Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Tuesday, June 20, 2017

Assalamualaikum w,b,t

2 tahun lepas, aku ada bela hampir berbelas ekor ayam hutan. Selepas diram oleh maknya, aku amik bela dalam kotak letak dalam rumah. Maka membesarlah mereka dengan sihat dan gebu. Cuma masa remaja, ada seekor dua yang meninggal sbb pendek umur.

Ayam-ayam aku ni tersangat la manja. Kalo ikutkan perangan sebenar ayam hutan, mereka ni liar. X boleh tengok org, nampak org mendekat dari jauh lagi dah lari. Tapi sangat berbeza dengan ayam-aayam aku ni. Mungkin sebab dah terbiasa dengan manusia sejak kecil, maka diorg sangat2 jinak.

Bila dah besar sikit, aku letak kat reban. Tapi kalo lepaskan je dari reban, diorang akan masuk dalam rumah cari nasi macam kecil2 dulu. Kenangaan diorang dalam rumah memang banyak. Hingga la diorang besar umur setahun dah, tetap masuk dalam rumah cari makanan. Padahal dh boleh bertelur. 😁

Disebabkan mereka ni sangat2 manja, aku dan family selalu puji diorang. Manja, baik, terbaik. Maklum la dah terlalu sayang. Hinggakan parent aku minta nak sembelih, aku tak bagi sebab tak sanggup. Bela dari keci, belai macam kucing tetiba nak sembelih. Ko rasa? 😅

Namun, satu ketika tu..masa diorg pun tiba. (Rumah aku tepi bendang sawah, masa tu pesawah menyembur racun untuk elak serangan rumput kat padi yang nak membesar). Macam biasa ayam2 aku pergi cari makan kais pagi makan pagi, tapi... 😢

Diorang meningal satu persatu. Akibat pergi cari makan kat sawah beracun. Menyesal sebab tak masukan diorang dalam reban. Tapi nasi sudah jadi bubur. Dari 10 ekor, tggal 2 ekor. Sedih woo. Bangun pagi2 intai diorang, diorang tak de. 😞

Dari 2 ekor, sekarang dah tggal 1 ekor. Yg tu meninggal sebab lain. Alhamdulillh masih tinggal sekor. Dan bila aku fikir2 balik, apasal Allah amik diorang dgn cara tu? Tanpa sempat aku makan diorang. Boleh jadi sebab puji-pujian.

2, 3 menjak ni aku terbaca satu artikel usttaz mana ntah, artikel (pujian pada babyi) tu cakap setiap pujian kita ni terhadap sesuatu benda haruslah disertai dengan pujian kepada Allah. Kalo tak, pujian tu akan jadi penyakit.

Aku pun teringat akan ayam2 aku, aku selalu puji diorang manja, baik, terbaik..tapi aku lupa sebut nama Allah. Maka dengan sebab itu aku simpulkan kenapa ayam aku mati tanpa sempat aku makan diorg. 😣😣😣

Oleh itu wahai kawan2, tolong la puji disertakan dengan nama Allah. Sebab yang mencipta sesuatu itu Allah, maka makhluk yang kita puji itu harus dipuji Pencipta makhluk itu. Allahuakbar.

26 Ramadhan 2017
21 June 1438
Rabu
7.33am

Monday, June 19, 2017

Assalamualaikum w.b.t

'Umur hang bapa?'

'Tak tau.'

'Eleh umuq ja pun, tu pun nak berkira ka?'

(Padahal umur mu baru 24)

^^,

Umur mu berapo?

29

Aku pun 29. Hua hua.

^^,

~~~~~

Sensitif ye dengan umur. Ada yang tak mau cakap, ada yang mau cakap. Why?

Why so sensitif?

Tu la, manusia ni mcm macam. Yang tak mau cakap tu, barangkali malu dengan umurnya mencecah angka 2 di depan.

Yang mau cakap tu barangkali kurang rasa malu walaupun umurnya hampir mencecah 30-an.

20 ka, 30 ka.. umur tetap bertambah. Kenapa rasa malu? Tidak mau terima kenyataan umur bertambah? Tidak mau terima kenyataan kau bakal mati?

Aku tak faham..kenapa perlu rahsiakan umur.

Siapa yang tahu, mohon bgtau aku.

Ada apa dengan umur sehingga perlu dirahsiakan?

Dengan umur mu demikian2, tetap tidak mengubah takdirmu kawan.

Jika malu kerana terlalu tua dan belum berjodoh, jodohmu bukan asbab umurmu.

Jika malu kerana umur sudah dewasa, ya itu kenyataannya.

Jadi kenapa mau malu dengan umurmu sehingga dirahsiakan umurmu?

Sehingga sekarang aku masih tidak tahu punca ataupun fadhilat merahsiakan umur.

Aku fikir2, Nabi s.a.w tidak mengajarkan untuk merahsiakan umur. Kalo ada sabda Baginda mengenai umur patut dirahsiakan, tolong maklum padaku.

Allahurabbi.

25 Ramadhan 1438H
20 June 2017
Selasa
T.mas

Tuesday, June 6, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Ramadhan 12 hari ni, selamat berpuasa. Semoga diberkati dan diampunkan dosa2 kita. Amin.

Berapa orang yang pernah hadir dalam hidup kita? (Selain family) Cuba kira. Bermula zaman kanak2 hgga skrg.

Masa Pasti, x ingat berapa tapi anggaran dalam 20 orang kut. Pastu sekolah rendah. Kat Skkp dr darjah 1 hgga darjah 6, ada 2 kelas. Jd dalam 60 orang. Tambah cikgu2 yang terbaik Skkp 20 maybe?

Ok, pindah sekolah menengah Darul Quran, Rusila. 1 kelas 30+, tambah kakak2 senior kat asrama yg rapat dalam 20+ maybe? Tambah ustaz ustazah yg terbaik, 20+ maybe?. Masuk pulak Darul Anuar, dr sofful Thani 1 kelas 30+, senior2 asrama 30+. Tambah cikgu2 yang terbaik 20+ maybe?

Pindah pulak ke sekolah Mmp KB, 1 kelas 30+ tambah 2 tahun kelas lain2 30+, kawan2 asrama 30 +? Cikgu, ustazah terbaik 20+. Masuk pulak matrik N9, 1 kelas -30 + cikgu2 terbaik 20+ maybe? Pergi ke UTeM 4 tahun, 1 kelas 40+, kawan2 kelas sebelah tepi kiri kanan, 20+, dengan ahli kelab dalaman dan luaran 100+? Pensyarah2 terbaik 30+.

Mula kerja kt Tadika Pemintar 5 bulan..cikgu2 dan ank2 semua 30+. Balik kampung cikgu tuisyen Skkp darjah 4 & 5, jumpa ank2 50+ kot? Setahun kemudian, dpt cikgu ganti 2 bulan kt SMKB, Pasir Mas, anak2 semua dengan cikgu2 yg dekat2, 150+ maybe?

Akhir tahun bulan 9, pergi upsi dapat plak kawan2 upsi dan kawan2 serumah 40+-... pensyarah2 trbaik -20. Semua kawan2 yang kita pernah jumpa dan kenali tu akan kita jumpa lagi di sana nti. (Belum kira org yg secara x langsung hadir dalam hidup kita, tukang kebun, guard, makcik kantin, pakcik kafe, orang kampung, orang yg pernah tegur walau sekali dalam hidup, pak cik bas, mak cik cleaner...dll...) akan kita jumpa di sana nanti.

Keseluruhan yg kita congak dapat 314?? Dan yang tak terkira beribu2 maybe? Apa kita bagi pada mereka dan apa yang mereka dapat dari kita? Semua akan di kira. Bagaimana pula kalo kita ada dosa dengan mereka? Allahurrabi.

Ya Allah ampunkanlah kami ya Allah.

7 jun. 2017
Rabu
Telaga Mas
12 Ramadhan 1438 H

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak