Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Thursday, June 30, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Bila Allah tak nak bagi saya tulis, masa tu idea yang ada terus hilang. Tapi bila Allah izinkan saya menulis, apa yang harus saya tulis? Apa-apa yang bakal saya tulis ini adalah dengan izin Allah. Sudah lama saya tidak bercerita tentang cinta. Cinta yang membuatkan semua orang bahagia. Semalam, status Ukhti Saidah Nafisa di FB bercerita tentang cinta. Status Ukhti Saidah Nafisa ini kembali mengingatkan saya tentang cinta.

Hanya dengan cinta, manusia hidup dengan ceria. Ceria yang menyebabkan semua yang disekeliling kita bahagia. Termasuklah manusia, tumbuhan, haiwan  dan sebagainya. Kenapa kuasa cinta begitu mengasyikkan dan membuatkan manusia lupa pada kesakitan dan kesusahan? Kerana cinta adalah segala-galanya. Cintalah yang membuatkan kita lupa pada kepayahan. Cintalah yang menghilangkan segala kezaliman.

Bagaimana pula apabila seseorang mengatakan, cintalah penyebab kepada kemusnahan, kebencian, keresahan dan sebagainya? Saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Contoh paling mudah (cinta manusia) adalah apabila seseorang telah menolak lamaran cinta seseorang. Apakah yang menyebabkan seseorang yang ditolak lamaran itu terasa terluka? Adakah kerana perasaan cinta yang ditolak itu yang menyebabkan si dia terluka?

Tidak. Tidak sama sekali. Bukan perasaan cinta yang menyebabkan dia terluka, tetapi yang sebenarnya adalah perasaan tidak redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Mana mungkin orang yang redha dengan ketentuan Allah itu terasa terluka. Semestinya orang yang redha ini hatinya tenang sentiasa percaya dan yakin dengan janji Allah bahawa masih ada peluang untuk mencintai yang lebih baik dari yang dicintai sebelumnya. 

Orang kata, bercakap memang senang. Ya, saya setuju. Tetapi apalah daya kita untuk terasa terluka sedangkan Allah sentiasa ada di sisi kita, memberikan kekuatan dan sokongan. Masih lagi terasa terluka? Nah, terbuktilah anda tidak mempunyai cinta di dalam hati. Tetapi yang ada di hati anda adalah nafsu semata- mata. Nafsu akan terluka apabila tidak dituruti katanya. Tetapi tidak dengan cinta.

Bagaimana kita melihat apabila seseorang yang ditolak lamaran itu mempunyai rasa cinta, dia akan meredhai ketentuan Allah itu kerana dia mencintai seseorang itu kerana Allah. Lantas dia tidak akan cuba untuk membunuh diri, dia tidak akan sesekali mempunyai penyakit murung, dia tidak akan membenci pada yang menolaknya kerana dia punyai rasa cinta itu.

Terbukti bukan? Ternyata kuasa cinta itu yang menjadikan dunia ini aman. Alangkah bagusnya jika kerajaan itu mempunyai rasa cinta, cinta akan rakyatnya, mendengar luahan hati rakyatnya. Alangkah bahagia jika semua perompak mempunyai rasa cinta, si perompak tidak akan merompak kerana cinta akan mangsanya. Alangkah indahnya jika saya, awak, kamu, mereka punyai rasa cinta kerana kita tidak akan saling menyakiti kerana saling mencintai.

Yang paling penting, cinta itu kerana Allah. Kerana cinta pada Allah. Cinta Allah yang membuatkan manusia cinta. Cinta Allah yang membuatkan manusia tenang, ceria, bahagia, gembira dan yang sama waktu dengannya. Mencintai Allah tidak akan kecewa. Mencintai Allah tidak akan sedih. Mencintai Allah tidak akan derita. Mencintai Allah tidak akan marah. Mencintai Allah menyebabkan kita sabar, kuat dan ikhlas.  Mencintai Allah menyebabkan syurga terbuka luas untuk kita.

~ Alangkah nikmatnya jika dapat merasai cinta Allah.
~ 'Ya Allah, kurniakan kami taufiq hidayah-Mu untuk kami saling mencintai-MU'
~ Cintailah Ilahi. Cintailah aku ya Allah. 

9 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aton said...

(^_^) syukran ukhti...
Cintailah Ilahi by In-team.. ♥

iman zai said...

cheah,cintailah ilahi... sabarlah dalam melakukan ketaatan kepada Allah...

Sufiana Mohamed said...

mudah ke payah nak dapt cinta Allah ni??

Fasihah Cintailah Ilahi said...

aloh, kak sufi. tanyo pelik2.. hihi
tapi bg cheah, bergantung pada individu.. kalo mujahadah tinggi gak.. senang jah la.. ko guano kak..?

Siti Hajar said...

mohon share beberape perkataan yek :)

Fasihah Cintailah Ilahi said...

Tafadhal ukhti :)

Dafinullah said...

betul tu kak..

Fasihah Cintailah Ilahi said...

dhon damaska pernah bercinta? ;)

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak