Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Saturday, May 25, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Bila dah ditaqdirkan, rasa rindu nak menulis. Walaupun penulisan masih ntah apa-apa, at least ada gak benda yang boleh saya baca time saya perlukan ingatan. Woha! Mencari peringatan dengan penulisan sendiri? Ini pa wau ya wau! Hehe. Tak de la. Sebenarnya, time saya dapat menulis adalah time saya  positif. Adakala bila datangnya time negative, kat sini la tempat amik hati. Tengok balik apa yang kurang. Itu saya, anda bagaimana?

Ok2. Serius rindu nak menulis. Masa buat benda alah ni, tahun 2011. Masa tu kecik lagi. Aura positif banyak skit. Bila dah lama sikit hidup, cas yang datang dari orang lain + suasana + diri sendiri + masa + lain-lain menjadikan saya jarang menulis. Alhamdulillah, dah tahun akhir ni rasa nak insaf tu ada. Menulis akan menjadi medium untuk insaf. Kikiki. Nikmat ni sebenarnya. InsyaAllah.

Dah-dah, cukup!! Sebenarnya saya rasa nak ingatkan diri dalam bab hubungan. Setelah sekian lama x beri ingatan pada diri bab hubungan. Allah datangkan ingatan untuk memberi ingatan. Untuk diri saya juga. Gini, kita banyak berhubung dengan kengkawan. Maklumlah. Zaman bersosial. Maka layan la kita dengan fesbuknya, twiternyer, wasap, wechat, yahoo, gmail dan lain2 yang kadang-kadang saya pun x tahu kewujudannya tapi benda tu ada.

So, bila banyak sangat berhubung dengan manusia ni. Maka kuranglah masa kita dengan Allah. Maklumlah bila berhubung, banyak sangat perkara yang terpaksa tahu walaupun perkara tu x wajib tahu. Bila ada perkara-perkara macam ni, banyaklah masa kita dihabiskan dengan yang demikian dan masa special dengan Allah pun hilang lazatnya.

Allah, patutla kita diajar qanaah dengan sesuatu yang macam ni. Rupanya itu kesannya. Walhal, kalau kita betul-betul jaga semua tu, betapa nikmat lazat masa mengadap Allah tu tidak akan membangunkan kita dari tempat sujud. Rasa tak nak bangun sampai bila-bila. Kalau boleh biarlah aku terus bersujud sehingga Allah redha padaku. Jika aku dibenarkan memilih, maka akan aku pilih untuk terus bersujud.

Allah, ingatlah kawan. Hubungan kita dengan Allah adalah segala-galanya. Jika baik hubungan kita dengan Allah, maka baiklah hidup kita. Jika kita menganggap tanpa berhubungan dengan Allah kita tetap bahagia dan berjaya, sebenarnya kita masih belum kenal Allah. Allah Adil. Allah memberi kepada kita apa yang kita usahakan. Tetapi, Allah tidak akan memberi ketengangan pada yang tidak menjaga hubungan dengan Allah bila Allah uji mereka.

Beza dengan orang yang jaga hubungan dengan Allah, saat mereka bahagia mereka tenang. Saat mereka diuji, mereka tenang. Yang membezakan mereka itu hanya satu, yakni kebergantungan ataupun keberserahan diri pada Allah  melebihi segalanya. Maka dengan sebab itu, hubungan dengan Allah sangat lazat. Apa-apa hal mengadu kat Allah, apa-apa masalah refer pada Allah. Allah segalanya.

Siapa yang ingin kembali pada Allah, minta lah. Minta je. Allah bagi. Saat tu, kita akan rasa kitalah orang yang paling berbahagia dalam dunia ni sebab Allah sentiasa di sisi kita. Allah cenderungkan kita ke arah kebaikan. Nak makan, ingat Allah. Nak tido, ingat Allah. Nak mandi, ingat Allah. Nak belajar, ingat Allah. Nak telefon mak, ingat Allah. Nak menulis, ingat Allah. Allah Allah.

Yang paling best, saat kita mengadap Allah bila takbiratul ihram. Cuba bayangkan. Bila ‘Allahuakbar’ je, Allah ingatkan kita tentang syurga, Allah ingatkan kita tentang neraka, Allah ingatkankan kita tentang pertemuan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Allah ingatkan kita tentang nabi-nabi lain. Allah ingatkan kita pada DIA. Kita pun mengharapkan pertemuan dengan Allah. Owh, bilakah saat pertemuan itu? Itulah yang menjadikan kita, kalau boleh tak nak bagi salam terakhir. Allah Allah.

Lazatnya hanya Allah yang Tahu. Rindu untuk sujud lagi. Sebab itulah Allah suruh kita jaga hubungan dengan-Nya. Untuk jaga hubungan dengan Allah ni, bagi setengah orang senang. Bagi setengah yang lain susah. Tapi semua tu bergantung pada apa yang kita makan, apa yang kita buat seharian dan apa yang kita minta. Berhati-hati. Jauh dengan yang dilarang, dekat dengan yang disaran. Senang bagi yang jaga semua tu, dan susah bagi yang main redah je.  

Jagalah hubungan kita dengan Allah. Allah akan jaga kita. Wallahua’lam.

..x nak bangun..


Cintailah Allah,
“Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan: dan bersukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)” [Al-Baqarah : 152]

8.58 a.m
16 Rejab 1434H
26 Mei 2013
Durian Tunggal
Melaka.
Monday, May 20, 2013
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menulis. Kalau sebelum ni bab siasah. Kali ini saya (ceh, ayat dah macam matlutfhi :p) akan bawakan pandangan saya mengenai jodoh. Al-maklumlah, musim ini saya dipertanggungjawabkan untuk jodoh. Walhal, dalam masa yang sama kami dalam fatrah Final Year Project. Jadi, senyum je lah. 

Mengenai jodoh, ramai yang gemar membicarakannya. Jika menjadi tajuk perbualan, ianya akan berpanjangan. Berbanding dengan isu kerakusan kerajaan, mereka lebih gemar berbicara tentang jodoh. Sekadar pendapat seorang pemerhati dunia yang sunyi dari kebenaran. 

Berkenaan jodoh telah dinukilkan di dalam Al-Quran. Umum mengetahui maksud surah Ar-Rum ayat 21. Allah jadikan untuk kita, pasangan dari jenis kita sendiri. Untuk kita senang hati dan berbelas kasihan. Cukup indah anugerah Allah mengenai jodoh, jika Dia menghendaki demikian.

Berbalik kepada tugas saya, mencari jodoh dan mempromosikan jodoh. Nampak macam mudahkan? Sebenarnya ianya indah khabar dari rupa. Ramai yang masih mentafsirkan jodoh hanya untuk kebahagian. Malah, hanya memikirkan apa-apa yang berkaitan jodoh adalah kemanisan dan keseronokan. 

Naif sungguh jika kita mempunyai pemikiran yang sedemikian. Sedangkan hidup ini adalah ujian, mana mungkin hidup ini dikatakan seronok sentiasa. Begitu juga dengan jodoh. Ada masa jodohnya baik dan ada saat jodohnya diuji. Ada orang tidak berjodoh di dunia. Itulah rezeki Tuhan.

Fokusnya di sini, kalau mahu mencari jodoh. Berpada-padalah berbicara mengenainya. Banyakkan istikharah dan berdoa. Fahami apa tujuannya, apa faedahnya, apa kepentingannya, apa cabarannya, apa persiapannya dan apa kesannya. Ingat! Bukan jadikan jodoh sebagai modal bicara, permainan jiwa atau usikan ria. Semua itu akan nampak jelik jika ianya hanya gurauan semata.  

Jodoh ini salah satu rezeki. Kalau rezeki lain kita boleh bersabar, mengapa tidak dengan rezeki jodoh. Jika tiada rezeki lagi, jangan pula kita mengeluh. Jodoh juga umpama perjuangan menegakkan Islam. Ujian demi ujian dalam perjuangan yang akan menguatkan pendokong Islam. Makin banyak ujian, makin kuat jodohnya. Yakin dengan janji Allah dalam surah An-Nur ayat 24. "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik." Titik.

Jika tiada jodoh di dunia, akan ada jodoh di akhirat. Perbaiki diri dan hati, banyakkan amal fardhi. Kebaikan akan datang selepas kebaikan. Buat adik-adik yang diuji fitrah berperasaan, simpanlah perasaanmu sehingga kamu benar-benar bersedia. Bersedia dari segi amalan fardhi, akhlak mulia, kental jiwa, kawal emosi dan ilmu pengetahuan.

Jika sudah bersedia, berjumpalah kamu dengan pihak yang berkenaan samada terus pada wali ataupun wakil yang dipercayai. Sampaikan maksud hati, dan bersabarlah dengan segala ketentuan. Jika ada jodohmu dengannya, maka segala urusan akan dipermudahkan. Jika tiada jodoh antara kamu dan dia, maka ingatlah janji Tuhan. Wallahua'lam.

..sekadar gambar hiasan..
Cintailah Allah. 
Allah datangkan orang yang mencintai-Nya untuk kamu.

20 Mei 2013
10 Rejab 1434H
06.21 p.m
Ayer Keroh
Monday, May 13, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Hidup penuh kesenangan
Menjadikan kita lupa pada Tuhan

Adalah lebih baik

Hidup yang sederhana
Sentiasa ingat pada Dia

Kalau tidak diberi ingatan
Hanyutlah kita dalam kelalaian

Tetapi hidayah Allah datang
Bila kita perlukan

Nikmat Allah itu hebat
Diberi pada kita yang lemahnya lebat

Kenapa Allah baik sangat?
Pada kita yang sangat jahat?

Pastinya kerana,
Allah itu Maha Penyayang,
Pada hamba-Nya,
Yang ingin kembali ke jalan.

:"|

..jahat dengan Allah..

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak