Masa itu Cinta
Allah
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Surah Ali Imran, ayat :31
Blogger templates
Blogger news
Followers
^_^
-
DOA PENAWAR KESEDIHAN DAN KEBIMBANGAN9 years ago
-
One Step Closer10 years ago
-
testing10 years ago
-
B.E.R.K.A.T12 years ago
-
Menangis air mata darah sekalipun....12 years ago
-
-
^_^
-
Paket Umroh Padang Murah Dan Berkualitas6 years ago
-
Ahmad Luth Bin Mohd Nazimi6 years ago
-
DOA PENAWAR KESEDIHAN DAN KEBIMBANGAN9 years ago
-
The Broken Promise9 years ago
-
-
One Step Closer10 years ago
-
Allah Meneguhkan Orang Yang Beriman10 years ago
-
sirna.10 years ago
-
Sabar11 years ago
-
Memborong di Air Hitam11 years ago
-
Tersimpan rapi11 years ago
-
Kerana cinta itu di dalam hati11 years ago
-
-
ToLd StOrY11 years ago
-
-
Aku Sayang Kau CeCoNeT11 years ago
-
-
B.E.R.K.A.T12 years ago
-
Para Pencinta Sejati12 years ago
-
Hujah 3 : Menyingkap Topeng Syiah12 years ago
-
entri yang tak bertajuk.12 years ago
-
-
#FastabiqulKhairat13 years ago
-
INILAH MAKNA BAHAGIA...13 years ago
-
Kisah Ummu Sulaim ( Rumaysa )14 years ago
-
Manusia dan Air….14 years ago
-
Membakar Jambatan14 years ago
-
sambungn mkn mlm PSM..14 years ago
-
~~dussssttttt~~~~14 years ago
-
Hampa!!14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anak 1 (1)
- cinTA (30)
- Cinta Allah (7)
- dakwah? (1)
- diam (1)
- Doa (2)
- Dosa (2)
- hati (1)
- HiDUp (37)
- HiDUp deN (10)
- ilmu (2)
- Islam (2)
- Jual beli halal (3)
- Kecantikan (9)
- kesihatan (6)
- kiamat (1)
- Mati (2)
- muqaddimah (1)
- PeiNgataN (30)
- pergi jalan la (1)
- PeriNgataN (2)
- PerkongsiaN (11)
- puisi (7)
- Raja (1)
- Sahabat (1)
- Selamat (1)
- Selamat Hari Raya (1)
- Siasah (7)
- syukur (1)
- taQwa (2)
- Tragedi (2)
Blogroll
Tuesday, September 6, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ni nak wat ayat x skema. Apa pun boleh, blog kawe..meme la. Kawe yang tulis and kawe yang baca. Hmm. Tetiba terfkir, wat pe la tulis2 kat blog nie. Ntah apa-apa dop? Aiyyo, ape guna tajuk blog besar tebeng kat atas tu? Melihat, mendengar, berfikir dan mentafsir.. Ooo.. tu tujuannye tulis2 ni yer.. Maklum la, dah lama x menulis. X pasai2 kena ingatkan semula. Saya karang setiap post adalah untuk ingatan buat saya. Bukan untuk siapa2. Tetapi awat x tulis jer kat kitab? Hmm. Jadinye, sape2 yang terbaca apa2 yang saya tulis ni kira taqdir la yer. X rancang pun, Allah yang tetapkan.
Jadinye, ni apa kes nie? Kes kali ni nak habiskan tulisan untuk tajuk yang ada part2 tu. Yola2. Lupakanlah masa kelammu. Masa terfikir tajuk nie, apa yang terbayang adalah hidup zaman2 muda dulu. Sungguh x disangka akan jadi mcm ni. Dari budak hingusan, hingga meniti zaman remaja yang penuh gila2 dan masuk zaman dewasa yang x dewasa2 nie. Oo Ya Allah. Engkau maha pengampun segala dosa.
Zaman budak saya x kesah. Masing2 pasti akan punyai kenangan manis dan pahit. Yang pasti masa tu x tanggung dosa sendiri lagi. Moga Allah ampunkan dosa kita yang mak ayah tanggung dulu. Bila masuk zaman remaja, macam2 perkara yang berlaku. Masa tu kita x faham yang kita diuji. Hanya tahu kita diuji oleh Allah, tetapi pengajaran dari apa yang diuji x meresap masuk ke jiwa. Memang gile2 semuanya hidup masa tu. Saya yakin dan pasti, setiap manusia kat dunia ni punyai kisah masing2. X kira la pahit atau manis.
Apa yang nak disampaikan kepada diri pada hari ini adalah ingatan yang ingin dilupakan dan kenapa perlu dilupakan? Perlu ker bicara pasal ni? Ntah la. Tengok la apa yang ada dalam otak ni yang bakal keluar. Saya pun x tahu. Tapi jari masih lagi bergerak. Zaman remaja yang banyak mengajar kita untuk mengenal Allah. Kadang2 terjadi sesuatu yang paling manis apabila masa tu dapat menghayati sepenuhnya rasa kasih dari Allah. Tetapi ada juga masa yang tetiba kita melakukan sesuatu yang Allah x suruh pun. Mungkin itulah ujian yang sebenarnya.
Kenapa saya boleh cakap macam tu? Kita tengoklah semula apa yang berlaku dulu. Sebagai pengajaran untuk masa depan (masa sekarang) dan untuk dilupakan bila terkenangkan betapa Pemaafnya Tuhan kita. Allah. Allah sayang kita sgt2. Kalau Allah x izinkan apa yang berlaku masa zaman remaja itu berlaku sudah semestinya kita tidak mendapat pengajaran. Apa tidaknya? Bila mana apa yang kita lalui masa zaman remajalah yang akan menyuluh hidup kita pada zaman dewasa. Walaupun apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang memalukan buat kita sebagai hamba kepada Allah.
Contoh yang pertama. Kita sedia maklum, Allah kurniakan kita hati dan perasaan. Masa zaman remaja, kita mula merasai apa yang dianugerahkan itu. Kita tengok, semua kawan-kawan kita ada awek, gf, mak we @ teman wanita @ kawan perempuan (bg lelaki dan sebaliknya). X mungkin kita tidak rasa apa2 perasaan masa tu. Pasti akan rasa. Sebab itu adalah fitrah kurniaan Allah. Jadinya, kita akan mencari juga. Kalau yang paling x pandai, usha je kawan kepada kawan perempuan kawan kita. Faham? Pehe la.
Bila dah usha, hati pasti bergelora. Yang pasti bagi perempuan dan lelaki ada cas negatif dan positif. Itulah lumrah yang Allah jadikan. Dan Allah nak tengok kita guna fitrah tu dengan cara yang betul atau salah. Ye. Dan masa remaja, apa yang kita reti? Kita reti ikut dan ingin mencuba. Masa tu kita kenal Allah sebagai Tuhan tetapi kita x kenal Allah seperti yang sepatutnya. Jadinya, kita ikut kawan kita untuk mencari perempuan untuk diusha. Masa tu jiwa tengah x reti. Sebab tu lah Allah bagi reti.
Allah bagi kita seorang perempuan yang punyai hati yang sama macam kita. Orang kata kalau kita teringatkan seseorang, orang itu juga akan teringat akan kita. X tahu lah betul ke x. Xde pula dalil atau hujjah yang org tu guna. Tetapi yang pasti mcm betul. Asyik teringatkan perempuan tu dan tetiba perempuan tu bg respon. X tahulah perempuan tu tahu dari mana yang kita usha dia. Itulah titik permulaan Allah nak ajar kita. Setiap masa berlaku kebetulan. Kebetulan kita terserempak dengan perempuan yang kita usha. Dan dia pun senyum dan kita lagi la senyum. Masa tu jantung bagai nak luruh. Bagai nak tercabut.
Allah test lagi. Kawan kita tu pun bagi no telefon perempuan tu. Apa lagi. Jiwa remaja. Bermula lah titik hitam dalam diri seorang remaja. Sudah pasti apabila dapat no tu, kita pun call lah. Perasaan yang x dapat digambarkan, betapa nikmatnya dapat dengar suara dan berbual-bual dengan perempuan tu. Apa yang dibualkan semuanya yang manis2. Perempuan tu mengadu kat kita segala masalah dia. Dan kita pastinya bahagia bila seseorang menghargai kita dan mempercayai kita untuk diberi tanggungjawab sebagai pendengar yang setia.
![]() |
| Mencari cahaya |
Tu baru permulaan, dan masuk la second level. Allah uji lagi. Ada baiknya kita jumpa perempuan tu. Syok apa. Dapat tengok wajah perempuan tu. Putih. Cantik. Menawan. Tetiba, satu cadangan di kepala wujud. Apa kata kalau kita jumpa perempuan tu. Nah, pergilah jumpa. Bila dah jumpa bergetarlah seluruh tubuh badan. Tanpa sepatah bicara, hanya melihat wajah. Begitulah seterusnya hingga beberapa kali perjumpaan. Tetapi bila Allah nak tetapkan Dia nak jaga kita. Allah hadirkan dalam hati, suatu perasaan yang tidak tenang.
Betul ke apa yang kita buat ni? Apa yang kita lakukan ni. Teringat ustaz ajar, pergaulan lelaki perempuan punya batas-batas tertentu. Tetapi apa batas kita apabila kita berbual ditelefon sesuatu yang tidak penting serta melihat wajahnya dengan penuh keasyikkan. Tetiba, kita jadi malu. Ya, kita telah melakukan suatu kemungkaran. Dan telah melakukan sesuatu yang terlarang dalam syariat Islam. Lantas kita putuskan hubungan dengan menyatakan kepada perempuan itu segala kebenaran dan kita nekad untuk tidak mengulanginya lagi di dalam satu2 surat yang pertama dan terakhir.
Dan buat pertama kali juga kita bercakap dengannya secara berdepan, ''Bacalah surat itu dan fahamilah", sambil berpaling pergi buat kali terakhir. Nah, itu akan terjadi kepada hamba-hamba Allah yang Dia Sayangi dan Kasihi. Tersedar dari dosa di pertengahan kemungkaran. Bagaimana pula dengan mereka-mereka yang terus dilalaikan oleh keasyikan kepada watak seorang perempuan? Bagaimana mereka ingin menghadapi pertanyaan Allah di akhirat kelak? Adakah mereka akan mendakwa bahawa Allah tidak menyedarkan mereka dalam berbuat kemungkaran di dunia? Mereka yang buta dan tuli kerana Allah telah utuskan Rasul dan diturunkanNya wahyu untuk disampaikan kepada mereka2 itu. Tetapi mereka itu tidak mahu mengambil pengajaran. Dapatkah mereka mendakwa Allah? Fikirkanlah.
![]() |
| Kelam |
Kembali kepada realiti. Mengenai masa kelam yang suram. Zaman remaja kita yang dilalui dahulu penuh dengan dosa-dosa dan kemaksiatan. Apa pandangan kalian tentang kezaliman2 yang kita lakukan masa zaman remaja? Malukan? Bila teringat kembali, yaks. Sangat memalukan sehingga apa yang kita lakukan pada zaman dewasa ini serba x kena. Kadang2 terkata pada diri @#$%^! Secara lembut sikit, malunyer sgt2. X tahu nak letak muka kat mana. Kadang2 terfikir lebih baik mati daripada teringatkan kehidupan yang memalukan pada zaman remaja dahulu. Malu pada Allah.
Apa yang disampaikan ialah masa kelam kita yang memalukan itulah yang mengajar kita menjadi lebih baik pada masa sekarang yakni masa dewasa. Jika kita tidak melalui saat remaja yang demikian, kita pasti tidak akan mengetahui buruk baiknya sesuatu perkara. Dan pasti kita akan melakukan juga saat kita sudah dewasa disebabkan ketidaktahuan kita mengenai sesuatu perkara itu. Dan janganlah difikirkan di sini sesuatu yang buruk itu hanya satu contoh di atas. Pelbagai keburukan yang kita lakukan pada masa lalu itulah yang mengajar kita erti kehidupan.
Bilamana dinyatakan di sini seolah2 kita seharusnya melalui perkara buruk tersebut sebelum menjadi dewasa. Tidak. Yang dinyatakan di sini adalah salah satu drpd berbilion2 contoh ujian yang Allah berikan kepada kita supaya kita lebih berhati-hati dan berkongsi peringatan kita sesama hamba Allah. Oleh itu, lupakanlah masa kelammu yang memalukan itu dengan mengingati bahawa Allah itu Maha Pengampun segala dosa. Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi akal oleh-Nya untuk kita berfikir mana-mana yang terbaik buat kita mengikut ajaran Allah s.w.t. Maka beruntunglah orang2 yang diberi peringtan.
![]() |
| Cahaya |
~ "Dan perumpamaan (orang yang menyeru) orang-orang kafir adalah seperti penggembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja . Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti." (QS. 2:171)
~ Cintailah Ilahi.
Labels:
PeiNgataN
|
2
comments
Thursday, August 11, 2011
Bismillahirahmanirrahim.
Sahabat, hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa. Bermakna lagi 27 hari tiggal berbaki. Dalam menelurusi hari-hari dalam ramadhan yang telah berlalu, kita seharusnya bersyukur kerana masih berpeluang untuk menghayatinya pada tahun 1432 Hijrah ini. Jika dibandingkan dengan hamba-hamba Allah di luar sana, ada yang pergi menghadap-Nya sebelum sempat Ramadhan tahun ini menyapa dalam masa beberapa bulan selepas Ramadhan tahun lalu pergi. Beruntungkan kita?
Sahabat, sudahkah kamu memasang niat pada hari pertama Ramadhan tahun ini? Niat untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Masih belum terlambat untuk berniat memohon kepada Rabbul ‘Alamin agar diberi taufiq dan hidayah-Nya dalam bulan Ramadhan kali ini. Sesungguhnya beruntunglah mereka-mereka yang dikurniakan anugerah itu.
Sahabat, jika kita merenung kembali masa lalu kita. Mengingati detik-detik yang berlalu tanpa apa-apa amalan yang kita lalukan untuk menampung jumlah dosa yang semakin bertambah sehari demi sehari selepas Ramadhan lalu berakhir. Apakah mungkin dapat menebusnya kembali untuk kesilapan lalu. Renungkanlah dosa itu untuk dihitung, berapakah yang masih berbaki untuk ditebus dengan air mata penyesalan pada bulan mulia ini. Renungkanlah.
Sahabat, merintihlah dengan nama Tuhan-Mu dengan penuh kehinaan mengharapkan pengampunan dari Allah yang Maha Pengampun segala dosa. Merayulah kepada Tuhan-Mu agar diberi keampunan-Nya untukmu yang hanya seorang hamba yang hina. Ampunkanlah aku ya Allah, ampunkanlah aku ya Allah.
~ Cintailah Ilahi.
~ Bersambung...
3 ogos 2011 6.12 A.M
Labels:
PeiNgataN
|
0
comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni 9 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 9 ogos 2011. Bermakna sudah masuk hari kesembilan kita berpuasa. Maka 9 hari jugalah segala dosa-dosa lalu bermain-main di kepala. Tidak terhitung hanya dengan jari, malah dikira dengan jari kaki pun masih tidak dapat menampung dosa-dosa yang kita lakukan pada 11 bulan yang lalu selepas bulan pengampunan tahun 1431 H berlalu.
Sahabat, masih terbayangkah saat-saat terjadinya peristiwa-peristiwa yang memalukan yakni kejadian-kejadian dosa yang kita lakukan itu? Ataukah masih tidak terasa apa-apa kerana yang terbayang hanya saat gembira yang berlegar-legar di kotak pemikiran? Nauzubillah. Mohon dijauhkan. Cuba anda bayangkan saat anda menjadi seorang yang sangat pemarah pada ketika itu.
Marah kerana orang yang dihadapan anda mengatakan sesuatu perkara yang anda tidak suka mendengarnya. Ataupun marah kerana barang anda dicuri. Ataupun marah kerana ada orang yang menggangu mood study anda. Bayangkan. Bayangkan. Mustahil sepanjang 11 bulan yang lalu anda tidak pernah memarahi sesiapa walaupun hanya sekadar lintasan dalam hati. Bayangkan.
Cuba ingat lagi saat itu, apa yang bermain di kepala ketika itu? Sumpah seranah. Caci maki. Benci membenci. Berharap agar tidak akan berjumpa dengan orang yang anda marah. Tertanya-tanya kenapa anda mesti berhadapan dengan orang seperti itu. Mendoakan agar si dia mendapat pembalasan di dunia dan akhirat. MasyaAllah. Anda pernah terlibat dengan situasi tersebut?
Jika anda pernah terlibat, bermakna anda adalah insan normal yang dikurniakan nafsu amarah. Bersyukurlah. Tetapi bagaimana cara anda menghadapi situasi yang sudah berlaku itu? Adakah anda menggunakan kurniaan Allah itu dengan cara yang betul? Jika anda menghadapinya dengan istighfar dan taubat, maka beruntunglah anda.
Tetapi jika hingga ke saat ini anda masih tidak dapat melupakan peristiwa itu, malah amarah itu bertukar menjadi dendam. Nahas anda. Anda kini berada dalam zon bahaya. Zon yang bakal menghampirkan anda dengan neraka. Mohon dijauhkan. Walaupun demikian, anda masih lagi beruntung. Masih lagi menjadi kesayangan Allah, jika anda menghargai Ramadhan ini.
Masih lagi berbaki 21 hari untuk membaiki segala jalan yang anda telah lalui. Maafkanlah kesalahan insan itu. Jadilah anda orang yang memaafkan kerana Allah sangat menyukai sifat tersebut. Jika anda berjaya berbuat demikian pada hari ini, tahniah saya ucapkan. Anda telah berjaya melalui ujian amarah. Ujian yang julung-julung kali diadakan oleh Allah. Hanya untuk hambaNya.
Pasti anda kini sedang merasai kemanisan kemenangan keberjayaan anda dalam menghadapi ujian tersebut. Tanda orang yang berjaya dalam ujian adalah anda redha dengan apa yang terjadi walaupn diri anda malu dengan kejadian tersebut. Ingatlah, kita bukan siapa-siapa di kalangan manusia. Kita hanyalah manusia biasa di sisi manusia lain dan hamba yang hina di sisi Allah s.w.t.
~ Cintailah Ilahi.
~ Bersambung... 9 Ogos 2011 9.59 AM
Labels:
PeiNgataN
|
0
comments
Friday, July 15, 2011
Bismillahirahmanirrahim..
Suatu yang berharga tidak pernah disedari akan nilainya. Suatu yang biasa, tetapi nampak bernilai tetap tidak akan berharga. Seseorang bermati-matian untuk mendapatkan apa yang dirasakan bernilai apabila dia sedar akan harga itu. Tetapi seringkali seseorang lupa akan nilai yang sebenar bagi sesuatu yang berharga. Pusing-pusing perkataan yang sama, tetapi mempunyai maksud yang berlainan. Itulah nilai sebuah harga. @_@
Seseorang yang menghargai sesuatu yang tahu akan nilai harga yang sebenar sesuatu itu, pasti mempunyai nilai mujahadah yang tinggi. Sebagai contoh, seorang ayah mengetahui anaknya dalam bahaya. Pastinya ayah itu sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk menyelamatkan anaknya. Mujahadah dalam melawan musuh-musuh, pasti akan ada ganjarannya.
Point yang sebenar adalah hargailah semua perkara yang ada kat dunia nie. Termasuklah :-
1- Mak Ayah
2- Family
3- Masa
4- Sahabat
5- Sekolah
6- Kampus
7- Guru
8- Dll.
Jangan kita menyesal di kemudian hari. Walaupun banyak perkara yang kita lalui, yang boleh mencacatkan nilai sesuatu itu. Tetapi sahabatku, ayuh bangun. Bangun dan bersyukur. Orang yang bersyukur adalah orang yang menghargai erti nilai sesesuatu perkara.
Fikirkan nilai itu, sebab kat kubur dan padang mahsyar lah nilai-nilai itu akan terbukti betapa bernilainya sebuah harga. Hanya orang yang faham akan faham, dan orang yang mencari faham yang akan memahami dengan izin Allah. Berbelit-belit post kali ni, asif semua. < ada masa dan ruang, insyaAllah akan dibaiki >
~ Setelah ku fahami erti nilai.
~ Betapa sayangNya padaku sentiasa.
~ Cintailah Ilahi.
Labels:
HiDUp
|
6
comments
Thursday, June 30, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..
Bila Allah tak nak bagi saya tulis, masa tu idea yang ada terus hilang. Tapi bila Allah izinkan saya menulis, apa yang harus saya tulis? Apa-apa yang bakal saya tulis ini adalah dengan izin Allah. Sudah lama saya tidak bercerita tentang cinta. Cinta yang membuatkan semua orang bahagia. Semalam, status Ukhti Saidah Nafisa di FB bercerita tentang cinta. Status Ukhti Saidah Nafisa ini kembali mengingatkan saya tentang cinta.
Hanya dengan cinta, manusia hidup dengan ceria. Ceria yang menyebabkan semua yang disekeliling kita bahagia. Termasuklah manusia, tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Kenapa kuasa cinta begitu mengasyikkan dan membuatkan manusia lupa pada kesakitan dan kesusahan? Kerana cinta adalah segala-galanya. Cintalah yang membuatkan kita lupa pada kepayahan. Cintalah yang menghilangkan segala kezaliman.
Bagaimana pula apabila seseorang mengatakan, cintalah penyebab kepada kemusnahan, kebencian, keresahan dan sebagainya? Saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Contoh paling mudah (cinta manusia) adalah apabila seseorang telah menolak lamaran cinta seseorang. Apakah yang menyebabkan seseorang yang ditolak lamaran itu terasa terluka? Adakah kerana perasaan cinta yang ditolak itu yang menyebabkan si dia terluka?
Tidak. Tidak sama sekali. Bukan perasaan cinta yang menyebabkan dia terluka, tetapi yang sebenarnya adalah perasaan tidak redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Mana mungkin orang yang redha dengan ketentuan Allah itu terasa terluka. Semestinya orang yang redha ini hatinya tenang sentiasa percaya dan yakin dengan janji Allah bahawa masih ada peluang untuk mencintai yang lebih baik dari yang dicintai sebelumnya.
Orang kata, bercakap memang senang. Ya, saya setuju. Tetapi apalah daya kita untuk terasa terluka sedangkan Allah sentiasa ada di sisi kita, memberikan kekuatan dan sokongan. Masih lagi terasa terluka? Nah, terbuktilah anda tidak mempunyai cinta di dalam hati. Tetapi yang ada di hati anda adalah nafsu semata- mata. Nafsu akan terluka apabila tidak dituruti katanya. Tetapi tidak dengan cinta.
Bagaimana kita melihat apabila seseorang yang ditolak lamaran itu mempunyai rasa cinta, dia akan meredhai ketentuan Allah itu kerana dia mencintai seseorang itu kerana Allah. Lantas dia tidak akan cuba untuk membunuh diri, dia tidak akan sesekali mempunyai penyakit murung, dia tidak akan membenci pada yang menolaknya kerana dia punyai rasa cinta itu.
Terbukti bukan? Ternyata kuasa cinta itu yang menjadikan dunia ini aman. Alangkah bagusnya jika kerajaan itu mempunyai rasa cinta, cinta akan rakyatnya, mendengar luahan hati rakyatnya. Alangkah bahagia jika semua perompak mempunyai rasa cinta, si perompak tidak akan merompak kerana cinta akan mangsanya. Alangkah indahnya jika saya, awak, kamu, mereka punyai rasa cinta kerana kita tidak akan saling menyakiti kerana saling mencintai.
Yang paling penting, cinta itu kerana Allah. Kerana cinta pada Allah. Cinta Allah yang membuatkan manusia cinta. Cinta Allah yang membuatkan manusia tenang, ceria, bahagia, gembira dan yang sama waktu dengannya. Mencintai Allah tidak akan kecewa. Mencintai Allah tidak akan sedih. Mencintai Allah tidak akan derita. Mencintai Allah tidak akan marah. Mencintai Allah menyebabkan kita sabar, kuat dan ikhlas. Mencintai Allah menyebabkan syurga terbuka luas untuk kita.
~ Alangkah nikmatnya jika dapat merasai cinta Allah.
~ 'Ya Allah, kurniakan kami taufiq hidayah-Mu untuk kami saling mencintai-MU'
~ Cintailah Ilahi. Cintailah aku ya Allah.
Labels:
cinTA
|
9
comments
Tuesday, June 28, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..
~ Chaiyyok2!!
~ Doa!
~ Cintailah Ilahi.
UsaHa - YAkiN = GAgaL
yAkiN - UsahA = GagaL
UsAha + YakIn = keJAyaAn..
~ Doa!
~ Cintailah Ilahi.
Labels:
HiDUp
|
0
comments
Monday, June 20, 2011
Bismillahirahmanirrahim..
Hidup ini sebagai pejuang.
Hidup ini sebagai pejuang.
Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..
Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..
Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..
Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..
Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..
Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..
Dan kini ku akur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..
Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..
Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..
Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..
Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..
Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..
Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..
Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..
Dan kini ku akur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..
Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..
Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..
~ Hakikat hidup.
20 june 2011 6.36 p.m
Labels:
HiDUp
|
0
comments
Thursday, June 16, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..
Kecewa sangat! Ayat ganaz skit, kecewa giler! Ayat sopan skit, Allahuakbar, kecewanya. Sesiapa yang pernah rasa kecewa baru leh cakap macam mana rupa kecewa. Kecewa dengan cinta, putus di tengah jalan. Apa yang dibuat, semua rasa tak kena. Sakit dalaman, hanya Allah yang tahu. Orang lain tak nampak. Hanya diri yang merasa. Kecewa bila apa yang kita mahu, tak dapat.Tuttt!!
Kecewa lagi bila, orang perkatakan tentang yang tidak benar mengenai kita. Lebih sakit bila apa yang mereka perkatakan disusuli dengan kata-kata nista. Sakit orang yang merasa tidak sama bagi sakit orang yang membaca ataupun orang yang mendengar. Sakit sangat. Dan, bila kita merasai sendiri kekecewaan itu. Nah, rasakan sendiri apa yang sahabat lain rasa bila mereka kecewa.
Dan semalam, saya merasainya. Kecewa bila test JPJ kandas. Bukit dan jalan raya. Bila test bukit dan kereta mengundur ke belakang. Hilang segala perasaan. Kecewa berjaya berada di tangga teratas. Nak menangis, air mata kering. Hanya mampu tersenyum untuk menghilangkan segala gundah. Ya, senyum adalah penawar yang paling mujarab. Walaupun dalam hati, hanya Allah yang tahu.
Di jalan raya, fokus hilang entah ke mana. Segala yang dipelajari, gagal menghadirkan diri dalam kepala. Semua itu menyebabkan saya kandas lagi! Tahniah! Yang ajaibnya, kecewanya hilang. Seyum, senyum, senyum. Mungkin ini dinamakan 'alah bisa tegal biasa'. Pertama kali kandas, yang kedua dah tak rasa apa. Inilah penangan kecewa itu.
Hikmahnya, monolog yang panjang berlangsung.
"Owh, inilah yang dikatakan kecewa. Beginilah rasa kecewa. Kekecewaan saya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat. Sahabat dihina dan dicaci. Sahabat, ada yang hatinya terputus. Dll."
"Oh Allah, terima kasih kerana memberikan rasa kecewa."
Pengajarannya, kita tak perlu melayan rasa kecewa kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita. Kecewa adalah satu ujian untuk hambaNya supaya lebih kuat dan teguh. Kecewalah yang menjadikan kita kebal dengan ujian. Tetapi untuk jadi kuat dan kebal ini bukanlah sesuatu yang mudah. Yang paling penting dan memudahkan kita jadi kebal adalah redha. Redha dengan segala ketentuanNya.
Nak rasa redha macam mana? Redha nilah menjadikan kita positif. Apabila kita positif, maknanya kita redha. Apabila kita redha, maknanya kita positif. Orang positif tak pernah mengeluh. Orang positif tak takut dengan gagal. Orang positif, apabila tidak menyukai sesuatu mereka diam. Diam mereka bukan diam membenci. Tetapi diam mereka, mencari di mana hikmah Allah. Untuk menjadikan dia redha dengan ujian. Dan semestinya menjadikan dia POSITIF.
Firman Allah SWT:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."
Khamis 16/6/2011 6:49 P.M.
Labels:
PeiNgataN
|
0
comments
Sunday, June 12, 2011
Bismilallahirrahamnirrahim..
Kali ni, nak cuba cerita yang pendek-pendek jer. Nak bercerita tentang dia. Dia yang sangat cuba menjadi orang baik. Tetapi, macam biasa. Untuk jadi orang baik bukanlah sesuatu yang senang bagi sesiapa jer. Hatta orang yang banyak ilmu sekalipun. Dan, dia ini adalah salah seorang yang cuba menjadi baik.
Halangan yang dihadapi seperti orang dewasa biasa. Mujahadah yang tinggi sangat diperlukan olehnya. Adilnya Allah, memberi sesuatu ujian berbentuk sesuatu yang memerlukan mujahadah yang tinggi mengikut kemampuan hambaNya. Ternyata menjadi pilihan kepada hambaNya, samada mahu menghadapi atau mengabaikan kemampuan tersebut.
Yakni, bilamana seseorang itu menghargai kemampuannya bermujahadah. Maka, segala macam perkara yang dihadapinya ditempuhi dengan bersungguh-sungguh. Manakala, bilamana seseorang itu tidak menghargai kemampuan yang telah diberi oleh Allah itu. Maka, segala macam rasa malas, lemah, lemau, lalai, leka, ralit, akan hadir dalam dirinya. Sangat-sangat menzalimi diri dan tidak bersyukur dengan pemberian Allah.
Segalanya dikatakan tidak mampu. Hanya tahu mengeluh, tanpa membuat sesuatu tindakan. Hatta, sekadar ingin minum air atau makan nasi masih mengharapkan orang untuk menyuapnya. Dan, si dia itu tidak mahu kelemahan itu berlaku. Sedaya upaya, dia cuba berusaha bermujahadah.
Kerana dia tahu, Allah tidak akan menyukai orang-orang yang tidak bersyukur. Kerana dia tahu, Allah pasti murka kepadanya jika dia berbuat demikian. Kerana dia tahu, jalan ke syurga mahupun ke neraka. Maka, dia pilih berusaha bermujahadah walaupun hakikatnya jalan mujahadah itu perit.
~ Semata-mata mahu mendapatkan keredhaan Allah.
~ Allah pasti menolong dia.
~ Ya Allah, bantulah dia dan kami semua.
![]() |
| Chaiyyok adikku!! |
Labels:
HiDUp
|
3
comments
"Adik, nak jadi lelaki soleh tak?"
"Nak, tapi susah akhi.."
"Susah ke?"
"Adik tahu tak, dengan menangis je adik boleh jadi lelaki soleh.."
"Dengan marah pun, adik boleh jadi lelaki soleh.." (Senyum)
~~~~
Lelaki soleh,
Bicaranya hanya kerana Allah.
Lelaki soleh,
Marahnya hanya kerana Allah.
Lelaki soleh,
Gelak tawanya hanya kerana Allah.
Lelaki soleh tidak akan sesekali mempertikai apa yang berlaku,
Walaupun yang dihadapi sepahit hempedu.
Lelaki soleh tidak akan sesekali mempamerkan kekecewaan,
Walaupun yang dialaminya itu suatu 'kesakitan' yang dahsyat.
Lelaki soleh hanya tahu berwajah tenang,
Di saat diri dihimpit kezaliman.
Lelaki soleh hanya tahu tersenyum,
Di saat diri dianiaya manusia.
Kesukaran yang datang,
Diucapnya sabar.
Kepayahan yang datang,
Dilaluinya dengan redha.
Ketika didatangkan ujian,
Dilafaznya syukur.
Ketika dirinya tidak lagi mampu bertahan,
Dihadirkan dalam hatinya Tuhan.
Setiap saat,
Penemannya Allah.
Setiap detik,
Yang dirindunya Allah.
Setiap waktu,
Hanya untuk Allah.
Yang dicari,
Hanya CINTA ALLAH.
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan"[al-Nahl : 97].
Labels:
HiDUp
|
0
comments
Saturday, June 4, 2011
"Adik, nak jadi wanita solehah tak?"
"Nak, tapi susah kak.."
"Susah ke?" (Senyum)
"Adik tahu tak, dengan menangis je adik boleh jadi wanita solehah.."
"Dengan marah pun, adik boleh jadi wanita solehah.." (Senyum)
~~~~
Wanita solehah,
Menangisnya hanya kerana Allah.
Wanita solehah,
Marahnya hanya kerana Allah.
Wanita solehah,
Gelak tawanya hanya kerana Allah.
Wanita solehah tidak akan sesekali mempertikai apa yang berlaku,
Walaupun yang dihadapi sepahit hempedu.
Wanita solehah tidak akan sesekali mempamerkan kekecewaan,
Walaupun yang dialaminya itu suatu 'kesakitan' yang dahsyat.
Wanita solehah hanya tahu berwajah tenang,
Di saat diri dihimpit kezaliman.
Wanita solehah hanya tahu tersenyum,
Di saat diri dianiaya manusia.
Kesukaran yang datang,
Diucapnya sabar.
Kepayahan yang datang,
Dilaluinya dengan redha.
Ketika didatangkan ujian,
Dilafaznya syukur.
Ketika dirinya tidak lagi mampu bertahan,
Dihadirkan dalam hatinya Tuhan.
Setiap saat,
Penemannya Allah.
Setiap detik,
Yang dirindunya Allah.
Setiap waktu,
Hanya untuk Allah.
Yang dicari,
Hanya CINTA ALLAH.
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan"[al-Nahl : 97].
![]() |
| Idaman kalbu |
~ Cintailah Ilahi
Labels:
HiDUp
|
0
comments
Tuesday, May 24, 2011
Bismillahirahmanirrahim..
Dah beberapa kali buka bahagian 'edit post ni', tapi hari ni baru sempat mengarang. InsyaAllah akan cuba mengarang hingga noktah terakhir. Ye la, dah lama tak beri peringatan pada diri. Apa yang kita tulis, apa yang kita ucap, apa yang kita buat, sebenarnya merupakan peringtan. Jika berlaku kesalahan, akan kita perbaiki. Jika tiada kesalahan (harapan tipis) kita akan cuba upgradekan lagi amalan kita seharian. Allahuakbar. Dan hari ini, apabila diberi peluang olehNya, gunakan sebaik mungkin. Mulanya nak maklumkan, penggunaan bahasa 'aku' akan ditukarkan kepada 'saya'. Mungkin antum terfikir, perlu ke semua ni? Ya, amat perlu bagi saya. Hanya pengguna yang boleh tahu apa yang dia rasa semasa menggunakan perkataan aku ataupun saya. Rasa apa yer? Hmm. Sebenarnya perbezaan penggunaan aku mahupun saya tidaklah memberi kesan yang besar pada pengguna. Sekadar ingin mencuba menjadi lebih baik. =)
Ingatan kali ini adalah berkisar kepada teguran yang membina. Sangat tertarik dengan status Ustaz Zaharuddin mengenai sindiran. Kata beliau,
"Pengalaman ramai menunjukkan 'sindiran' di zaman manusia cepat marah & krg common sense, bukanlah satu method yg terbaik dlm usaha dakwah, ajakan kebaikan & cegahan kemungkaran. Ia lebih mudah menambah benci & hanya memuaskan hati amarah yg menyindir shj. Walau adakalanya ia boleh bawa kesedaran tapi dlm bentuk yg pedih. Baiklah nasihat secara jelas shj."
Status ini sangat sesuai bagi sesiapa yang bergelar dai'e. Apabila bergelar dai'e, seharusnya mereka-mereka ini bertemu dan berjumpa dengan ramai orang. Semestinya, insan-insan ini mempunyai pelbagai ragam. Lebih-lebih lagi, zaman yang kita hadapi sekarang ini amatlah mencabar kerana manusia sudah tidak mengenali tuhan mereka. Oleh itu, mereka yang bergelar dai'e inilah yang berperanan dalam menemukan insan-insan ini dengan Tuhan yang menciptakan. Dalam masa yang sama, kaedah komunikasi yang berkesan amatlah diperlukan. Walaupun kita tahu berbicara, tetapi belum tentu bicara kita sampai ke hati pendengar.
Kalau zaman dahulu, kaedah sindiran sentiasa di gunakan oleh nenek moyang kita. Maka terbitlah ilmu kiasan (majazi). Iaitu ilmu yang mengungkapkan sesuatu ayat yang mempunyai maksud yang mendalam. Ataupun ilmu yang mempunyai dua maksud. Saya di sini bukanlah orang yang mahir untuk berbicara tentang ilmu tersebut. Tetapi ingin dijelaskan di sini, suasana dulu dan sekarang sangatlah berbeza. Kalau dulu, kita akan ditegur oleh ibubapa dengan kata-kata sindiran yang membolehkan kita berfikir kembali makna sebenar yang ingin di sampaikan oleh mereka. Tapi kini, sindiran itu kadang-kadang membengkakkan hati yang keras.
Kata-kata ustaz ini sangat bermakna. Oleh kerana perubahan zaman yang luar biasa, yakni manusia sudah tidak mampu berfikir secara waras. Para dai'e haruslah mengubah kaedah meyampaikan yang bersesuaian dengan zaman. Seperti juga batu. Walaupun ianya keras, tetapi ia juga boleh dilekukkan dengan air yang lembut. Analoginya, dai'elah air tersebut. Gunakan nasihat yang jelas tetapi dalam keadaan lembut. Hadirkanlah rasa kasih sayang kita kepada mad'u kita. Sambungkanlah hati-hati kita dengan mereka dengan kasih sayang Allah. Pasti kita akan merasai nikmat kasih sayang Allah secara bersama.
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk."[An-Nahlu : 125]
![]() |
| Tegurlah dengan kasih sayang =) |
~ Cintailah Ilahi. =)
Thursday, May 12, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,
Bila Dia diingati,
Segala kerja menjadi.
Yang susah jadi senang.
Yang senang makin senang.
Kalau dulu penghibur lara.
Kini bertukar pencinta Pencipta.
Semakin banyak di uji.
Semakin dekat di hati.
Kalau dulu tiada cinta.
Kini penuh dengan cinta.
Kalau dulu sayang di mulut.
Tapi kini sayang di hati.
Bila mana diri disayangi.
Pasti yang datang adalah kasih sayang.
Bila mana diri membenci.
Pasti yang kembali, amarah yang berpanjangan.
Ayuh diri, bangkit segera.
Jadilah panglima di dunia.
Agar dapat bidadari di syurga.
Menjadi yang tercinta.
Ayuh diri, usah berduka.
Panglima di dunia kau penolongnya.
Agar bidadari syurga cemburu pada dikau.
Kerana dikau yang diredhai Allah sentiasa.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Imran:31]
~CintailahIlahi.
~Allah Maha Besar.
~Puisi cinta untuk yang dicinta.
Bila Dia diingati,
Segala kerja menjadi.
Yang susah jadi senang.
Yang senang makin senang.
Kalau dulu penghibur lara.
Kini bertukar pencinta Pencipta.
Semakin banyak di uji.
Semakin dekat di hati.
Kalau dulu tiada cinta.
Kini penuh dengan cinta.
Kalau dulu sayang di mulut.
Tapi kini sayang di hati.
Bila mana diri disayangi.
Pasti yang datang adalah kasih sayang.
Bila mana diri membenci.
Pasti yang kembali, amarah yang berpanjangan.
Ayuh diri, bangkit segera.
Jadilah panglima di dunia.
Agar dapat bidadari di syurga.
Menjadi yang tercinta.
Ayuh diri, usah berduka.
Panglima di dunia kau penolongnya.
Agar bidadari syurga cemburu pada dikau.
Kerana dikau yang diredhai Allah sentiasa.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Imran:31]
![]() |
| Cinta Allah |
~CintailahIlahi.
~Allah Maha Besar.
~Puisi cinta untuk yang dicinta.
Labels:
cinTA
|
0
comments
Sunday, May 1, 2011
Bismillahrahmanirrahim,
walau ia sepahit peria,
Kalau tak sabar, tak dapat JUMPA DIA.
~Sabar untuk esok.
~Sabar walaupun tak layak untuk bersabar.
~Sabar selagi masih bernyawa.
Labels:
PeiNgataN
|
3
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Like3
UStaZ-uSTaz
-
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah - “Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and Political The...4 months ago
-
Nigerian workers strike over cost of living crisis - [ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]2 years ago
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 - 万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 新华社郑州8月17日电(记者双瑞)记者从河南省高级人民法院获悉,自2020年9月1日起,河南将...5 years ago
-
Peringatan buat para isteri - Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata belia...15 years ago
-
Popular Posts
-
Bismillahrahmanirrahim, walau ia sepahit peria, Kalau tak sabar, tak dapat JUMPA DIA. ~Sabar untuk esok. ~Sabar walaupun tak layak...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Melihat pada tajuk post ni, macam menakutkan je. Tapi betul-betul nak tahu kan? Nak jadi hamba Allah yang baik...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Tanggal 8 Oktober 2011, seorang budak kecik yang comel macam Anna Altafunnisa telah datang ke rumah saya. Datan...
-
Bismillahirahamanirrahim. Salamun 'alaik. Lamo x nulih, istimewo hok nih. Hanyo hok pehe ja, buleh pehe. Tok rajin lagi nulih ko kelate ...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Bila Allah tak nak bagi saya tulis, masa tu idea yang ada terus hilang. Tapi bila Allah izinkan saya menulis, ap...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.w. Tadi, ada seorang adik aku, dia mi...
-
Bismillahirahmanirrahim.. Dah beberapa kali buka bahagian 'edit post ni', tapi hari ni baru sempat mengarang. InsyaAllah akan cuba ...
-
Assalamualaikum. Setahun lebih x nulis. Nikmat nulis kena tarik, Mungkin sbb dosa. Ni nyo mari nok nulis plok.. InsyaAllah nok nulis se...
-
Bismillahirahmanirrahim.. Cerita dalam cerita akan dikongsi di sini, semoga ianya menjadi pengajaran dan teladan buat kita semua. (...
-
Bismilllahirrahmanirrahim.. "Ya Allah, kami mohon peliharaan-Mu dan kami mohon mempertaruhkan agama kami dan diri sendiri dan ...
















