Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, August 24, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

Terbaca satu post tentang ustaz Yahya Othman, Allahurrabi. Beliau merupakan pejuang yang tersohor di negara Arab. Yang berusaha memenangkan Islam di muka bumi tanpa mengenal erti putus asa walaupun kalah berkali-kali. Atas kekalahannya itu, beliau mencipta sejarah menjadikan kemenangan untuk Islam pada ketika itu menjadi realiti. 

Lantas, terkenang pada ummat kini. Yang tidak mampu memberi apa-apa erti pada Islam. Sangat jauh dengan realiti keIslaman yang ada pada nama di IC. Kalau dulu sang pejuang membanting tulang demi Islam dijulang dengan mencari ilmu untuk dijadikan senjata lisan pada sang musuh. Tetapi kini, sang pejuang leka memberi komen yang lagha di fb masing-masing. Yang terkadang, berusaha menegakkan benang yang basah.

Kalau dulu sang pejuang sibuk memeras idea mencari kelemahan musuh demi melihat kemenangan Islam. Tetapi kini, ramai sang pejuang memeras idea mencari kelebihan diri masing-masing untuk menjadi bandingan di antara mereka samada boleh menjadi zauj atau zaujah kepada pasangan yang mereka idam-idamkan dalam khayalan masing-masing. 

Kalau dulu sang pejuang bermatian-matian mengorbankan keluarga, harta dan jiwa mereka demi Islam yang tercinta. Tetapi kini, ramai sang pejuang yang bermati-matian berusaha demi kepentingan keluarga dan nama masing-masing. Agar diri menjadi sebutan di kalangan mereka-mereka yang kononnya berjuang. 

Walaupun mereka sama dari segi nama 'SANG PEJUANG', yang juga sama bait-bait lafaz janji dihadapan saksi yang menyaksikan ikrar mereka untuk menegakkan Islam DEMI ALLAH S.W.T dan RASULULLAH S.A.W. Tetapi mereka berbeza dari segi mujahadah pejuangan mereka, mereka berbeza dari segi pengorbanan mereka, mereka BERBEZA.

Allahurrabi.. Adakah aku ummat itu? Ampunkanlah kami Ya Allah. Jadikanlah perjuangan kami sebagaimana perjuangan Rasulullah s.a.w, para sahabat, para tabi' tabi'in dan para pejuang yang ikhlas berjuang menegakkan ISLAM di bumi-MU ini Ya Allah. Ampunkanlah kami. Ampunkanlah kami Ya Allah.


~ Jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang berjuang kerana-Mu Ya ALLAH.
~ Cintailah Allah.

6 syawal 1433H
24 Aug 2012
10:24 p.m
Bismillahirrahmanirrahim..

Memulakan langkah pertama selepas Ramadhan 1433H di bumi Parameswara yang menerima Islam dari salahsilah Baginda s.a.w, Sheikh Abdul Aziz. (Sumber : Ustaz Zul, BQ). Membawa seribu cita menjadi yang dirahmati-Nya. Meninggalkan duka lara tanpa ingin menoleh lagi. Menjanjikan untuk diri bayangan syurga yang abadi.

Salahkah kita ingin berjanji dengan diri? Salah! Sekiranya janji itu tidak kita tepati. Dan tidak salah, jika kita berusaha menepatinya nanti. Sekiranya janji itu tidak menjadi, tetap tidak salah selagi kita masih berusaha menepatinya.  Andai kita mati dalam berusaha, tetap menjadi catatan sang Raqib. Jikalau tidak berusaha, tetap akan menjadi catatan sang Atid. 2 malaikat Allah yang ditugaskan mencatat segala amalan anak Adam A.S. 

Allahurabbi..

Bayang-bayang dosa lama terkenang kembali. Tetapi pernah terdengar bicara dari sang Ustaz, Nabi S.A.W tidak menyukai ummatnya mengimbau dosa lama. Lantas, cubalah pujuk dirimu mencari sinar baru seperti yang kita doakan semasa bulan Ramadhan yang lalu. Yakinlah Allah memakbulkan doamu, cuma hanya tinggal kita melaksanakan doa yang akan termakbul.

Ramadhan yang lalu, kau dan aku berdoa. Benar? Ya, benar. Apa yang didoakan adalah semoga Ramadhan kali ini mensucikan kita dari dosa-dosa lalu. Benar? Ya, benar. Adakah doamu dan doaku telah termakbul? Doaku dan doamu akan termakbul atas usaha aku dan kamu. Maksudnya ia belum termakbul? Ya, benar. 

Bagaimana ingin Allah kabulkan segala doa itu? Dengan hanya usaha kita. Ya, dengan usaha kita. Berusaha menepati janji untuk mendapatkan syurga yang abadi adalah salah satu penyebab doa kita dikabulkan Allah S.W.T. Itulah janji Allah, sesiapa yang berdoa, akan dikabulkan-Nya. Dengan sebab kita berusaha agar doa itu dikabulkan.

Benar lagi janji Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286. Allah akan memberi apa yang kita usahakan. Tinggal lagi kini, hanya perlu berusaha. Ayuh, berusaha sahabat. Moga doa semasa Ramadhan lalu dimakbulkan. Dan keberkatan Ramadhan lalu sama-sama menjadi milik kita.

Allah, kami rindu untuk bertemu dengan-MU. 


~ Cintailah Allah.
~ Makbulkanlah doa kami Ya ALLAH.

6 Syawal 1433H
24 Aug 2012
8:15 p.m

Saturday, August 11, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

20 Ramadhan 1433H
 8 Ogos 2012

Moga beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini.
Doakan aku istiqamah.

Peringatan pada diri,
Aku bukan 4 tahun lagi.

Kelahiran pemulaan bagi kematian.
..Allahurabbi..

Dik Zul yg Bagi.. Syukran Dik.. 

Nabi s.a.w. yang bersabda: "Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan tentang harta bendanya dari manakah ia perolehi dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya". (HR Tarmizi)

~ Berkatilah umurku ya Allah.
~ Cintailah Allah.
Thursday, August 2, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..


Ingin memulakan hidup baru..?
Apa yang diperlukan?


Duit?


Pasangan?


Jawatan?


Yang diperlukan hanya satu..


TAUBAT!


Mulakan hidup barumu dengan TAUBAT..


Carilah pengampunan di mana sahaja kau berada..
Walaupun di saat kau bermaksiat..


Allah tidak akan mensia-siakan permohonan ampun dari hamba-Nya..
Allah Maha Pengampun segala dosa..
Allah Maha Baik..


Aku percaya,
Ramai yang ingin kembali.
Kembali kepada Allah,
Kembali ke jalan yang diredhai-Nya.


Yang menghalang diri dari kembali adalah DIRI SENDIRI..
Diri yang terlalu menurut hawa nafsu.


Lantas, 
Tenangkan nafsumu..


Jadikan nafsumu, nafsu Mutmainnah..



"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kernbalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)


Semoga redha Allah mengiringi kita.
Dalam mencari cinta-Nya.

Kepada yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhanmu..

Ayuh, gerakkan jari..
Basahkan bibir..

Menyebut nama Tuhanmu..
Memohon keampunan dari-Nya..

Kembalilah diri..
Kembali kepada fitrahmu..
Mencari Tuhanmu..

Usah kau berpaling lagi..
Rebutlah peluang mencari Tuhanmu..

Mulakan dengan memohon keampunan dari-Nya..
Pasti Dia akan datang menghampirimu..

Usah kau gusar..
Usah kau resah..

Bulatkan tekad..
Kuatkan diri..

Kau akan temui hidup baru..
Kau akan temui cahaya baru..

Dalam Ramadhan kali ini..
BerTAUBATlah sebanyak-banyaknya..

Semoga diakhir nanti..
Diri menjadi putih bercahaya seperti sang bayi..
Yang bebas dari kehitaman dosa-dosa silam..

Bangunlah!
Qum!

TAUBAT!

Jadikan Ramadhan kali ini permulaan hidup barumu..
Pengakhiran bagi dosa-dosa lalu..
Allahurrabbi..

..walau kau sedang dalam dosa..

Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kali ini, 
Ramadhan yang kau berkati untuk kami.
Ya Allah, jadikanlah kami, 
Hamba-Mu yang hanya mengharapkan cinta-Mu..

~Cintailah Allah~

14 Ramadhan 1433H
03.00 a.m
3 Aug 2012

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak