Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, November 4, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Teringat kata-kata Tok Guru Nik Aziz di wall FB beliau,



‎"Saya sering memikirkan peringatan-peringatan untuk disebut kepada rakyat jelata dan dilaksanakan di Kelantan. Kadang-kadang sedar tengah malam jika terlintas sesuatu terus ambil pen dan tulis. Idea ini umpama hujan yang turun, sewaktu ia turun kita perlu terus tadah jika ingin menggunakannya. Jika kita gagal menadah, ia akan kering begitu sahaja sekalipun ia turun dengan lebat. Jika menadah hujan dengan tempayan dan bekasnya, maka menadah idea ialah dengan menulis..."

Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar.

Berkesinambungan dengan blog kak Sufi yang meng'link'kan saya di fb beliau, tetiba saya terfikir apa je yang ada di blog saya? Cuba bayangkan sahabat kak Sufi baca post kak Sufi dan ter'klik' link ke blog saya, bila dah sampai ke sini. Macam tak de apa-apa je. Hanya tulisan-tulisan biasa yang tak mampu menolong mereka menambah pengetahuan. Kecewakah mereka. Maafkan saya bagi semua yang singgah secara ter'klik'. Apa-apa pun, terima kasih kak Sufi. 

Bila dikaitkan apa yang Tok Guru cakap dengan semua ni, semestinya perkaitannya adalah perihal penulisan. Betapa tinggi nilai penulisan dan idea. Tok Guru tersedar tengah malam lantas menulis kerana idea yang datang mencurah-curah. Dikatakan lagi, jika tidak ditadahnya, maka idea akan hilang. Nah, tinggi bukan nilai idea? 

Sesuatu yang berharga akan susah untuk didapati. Jadi, beginilah hal penulisan. Setiap bait ayat yang tertulis pada hari ini tidak akan sama dengan penulisan yang akan datang atau sebelumnya walaupun mempunyai maksud yang sama. Untunglah bagi sesiapa yang sentiasa menulis dan mengeluarkan idea-idea mereka melalui penulisan. 

Tapi bagaimana pula dengan penulisan saya? (Nak juga kaitkan) Tulisan yang tak seberapa. Hanya pandangan yang memang hadir tatkala rasa ingin menulis. Isinya kebanyakkan berkaitan dengan hati dan perasaan. Dan apa-apa yang terjadi disekeliling yang ingin saya ambil pengajaran, saya akan nukilkan di sini. Bolehlah dikatakan blog ini adalah blog peribadi penulis. Jadi apalah nilai penulisan saya.

Berbalik kepada kata-kata Tok Guru, idea umpama air hujan. Jika ingin menggunakannya, kita akan menadahnya. Jika kita tidak menadahnya, maka ia akan kering. Saya terkesan sebenarnya dengan kata-kata ni. Betullah, apa yang kita tulis sebelum-sebelum ni adalah peringatan untuk kita pada masa hadapan. 

Yeah, penulisan adalah satu peringatan. Pada saya itulah yang dimaksudkan Tok Guru 'jika ingin menggunakannya'. Kadang-kadangkan, bila kita baca semula penulisan kita. Kita akan dapat apa yang kita nak dari penulisan tu. Oo, sebenarnya begini-begini. Itulah peringatan, peringatan dari Allah.

Oleh itu, tidak apalah blog ini blog peribadi ke apa ke. Yang penting inilah penulisan saya. Setakat ni je yang mampu saya tulis. Tidak boleh lebih-lebih, kerana ilmu saya hanya setakat ini. Oleh itu, bagi yang kecewa dengan penulisan saya, tidak mengapa. Carilah penulisan lain yang lebih afdhal. Contohnya Al-Quran yang kita cintai. 
Allah punya kerja.
Apa-apa pun, untuk menulis ni niat kena betul. Jangan jadikan niat utama menulis adalah nak orang baca tulisan kita. Pastikan niat UTAMA kita untuk menulis adalah ingin mencari keredhaan Allah. Sebabnya dengan redha Allah lah yang mengizinkan orang membacanya. Kita tak minta semua tu, tetapi sebab Allah yang meredhakan bahawa tulisan yang di tulis kita atau si polan bin si polan akan dibaca oleh si polan bin si polan ini. 

Perlu diingatkan sekali lagi, apa-apa yang kita buat, kita fikir dan kita tulis semuanya dari Allah. Jadinya, apalah sangat harga kita menulis. Sebabnya kita ni pengantara je. Dan yang pastinya semua tu kerja Allah.  Samada penulisan kita ni sampai ke tak pada orang, Allah punya kerja. Kalau Allah tak izinkan makna penulisan tu sampai kepada pembaca, sekalipun kita menggunakan ayat bombastik, penulisan kita tetap tidak akan sampai. Wallahua'lam.


"Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentang(mu) - akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)." [29:48]
   


~ Nilai penulisan hanya pada Allah.
~ Penulisan yang sampai kepada pembaca yang membawa kita mengingati Allah adalah penulisan yang diberkati.
~ Cintailah Ilahi. 

1 comments:

Sufiana Mohamed said...

Cheah, ok la tulisan cheah, jgn la merndh diri sgt...jgn mrndh diri smpai mnghina diri..kita boleh asah bakat setiap masa, jgn giv up je...k.sufi sokong cheah, cheah sokong k.sufi...best of luck!! =): Sibuk ke buat-buat sibuk??

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak