Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

Labels

Sape tu?

Blogroll

Thursday, August 11, 2011

Bismillahirahmanirrahim.

Sahabat, hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa. Bermakna lagi 27 hari tiggal berbaki. Dalam menelurusi hari-hari dalam ramadhan yang telah berlalu, kita seharusnya bersyukur kerana masih berpeluang untuk menghayatinya pada tahun 1432 Hijrah ini. Jika dibandingkan dengan hamba-hamba Allah di luar sana, ada yang pergi menghadap-Nya sebelum sempat Ramadhan tahun ini menyapa dalam masa beberapa bulan selepas Ramadhan tahun lalu pergi. Beruntungkan kita?

Sahabat, sudahkah kamu memasang niat pada hari pertama Ramadhan tahun ini? Niat untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Masih belum terlambat untuk berniat memohon kepada Rabbul ‘Alamin agar diberi taufiq dan hidayah-Nya dalam bulan Ramadhan kali ini. Sesungguhnya beruntunglah mereka-mereka yang dikurniakan anugerah itu.

Sahabat, jika kita merenung kembali masa lalu kita. Mengingati detik-detik yang berlalu tanpa apa-apa amalan yang kita lalukan untuk menampung jumlah dosa yang semakin bertambah sehari demi sehari selepas Ramadhan lalu berakhir. Apakah mungkin dapat menebusnya kembali untuk kesilapan lalu. Renungkanlah dosa itu untuk dihitung, berapakah yang masih berbaki untuk ditebus dengan air mata penyesalan pada bulan mulia ini. Renungkanlah.

Sahabat, merintihlah dengan nama Tuhan-Mu dengan penuh kehinaan mengharapkan pengampunan dari Allah yang Maha Pengampun segala dosa. Merayulah kepada Tuhan-Mu agar diberi keampunan-Nya untukmu yang hanya seorang hamba yang hina. Ampunkanlah aku ya Allah, ampunkanlah aku ya Allah.

~ Cintailah Ilahi.
~ Bersambung...
                                                                                                   3 ogos 2011 6.12 A.M

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni 9 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 9 ogos 2011. Bermakna sudah masuk hari kesembilan kita berpuasa. Maka 9 hari jugalah segala dosa-dosa lalu bermain-main di kepala. Tidak terhitung hanya dengan jari, malah dikira dengan jari kaki pun masih tidak dapat menampung dosa-dosa yang kita lakukan pada 11 bulan yang lalu selepas bulan pengampunan tahun 1431 H berlalu.

Sahabat, masih terbayangkah saat-saat terjadinya peristiwa-peristiwa yang memalukan yakni kejadian-kejadian dosa yang kita lakukan itu? Ataukah masih tidak terasa apa-apa kerana yang terbayang hanya saat gembira yang berlegar-legar di kotak pemikiran? Nauzubillah. Mohon dijauhkan. Cuba anda bayangkan saat anda menjadi seorang yang sangat pemarah pada ketika itu.

Marah kerana orang yang dihadapan anda mengatakan sesuatu perkara yang anda tidak suka mendengarnya. Ataupun marah kerana barang anda dicuri. Ataupun marah kerana ada orang yang menggangu mood study anda. Bayangkan. Bayangkan. Mustahil sepanjang 11 bulan yang lalu anda tidak pernah memarahi sesiapa walaupun hanya sekadar lintasan dalam hati. Bayangkan.

Cuba ingat lagi saat itu, apa yang bermain di kepala ketika itu? Sumpah seranah. Caci maki. Benci membenci. Berharap agar tidak akan berjumpa dengan orang yang anda marah. Tertanya-tanya kenapa anda mesti berhadapan dengan orang seperti itu. Mendoakan agar si dia mendapat pembalasan di dunia dan akhirat. MasyaAllah. Anda pernah terlibat dengan situasi tersebut?

Jika anda pernah terlibat, bermakna anda adalah insan normal yang dikurniakan nafsu amarah. Bersyukurlah. Tetapi bagaimana cara anda menghadapi situasi yang sudah berlaku itu? Adakah anda menggunakan kurniaan Allah itu dengan cara yang betul? Jika anda menghadapinya dengan istighfar dan taubat, maka beruntunglah anda.

Tetapi jika hingga ke saat ini anda masih tidak dapat melupakan peristiwa itu, malah amarah itu bertukar menjadi dendam. Nahas anda. Anda kini berada dalam zon bahaya. Zon yang bakal menghampirkan anda dengan neraka. Mohon dijauhkan. Walaupun demikian, anda masih lagi beruntung. Masih lagi menjadi kesayangan Allah, jika anda menghargai Ramadhan ini.

Masih lagi berbaki 21 hari untuk membaiki segala jalan yang anda telah lalui. Maafkanlah kesalahan insan itu. Jadilah anda orang yang memaafkan kerana Allah sangat menyukai sifat tersebut. Jika anda berjaya berbuat demikian pada hari ini, tahniah saya ucapkan. Anda telah berjaya melalui ujian amarah. Ujian yang julung-julung kali diadakan oleh Allah. Hanya untuk hambaNya.

Pasti anda kini sedang merasai kemanisan kemenangan keberjayaan anda dalam menghadapi ujian tersebut. Tanda orang yang berjaya dalam ujian adalah anda redha dengan apa yang terjadi walaupn diri anda malu dengan kejadian tersebut. Ingatlah, kita bukan siapa-siapa di kalangan manusia. Kita hanyalah manusia biasa di sisi manusia lain dan hamba yang hina di sisi Allah s.w.t.

~ Cintailah Ilahi.
~ Bersambung...                                                                                 9 Ogos 2011 9.59 AM



Friday, July 15, 2011
Bismillahirahmanirrahim..


Suatu yang berharga tidak pernah disedari akan nilainya. Suatu yang biasa, tetapi nampak bernilai tetap tidak akan berharga. Seseorang bermati-matian untuk mendapatkan apa yang dirasakan bernilai apabila dia sedar akan harga itu. Tetapi seringkali seseorang lupa akan nilai yang sebenar bagi sesuatu yang berharga. Pusing-pusing perkataan yang sama, tetapi mempunyai maksud yang berlainan. Itulah nilai sebuah harga. @_@


Seseorang yang menghargai sesuatu yang tahu akan nilai harga yang sebenar sesuatu itu, pasti mempunyai nilai mujahadah yang tinggi. Sebagai contoh, seorang ayah mengetahui anaknya dalam bahaya. Pastinya ayah itu sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk menyelamatkan anaknya.  Mujahadah dalam melawan musuh-musuh, pasti akan ada ganjarannya.

Point yang sebenar adalah hargailah semua perkara yang ada kat dunia nie. Termasuklah :-

1- Mak Ayah
2- Family
3- Masa
4- Sahabat
5- Sekolah
6- Kampus
7- Guru
8- Dll.

Jangan kita menyesal di kemudian hari. Walaupun banyak perkara yang kita lalui, yang boleh mencacatkan nilai sesuatu itu. Tetapi sahabatku, ayuh bangun. Bangun dan bersyukur. Orang yang bersyukur adalah orang yang menghargai erti nilai sesesuatu perkara. 

Fikirkan nilai itu, sebab kat kubur dan padang mahsyar lah nilai-nilai itu akan terbukti betapa bernilainya sebuah harga. Hanya orang yang faham akan faham, dan orang yang mencari faham yang akan memahami dengan izin Allah. Berbelit-belit post kali ni, asif semua. < ada masa dan ruang, insyaAllah akan dibaiki >

~ Setelah ku fahami erti nilai.
~ Betapa sayangNya padaku sentiasa.
~ Cintailah Ilahi. 
Thursday, June 30, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Bila Allah tak nak bagi saya tulis, masa tu idea yang ada terus hilang. Tapi bila Allah izinkan saya menulis, apa yang harus saya tulis? Apa-apa yang bakal saya tulis ini adalah dengan izin Allah. Sudah lama saya tidak bercerita tentang cinta. Cinta yang membuatkan semua orang bahagia. Semalam, status Ukhti Saidah Nafisa di FB bercerita tentang cinta. Status Ukhti Saidah Nafisa ini kembali mengingatkan saya tentang cinta.

Hanya dengan cinta, manusia hidup dengan ceria. Ceria yang menyebabkan semua yang disekeliling kita bahagia. Termasuklah manusia, tumbuhan, haiwan  dan sebagainya. Kenapa kuasa cinta begitu mengasyikkan dan membuatkan manusia lupa pada kesakitan dan kesusahan? Kerana cinta adalah segala-galanya. Cintalah yang membuatkan kita lupa pada kepayahan. Cintalah yang menghilangkan segala kezaliman.

Bagaimana pula apabila seseorang mengatakan, cintalah penyebab kepada kemusnahan, kebencian, keresahan dan sebagainya? Saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Contoh paling mudah (cinta manusia) adalah apabila seseorang telah menolak lamaran cinta seseorang. Apakah yang menyebabkan seseorang yang ditolak lamaran itu terasa terluka? Adakah kerana perasaan cinta yang ditolak itu yang menyebabkan si dia terluka?

Tidak. Tidak sama sekali. Bukan perasaan cinta yang menyebabkan dia terluka, tetapi yang sebenarnya adalah perasaan tidak redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Mana mungkin orang yang redha dengan ketentuan Allah itu terasa terluka. Semestinya orang yang redha ini hatinya tenang sentiasa percaya dan yakin dengan janji Allah bahawa masih ada peluang untuk mencintai yang lebih baik dari yang dicintai sebelumnya. 

Orang kata, bercakap memang senang. Ya, saya setuju. Tetapi apalah daya kita untuk terasa terluka sedangkan Allah sentiasa ada di sisi kita, memberikan kekuatan dan sokongan. Masih lagi terasa terluka? Nah, terbuktilah anda tidak mempunyai cinta di dalam hati. Tetapi yang ada di hati anda adalah nafsu semata- mata. Nafsu akan terluka apabila tidak dituruti katanya. Tetapi tidak dengan cinta.

Bagaimana kita melihat apabila seseorang yang ditolak lamaran itu mempunyai rasa cinta, dia akan meredhai ketentuan Allah itu kerana dia mencintai seseorang itu kerana Allah. Lantas dia tidak akan cuba untuk membunuh diri, dia tidak akan sesekali mempunyai penyakit murung, dia tidak akan membenci pada yang menolaknya kerana dia punyai rasa cinta itu.

Terbukti bukan? Ternyata kuasa cinta itu yang menjadikan dunia ini aman. Alangkah bagusnya jika kerajaan itu mempunyai rasa cinta, cinta akan rakyatnya, mendengar luahan hati rakyatnya. Alangkah bahagia jika semua perompak mempunyai rasa cinta, si perompak tidak akan merompak kerana cinta akan mangsanya. Alangkah indahnya jika saya, awak, kamu, mereka punyai rasa cinta kerana kita tidak akan saling menyakiti kerana saling mencintai.

Yang paling penting, cinta itu kerana Allah. Kerana cinta pada Allah. Cinta Allah yang membuatkan manusia cinta. Cinta Allah yang membuatkan manusia tenang, ceria, bahagia, gembira dan yang sama waktu dengannya. Mencintai Allah tidak akan kecewa. Mencintai Allah tidak akan sedih. Mencintai Allah tidak akan derita. Mencintai Allah tidak akan marah. Mencintai Allah menyebabkan kita sabar, kuat dan ikhlas.  Mencintai Allah menyebabkan syurga terbuka luas untuk kita.

~ Alangkah nikmatnya jika dapat merasai cinta Allah.
~ 'Ya Allah, kurniakan kami taufiq hidayah-Mu untuk kami saling mencintai-MU'
~ Cintailah Ilahi. Cintailah aku ya Allah. 

Tuesday, June 28, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..



UsaHa - YAkiN = GAgaL
yAkiN - UsahA = GagaL
UsAha + YakIn = keJAyaAn..


~ Chaiyyok2!!
~ Doa!
~ Cintailah Ilahi.
Monday, June 20, 2011
Bismillahirahmanirrahim..


Hidup ini sebagai pejuang.




Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..

Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..

Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..

Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..

Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..

Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..

Dan kini ku akur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..

Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..

Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..

~ Hakikat hidup.
                                                                                  20 june 2011 6.36 p.m

Thursday, June 16, 2011
Bismillahirrahmanirrahim..
Kecewa sangat! Ayat ganaz skit, kecewa giler! Ayat sopan skit, Allahuakbar, kecewanya. Sesiapa yang pernah rasa kecewa baru leh cakap macam mana rupa kecewa. Kecewa dengan cinta, putus di tengah jalan. Apa yang dibuat, semua rasa tak kena. Sakit dalaman, hanya Allah yang tahu. Orang lain tak nampak. Hanya diri yang merasa. Kecewa bila apa yang kita mahu, tak dapat.Tuttt!!

Kecewa lagi bila, orang perkatakan tentang yang tidak benar mengenai kita. Lebih sakit bila apa yang mereka perkatakan disusuli dengan kata-kata nista. Sakit orang yang merasa tidak sama bagi sakit orang yang membaca ataupun orang yang mendengar. Sakit sangat. Dan, bila kita merasai sendiri kekecewaan itu. Nah, rasakan sendiri apa yang sahabat lain rasa bila mereka kecewa.

Dan semalam, saya merasainya. Kecewa bila test JPJ kandas. Bukit dan jalan raya. Bila test bukit dan kereta mengundur ke belakang. Hilang segala perasaan. Kecewa berjaya berada di tangga teratas. Nak menangis, air mata kering. Hanya mampu tersenyum untuk menghilangkan segala gundah. Ya, senyum adalah penawar yang paling mujarab. Walaupun dalam hati, hanya Allah yang tahu.

Di jalan raya, fokus hilang entah ke mana. Segala yang dipelajari, gagal menghadirkan diri dalam kepala. Semua itu menyebabkan saya kandas lagi! Tahniah! Yang ajaibnya, kecewanya hilang. Seyum, senyum, senyum. Mungkin ini dinamakan 'alah bisa tegal biasa'. Pertama kali kandas, yang kedua dah tak rasa apa. Inilah penangan kecewa itu. 

 Hikmahnya, monolog yang panjang berlangsung. 
"Owh, inilah yang dikatakan kecewa. Beginilah rasa kecewa. Kekecewaan saya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat. Sahabat dihina dan dicaci. Sahabat, ada yang hatinya terputus. Dll."
"Oh Allah, terima kasih kerana memberikan rasa kecewa."

Pengajarannya, kita tak perlu melayan rasa kecewa kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita. Kecewa adalah satu ujian untuk hambaNya supaya lebih kuat dan teguh. Kecewalah yang menjadikan kita kebal dengan ujian. Tetapi untuk jadi kuat dan kebal ini bukanlah sesuatu yang mudah. Yang paling penting dan memudahkan kita jadi kebal adalah redha. Redha dengan segala ketentuanNya. 

Nak rasa redha macam mana? Redha nilah menjadikan kita positif. Apabila kita positif, maknanya kita redha. Apabila kita redha, maknanya kita positif. Orang positif tak pernah mengeluh. Orang positif tak takut dengan gagal. Orang positif, apabila tidak menyukai sesuatu mereka diam. Diam mereka bukan diam membenci. Tetapi diam mereka, mencari di mana hikmah Allah. Untuk menjadikan dia redha dengan ujian. Dan semestinya menjadikan dia POSITIF.  


 Firman Allah SWT: 
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."
[Al-Imran : 139]

....
~ Cari hikmah.
~ Redha dengan ujian.
~ BE POSITIVE!! ^_^v
                                                                                        Khamis 16/6/2011 6:49 P.M.
Sunday, June 12, 2011
Bismilallahirrahamnirrahim..

Kali ni, nak cuba cerita yang pendek-pendek jer. Nak bercerita tentang dia. Dia yang sangat cuba menjadi orang baik. Tetapi, macam biasa. Untuk jadi orang baik bukanlah sesuatu yang senang bagi sesiapa jer. Hatta orang yang banyak ilmu sekalipun. Dan, dia ini adalah salah seorang yang cuba menjadi baik. 


Halangan yang dihadapi seperti orang dewasa biasa. Mujahadah yang tinggi sangat diperlukan olehnya. Adilnya Allah, memberi sesuatu ujian berbentuk sesuatu yang memerlukan mujahadah yang tinggi mengikut kemampuan hambaNya. Ternyata menjadi pilihan kepada hambaNya, samada mahu menghadapi atau mengabaikan kemampuan tersebut. 

Yakni, bilamana seseorang itu menghargai kemampuannya bermujahadah. Maka, segala macam perkara yang dihadapinya ditempuhi dengan bersungguh-sungguh. Manakala, bilamana seseorang itu tidak menghargai kemampuan yang telah diberi oleh Allah itu. Maka, segala macam rasa malas, lemah, lemau, lalai, leka, ralit, akan hadir dalam dirinya. Sangat-sangat menzalimi diri dan tidak bersyukur dengan pemberian Allah. 

Segalanya dikatakan tidak mampu. Hanya tahu mengeluh, tanpa membuat sesuatu tindakan. Hatta, sekadar ingin minum air atau makan nasi masih mengharapkan orang untuk menyuapnya. Dan, si dia itu tidak mahu kelemahan itu berlaku. Sedaya upaya, dia cuba berusaha bermujahadah. 

Kerana dia tahu, Allah tidak akan menyukai orang-orang yang tidak bersyukur. Kerana dia tahu, Allah pasti murka kepadanya jika dia berbuat demikian. Kerana dia tahu, jalan ke syurga mahupun ke neraka. Maka, dia pilih berusaha bermujahadah walaupun hakikatnya jalan mujahadah itu perit. 

~ Semata-mata mahu mendapatkan keredhaan Allah.
~ Allah pasti menolong dia.
~ Ya Allah, bantulah dia dan kami semua.

Chaiyyok adikku!!
"Adik, nak jadi lelaki soleh tak?"

"Nak, tapi susah akhi.."

"Susah ke?" 

"Adik tahu tak, dengan menangis je adik boleh jadi lelaki soleh.."

"Dengan marah pun, adik boleh jadi lelaki soleh.." (Senyum)

~~~~

Lelaki soleh,
Bicaranya hanya kerana Allah.

Lelaki soleh,
Marahnya hanya kerana Allah.

Lelaki soleh,
Gelak tawanya hanya kerana Allah.

Lelaki soleh tidak akan sesekali mempertikai apa yang berlaku,
Walaupun yang dihadapi sepahit hempedu.

Lelaki soleh tidak akan sesekali mempamerkan kekecewaan,
Walaupun yang dialaminya itu suatu 'kesakitan' yang dahsyat.

Lelaki soleh hanya tahu berwajah tenang,
Di saat diri dihimpit kezaliman.

Lelaki soleh hanya tahu tersenyum,
Di saat diri dianiaya manusia.

Kesukaran yang datang,
Diucapnya sabar.

Kepayahan yang datang,
Dilaluinya dengan redha.

Ketika didatangkan ujian,
Dilafaznya syukur.

Ketika dirinya tidak lagi mampu bertahan,
Dihadirkan dalam hatinya Tuhan.

Setiap saat,
Penemannya Allah.

Setiap detik,
Yang dirindunya Allah.

Setiap waktu,
Hanya untuk Allah.

Yang dicari,
Hanya CINTA ALLAH.

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan"[al-Nahl : 97].


Saturday, June 4, 2011
"Adik, nak jadi wanita solehah tak?"

"Nak, tapi susah kak.."

"Susah ke?" (Senyum)
"Adik tahu tak, dengan menangis je adik boleh jadi wanita solehah.."
"Dengan marah pun, adik boleh jadi wanita solehah.." (Senyum)

~~~~

Wanita solehah,
Menangisnya hanya kerana Allah.
Wanita solehah,
Marahnya hanya kerana Allah.
Wanita solehah,
Gelak tawanya hanya kerana Allah.

Wanita solehah tidak akan sesekali mempertikai apa yang berlaku,
Walaupun yang dihadapi sepahit hempedu.

Wanita solehah tidak akan sesekali mempamerkan kekecewaan,
Walaupun yang dialaminya itu suatu 'kesakitan' yang dahsyat.

Wanita solehah hanya tahu berwajah tenang,
Di saat diri dihimpit kezaliman.

Wanita solehah hanya tahu tersenyum,
Di saat diri dianiaya manusia.

Kesukaran yang datang,
Diucapnya sabar.

Kepayahan yang datang,
Dilaluinya dengan redha.

Ketika didatangkan ujian,
Dilafaznya syukur.

Ketika dirinya tidak lagi mampu bertahan,
Dihadirkan dalam hatinya Tuhan.

Setiap saat,
Penemannya Allah.

Setiap detik,
Yang dirindunya Allah.

Setiap waktu,
Hanya untuk Allah.

Yang dicari,
Hanya CINTA ALLAH.

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan"[al-Nahl : 97].

Idaman kalbu
~ Cintailah Ilahi
Tuesday, May 24, 2011
Bismillahirahmanirrahim..

Dah beberapa kali buka bahagian 'edit post ni', tapi hari ni baru sempat mengarang. InsyaAllah akan cuba mengarang hingga noktah terakhir. Ye la, dah lama tak beri peringatan pada diri. Apa yang kita tulis, apa yang kita ucap, apa yang kita buat, sebenarnya merupakan peringtan. Jika berlaku kesalahan, akan kita perbaiki. Jika tiada kesalahan (harapan tipis) kita akan cuba upgradekan lagi amalan kita seharian. Allahuakbar. Dan hari ini, apabila diberi peluang olehNya, gunakan sebaik mungkin. Mulanya nak maklumkan, penggunaan bahasa 'aku' akan ditukarkan kepada 'saya'. Mungkin antum terfikir, perlu ke semua ni? Ya, amat perlu bagi saya. Hanya pengguna yang boleh tahu apa yang dia rasa semasa menggunakan perkataan aku ataupun saya. Rasa apa yer? Hmm. Sebenarnya perbezaan penggunaan aku mahupun saya tidaklah memberi kesan yang besar pada pengguna. Sekadar ingin mencuba menjadi lebih baik. =)

Ingatan kali ini adalah berkisar kepada teguran yang membina. Sangat tertarik dengan status Ustaz Zaharuddin mengenai sindiran. Kata beliau,

"Pengalaman ramai menunjukkan 'sindiran' di zaman manusia cepat marah & krg common sense, bukanlah satu method yg terbaik dlm usaha dakwah, ajakan kebaikan & cegahan kemungkaran. Ia lebih mudah menambah benci & hanya memuaskan hati amarah yg menyindir shj. Walau adakalanya ia boleh bawa kesedaran tapi dlm bentuk yg pedih. Baiklah nasihat secara jelas shj."

Status ini sangat sesuai bagi sesiapa yang bergelar dai'e. Apabila bergelar dai'e, seharusnya mereka-mereka ini bertemu dan berjumpa dengan ramai orang. Semestinya, insan-insan ini mempunyai pelbagai ragam. Lebih-lebih lagi, zaman yang kita hadapi sekarang ini amatlah mencabar kerana manusia sudah tidak mengenali tuhan mereka. Oleh itu, mereka yang bergelar dai'e inilah yang berperanan dalam menemukan insan-insan ini dengan Tuhan yang menciptakan. Dalam masa yang sama, kaedah komunikasi yang berkesan amatlah diperlukan. Walaupun kita tahu berbicara, tetapi belum tentu bicara kita sampai ke hati pendengar. 

Kalau zaman dahulu, kaedah sindiran sentiasa di gunakan oleh nenek moyang kita. Maka terbitlah ilmu kiasan (majazi). Iaitu ilmu yang mengungkapkan sesuatu ayat yang mempunyai maksud yang mendalam. Ataupun ilmu yang mempunyai dua maksud. Saya di sini bukanlah orang yang mahir untuk berbicara tentang ilmu tersebut. Tetapi ingin dijelaskan di sini, suasana dulu dan sekarang sangatlah berbeza. Kalau dulu, kita akan ditegur oleh ibubapa dengan kata-kata sindiran yang membolehkan kita berfikir kembali makna sebenar yang ingin di sampaikan oleh mereka. Tapi kini, sindiran itu kadang-kadang membengkakkan hati yang keras. 

Kata-kata ustaz ini sangat bermakna. Oleh kerana perubahan zaman yang luar biasa, yakni manusia sudah tidak mampu berfikir secara waras. Para dai'e haruslah mengubah kaedah meyampaikan yang bersesuaian dengan zaman. Seperti juga batu. Walaupun ianya keras, tetapi ia juga boleh dilekukkan dengan air yang lembut. Analoginya, dai'elah air tersebut. Gunakan nasihat yang jelas tetapi dalam keadaan lembut. Hadirkanlah rasa kasih sayang kita kepada mad'u kita. Sambungkanlah hati-hati kita dengan mereka dengan kasih sayang Allah. Pasti kita akan merasai nikmat kasih sayang Allah secara bersama. 


"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk."[An-Nahlu : 125]
Tegurlah dengan kasih sayang =)

~ Peringatan ini untuk diri saya yang mempunyai adik beradik yang ramai, yang mempunyai pelbagai ragam, yang mempunyai hati yang lembut, yang sangat saya kasihi dan sayangi. =)
~ Cintailah Ilahi. =)

Thursday, May 12, 2011
Bismillahirrahmanirrahim,


Bila Dia diingati, 
Segala kerja menjadi. 
Yang susah jadi senang. 
Yang senang makin senang. 


Kalau dulu penghibur lara. 
Kini bertukar pencinta Pencipta. 
Semakin banyak di uji. 
Semakin dekat di hati. 


Kalau dulu tiada cinta. 
Kini penuh dengan cinta. 
Kalau dulu sayang di mulut. 
Tapi kini sayang di hati. 


Bila mana diri disayangi.
Pasti yang datang adalah kasih sayang.
Bila mana diri membenci.
Pasti yang kembali, amarah yang berpanjangan.


Ayuh diri, bangkit segera.
Jadilah panglima di dunia.
Agar dapat bidadari di syurga.
Menjadi yang tercinta.


Ayuh diri, usah berduka.
Panglima di dunia kau penolongnya.
Agar bidadari syurga cemburu pada dikau.
Kerana dikau yang diredhai Allah sentiasa.


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Imran:31]


Cinta Allah


~CintailahIlahi.
~Allah Maha Besar.
~Puisi cinta untuk yang dicinta.
Sunday, May 1, 2011
Bismillahrahmanirrahim,


walau ia sepahit peria,



Kalau tak sabar, tak dapat JUMPA DIA.





~Sabar untuk esok.
~Sabar walaupun tak layak untuk bersabar.
~Sabar selagi masih bernyawa. 
Wednesday, April 27, 2011
BIsmillahirrahmanirrahim,


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan barganti bulan, kini tiba la musim perayaan yang sering ditunggu-tunggu oleh semua manusia yang bergelar pelajar IPT. Musim perayaanan meRAIkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari sepanjang 1 semester. Dan, aku tergolong dalam kalangan mereka-mereka itu. Walaupun ada yang dah bermula minggu lepas dan kelmarin, serta hari ini. Aku kira masih sempat untuk aku mengucapkan 'SaLAm ImtihaN' buat mereka. Semoga berjaya. Selamat di dunia dan akhirat.


Exam dunia,




FOrmUla + NoTA + peniNG + HAfaL + IngAt + DefiNitioN + Pen +  kaLAm + PemadaM + PEmBaris + caLculaTor + sLip KEhadirAn +  kaD MAtRik + prOjecT MAnaGemenT + HeAt TrAnsfEr + HE + CCT + !@#$^%&^U&())^$#$#!@#$# = gaGAl / LUlus / CEmerLAng + JaYYid JiddaN = BErjaYA. Yeay. Sem depan plok.

ExaM Akhirat


Cuba kamu bayangkan......

Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum..
Nak Jumpa Dengan Cik Ah (bukan nama sengoti) Boleh?
Boleh-boleh, 
Cik Ah Oo Cik Ah,
Yer Mak,
Ni ada tetamu nie..
Sape Mak?
Ntah, mak pun x pasti, pelik betul dia ni.
OK2..i'm coming!
Yer Encik, ada apa yer?
Awak Cik Ah kan?
Aah, yer saya.
Awak dah ready?
Ready p mana?
P menghadap Allah.
.....

Tetiba, malaikat maut datang nak ambil nyawa kita. Masa tu, bekal kita sangat sedikit. Adakah kita nak cakap pada malaikat maut tu macam ni,

"Tapi, saya tak ready apa-apa lagi ni. Nanti saya bangun qiam malam ni. Pak cik tunggu yer."

Mustahil. 

Allah dah maklum awal-awal dah dalam surah al-A'raf ayat 34,
Mafhumnya : "Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."

Dan Malaikat Akan Jawab. 
"Sori sikit yer Cik Ah. Saya menjalankan tugas jer."

Ataupun yang  PASTInya.
Dia tak cakap apa-apa dah.
Terus sentap.
Dish!!!!!

Masa tu, dia cakap.
"Banyak cantik muka engkau.Waktu hidup kau tak nak wat. Ambik kau. Degil sangat. Tak nak dengar Allah cakap."

~MATI~

Mati tanpa bekal yang banyak. Pastu bukuih2, kapan2. P hantaq masuk kubuq. Bila jer dah kena timbuih dengan tanah, gelap jer, sunyi sepi, Zassss. Pakcik Mungkar dan Pakcik Nakir datang. Woi Cik Ah, (tak da dah salam-salam nih dengan orang macam nih). Sape nama Tuhan kamu? Cik Ah nak jawab. Tapi sebab gerun tengok muka pak cik- pakcik tu, terus tak tau nak kata apo. Apa lagi, Zupp!!! Kena cemeti Zoro (bahkan lebih dasyat lagi) tenggelamlah Cik Ah dalam tanah sedalam-dalamnya, pahtuih kena cungkil lak oleh pakcik-pakcik tadi. Pahtuih, mereka tanyo lagi. Woi Cik Ah, Sape nabi kamu? Macam tadi jugak, kena pukuq dan cungkil. Berlangsung la kejadian tu sampai hari kiamat. Tu baru kena seksa tanya pasai nama Allah pun dah fail.

 Belum lagi tanya pasai benda lain. Kat dunia kau solat tak? Kat dunia engkau wat baik ke tak? Kat dunia berapa kali engkau ingat Allah? Kat dunia, kau couple kan? Kat dunia, kau main fesbuk hingga lupa solatkan? Kat dunia, kau wat maksiatkan? Kat dunia kau solat, tapi kau lalaikan? Kat dunia, kau sedekah tapi kau ungkitkan? Kat dunia, kau suka dengar lagu-lagu laghakan? Kat dunia, kau tak sopankan? Kat dunia, kau sombongkan? Kat dunia kau sakitkan hati kawankan? Kat dunia, kau menyusahkan kawan-kawan kau kan? Kat dunia, kau egokan? Kat dunia, kau rasa diri kau hebatkan? Kat dunia, kau susah nak mengaku salahkan? Kat dunia, kau suka marah kawan-kawan kau kan? Kat dunia, kau kecikkan hati mak kau kan? 

Kat dunia, kau tak laksanakan tugas dengan baikkan? Kat dunia, kau selalu ponteng tugas kau sebagai khalifahkan? Kat dunia, kau tak cegah kawan kau buat mungkarkan? Kat dunia, kau sokong kawan kau buat maksiatkan? Kat dunia, kau merokokkan? Kat dunia, kau tak jaga hatikan? Kat dunia, kau lengah-lengah buat baikkan? Kat dunia, kau malas wat ibadatkan? Kat dunia kau wat ibadah sambil lewakan? Kat dunia, kau solat tapi solat kau tetap tak mencegah kau wat mungkarkan? Kat dunia kau tutup aurat tak sempurnakan? Kat dunia, kau buat orang lelaki tergodakan? Kat dunia, kau buat itu2kan. Kat dunia, kau buat ini2kan? Dan setiap saat, apa-apa perkara yang kita buat masa di dunia, akan ditanya apa faedahnya. Adakah apa-apa yang dilakukan itu, kembali kepada Allah? 

Jawab Cik Ah, jawab!! Kau terketar-ketarkan? Setiap kali kau jawab YA, atas soalan-soalan tadi. Setiap kali itu juga, cemeti-cemti hinggap, ular, kala, pacat, kumbang, dan pelbagai jenis binatang akan tolong kau. Tolong gigit kau. Bila kau dah sakit. Kau meraung. Kau kena ingat, masa tu walaupun kau sakit tahap gaban sekalipun, kau tak kan mati untuk kali kedua. Kau akan berterusan disiksa hingga ke hari kiamat. Tahniah. Kau berjaya jawab exam dari Mungkar dan Nakir dengan jawapan meraung-raung. Tolong, Mak! Tolong Bapak! Tolong Abang! Tolong Kakak! Tolong Adik! Kakak sakit ni Mak. Kakak sakit. Sakit sangat. MAkkkkkkkkk. Tapi, mak tak datang-datang. 

Kau panggil lak, kawan-kawan kau. Peahhh! Jijahhh! adik Jouleeee! adik Ekiinnn!! Adik Janaaaa!!! Kak Cheahhhh! Kak sehaaa!!! Saidahhh!!! Syafiqahhhh!!! Sufiii!!! Radinnnn!!! Kak Wanaaa!!! Kak Imannnn!!! Adik Azierahhh!!! Adik Aneppp!!! Adik Husairiii!!! Adik Najibahhh!!! Adik husainiii!!! Aweennn!!! Adik Firdausss!!! Adik Wann!!! Adik Masss!! Semua orang yang kau kenal, kau panggil. Tapi, mereka semua tak datang. Mereka bergembira di atas bumi. Tanpa mendengarkan panggilan kau. Kau terus di siksa dan di siksa. Terimalah exam akhirat ini dengan terbaik.Terbaik kerana, itulah balasan untuk amalan-amalan yang kau buat masa di dunia. Sakittttttttttttttt!! Sakittttttttttt!!! Sakittttttttttt!!! 

Di kubur sebelah, sambil-sambil kena siksa. Kau nampak, kubur sebelah sangat-sangat bercahaya. Tak macam kubur kau. Kubur sebelah, ramai je kawan-kawan yang menemani orang dalam kubur sebelah. Mereka bukan siapa-siapa. Mereka bukan family orang kubur sebelah. Mereka bukan kawan-kawan orang kubur sebelah. Tapi, mereka adalah amalan-amalan yang orang kubur sebelah buat masa kat dunia. Amalan-amalan yang kau tak buat. Yassin jadi kawan beliau. Al-Quran pun jadi kawan beliau. Tahjud, hajat, dhuha, taubat semua jadi kawan orang kubur sebelah. Puasa pun ada. Solat-solat wajib yang sempurna. Solat-solat sunat rawatib yang banyak. Semua jadi kawan orang kubur sebelah. Mereka sangat gembira. Menikmati hidangan yang pelbagai. Menikmati keindahan yang terbaik. 

Tapi kau, terus ditemani ular, kala, cacing, lintah, dan pelbagai binatang-binatang yang berkuku dan bergigi tajam. Meraung. Menjerit. Menangis. Sakiiiittttttttttt Makkkkkkkkkk. Sakittttttttttttt. Aku menyesal ya Allah. Aku menyesal ya Allah. Aku menyesal ya Allah. Aku bertaubat kepadaMu ya Allah. Kembalikan aku ke dunia ya Allah. Aku janji, aku akan wat amal banyak-banyak. Aku akan mencintaiMu lebih dari yang lain. Aku janji ya Allah. Aku janji. Tapi semua itu, dah tak boleh dah. Kau akan berterusan disiksa. Dunia bukan tempat kau lagi. 

Firman Allah;


Maksudnya:
[ Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin" ].

Wallahua'lam. 

~ Pesanan buat diriku yang sering terleka.
~ Ya Allah, ampunkanlah aku.
~ Maafkan aku, ma, abah, abang-abang, adik-adik, kakak-kakak, kawan-kawan, yang mengenali aku dan tidak mengenali aku. 
~Maafkan aku.

Like3

Popular Posts

Islah nafsak