Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Saturday, February 12, 2011
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha pengasih. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan mulia. Tadi jalan-jalan ke rumah orang tu, dia dah abih belajar rupanya. X tau pun. Jahatnya aku, xtau pasal dia. Nak dijadikan cerita, aku bila lagi nak abih? 2 tahun lagi pakcik. Untung orang macam dia dah habis belajar. Tapi masalah orang dah habis belajar ni, satu je. Nak sambung belajar atau kerja? HmM. Susah gak nak buat pilihan yer. Xlah. Xsusah pun, tanya Allah jer. Pastu tambah sikit minat belajar atau kerja. Tapi kalo bila dah tanya Allah, tetiba Allah tunjuk suruh belajar padahal masa tu tengah minat kerja, macam mana? Ikut la petunjuk Allah, jangan ikut suka hati. Kes naya nanti, cayalah kat Allah. Dia lebih tahu dari kita-kita ni. Siapalah kita ni di sisiNya. (Aku cakap macam aku lak yang abih belajar). Sori dear. @_@

Kembali pada yang asal. 2 tahun lagi kot. 2 tahun? Mengikut perkiraan tahun hijrah, xlama pun. Tahun masihi pun. Kejap je Allah bagi masa. Tanda-tanda kiamat, masa makin singkat. Menyeramkan bila dengar pasal kiamat. Ye ke. Tak caya lah. Nape lak? Ye la, kalau seram dengar kiamat, nape masih xbersedia? Opss. Tak terkata. Ni semua pasal masa lah. Ada ke patut dia cepat sangat. Jangan. Jangan cakap macam tu. Masa tu makhluk Allah. Dia hanya menjalankan tugasnya sahaja. Tak lebih dari tu. Kita ni yang bermasalah sebenarnya. Selalu je tak guna masa dengan betul. Padahal, tentang masa Allah dah sumpah awal-awal. As-syahid Iman Hasan Al-Banna pun ada pesan. Kewajipan melebihi masa yang ada. Selalu diberi peringatan tentang itu.


Tapi manusia ni selalu je lupa. Kalo boleh hari-hari orang lain  kena ingatkan. Nak harapkan diri sendiri? Agaknya, masa malaikat maut datang baru tak lupa. Nauzubillah. Habis tu, nak buat macam mana? Jom yop. Bak kata dia. Istiqomah wa istimror. (huhu..sori amik ayat awak) Tapi betullah. Dan, istiqomah tu susah. Susah ke? Ntah. Bergantung pada individu dan iman seseorang. Kalau tak lupa dan selalu orang ingatkan, insyaAllah boleh istiqomah. Tapi tu la, sampai bila nak harapkan orang. Alahai masa. Aku minta maaf. Selalu tak urus engkau elok-elok. Aku harap, bila dah tertulis kat sini. Aku akan sentiasa diingatkan. Besar kemurkaan Allah, kalau ucap apa yang tak dibuat. As-Soff. Ayuh semua, ingatkan aku tentang masa. Aku takut nanti kat akhirat, masa akan dakwa aku. Dan, akan dakwa korang juga sebab tak ingatkan aku.

  •  Ingatkan lagi, buat jadual. 
  • Samada jadual harian mahupun bulanan. 
  • Planning wajib ada. 
  • Bila dah ada tu, ikut jadual. 
  • Buat.
  • Jangan simpan je. 

~ Bekerjalah seperti hidup 1000 tahun lagi, beribadatlah seperti esok mati.
~ Ada sesuatu yang kita rasa berat, sebenarnya ringan bagi kita.
~ "Wa makaru wa makarullah, wallahu khairul makirin" 'perancangan Allah sentiasa yang terbaik' (Sori, amik dari dia lagi..)
~ Wallahua'lam.

1 comments:

Anonymous said...

comey...

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak