apatah lagi hok dengar sayup2 dok di telinga ni,
Supo dengan nyamuk / lalat dok hurun kat telinga atau main atas palo.

Panda sangat!
Jadinya kalu doh panda sangat,
Acu kecek ataupun komen plok,
Lagumano caro hok Allah suruh,
Lagumano cara hok Nabi SAW ajar,
Untuk hidup berjiran ni?

Kata kita ore Islam.

Tanda-tanda menghampiri usia kematian.

Ada ketika kita nok amik barang kat sesuatu tempat,
Bila tiba di tempat nak amik barang tu,
Tetiba tak ingat barang apa yang nak diambil.

I

Friday, March 2, 2018

Kita hidup di dunia ni,
Biar ada modal untuk kita kecek dengan Allah kt akhirat,
Bukan kecek bagi alasan tak buat itu ini,
Tapi modal kecek 'aku buat itu kerana Mu, harap Mu terima'.

Kalu kecek sebab nak bagi alasan,
Bila Allah tanya bakpo x tutup aurat sempurna?
Kita kona kiri kona kanan royak alasan kenapa tak tutup aurat,
Maka modal kecek kita pun jadi tak bernilai,
Tinggal hanya tambah dapat murka Allah,
Nau'zubillah.

#usahalah adik kakak, usaha biar ada modal nak royak kat Allah.. 'Aku tutup aurat dengan sempurna untuk-Mu ya Allah'. Nanti Allah suka terus letakkan amalan kita di timbangan sebelah kanan.

Wednesday, February 21, 2018

Kita orang Islam apabila dilahirkan dalam keluarga Islam,
Kita nama arab seperti kebanyakan orang Islam,
Kita beraya di hari-hari raya Islam,
Tetapi Islamkah kita?

Orang Islam punyai pakaiannya yang menutup aurat,
Islamkah pakaian kita?
Orang Islam punyai akhlak mulia,
Muliakah akhlak kita?

Hidup kita di dalam kubur bergantung kepada pakaian kita di dunia,
Hidup kita di alam barzakh berasaskan akhlak kita di dunia,
Cara hidup di kubur kita pilih dan kita yang tentukan,
Bagaimana kehidupan kita di sana.

#Tanya pada hati, mohon petunjuk Ilahi. Agar diberi kekuatan untuk amalkan Islam di saat ini kerana mati tidak tahu bila datangnya ia. La haula wala quwwata illa billah.

Hujah yang terbaik.

Antara sifat yang ada pada manusia ialah suka berhujah,
Apabila ada sesuatu yang tidak kena di pandangan akalnya,
Hujah akan menjadi pembawaan mulut nya,
Dan hujah yang terbaik adalah...

Isu Kepentingan Diri
Penghujah 1 : Berhujah! Pum pam pum pam pum pam!
Penghujah 2 : Berbeza pendapatnya. Tung tang tung tang tung tang!

Penghujah 1 : Menambah hujahnya. Pum pam pum pam pum pam!
Penghujah 2 : Mempertahankan hujahnya. Tun tan tun tan tun tan.

Penghujah 1 : Terus tambah hujah dengan logiknya. Pum pam pum pam pum pam!
Peghujah 2 : menyimpulkan hujahnya dan istiqamah dengan pendapatnya.

Penghujah 1 : Masih dengan pendapatnya dan tambah lagi logik akalnya. Pum pam pum pam pum pam!
Penghujah 2 : ........................,.............. (diam).

Penghujah 1 : Wooii, penakut ke? Woit, pengecut ke? Woooooi, jawab laa!
Penghujah 2 :  ........................,.............. (diam).

Penghujah 1 : Berhujah dan terus berhujah sambil memusing-musingkan fakta.
Penghujah 2 :  ........................,.............. (diam).

Penghujah 1 : Dah kalah la tuuu.....
Penghujah 2 :  ........................,.............. (diam).

Last episod,

Penghujah 1 : .............................(&#%$*$^@*@%#)
Penghujah 2 :  ........................,.............. (diam).

Maka penghujah yang terbaik adalahhhh....dum dum dum (bunyi gendang)....penghujah 2!!!!!??!!

#berkata imam syafie, "Jika berdebat dengan orang jahil, maka diam lah".

Monday, January 8, 2018

Keturunan bekeng.
Siapa kenal saya, dia tahu bahawa 'bekeng'nya saya.
Menurut ma, ayah kepada moyang perempuan saya seorang yang bekeng,
Tidak dapat tidak, perangai bekeng ada terselit pada saya.

Bekeng Syaidina Umar Al-Khattab.
Syaidina Umar terkenal sebagai 'Al-Farouk' iaitu pembebas antara haq dan batil,
Dan Syaidina Umar juga terkenal dengan ketegasannya,
Sehingga beliau dibenci oleh musuh-musuh Islam.

Bekeng satu sifat, tegas satu sifat, pemarah satu sifat.
Marah tidak sama dengan bekeng.
Bekeng tidak sama dengan tegas.
Tetapi bekeng ada di antara marah dan tegas.

Marah tidak dibenarkan dalam Islam melainkan pada sesuatu yang sepatutnya.
Tegas amat perlu dalam Islam terhadap perkara haq dan batil.
Dan bekeng, menjadi pelengkap antara marah dan tegas.

#Bekeng apabila disalahgunakan, ia akan menjadi marah. Bekeng apabila diperhalusi, ia akan menjadi tegas. Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang mencontohi syaidina Umar Al-Khattab. Aminn.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak