Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, February 25, 2011
Salamun 'alaik,
Dengan nama Allah yang MAha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam untukmu ya Rasulullah s.a.w. Rindu nak menulis. Ada ke patut kan? Rindu nak menulis, ntah apa-apa. Tapi 2,3 menjak ni, aku rasa hobi aku dah bertambah sekarang, kalau sebelum ni hobi aku yang aku sentiasa tulis kat mana-mana borang atau buku-buku biodata orang (masa zaman budak-budak lu..kih3) adalah membaca. InsyaAllah, akanku tambah hobi aku menjadi dua iaitu menulis. Boleh tak? Kalau tak leh pun, ada orang kesah? haha. 

Berbalik semula kepada tajuk asal, perbincangan kita pada hari ini adalah berkaitan satu makhluk Allah ni yang sentiasa kaya dengan air, walaupun musim kemarau, makhluk ini tetap boleh menyediakan air sebanyak yang dia mahu. Iskh3. Skema lak ayatnya. Sori-sori. Macam ni sebenarnya, teman nak crite skit kat kome. (ce cite ce cite) yang aku dok criter kat atas tu pasal air mata sebenarnya. Dan, air mata ni tak leh dipisahkan dengan makhluk Allah yang digelar gadis, wanita, mar'ah, larki, puying dan sebagainya. Maknanya satu je iaitu perempuan. Kenapa ya? Jap lagi kita tengok, siapa yang kena! Dan kadang-kadang proses pengeluaran air mata ni berlaku secara tiba-tiba, bermusim, sengaja dan tak sengaja. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Secara saintifiknya, ceh macam aku lak nak crite kan. Korang baca kat sini je la. Yang aku nak crite ialah kat bawah ni. Sila baca dengan sabar. &_&

Setakat pengetahuan dan pandangan aku yang tak seberapa ni, Kenapa aku katakan ianya belaku tiba-tiba? Kerana kita sedih secara tiba-tiba. Contohnya, dulu-dulu korang tengok criter hindustan kan? Tetiba hero mati, nangis tak? haha. Orang yang tak de perasaan je yang tak nangis. Contoh-contong lain, korang wat sendiri la yer. Masuk lak, bab nangis bermusim. Menangis bermusim ni sangat2 lazim dengan wanita normal. Pasai apa? Lor, pasai tu laa. Tetiba Allah bagi cuti, dan hormon-hormon pun berkeliaran la. Bila dah banyak hormon berkeliaran ni, orang nyakat sikit je dah nangis. Orang tegur skit je nangis. Orang belasah skit je, lagi la dia nangis. Macam tu la wanita. Emosi jadi tak terkawal. Jadinya, kalau tetiba hang terjumpa dengan makhluk ni menangis, jangan tegur. Layan jer. Haha. 

Seterusnya, menangis dengan sengaja. Bila yer, aku pun tak pasti. Tapi yang aku tahu, menangis dengan sengaja ni adalah untuk orang-orang yang tengah berlakon dan gedik je. Dan yang tak sengaja ni adalah bila seseorang tu ada masalah. Tak sengaja menangis kerana masalahnya. Betul ke ayat aku ni? Suka hatilah. Masalahnya adalah kerana hati yang disakiti. Masalahnya adalah kerana kawan yang mengikat hati kita dengan hatinya. Masalahnya adalah kerana masalah, masalah dan masalah. Maka, dengan adanya masalah itu makhluk air mata itupun menangis. Adapun demikian tangisannya mungkin di bawah bantal. Tangisannya mungkin di bilik air. Tangisannya mungkin di bahu kawan dan tangisannya mungkin ni atas sejadah. 


Makhluk air mata itu berterusan memproses air mata. Apabila ditimpa masalah, air matalah yang menjadi peneman setia. Apabila menerima teguran dari Allah, air mata lah yang jadi saksi samada kita menerima teguran tersebut atau tidak. Kalau air mata mengalir ikhlas kerana teguran Allah tersebut maknanya kita menerima teguran tersebut. Apa lagi yang mampu kita laksanakan selain berserah dan berterima kasih kepadaNya atas segala masalah yang dihadapi. Hanya mampu menangis kerana bersyukur. Jadinya, beruntunglah sesiapa yang mendapat gelaran makhluk air mata. 


Macam tu la pandangan aku tentang makhluk air mata. Walaupun pada awalnya aku bercerita tentang makhluk ini adalah berkaitan dengan puying, tetapi apabila dikaitkan air mata dengan masalah semestinya ar-rijal juga layak digelar makhluk air mata apabila mereka menangis dan mengadu kepada Allah tentang masalah mereka. Hebatkan mereka yang digelar makhluk air mata. Tapi jangan sesekali labelkan ar-rijal ini lembut macam sutun sebab mereka menangis. Kerana, mereka yang menangis kerana Allah adalah yang terbaik. Tidak ego dengan Allah. Tidak sombong dengan Allah. Malah mereka yang menangis ini adalah lebih baik daripada mereka-mereka yang mentertawakan ar-rijal yang menangis. Menangis kerana mereka ini bersifat kehambaan. Mereka hanya menganggap Allahlah segala-segalanya bagi mereka. 



Cantikkan sunnatullah mengenai makhluk air mata ni. Aku berharap sangat setiap kali aku tersedar dari dosa, aku menangis dan menyesalinya. Ya Allah, jadikan aku makhluk air mata yang hanya harap dan takut kepadaMu. Ya Allah, jadikan mereka-mereka yang berhati batu menangis kerana takutkanMu. Ya Allah, jadikan kami makhluk air mata yang Engkau redhai. Ya Allah, bukalah pintu hati orang-orang yang aku sayangi untuk sama-sama menangis mengharapkan redhaMu. Mengharapkan keampunanMu. Mengharapkan kecintaanMu. Amin ya Rabal 'alamin. Wallahua'lam.


~ Menangislah dan terus menangis.
~ Jangan sesekali menangis bukan kerana Allah.
~ Allah mencitai orang-orang yang berkasih sayang keranaNya.






0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak