Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Monday, May 20, 2013
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menulis. Kalau sebelum ni bab siasah. Kali ini saya (ceh, ayat dah macam matlutfhi :p) akan bawakan pandangan saya mengenai jodoh. Al-maklumlah, musim ini saya dipertanggungjawabkan untuk jodoh. Walhal, dalam masa yang sama kami dalam fatrah Final Year Project. Jadi, senyum je lah. 

Mengenai jodoh, ramai yang gemar membicarakannya. Jika menjadi tajuk perbualan, ianya akan berpanjangan. Berbanding dengan isu kerakusan kerajaan, mereka lebih gemar berbicara tentang jodoh. Sekadar pendapat seorang pemerhati dunia yang sunyi dari kebenaran. 

Berkenaan jodoh telah dinukilkan di dalam Al-Quran. Umum mengetahui maksud surah Ar-Rum ayat 21. Allah jadikan untuk kita, pasangan dari jenis kita sendiri. Untuk kita senang hati dan berbelas kasihan. Cukup indah anugerah Allah mengenai jodoh, jika Dia menghendaki demikian.

Berbalik kepada tugas saya, mencari jodoh dan mempromosikan jodoh. Nampak macam mudahkan? Sebenarnya ianya indah khabar dari rupa. Ramai yang masih mentafsirkan jodoh hanya untuk kebahagian. Malah, hanya memikirkan apa-apa yang berkaitan jodoh adalah kemanisan dan keseronokan. 

Naif sungguh jika kita mempunyai pemikiran yang sedemikian. Sedangkan hidup ini adalah ujian, mana mungkin hidup ini dikatakan seronok sentiasa. Begitu juga dengan jodoh. Ada masa jodohnya baik dan ada saat jodohnya diuji. Ada orang tidak berjodoh di dunia. Itulah rezeki Tuhan.

Fokusnya di sini, kalau mahu mencari jodoh. Berpada-padalah berbicara mengenainya. Banyakkan istikharah dan berdoa. Fahami apa tujuannya, apa faedahnya, apa kepentingannya, apa cabarannya, apa persiapannya dan apa kesannya. Ingat! Bukan jadikan jodoh sebagai modal bicara, permainan jiwa atau usikan ria. Semua itu akan nampak jelik jika ianya hanya gurauan semata.  

Jodoh ini salah satu rezeki. Kalau rezeki lain kita boleh bersabar, mengapa tidak dengan rezeki jodoh. Jika tiada rezeki lagi, jangan pula kita mengeluh. Jodoh juga umpama perjuangan menegakkan Islam. Ujian demi ujian dalam perjuangan yang akan menguatkan pendokong Islam. Makin banyak ujian, makin kuat jodohnya. Yakin dengan janji Allah dalam surah An-Nur ayat 24. "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik." Titik.

Jika tiada jodoh di dunia, akan ada jodoh di akhirat. Perbaiki diri dan hati, banyakkan amal fardhi. Kebaikan akan datang selepas kebaikan. Buat adik-adik yang diuji fitrah berperasaan, simpanlah perasaanmu sehingga kamu benar-benar bersedia. Bersedia dari segi amalan fardhi, akhlak mulia, kental jiwa, kawal emosi dan ilmu pengetahuan.

Jika sudah bersedia, berjumpalah kamu dengan pihak yang berkenaan samada terus pada wali ataupun wakil yang dipercayai. Sampaikan maksud hati, dan bersabarlah dengan segala ketentuan. Jika ada jodohmu dengannya, maka segala urusan akan dipermudahkan. Jika tiada jodoh antara kamu dan dia, maka ingatlah janji Tuhan. Wallahua'lam.

..sekadar gambar hiasan..
Cintailah Allah. 
Allah datangkan orang yang mencintai-Nya untuk kamu.

20 Mei 2013
10 Rejab 1434H
06.21 p.m
Ayer Keroh

1 comments:

nukilan_putih said...

alhamdulillah baik punyeee...

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak