Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Friday, February 11, 2011
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Ya Allah, kebesaranMu ku puji. Selawat dan salam untuk kekasihNya tercinta. Berombak jantung untuk menulis tentang ini. Aku hanya mampu tersenyum apabila melihat artikel-artikel yang telah dipostkan di blog-blog mahupun di FB. Semua bercerita tentang cinta dan hari valentine. Apakah orang yang membaca akan ambil cakna atau tidak? Terpulang pada individu tersebut untuk memilih antara kebenaran dan kebatilan. Semoga Allah merahmati orang-orang memilih kebenaran. Tapi kali ini bukan ingin bercerita tentang itu, tapi sedikit perkongsian tentang kemenangan suara rakyat di Mesir.


Tanggal 11 Februari 2011, bekas timbalan presiden Hosni Mubarak, Omar Suleiman yang dilantik untuk menggantikan Hosni Mubarak (tetapi tetap ditentang) telah mengumumkan,

"Presiden Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden republik".

 "Dia telah memerintahkan Angkatan Bersenjata Supreme Council untuk mentadbir negara. Allah adalah Pelindung dan Penolong kita."

Subhanallah. Setelah perjuangan rakyat Mesir selama 18 hari mengadakan perhimpunan untuk membebaskan Mesir dari kekejaman pemerintah sekular. Mereka berjaya melakukannya. Dalam tempoh 18 hari ini. 300 rakyat tebunuh. Boleh tak, kita katakan mereka yang terbunuh adalah syahid? Pendapat aku, ya. Sekiranya mereka niat perhimpunan itu adalah untuk menegakkan agama Allah. Untuk menghapuskan pemerintahan taghut. Allahuakbar. Mohon jika aku salah, perbetulkan. 

Aku suka untuk berkongsi saat kemenangan mereka, terutamanya mereka-mereka yang bersujud syukur menyembah Allah atas kemenangan ini. Mereka-mereka yang hatinya terdapat rasa syukur atas kemenangan yang Allah berikan. Demi memperjuangkan Islam tercinta. Ada yang menangis tanda kasih kepada Allah. Ya Allah, sampaikan salamku pada mereka yang setia taat padaMu. Ya Allah, ini adalah jalan dan pertolongan yang Engkau beri pada mereka untuk meneruskan perjuangan menegakkan agamaMu. Sucikanlah hati-hati mereka daripada sifat pentingkan diri. Sucikan hati-hati mereka dalam pemilihan pemimpin yang bertaqwa selepas ini. Jika Engkau ingin menguji mereka tentang taqwa itu, letakkanlah dalam hati-hati mereka rasa taqwa kepadaMu. Supaya mereka tidak lagi lalai dalam kehidupan dunia. Tetapkanlah dalam hati kami hambaMu, akan taqwa kepadaMu. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bertaqwa akan dipilih Allah untuk mentadbir negara mengikut agama Allah. 

Ya Allah, sekiranya Engkau menguji mereka dengan pemilihan yang tidak berlandaskan taqwa kepadaMu, ampunkanlah mereka, dan teruslah membantu kami mencari pemimpin yang bertaqwa padaMu. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok tetapi aku yakin dengan janjiMu. Kemenangan pasti akan berlaku ke atas kami hamabaMu yang mencintaiMu dan RasulMu. Itulah sedikit sebanyak gambaran di wayang dunia, dalam mencari apa yang diredhai Allah bersama-sama. Jika kita bersyukur, Allah tambah nikmat, jika kita ingkar kepada Allah, azab dariNya amat keras. Surah Ibrahim ayat 7. Jelas, terang lagi nyata. Sekiranya selepas ini masih ada yang ingkar, tunggulah. Sebagaimana Nabi pesan, kita sama-sama menunggu. 

~ Itu di negara Mesir. Di Malaysia, agak-agak macam mana? Tepuk dada, tanya iman. Siapa yang cinta Allah dan Rasul, tentu akan mengerti. 
~  Hari-hari bersama kekasih. Allah dan Rasulullah s.a.w. 


2 comments:

admin said...

ghazipasha said: best ! sume ijau. tambahkn semangat dlm menyebrkn idea dan pkongsian ksedaran.Allah bsamamu.

Cheah Cintailah Ilahi said...

InsyaAllah..
Kalau ada nak tambah idea, kongsi la ye..banyak lagi nak kena baiki ni, tp x tahu gapo..

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak