Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Tuesday, October 18, 2016

Assalaumalaikum w.b.t

Ada satu ketika,
Jiwa kita berada dalam kelalaian.
Lalai untuk mengingati Allah.
Akibat dari perbuatan sia2 yang dilakukan kita.

Ada satu ketika,
Saat kelalaian itu,
Allah detikkan di hati,
"Ingatlah Allah.."

Allahurrabbi.
Ampunkanlah kami.
Ampunkanlah kami.
Ampunkanlah kami.

19.10.2016
12.55a.m
Tanjung Malim
18 Muharram 1438H.

Thursday, October 13, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Muharam dah masuk ke tengah dah.
Azam tahun baru dah berjalan ke?
Eh, ada ke azam tahun baru? (Ni lagi parah).

Saing2 sobat2, nak royak di sini..
Perbaharui niat mesti setiap ketika.
Perbaharui amalan mesti setiap masa.
Perbaharui taubat mesti setiap saat.

Meme kena perbaharuilah.
Takut2 kita di penghujung jalan hari ni.
Malaikat maut tak sapa dulu nk dtg kt org2 mcm kita.
Allah pun dah cakap, sampai masa..mati terus.
Tak tunggu2 doh.

#islah nafsak wad'u ghairak.

14 Oct 2016
13 Muharam 1438H
6.40 a.m
Tanjung Malim.

Tuesday, October 11, 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Nak cerita skit, testimoni 2 produk ni.
Ari tu terbuat experiment dan resultnya meme jadi.

Tajuk : Sabun Nurraysa & Scrub Blackbody

Hipotesis : Kulit jadi licin dan whitehead hilang. Blackhead juga.

Prosedur :
1. Basuh muka dengan Sabun Nurraysa, biarkan seminit dua. Minit2nya ikut jenis kulit. Tunggu whitehead tubik (untuk yg first time guna).

2. Prosedur ni buleh pilih. Samada nak terus gosok muka dengan Scrub @ nak basuh muka dulu kemudian baru scrub. Gosok scrub hingga rata dan puah hati biar whitehead & blackhead cabut belako.

- kalu basuh dulu, jangan keringkan muka. Sbb whitehead2 akn munculkan diri sbb dia x selesa dok dalam laing pori kerana sabun Nurraysa.

3. Kemudian, bilas muka dengan air.

Result : Kulit muka jadi sungguh licin dan & whitehead hok tubik cokoh tadi pun hilang.

Huraian :
Sesiapa yang punya masalah muka tu, amat2 direkemenkan produk Nurraysa. Ambo try dan menjadi. Ada sesetengah pengguna tu cuba, tapi kecewa sebab makin banyak naik jerawat. Haa, jangan terus berhenti guna. Naik jerawat selepas guna produk Nurraysa bukan sebab tak sesuai dengan kulit muka. Tapi kita mengalami 'healing crisis' yang menyucikan kulit kita dari dalam. Ada sesetengah kes yg kulit jenis mahal, x leh nk kato apo la.

Kaedah menyucikan ni la yang ramai org kecundang dan takut dengan produk Nurraysa. Huhu. Tapi mungkin sebab tak tahu, jadinya ambo dh bagitau ni. Harap tak de yang takut lagi. Konsisten guna yang menjadikan kita cantik. Supo jugok dalam kehidupan seharian ni, kalu kita istiqamah..insyaAllah selamat.

Ambo puah hati sangat sbb penyucian dari dalam ni la yg sebenarnya menjadikan kulit kita bertambah sihat. Kulit jadi licin, liang pori mengecil. Jerawat kecut. Jeragat hilang. Cukup semua syarat untuk jadikan kulit muka kita sihat wal a'fiat.

Berkaitan dengan Scrub Blackbody ni pulok, setakat dok guna ni. Meme osem la. Untuk kulit2 mati kat badan tu, semuanya selamat tinggal belaka doh sebab guna scrub ni. Kalu kat muka plok, sebagaimana experiment ni dijalankan menjadikan kulit halus, mulus dan tulus. Whitehead hilang x muncul2 doh.  Rasa nak menangis terharu sebab guna produk ni. Hipotesis diterima.

Meme la guna bahan yg berasaskan semulajadi ni mujarab. Dulu x tahu, dok guna barang yg berasaskan bahan kimia. Meme naya la kulit kita. Alhamdulillah terpanggil untuk try 2 produk ni, dan semestinya nak sangat semua orang try guna untuk dapatkan rasa kepuasan sendiri. Dengar orang cerita lain rasanya dengan kita cuba sendiri.

Cadangan :
Meh la try dua produk ni untuk mendapatkan kulit idaman semua. Sesuai untuk wanita dan lelaki. InsyaAllah x rugi.

Rujukan:
1. Sabun Nurraysa
2. Scrub Blackbody
3. Diri sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berminatkn?
Boleh pm/wasap ambo :
013 2503 256.

Semua kita bagi harga mampu milik.
Scrub : Rm35
Sabun Nurayysa skrg ni ada promosi lagi, boleh dapat Rm29.90.

Sekian & selamat mencuba.



Monday, September 26, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Semoga selamat dunia akhirat.
Pernah ketinggalan solat tahjud?
Terfikir x kenapa boleh tertinggal?

Solat tahjud ataupun solat2 malam (qiamullail) yang lain ni mempunyai kelebihan yang banyak. Nilainya yang suci menjadikan qiamullail lebih indah. Menghadirkan diri menghadap Tuhan ketika yang lain sedang tidur bukan perkara yang mudah. Hanya yang berusaha yang pasti akan mendapatkannya.

Namun, sebagai manusia yang tak terlepas dari berdosa adakalanya tertinggal qiamullail tanpa sengaja. Antara sebab-sebab qiamullail boleh tertinggal adalah kerana dekatnya kita dengan dosa. Sebagai contoh, sewaktu kita di siang hari..kita terbuat dosa dan lupa untuk beristighfar dengan ikhlas. Maka Allah akan menggugurkan kelayakkan untuknya bangun di malam hari.

Jika kita ingin melihat bagaimana Allah menilai kita, lihatlah di pengakhiran malam. Adakah kita bangun atau tidak untuk bersujud kepada-Nya?

Ada ketika hari yang dilalui baik2 sahaja. Namun, malamnya tidak terbangun juga. Semaklah hubungan kita dengan ibu bapa. Adakah pernah tidak menjawab panggilannya? Halus cara Allah menghukum kita yang tidak menghargai ibu bapa dengan tidak membangunkan kita untuk bersujud kepada-Nya.

Perhatikanlah gerak geri kita seharian dan berhati-hatilah. Semoga kita dijauhkan dari dosa tanpa sengaja dan memudahkan kita untuk bangun di malam hari. Kerana andai hari ini kita tidak terbangun dan tiba-tiba kita mati, maka rugilah kehidupan kita seluruhnya.

Allahurrabbi.

6.35 a.m
Tanjung Malim
27 Sept 2016
25 Zulhijjah 1437 H.

Sunday, September 4, 2016
Assalamualaikum w.b.t 


❤ Anda tahu khasiat kopi untuk kecantikan? 樂
❤ Tetapi tidak berkesempatan membancuhnya sendiri? 
❤ Kini anda boleh dapati scrub kopi dengan kami, fully homemade. 

*BlackBody Scrub* membolehkan anda mempunyai kulit sehalus kulit baby. 


✅ Kulit kusam seluruh badan akan dinyahkan! 
✅ Kulit mati akan hilang! 
✅ Jerawat jeragat tidak muncul lagi! 

*Kelebihan*
Menanggalkan daki, memberi kesegaran kulit, melembutkan kulit terutama kulit kusam,  melembabkan kulit, menghilangkan selulit, menghilangkan bau badan, memberi nutrisi pada kulit, mempunyai agen anti penuaan, memulihkan dan memutihkan kulit dgn menggunakan sifat semula jadi kopi, gula dan minyak zaitun.

 Dan banyak lagi kelebihan lain yang akan membuatkan anda pasti tersenyum ceria. 

Cara pakai:
Untuk muka, seminggu sekali
Untuk badan, 2 kali seminggu (Guna sebelum mandi, gosok di tempat berdaki lagi degil, dan bilas! Senangkan! )

Perbezaan akan muncul secara alami. 
*Dapatkan sekarang!!!*

Black Body #Coffee Scrub!
Black Body #Coffee Scrub!
Black Body #Coffee Scrub!

Dengan harga berpatutan! 
Hanya RM35 sahaja. 

Wasap / sms sekarang :
*013 2503256*
Fasihah 
Saturday, September 3, 2016
Assalamualaikum w.b.t

NURRAYSA BEAUTY SKINCARE 4 IN 1 BELI, JIMAT & BERKESAN 

** Kulit muka bermasalah!!!..
Jerawat
Jeragat
Muka berparut
Kulit Berminyak
Ekzema
Cadangan untuk menyelesaikannya
guna lah SET NURRAYSA BEAUTY SKINCARE 4 IN 1. Walau pun duduk dirumah sekali pun kita kena jaga wajah kita... Tidak salah kalau kita mencuba demi kebaikan wajah kita...
✔ Produk sesuai untuk LELAKI, WANITA, wanita mengandung, remaja dan kanak2
✔ 100% tanpa bahan kimia
✔ 100% dibuat dari bahan semulajadi
✔ Bertahan utk 2-4 minggu penggunaan (ikut penggunaan anda)
1. Nurraysa Colagen Soap 30 GM
Fungsi :-
✔ Membersih dan mencerahkan kulit wajah
✔ Menganjalkan kulit muka
✔ Mengurangkan jerawat dan parut
✔ Menjadikan tone kulit lebih sekata
✔ Melembabkan kulit wajah, membersihkan pori-pori
✔ Membersihkan mekap
Cara Penggunaan :-
- Cuci muka 3 kali sehari, gosokkan buih-buih sabun ke muka sehingga rata, biarkan 1 minit dan bilas muka dengan air biasa @ suam.
Kandungan :-
- Glycerin, Pure Marine Collagen, Minyak zaitun Extra Virgin, Susu Kambing & Herba.
#KKM NOT 140801534K
2. Miracle Whitening Spray 30 ML
Fungsi :-
✔ Memutih
✔ Mencerah
✔ Menegang
✔ Menutup liang-liang roma
✔ Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di wajah
Cara Penggunaan :-
- Selepas Serum, semburkan Whitening Spray ke wajah, rata-ratakan ke seluruh permukaan muka.
Kandungan :-
- Distilled Water, Bifidobacterium Bifidum, Methylisothiazolinone Phenoxyethanol, Mentha Piperita, Butylene Glycol, Fragrance, Sacharide Isomerate, Hyaluronic Asid, Malus Domestica.
#KKM NOT 140801537K
3. Treatment Serum 15 ML
Fungsi : -
- Sebagai anti septik dan anti mikrobik untuk melindungi kulit dari jerawat dan menjadikan kulit berseri dan mulus.
Cara Penggunaan :-
Picit dan sapukan ke seluruh permukaan wajah dengan gerakan memutar.
Kandungan :-
RO Water, Phenoxyethanol, Butylene Glycol, Epilobium Augustifolium Flower, Matricaria Chamomilla, Hamamelis, Allantoin, Methylisothiazolinone Carbopor.
#KKM NOT 140801535K
4. UV Krim 5 GM
Fungsi :-
- Melindungi kulit dari sinaran matahari dan menjadikan kulit cerah berseri.
Cara Penggunaan :-
Selepas menggunakan Serum, sapu UV Krim ke seluruh permukaan wajah dengan urutan secara memutar.
Kandungan :-
SF 1632, SF 1642, Silsoft 034, Ti O2-as-61d, Yellow rs 112d, Red afs 112d, Mica, Td 50ab, Ss 4267, Sf 1202, Transparmer.
#KKM NOT 140801536K
LANGKAH PENGGUNAAN :-
Siang :-
Nurraysa Colagen Soap ☞ Treatment Serum ☞ UV Krim
Malam :-
Nurraysa Colagen Soap ☞ Treatment Serum ☞ Miracle Whitening Spray



Selamat dan suci

Wsp/sms
Fasihah
0132503256
Friday, September 2, 2016
Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang nak bermekap, menjaga hal ehwal diri yang mesra wuduk, kini boleh didapati dengan mudah sekali.

Ada seseorang yang telah bertanggungjawab merealisasikan impian berjuta wanita.

Wanita yang menjaga kehalalan dirinya samada zahir atau batin, selayaknya menjadi wanita solehah.


                                               ~~~~~~~~~~~~~


Memperkenalkan produk kecantikan luar dan dalam, mesra wuduk, bebas kimia, menjadi kebanggaan wanita masa kini.

NURRAYSA BEAUTY

'Now Everyone Can Be Beautiful'

Produk halal,
Mesra wuduk & solat,
Selamat dan suci,
Zahir dan batin.
😊


                                              ##############


Apakah produk2 yg ada?

Nanti sy post lg, hehe. Ni trial set jual Nurraysa kot blogger. Cari rezeki di mana sahaja kita berada. 😊


Yang x sabar nak tahu produk2nya,
Mohon pm segera.

😱😱😱

Fasihah
0132503256

Whatsapp buleh, sms buleh.

#moga Allah permudahkan urusan kita semua.

Rantau Panjang,
3 September 2016,
2 zulhijjah1437H.
7.05 am
Monday, May 30, 2016
Bismillahirahmanirrahim..

Saat paling bahagia,
Saat dapat mengingati-Mu.

Saat paling beruntung,
Saat Kau memberi aku ingat pada-Mu.

Saat Kau datang,
Menghulurkan rasa kasih dan sayang,

Saat itu saat kehilangan,

Hilang segala duka lara,
Hilang segala sepi nestapa,
Hilang segala halangan bahagia,

Terima kasih Tuhan.

#####

Ya Allah,
Istiqamahkanlah daku,
Untuk terus mengingati-Mu.

Ya Allah,
Izinkan daku,
Untuk terus merasa bahagia.



30 May 2016
23 Sya'aban 1437H
8.19 p.m
Tanjung Malim.
Tuesday, May 24, 2016
Bismillahirrahmanirrahim..

Hidupku berTuhan,

Tuhanku Maha Halus, Maha Melihat, Maha Mendengar,

Aku perlu hati-hati,

Setiap saat hidupku diperhitung Tuhan,

Setiap perilakuku diperhati Tuhan,

Setiap bicaraku didengari Tuhan,

Setiap apa-apa yang berkaitan dalam hidupku dalam 'genggaman' Tuhanku,

Aku dan kau yang membaca ini manusia,

Hidupku dan kau yang membaca juga sama,

Diperhitung, diperhati, didengari Tuhan,

Aku dan kau yang membaca ini makhluk,

Makhluk ciptaan Tuhan,

Tuhanku dan Tuhanmu adalah sama,

Tuhanku Allah,

Tuhanmu Allah,

Maka sama-samalah berhati-hati,

Hidupku dan hidupmu berTuhankan Allah.

..Tuhanku dan Tuhanmu.. 

12.08 a.m
25 May 2016
Rabu
18 Saaban 1437 H
Tanjung Malim
Saturday, May 14, 2016
Assalamualaikum w.b.t,

Ada satu kesah kehidupan ni, pasal jodoh. Ada orang sangat sensitif pasal jodoh. Maklumlah masih x de jodoh. Huhu.

Jodoh ni x de apa pun sebenarnya, x yah la sensitif sangat.

~Aik, ko senang la cakap, ko dah ada jodoh.

=Xde la, aku pun xde jodoh lagi.

~Kalo ko x de jodoh, x yah pepandai nak cakap pasal jodoh.

=x kira, aku nak cakap juga.. hehehe

######

Aku cuba faham perasaan orang xde jodoh ni. (Eh jap. Bukan xde jodoh tapi...MASIH xde jodoh.. lain maksudnya tu.. )

Ok la, orang yang MASIh x jumpa jodoh dia ni sebenarnya sangat2 mengharapkan jodoh akan tiba. Sangat. Kalau ada yg masih x de jodoh ni cakap, 'aku biasa je' heh! sebenarnya kat mulut je cakap macam tu. Biasala muslimah. Mane nak ngaku. huhu malu katakan.

Sabar lah wahai muslimah. Jodoh tu Allah yang punya. Kategori rezeki jugak la. Orang yang berusaha, dia akan dapat. Tapi ada juga orang yang berusaha, masih x dapat lagi. Memang la. Yang masih x dapat lagi ni sebab Allah nak uji dia. Uji supaya berterusan berusaha. OK, paham.

Jap, jap. Kalau x dapat jugak?

Tidak MUNGKIN x dapat!

Sebab Allah dah cakap, Al-Baqarah : Ayat 186.

Allah akan perkenankan setiap doa hambanya.

Tapi sekiranya masih tidak berjodoh di dunia, jangan risau..jodoh mu di akhirat. :)

Alhamdulillah.

#####

Wahai Muslimah, walaupun umurmu semakin hari semakin menginjak akhir dewasa..tetapi masih juga tidak dikurniakan rezeki jodoh. Dan kau mengalami masa-masa yang ternanti-nanti, siapa jodohmu..siapa penemanmu. Ketahuilah setiap saat masa kau menanti itulah yang Allah akan gantikan dengan anugerah yang tidak terhingga. Samada mendapat suami soleh di dunia, ataupun mendapat suami soleh di syurga. Sabarlah.

Wahai Muslimah. Sabarlah. Setiap kesabaranmu pasti akan ada kemanisan. Dengan izin, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Apa yang Allah nak dari kita adalah, berdoalah dan terus berdoa..sehingga dapat berjumpa dengan-NYA di syurga.

Cinta Hati Kita..Allah



8.27 p.m
Tanjung Malim
14 Mei 2016
7 Sya'ban 1437H

Thursday, April 28, 2016
Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu ketika,
Rasa cinta itu hilang..
Tanpa dikesan..

Jiwa gembira..
Tapi aneh..
Gembiranya bukan asli..

Ada kawan,
Ada teman,
Ada adik,
Ada abang..
Ada segalanya..

Lengkap,
Bergelak ketawa,
Berkongsi ria,
Berhibur lara..

Tapi,
Rasa cinta itu hilang..

Di mana rasa cinta itu?
Di mana?

Suatu waktu,
Dalam doa itu..

'Ya Allah, kenapa ya Allah kenapa?'

'Di mana-Mu Ya Allah...di mana?'

Allah?
'Oh, aku ada Allah..' T.T


'Oh, aku punya Allah..'

Ya Allah, terima kasih..

Kini,
Rasa cinta itu..
Berputik kembali..

Terima kasih Ya Allah...


Tanjung Malim,
28 April 2016,
20 Rejab 1437H..
Rumah Kelabu.
8.42 p.m



Thursday, December 10, 2015
Tanda Allah ingat kita,
Dia bagi kita sebut namaNya,
Bagi kita ingat pada-Nya,
Walau di mana kita berada.

3.56 p.m
tanjung Malim
29 Safar 1437H
Jumaat Mubarakah
Saturday, December 5, 2015
Assalamualaikum w.b.t,

Kenapa kita hidup?
Sebab Allah bagi kita nyawa.

Kenapa Allah bagi kita nyawa?
Sebab Allah nak bagi kita Syurga.

Kenapa Allah nak bagi kita Syurga?
Sebab Allah sayang kita.

Kenapa Allah sayang kita?
Sebab Allah cipta kita.

Tapi kenapa ada Neraka?
Sebab Allah nak uji kita.

Kenapa Allah nak uji kita?
Sebab Allah nak bagi kita hadiah Syurga.

Kenapa Allah tak bagi je kita hadiah tu?
Boleh je Allah nak bagi, tapi kita milik Allah.

Jadi?
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Allah yang jadikan Syurga dan Neraka.
Allah yang jadikan manusia dan makhluk lain.
Allah yang jadikan, dan Allah yang tetapkan.
Menjadi hak kita kepada Pencipta kita untuk ikut segala ketetapan-Nya.

Cuba bayangkan kalau Allah tak cipta kita jadi manusia,
Pasti kita tidak akan masuk syurga.

Bersyukurlah,
Kerana Allah cipta kita.


Tanjung Malim,
12.47 p.m
6 Disember 2015
24 Safar 1437H



Monday, November 30, 2015
Assalamualaikum w.b.t,


Ada blog rupanya ambo nih.


Last seen.............. Disember 2013.


Latest seen..............Disember 2015.


Pahtu pahtu?

Tak tahu gapo nok,

Cumo nok tulis,

Bila dok jauh dari kampung,

Rasa nak nulis tu mari.

Pah kita tulis la pahni,

InsyaAllah.

Tapi nok wat kijo sekoloh dulu.

Eh, sekolah lagi ke?

Krik.. Krik.. Krik..


Rumah Kelabu,
Tanjung Malim,
2.08 p.m
19 Safar 1437 H,
1 Disember 2015.
Tuesday, December 3, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Hilang deritaku melihat wajah kalian,
Panjangnya angan2ku melihat kalian bernikah,
Pertemuan yang tak disangka ini memanjangkan tali ukhwah,
Teguran keras kuberi pada yang sudi,
Ada yang tidak mampu kutegur dengan alasan menjaga hati,
Walhal itulah kemunafikanku yang ku sembunyikan,
Jangan kalian ukur daku dengan pakaianku,
Jangan kalian melihat diriku dengan senyumanku,
jangan, jangan, jangan,
Kerana aku tidak punya empati,
Kerana aku tidak mampu beri kasih,
Kerana aku tdak upaya membahagi sayang utk kalian,
kerana hanya Tuhan yang tahu,
betapa aku hina dina di sisiNya,
4 tahun bersama membina cinta,
Ada kala diri membuat kalian tersinggung,
Ada masa diri membuat kalian pedih ulu hati,
Maaf teman maafkan teman,
Aku tidak mampu menemanmu di syurga,
Barangkali hanya neraka menantiku di sana,
Atas ketidak amanahan diri dengan kalian,
Dalam menjaga tali persaudaraan,
Sesuci cinta bunga taman2 syurga,
mengharapkan pengampunan dari kalian,
atas keterlanjuran diri,
dalam menyimpan segala keegoan diri,
menyatakan yang benar,
menyembunyikan yang batil,
Terhembus nafas lega,
berjaya menyampaikan apa yang terbuku di hati,
setelah sekian lama kita bersaudara,
hanya tunggu kemaafan kalian,
Jika tiada kata maaf dari kalian,
Pasti Allah melihat post ini,
Tanda aku benar inginkan kemaafan,
Tinggal hanya penyerahan segala kudarat pada Yang Maha Esa,
Kerana diri tak ada daya melainkan kekuatan yang diberi Allah yang Maha Kuasa.


..pasti kurindu kalian..


12.30 a.m
30 Muharam 1435H
4 Disember 2013
Blok J
Ayer keroh
Melaka.
Monday, December 2, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Cerita balik kampung. Alahai blog, maaf lah x gunakan kau dgn baik. Hanya mampu bercerita. Nak kongsi ilmu, ilmu tak dok. Harap cerita ini boleh bagi sumbangan. Pada diri aku sendiri. (sesi muhasabah kat blog, blog jadi mangsa keadaan)

Cerita kali ni pasal nak balik kapung. 4 tahun setengah dah kat Melaka. Bukan tak sayang kat Melaka, tapi asal usul kat kampung. Patut la ore zaman dulu dok oyak, belut pulang ke lumpur. Kalau sayang, tinggal-tinggalkan. Kalau benci, dekat-dekatkan. (macam x pernah dgr plok)

4 tahun setengah dok Melaka, gapo mung buat? Jujurnya, aku x buat gapo pun. Ngoya jah lebih. Hinanya diri. Kalau orang lain, 4 tahun setengah tu dah boleh buat dan dapat macam2. Tapi aku? Habuk pun tarak. Ya Allah, malunya. Ni baru musafir kat Malaysia, kalau musafir kat negara luar? Meme wat perabih tiket kapal jah la. Allah. 

Tapi dalam dok ngoya tuh, Allah tetap bagi apa yang aku perlu. Banyak. Banyak sangat2. Allah bagi aku ilmu, Allah bagi aku saing2, Allah bagi aku didikan, Allah bagi aku kasih sayang dan banyak lagi. Hingga kadang-kadang, dengan anugerah yang Allah bagi tu buat aku rasa tak nak balik kapung. Nak dok je kat Melaka ni. Walaupun kat sini, ramai orang biru. Tapi disebabkan berkat dan rahmat majlis ilmu, rasa tu ada.

Tapi apakan daya. Ada tugas yang lebih perlu untuk aku di kampung. Ma dah umur 55 tahun, abah dah umur 61 tahun. Seingat aku, sepanjang hidup ni berapa tahun je aku bersama mereka sepanjang masa. Dari lahir 1988, hingga darjah 6 tahun 2000. 12 tahun bersama dengan Ma dan Abah. Itu pun dari zaman sekolah dan zaman sekolah rendah. Apa je sumbangan aku pada mereka. Sumbangan menyakiti hati mereka mungkin? Allah. 

Mula tahun 2001, Abah hantar aku ke sekolah asrama. Hinggalah SPM 2006, aku dok asrama. Ingat tahun 2007, setengah tahun dok rumah. Tapi masih tak mampu bagi sumbangan pada Ma dan Abah. Dapat pula tawaran matrik 2 tahun kat negeri orang, Negeri Sembilan, 2007-2009. Hanya jumpa mereka saat balik kampung yang hanya paling lama 4 minggu dok rumah. Apa je yang aku buat untuk mereka sepanjang 4 minggu tu? 

Tahun 2009, dapat tawaran masuk U kat Melaka. Duduk la di Melaka dengan kadar masa balik cuti shj hingga saat ni, Dis 2013, tak balik2 lagi. Tambah tolak, 13 tahun hidup tanpa buat apa2 kat Ma dan Abah. Kalau la, Allah ambil nyawa sekarang ni. Bila malaikat tanya, apa sumbangan kau kat Ma dan Abah. Tak tahu nak jawab apa. Mungkin, 'Aku tidak tahuuuuu...', dushh.. kena lempang dengan malaikat!.

Orang kata, kita belajar pun kita bagi sumbangan kat ibubapa. Belajar pandai2, dapat kerja elok2, dapat gaji bagi mereka. Betul tu. Mereka pasti akan gembira. Tapi di mana dirimu saat duit gaji masuk ke dalam akaun mak ayahmu? Saat mereka sakit, ada kau suapkan makanan untuk mereka? Saat mereka sedih, ada kau di sisi mereka sebagaimana mereka ada di sisimu saat kau menangis ketika kecilmu?

Kau mungkin bersama mereka sokmo. Tapi aku, 12 tahun bersama tapi hanya bagi kesusahan pada Ma dan Abah. 13 tahun berjauhan, tanpa bagi masa bersama dengan mereka. Aku tahu, alangkah gembiranya mereka saat anak-anak ada bersama. Aku nampak di wajah mereka ketika aku pulang seketika. Aku dengar dari suara mereka di hujung panggilan telefon saat aku kembali bermusafir, mereka mendambakan anak-anak ada bersama. Maafkan aku Ma, Maafkan aku Abah.

InsyaAllah, Disember ini aku akan balik dan akan ada bersama mereka sentiasa. Doakan aku. 

..doa..


1.11 a.m
29 Muharam 1435H
3 Disember 2013
Blok J
Ayer Keroh
Malacca

Friday, October 25, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah. Hari ini 26 Oktober 2013. Kalau ikut kalendar UTeM, hari ni konvokesyen untuk pelajar kemasukan 2009. Sapo? Saing kawe la. Saya masuk UTeM 24 Jun 2009. Rupanya 4 tahun sudah berlalu. Segala suka, duka, lara, cinta, benci, dendam, kesso' hati tersimpan kukuh di ingatan. Walaupun ingatan saya tak berapa sehat sangat.

Kalau nak dikenang satu persatu kejadian kehidupan yang mencipta sejarah di UTeM meme x la kan. Mano dok ingat so so. Mugo otok ore tuo tu gak. Tapi nok oyaknyer, di mana-mana pun kita berada hikmah Allah sentiasa ada. Tak kira masa, tempat dan tarikh. Antara tempat yang banyak bagi sokongan ataupun hikmah dalam persinggahan duniawi ni adalah kat UTeM.

Kat sini la segala perencah kehidupan mencukupkan rasa perjalanan menuju mati. Kadang ada naik, kadang ada turun. Ya lah. Manusia tiada yang sempurna. Samada kita nak ambil pengajaran atau tidak bergantung kepada hubungan kita dengan Allah. Walau banyak peringatan yang Allah bagi pada seseorang tu, tetapi disebabkan hubungannya dengan Allah kurang, maka, dia tetap x nampak peringatan tersebut.

Aiyyo. Jauh p. Sebenarnya saya nak cerita, pasal konvo saya ni ha. Awal masuk UTeM dulu, teringin gak nak konvo. Pakai baju konvo, naik pentas Dewan Besar, amik gambar kenangan. Fuuhh. Terbayang-bayang perancangan untuk konVo dengan jayanya. Hinggalah saat ini. Saya dikurniakan rasa yang hambar untuk konvo. Allahurabbi. Pasti ada hikmahnya dari Allah.

Bermula dengan ke'gege'an ataupun kesibukan mereka mempersiapkan diri untuk konvo. Saya jadi tiada rasa untuk konvo. Mungkin ke'bizi'an hidup seharian sebagai penjaga taska wal cikgu 2 hari dalam seminggu menjadi saya tiada rasa. Mungkin juga disebabkan ketidakdapatan kehadiran Ma dan Abah pada hari kejadian. Dan segalanya tersimpul rapi dalam takdir Ilahi.

Dalam dok sibuk-sibuk persiapan untuk konvo, telefon Ma. Ma kata nak datang, ok. Tapi pelbagai dalih yang bertandang di fikiran. Kebetulan masa tu dok ingat yuran konvo RM300. Alasan pertama, kalau konvo kena bayar RM300, ikutkan gaji sebulan tolok makan, sewa rumah, bil api air dan minum, meme abih utk konvo la gitu gak. Kompom x cukup nak hidup.

Telepon Ma lagi, oyak dalih yang pertama. Ma abah oyak, tak pe la kak. Abah bayar RM150, guna duit kak RM150. Allahurabbi. Tak sanggup nok nyusohkan Abah. Cakap kat Abah, x pe la Bah. Kak guna duit sendiri jah. Bersungguh benar ibu dan bapa dalam membahagiakan anak-anak. Tapi anak-anak???? Ni nok ngepek ni nih. Sabar-sabar.

Ok, tetiba datang pula alasan dan 'rintangan' seterusnya dan seterusnya dalam menghadapi 'ujian' konvo ni. Tambang, tempat dan sebagainya. Dan untuk akhirnya, tersingkaplah dalil yang benar lagi kukuh. Ma oyak, Abah tok leh jale jauh, pasti demam. Apa lagi, daku terus katakan pada mereka. Ma, Abah tak soh mari la. Kito x po. Dalam hati berbolak balik menyatakan kesedihan dan kegembiraan bercampuran. 

Sedih sebenarnya Ma dan Abah tak datang tengok kita konvo. Sebab kita konvo pun sebab nak banggakan mereka. Kalau mereka tak datang, untuk apa kita konvo? Untuk kebanggaan diri sendiri? Tiada apa yang nak dibanggakan dengan diri kerana diri penuh dengan dosa. Untuk penghargaan pada diri setelah 4 tahun berpenat lelah menghabiskan pengajian? Penghargaan apa sekiranya diri tidak sempurna menjalankan tanggungjawab pelajar. Nah, amek kau! Dushh.

Baiklah Ma, baiklah Abah. Kak betul-betul x kesah kalau Ma dan Abah x datang. Kalau kedatangan Abah memberi keletihan buat abah. Membuatkan Abah sakit. Kau sanggup? Tidak. Ma? Ma meme tok kesah sokmo, asal anok bahagio. Kembali kepada suasana konvo. Sahabat semua bergembira dapat kembali ke Melaka. Rindu kata mereka. Membuatkan hati aku berbalik untuk sama-sama meraikan mereka.

Tanya pada kawan sedarjah, boleh ke kau datang pada hari konvo aku? Hanya untuk menggantikan ketidakhadiran Ma dan Abah. Oo Jeng. Dia boleh datang. Nak naik pentas atau tidak naik pentas? Memikirkan seharian di dalam dewan tanpa berbuat apa-apa dan hanya dalam beberapa minit naik ke pentas untuk mengambil transkrip yang kosong. Telefon Ma lagi.

Guano ni Ma, kalu kak naik.. jadi gano? Ma oyak, ma lebih suka kalau Kak tak naik pentas. Sebabnya, itu semua hanya duniawi. Naik ataupun tidak, tetap dapat sijil. Titik. Ok, aku dah dapat jawapan sebenarnya. Segala bolak balik hati telah Allah tetapkan. Hanya satu pilihan. Dan pilihan yang aku inginkan adalah keredhaan Allah s.w.t semata. Mentaati ibu bapa. Yang cuba aku usaha untuk mentaati mereka, walau diriku x sempurna menjalankan tugas sebagai anak. Ampunkanlah aku Ya Allah.

Selamat berkonvokesyen semua, saya yakin konvo kalian adalah untuk mak dan ayah kalian. Dan pastinya ada redha mereka bersama. Bila mereka redha, redha Allah akan dapat. InsyaAllah. Betulkan niat masing-masing deh. Nak naik pentas, dalam majlis yang bergemerlapan. Penuh dengan kebanggaan duniawi. Pasti akan ada hasutan musuh dari azali. 

~Cuma satu pesan Abah, amek gambar deh. Bereh bah. No hal. ^_^v
~Cintailah Allah, redha Allah bersama dengan redha kedua ibubapa.  

..Daddy wal Mammy..


8.24 a.m
26 Oktober 2013
21 Dzhul Hijjah 1434H
Ayer Keroh 
Melaka.
Saturday, September 28, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Apa la sakit di hati. Kenapa perlu sakit hati? Sapa yang rasa sakit hati maknanya hatinya belum sehat. Hatinya berpenyakit. Biasanya orang yang sakit hati ini, menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan apa yang dialami. Mungkin merasakan dia lebih layak, mungkin juga dia mahukan penghargaan orang. 

Dan apa pula rasional merasakan dia lebih layak? Mungkin dia memandang rendah pada orang yang mendapat itu. Mengenai penghargaan, mungkin dia orang yang merasakan tinggi diri dan dia harus mendapatkan penghargaan.

Nah, di situ kita nampak penyakit hatinya. Memandang rendah dan tinggi diri. Ada juga orang tidak merasakan demikian tapi sakit hatinya kerana dizalimi. Orang yang rendah hati, walaupun dizalimi tetap akan tenang kerana dia percaya yang mengujinya adalah Allah. Sakit hati yang datang akan ditepis sekuat hati lantas mengembalikan kezaliman yang menimpa kepada Allah untuk membalasnya.

Ok, kita kembali pada yang tersakiti. Adapun mereka yang punyai hati sakit ini yakni yang ada rasa penyakit hati, hendaklah merenung kembali pada apa-apa yang pernah dia buat sebelum ini. Contohnya jika dia rasa sakit hati kerana orang bercakap kasar dengannya, maka dia harus ingat kembali adakah dia pernah berkasar dengan orang lain?

Contoh lain, jika dia rasa sakit hati kerana seolah-olah dia tidak dihormati maka haruslah dia imbau kembali pernahkah dia tidak menghormati orang lain? Jika ada, maka dia hendaklah beristighfar kepada Allah atas dosa-dosanya yang lalu dan memaafkan orang yang menyakiti hatinya. Mungkin apa yang berlaku adalah ingatan dari Allah atas kesalahan-kesalahannya yang lalu. 

Bersyukurlah pada Allah kerana mengurniakan sakit hati. Kerana dari situ kita tahu Allah masih sayangkan kita lantas ingatkan kita atas apa yang berlaku. Ingat sahabat, bersyukur menambahkan nikmat. Syukur di atas sakit yang diberi menghasilkan kita kembali sihat hatinya. Amin. Wallahualam.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". [14:7]


~ Cinta Allah
~ Bersyukur tambah nikmat
~ Sakit hati bersyukurlah.. 

9.11 am
24 dzul kaedah 1434H
29 Sept 2013
Ayer Keroh
Blok J
Thursday, September 19, 2013
Bismillahirrahmanirrahim..

Bicara ini kembali kerana sentiasa ingin kembali.. Apa dulu engkau bagaimana? Aku dulu, kini dan selamanya adalah hamba Tuhan. Aku ingin kembali ke sisi Tuhan. Saat terasa berjauhan, aku berlari-lari mendekatkan. Takut diri tersasar jauh dari jalan kembali. Tetapi sebagai hamba Tuhan, kerap kali ujian datang. Datang bertujuan. Untuk memudahkan jalan kembali. Sabarlah. Saat didatangkan halangan, pasti ada cara melangkau halangan. Sabarlah. Kerana tempat kembali itu manis hanya dengan kesabaran.

11.41 pm
10 sept 2013
5 zulkaedah 1434h
ayer keroh
Bismillahirrahmanirrahim..

Cinta Allah, siapa pernah mengharapkannya? Siapa pernah mengharapkan pasti mengalami pelbagai kisah. Ada kisah yang gembira dan ada kisah yang sedih. Gembira bila saat Allah kurniakan nikmat merasai cinta. Sedih bila Allah tarik nikmat cinta. Kisahnya tidak akan sama, tapi kesannya tetap sama. Kesannya hanya orang yang melalui merasai dan orang sekelilingnya menjadi perasa nikmat cinta.

Betapa cinta Allah tu sangat tinggi. Bila nak dapat merasai cinta seperti Rabi'ah wali Allah tak tahu bila. Mampu ke kita dapat? Tapi kalau Allah izin, pasti boleh. InsyaAllah. Cuma kita la, mahu ke tidak nak dapat cinta Allah? Jangan dok fikir, 'aku ni siapa la..nak dapat cinta Allah jauh sekali..selalu bermaksiat..'. tak nak fikir macam tu, Allah kan dah gtau. Siapa yang harapkan pertemuan dengan Tuhan, saat tu akan datang. Kita jangan putus asa. Walaupun kita hanya bertudung bidang 45'.

Cinta Allah, siapa tak pernah terfikir untuk dapatkannya pasti rugi. Allahurabbi. Pernah terfikir apa rasa orang yang tidak tahu hujung dunia ada akhirat. Tetiba Allah bagi rasa. Rasa macam hidup hari-harian hanya rutin biasa. Jiwa kosong. Pandang orang dengan pandangan kosong. Buat kerja macam selalu tapi tiada perasaan. Solat sekadar menunaikan kewajiban. Berdoa pun malas. Banyak benda lagha yang dibuat tapi perasaan tiada. Hubungan dengan orang semua x kena. Hasad, dengki semua muncul. Siksanya jiwa saat tu. Tapi takdirnya, Allah bagi rasa. 

Alhamdulillah, Allah masih buka pintu hati ni untuk kembali semula pada Dia. Tak nak dah terfikir benda macam tu. Siksanya. Macam orang gila. Hidup tapi tiada nilai. Bezanya, orang gila Allah bagi pahala. Tapi 'orang gila yang x rasa adanya akhirat' tiada pahala. Nak lawan sikap2 buruk mcm dengki, hasad semua tu susahnya. Saat nak gagahkan diri nak kembali, minta doa banyak2. Tu je senjata. Bila Allah dah bagi kembali rasa bertuhan. Alhamdulillah. Serius, xnak fikir benda bukan2 dah. 

Bila dah kembali, seolah-olah tersedar dari mimpi buruk. Baru tahu nak start istiqamah tu susah. Tapi Allah tetap tolong. Dia tahu kita nak kembali, Allah bagi jalan dan jalan. Hadir-Nya sentiasa di sisi. Bila kita tak kuat nak buat, Allah bagi ingatan apa yang terjadi dulu. Serta merta bingkas. Allahurabbi. Hebatnya Allah. Kembalinya kasih sayang Allah, kembali juga mawaddah orang sekeliling. Dunia yang dulunya suram, kembali bersinar dengan cahaya Allah. 

Saat berjauhan dengan Allah, banyakkanlah berdoa dan menyebut nama Allah. InsyaAllah. Allah akan datang. Kadang-kadang kita tidak terbayang Allah akan datang saat tu juga. Saat dia datang, hanya orang yang merasai kedatangan-Nya akan rasa. Rasa tak nak berpisah. Nak cerita kat sini susah. Mintalah, Allah bagi rasa kasih sayang-Nya. Cinta-Nya melangit luas. Kasih sayang-Nya sebesar alam malah lebih lagi. Bila hubungan dengan Allah ok, insyaAllah hubungan dengan manusia pun ok. Bagi sesiapa yang ada masalah hati saat ni, saat ni juga minta pada Allah terus. Minta Allah pulihkan kembali hati. Wallahua'lam.

~ Cintailah Allah.
~ Allah akan datang kepadamu, anda kami meminta. 

1.13 a.m
15 Dzul kAedah 1434H
20 Sept 2013
Ayer Keroh
Melaka.

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak