Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Sunday, September 25, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,

Pembebelan kali ni, masih mengenai hati. Best woo cite pasal hati pada diri sendiri, muhasabah diri. Masa Ramadhan hari tu, hati masih lagi berfungsi dengan baik. Bila Ramadhan sudah berlalu, hati masih lagi meneruskan fungsinya dengan semakin baik. Hati yang halus lagi tulus seringkali terasa jauh dengan Allah. Kenapa terasa jauh itu datang? Sebab hati masih lagi berfungsi. Hati-hati bila bercerita tentang hati. =)

Macam mana hati berfungsi? Pandangan ini hanyalah terbit dari otak saya, dan x de kena mengena dengan yang yang hidup ataupun yang mati deh. Bagi saya, hati akan berfungsi bila hati tu bersih. Macam mana nak tahu hati tu bersih atau kotor? Haa, meh nok oyak. Pernah rasa kosong tak? Tetiba, "apesal dengan aku ni?  Tak de perasaan pun, tak rasa pun nak menangis, tapi tak juga rasa gembira." Pernah rasa tak? Kalo kamu dah pernah rasa macam tu, maksudnya kamu pernah rasa hati kosong. =)

Bila hati kosong, biasanya masa tu hati kita tak berapa nak bersih. Maksudnya, adalah tu dosa-dosa yang kita buat, tapi tak perasan. Dan seterusnya, bila dah tak rasa apa-apa ni, mula la perasaan-perasaan jahat merasuk. Tengok orang tu, ada je yang tak betul kat orang tu. Dengar je orang tu cakap, pasti ada yang tak berkenan. Apa yang orang tu buat semuanya salah. Timbul la penyakit hati pulok, abih bernanah la hati tu bila perasaan jahat merasuk. Takabbur, hasad, ujub, sum'ah dan sebagainya datang silih berganti. Jadilah hati tu, busuk dan berulat.

So, macam mana nak grab hati kita yang kosong dan jahat tu kembali pada Allah? Hanya Allah yang Maha Memberi yang boleh bagi kat kita. Hmm. Senang ke susah? Tengoklah pada pemilik hati itu, adakah dia berusaha untuk menjaga hatinya ataupun dia hanya membiarkan sahaja hatinya itu jadi buruk. Hati rosak. Hati cedera. Hati luka. Dan sebagainya.

Dalam hati ini, ada nama-Mu
Siapa yang berusaha menjaga hatinya akan disayang Allah sentiasa. Tapi macam mana ye? Pertama-pertamanya, kembalilah pada Allah. Kalau saat ni rasa kosong, cepat-cepat beristighfar. Cepat istighfar!!! Dah istighfar dah? Bagus2. Pastu, jom kenang kembali apa yang kita dah buat sehingga menyebabkan rasa kosong tu hadir dalam diri. Ada tak? Tak de! Hah, tak de? Bagusnya hang. Ok, bagi sesiapa yanga ada termasuklah saya yang tak berapa baik ni, eloklah kita cuba cari apa yang ingin Allah sampaikan melalui keburukan yang telah kita buat selama ini. 

Ingat!! Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sebab Allah akan bagi apa yang kita sangkakan pada Dia. Ok, bila kita dah nampak apa yang Allah ingin tunjukkan melalui kelakuan buruk kita tu, cepatlah2 ambil pengajaran darinya. Jangan ulang kesalahan yang sama. Yang mana kita rasa menyampah, menggeli, meluat dengan orang tu cepat2lah buang. Yang mana kita terbunuh, tersepak, terpenyek binatang tu, cepatlah mohon ampun dengan Allah sebab menyiksa makhluk-Nya. 

DAn yang paling best, hadirkanlah dalam hati kita-kita ni satu perasaan yang tidak boleh ditandingi dengan perasaan lain. Perasaan inilah yang akan membuat kita semua bahagia. Perasaan inilah yang mengisi kekosongan hati kita. Perasaan inilah yang akan membantu manusia jadi baik. Sesiapa yang menginginkan kebaikan hendaklah dihadirkan dalam hatinya dengan perasaan ini. Apakah dia? Perasaan yang semestinya wujud dalam hati setiap manusia tetapi tidak digunakan dengan betul. Iaitu SAYANG! 

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang cinta. Apapun yang kita buat atas dasar cinta, nescaya kita akan selamat di dunia dan akhirat. Ayuh sahabat, hadirkanlah rasa cintamu dan rasa sayangmu pada semua makhluk di dunia ni. Isilh kekosongan itu. Dan yang paling masyuk sekali adalah diisi dengan kasing sayang Tuhan. Kasih sayang Allah yang tidak ternilai dengan apa pun. Hanya orang yang dikehendaki yang merasainya dan hanya orang yang mencari yang akan dapat merasainya. KASIH SAYANG ALLAH.

Setelah membebel panjang-panjang pada diri ini, maka  dengan ini saya ingin menyimpulkan hati yang kosong itu wajib diisi. Jangan biarkan ia kosong lagi dan lagi. Sekali kita diberi taufiq dan hidayah, peganglah ia. Jangan biar ia pergi lagi. Sesiapa yang masih mencari taufiq dan hidayah, teruskan mencari. Anda akan ketemunya nanti. Dan bagi sesiapa yang berasa tidak perlu mencari taufiq dan hidayah, maka anda telah termasuk ke dalam golongan orang2 yang rugi. Wallahua'lam.

(31) Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyanyang. [ Surah Al-Imran : 31]

~ Bersihkanlah hati.
~ Isilah hati yang kekosongan dengan kasih sayang.
~ Paling penting dalam hidup ini, carilah Cinta Allah.
~ Cintailah Ilahi.

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak