Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Saturday, February 5, 2011
Salamun a'laik..
Baru bertateh untuk menulis dengan idea sendiri. Subhanallah, berat juga ya nak kuarkan idea. Kalo bercakap hal-hal biase bleh jer mcm karangan SPM dulu. Berbuih2 mulut. Pom pang, pom pang. Tapi isinya enggak ada. Allahuakbar, siap hb ada gak yang terasa. Ada gak yang pendam dalam hati, akibat dari mulut yang laser ini. Maafkan aku yer sume2. Lain orang, lain pemahaman. Kalo ada yg terasa dengan ak sejak aku lahir, maafkan aku. Kadang2 apa yang aku rasa betul..itulah yang aku cakap. Tp bagi orang lain, aku xtahu..dia faham atau x apa yang aku maksudkan. Abaikan hal ni. Dah lari dari tajuk dah ni. Iskh3!

Jom2, Kembali ke pAngkal jalan. Tajuknyer proses tarbiyyah. Aku sebenarnya ter'kesuk ati' dengan hidup ni. Tadi, aku lawat blog2 sekolah aku. Sekolah2 yang ada kat Kelantan. Bermula dari sekolah A, berpindah ke sekolah B dan C. Aku terkenang kembali, sebenarnya bermula dari aku form 1 lagi Allah ajar aku jd manusia. Baru aku faham, baru aku sedar. Proses tarbiyyah yang panjang yang aku lalui, hinggalah di saat ini. Aku masih lagi melalui pentarbiyahan dari Allah. 

Di sekolah A, aku hanya sempat setahun jer. Kalo la x beriya-iya nak pindah tentu aku dah jadi ustazah sekarang. (Boleh ke cakap mcm tu..? ) Astaghfirullah... Sudah ditakdirkan demikian. Maafkan aku Allah, mempertikai ketentuanMu. Sama juga di sekolah B, 3 tahun aku di sana..jumpa ngan macam2 orang, baik yang baik ataupun yang nakal. Dan aku tergolong dalam kalangan orang2 yang nakal. Tu la sebab aku x naik pangkat sampai la aku pindah. Maklum la, walaupun x lari asrama ataupun xbawa benda2 yang 'diharamkan' (masa tu hp) tapi aku bersekongkol. Penah sekali aku dipanggil ustazah unit didiplin. Menandakan aku ada 'sesuatu'. Iskh3. Patutla x penah dijemput jadi ahli BADADIS (dobitoh), ataupun BALADI. Tu la penangan budak yang xberapa nakal tapi berjinak2 dengan kenakalan. Bukan aku nak salahkan sape2, tapi tu semuanya Tarbiyyah. Aku je x tau. 

Tarbiyyah berlangsung lagi. Tapi aku xpernah menghargainya. Bila pindah ke sekolah C, aku jadi *golongan pertengahan. *Bukan geng2 gengster. *Bukan geng2 alim n skema. Tapi aku dikira orang bertuah kerana Allah beri aku kawan dikalangan org alim n skema ni. Dan ada gak geng2 dari yang pertengahan tentunya. Kalau la..(jgn kerap guna kalo yer..ni pengajaran jer) Kalau la aku xkawan dengan geng2 skema tentu aku bukan aku yang sekarang. Dalam meniti hidup di sekolah C, aku lalui tanpa perasaan sedar diri. Hanya ikut je, ikut semata-mata. Menjadi pengikut semata-mata ni ada gak faedahnya. Bila sekolah wat tamrin, aku ikt. Bila sekolah wat program, aku jd peserta. Kalo tidak, tentu aku jadi orang pertama yang lari dari tamrin dan program. Ya Allah, betapa ada hikmahnya. 

Tarbiyyah lagi, bila aku isi borang BADATI. Borang badan dakwah sekolah aku. Aku isi borang badan dakwah...?? Hahaha. Tergelak je la yang mampu. Giler ke ape..? Masa tu xtau nak isi borang  apa. Tp tu lah yang dinamakan fitrah manusia. Yang sentiasa inginkan kebaikkan. Dan aku tergolong dalam kalangan org yang diberi hidayah. Terima kasih Allah. Apa kaitan ngan borang lak kan..? Tarbiyyah. Dan aku diterima jadi ajk. Kalo xsilap masa tu, susah gak nk jd budak BADATI. (betulkan kalo aku salah, tp tu la yang aku rase).
Tup2 jadi budak badan dakwah. Bermula la hidup aku yang ntah apa2 ni. 

Bila terjadinya bdk2 dakwah ni, banyak yang aku belajar. Belajar jadi org. Kalo dulu teringin je pakai tudung singkat, tapi bila dah biasa dengan tudung labuh. Jadi mcm giler je pakai tudung singkat. Tarbiyyah. Kalo dulu, x hingin pakai stokin n stongan (armsock). Sekarang, memang cari nahas la kalo xpakai. Walaupun demikian, aku masih giler2 yang memang giler (kalo giler2 baik tu ok gak) dan mungkin sebab tu aku x di pilih untuk sama2 jadi 'pendakwah' di sekolah. 

Bila melihat blog2 sekolah kat kelantan tadi. Melihat kepada penggerak-penggerak dakwah yang lama yang digantikan dengan penggerak baru untuk meneruskan agenda perjuangan. Menyuburkan biah solehah di sekolah masing-masing. Aku sayu tetiba. Alangkah baiknya kalo aku menghargai hidayah yang Allah beri masa tu. Kalo dulu, orang yang berada di pentas hadapan sebagai penggerak menghidupkan sekolah dengan biah solehah, aku gelak2 kat belakang. Tiada rasa sayang pada ummat. Bagiku ketika itu. Lantak p lah. Walaupun jauh di sudut hati, alangkah bagus kalo aku tergolong di kalangan mereka. Tapi, kenapa aku xpernah sedar dengan hidayahMu ya Allah..? Sekali sekala, terasa ingin mengajak orang ke arah kebaikan. Tetapi kerana keegoan diri, aku hanya mampu melihat dari jauh golongan yang dicintai Allah. Yang sama-sama bersusah payah mentarbiyyah adik-adik sekolah. 

HmM..kenapa sayu tetiba. Haa, tu la dinamakan proses tarbiyyah yang aku lalui. Panjang lagi sebenarnya. Kalo x lalui panjang2 nih, xde la aku jd mcm hari ni. Bukan nak kata hari ni aku baik, walhal aku xbaik mana pun. Tapi nak katakan, pengajarannya kat sini. Hargailah hidayah Allah, bila Dia dah bagi hidayah. JAngan ego sangat dengan diri tu. Xdapat pe2 pun kalo abaikan nasihat orang. Dapat rugi adala. Alhamdulillah Allah bagi aku hidayah lagi lepas hari2 kelam dulu. Dan ada kesedaran utk minta hidayah dari Allah. Kalo x, x merasa la apa yang aku rasa sekarang. Xmerasa la akn kewujudan Allah di sisi, walaupun tahu Allah yang cipta kita. Hebatnya Allah. Bagi HiDAYAH n TAuFiQ sekali. 

Tu la sikit sebanyak cite tarbiyyah. Dan pastinya hidayah xkan putus kalo kita selalu minta. Lepas solat tu, jangan lupa minta Allah tunjukkan jalan yang lurus. Jalan yang Allah redha. Moga dapat berjumpaNYa di negeri kekal. InsyaAllah. 

* kaitan ng geng2 gengster n geng2 skema ni, hanyalah bahasa aku. xde kaitan yang hidup ataupun mati bagi diorang. Tapi bg aku ya. Maaf kalo ada tersalah. Wallahua'lam.
* boleh lak aku menulis..???
* senyum Selalu yer.. ^_^



0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak