Masa itu Cinta

Allah

"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Ali Imran, ayat :31

Blogger templates

Blogger news

Followers

^_^

Labels

Sape tu?

Blogroll

Thursday, August 17, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Kebenaran akan menghantui orang yang bersalah.
Walaupun 19 tahun walaupun 32 tahun berlalu,
Selagi kebenaran tersembunyi,
Ianya akan menghantui,
Yang bersalah.

Lihat diri kita sahaja,
Jika terbuat salah,
Adakah hidup dengan tenang?

Lihat diri kita sahaja,
Jika berdosa dengan Tuhan,
Adakah boleh hidup dengan aman?

Orang yang dilihat tenang dan aman,
Belum tentu dalam dirinya bahagia,
Belum tentu hidupnya gembira.

Allah bersifat Pemaaf bagi orang yang bertaubat,
Selagi kita tidak bertaubat,
Selagi itulah maaf Tuhan bukan untuk kita.

Api kebenaran Islam tidak akan mati,
Walaupun sang kuffar cuba memadamkannya,
Itu janji Allah yang pasti.

Kebenaran adalah Islam,
Islam adalah kebenaran,
Sesiapa yang tinggalkan Islam,
Mereka meninggalkan kebenaran.

Wahai diri-diri yang bersalah,
Kembalilah pada Tuhan,
Supaya kebenaran tidak lagi menghantui kita.

Persoalannya,
Kita benar atau salah?
Kita tenang atau gundah?

#hanya diri sendiri yang mengetahui, namun Allah lebih mengetahui. Untuk tenang..buangkan ego kita, kembalilah kepada ajaran Islam. Walau hanya tidak pakai stokin kaki dan tangan.

18 Aug 2017
Jumaat
1.09 p.m
Dzulkaedah 1438H

0 comments:

Like3

UStaZ-uSTaz

Popular Posts

Islah nafsak