Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Saturday, April 9, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,
Nak pilih A ke, nak pilih B? Pening-pening! Pening nak fikir. Kadang-kadang kemalasan datang. Malas nak fikir dan menyebabkan malas nak pilih (malas adalah sifat tercela). Akhirnya, semua tak dapat. Kenapa la susah sangat nak pilih ni? Pecah kepala dah ni. Tolong la. Hinggakan, nak pilih lauk pun mengambil masa yang lama. Nak lauk ayam ke, nak lauk ikan keli bakar? Pilih, pilih. Ada tak petua membuat pilihan? Banyak benda nak pilih dalam dunia ni. Nak pilih baju, nak pilih kasut, nak pilih sayur, nak pilih rumah, nak pilih pen. Adoi, tu belum termasuk nak pilih jodoh lagi. Opss. Sensitif. Ok-ok. Sebenarnya, aku terfikir nak tulis post kali ni bila tengah pilih template untuk blog ni. Dalam banyak-banyak template yang ada kat google ni, berapa je yang terpilih. Dan, antara yang terpilih tu pun semua tak masuk dengan hati. Iskh3. Ni lah antara masalah yang ada kat dunia ni. Masalah membuat pilihan. 

Siapa ada masalah macam aku? Sila angkat tangan macam saya! Usop yang cakap. Mesti ada. Kadang-kadang, pemilihan tu terpaksa dibuat diantara perkara hidup dan mati. Diantara iman dan kufur. Allahuakbar. Mohon Allah beri petunjuk yang terbaik untuk kita. Kenapa yer, susah sangat ke buat pilihan? Pilih je lah. Apa susah. Kalau ada A dan B, pilih je la yang paling baik. Kalau buah kat pasar tu, antara besar dan kecil, pilih la yang besar. Hmm. Senang je kan, Memang la, cakap memang senang. Jika tiba-tiba pilihan yang kita nak buat tu dua-dua, hal yang baik?  Alah, apa susah. Kan dah cakap tadi. Pilih la yang terbaik. Jangan la serabutkan fikiran dalam buat pilihan. Banyak lagi benda nak fikir. Itu orang yang cakap.

Pilih jalan redha Allah.
Senyum. Pertamanya Allah, lepas tu hanya kita yang kenal, siapa kita. Hanya kita yang tahu kita nak yang macam mana. Dan, jika kita ingin membuat pilihan tersebut sudah tentu sumbernya adalah ilmu. Ilmu yang tentukan pilihan kita. Walaupun perkara itu, perkara kecil. Kalau kita tidak tahu perkara apa yang kita nak pilih tu, dan kita pilih. Tentunya, pilihan kita tak 'baik'. Itu suatu kepastian. Walaupun pilihan tersebut kita rasakan dah baik untuk kita dan keputusannya memang tepat untuk kita. Itu hanyalah kebetulan semata-mata, kebetulan atas dasar usaha kita membuat pilihan. Bukan atas dasar ilmu. Semestinya, keputusan pilihan disebabkan ilmu adalah yang terbaik.

Allah swt berfirman :
..."Adakah sama orang- orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran ( Az-zumar : 9 )

Kalau memang dah jelas kita tahu dengan ilmu yang kita ada perkara itu haq dan batil, baik dan buruk. Sudah tentu kita pilih yang haq dan baik. Cuma yang menjadi masalah adalah antara haq dan haq, antara baik dan baik, antara yang terbaik dan yang terbaik. Saat itu, tiada siapa yang akan kita minta tolong. Tiada siapa yang akan kita minta pendapat. Tiada siapa yang akan kita cari selain Allah. Saat itu, Allahlah tempat terbaik kita minta tolong. Kita mengadu. Kita tanya. Sebabnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Allah lebih tahu, apa yang kita inginkan.

La budda, tidak dapat tidak kita akan cari Allah. Siapa tak cari Allah, dia akan rugi. Harap dan minta padaNya, apa yang kita pilih itu mendapat keredhaan Allah. Cuba tanya diri kita, apa yang kita nak dalam hidup kita hari-hari? Pasti, kita nak dapatkan redha Allah. Pasti. Jadinya, buatlah pilihan ikut apa yang Allah redha. Macam mana nak Allah redha? Dalam semua perkara, tanya Allah dulu. Ya Allah, Engkau redha atau tak apa yang aku nak buat ni? Ya Allah, kalau Engkau tak redha, Engkau jangan bagi aku buat. Dan kalau Engkau redha, Engkau bagi aku buat ya Allah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

~ Ya Allah, redhalah apa yang aku tulis.
~ "Tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan yang Engkau redhai. Bukan, jalan orang-orang yang Engkau murkai."
~ Sarangeyo.. 

6 comments:

Ria Insyirah said...

Fahami awlawiyatnya.. iAllah kita mampu memilih dengan baik, Allah telah beri kita ruang dan peluang itu, tinggal kita nak pilih jalan yang baik atau yg buruk. Che'ah sokmo terbaik... (^_^)

Iman Zai said...

wa makaru wa makarullah, wallahu khairul makirin.. comey template ni.. xdop biru doh.. hehe..
semoga dipermudahkan..^_^ ..dalam membuat pilihan..

Fasihah Cintailah Ilahi said...

ria Insyirah : kak wana mantap sokmo =)

Iman : hehe, ni pun xmasuk jiwo...tp antra yg terpilih la.. kui3

admin said...

gPasha ni: yay! dpt idea nk updatge blog. nntikan ulasan ana kat ghaziclump psl entri ni.haha

ain musrah said...

ain nk share ye..tqq

Fasihah Cintailah Ilahi said...

tafaddhal ukhti..moga bermanfaat. =)

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak